Pages
- Home
- Pusat Dagangan Mersing (FB)
- Mersing Hartanah (FB)
- Makan di Mersing
- Berita Mersing
- Perisai Malaysia (Mersing)
- Persatuan IKS Mersing
- Beli Emas Online
- Koleksi video
- PPD Mersing
- Laman Bahasa Melayu ( Mersing )
- Laman Pendidik Mersing ( FB )
- Mersing Hebat ( Blog Pendidik )
- Kelab Taekwondo Mersing
- Tempah Kek & Pastri Mersing
- Anak Mersing (FB)
- Fotografi & Cetakan Mersing
- Majlis Daerah Mersing
- Taska Cilik Mersing
- Homestay di Mersing
- Pasar Karavan Mersing (PAKAR)
Wednesday, 27 January 2010
Thursday, 14 January 2010
Retro: Penaklukan Monggol
http://bahterawawasan.blogspot.com
Kekuatan Bangsa Mongol
Kerajaaan Mongol didirikan oleh Genghis Khan dengan memakai gelaran "Khaqan",ertinya Raja dari segala Raja.Dia mempunyai tentera yang tetap tidak kurang daripada 600 000 orang. Dia menjelajahi dan menakluk ke negeri-negeri Islam dan masuk juga ke tanah Rusia bahkan sampai ke Polang dan Tiongkok pun diserangnya juga. Mana-mana negeri yang ditaklukkannya, Masjid-masjid, rumah-rumah yang indah, perpustakaan habis semuanya dibakar.
Genghis Khan lahir dekat tasik Baikal (pada masa sekarang Rusia), pada 1167. Nama asalnya adalah Temojin. Dia adalah putra puak Yesügei, kepala dan pemimpin Mongol, dan cucu yang besar dari Kabul Khan, pemimpin mongol yang kononnya diracuni oleh Puak Tartar.
Setelah Genghis khan mati pada usia 73 tahun di bahaginyalah kerajaannya yang besar itu kepada 4 bahagian untuk puteranya yang berempat.
Kekuasaan sebelah Tartar Utara diserahkannya kepada puteranyayang sulung Juji Khan. Tetapi empat bulan setelah ayahnya meninggal dia pula yang meninggal. Dia digantikan oleh puteranya iaitu Batu Khan. Dialah yang menaklukkan Rusia ,Poland ,Bulgaria dan Maghyar ( Eropah Timur ) dan dia bermaksud hendak menaklukkan juga Konstantinopel pusat Kerajaan Byzantium pada masa itu tetapi belum pun sempat untuk menaklukinya beliau pun mati.
Kepada puteranya yang kedua iaitu Okutai Khan,Genghis Khan menyerahkan kekuasaan di Tartar Tengah dan Tiongkok Utara. Okutai inilah yang menyambut gelar bapanya yang besar iaitu "Khaqan". Dan beliau pulalah yang menurunkan Emperor Kublai Khan yang terkenal dalam sejarah Tiongkok. Sejak itu yang berhak memakai gelar 'Khaqan' di antara mereka yang jadi Emperor di Tiongkok.
Putera yang ketiga ialah Toli Khan. kepadanya diserahkan tanah Iran,Khorasan,Kabul ( ibu negeri Afghanistan sekarang ) .Ada pun Toli Khan ini lebih kuat semangat membangun dan memperkuat kerajaan dan kekuasaannya di negeri yang dikuasainya dan tidak begitu suka memperluaskan kerajaannya. Banyak sekali Puteranya dan di antara seorangnya itulah 'Hulagu Khan'.
Hulagu Khan
Hulagu Khan adalah anak Toli Khan anak kepada Genghis Khan ini mempunyai semangat Penaklukan seperti neneknya juga. Setelah teguh kekuasaannya di Tanah Iran,Khorasan dan Asia Tengah keseluruhannya, belumlah menjadi puas pada dirinya selagi negeri-negeri Islam di bawah kuasa Khalifah di Baghdad dan raja-raja Saljuk dan Raja Khawarizmi itu ditaklukkannya semua.
Perancangannya bermula dengan menyapu bersih pengikut Hasan Ibn Sabah iaitu satu perkumpulan rahsia yang paling berbahaya. Hulagu Khan seorang pemimpin perang yang pintar. Mereka memperdaya dahulu para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40 malam.
Setelah itu dilanjutkan pula maksudnya yang telah lama iaitu menghancur leburkan Kota Baghdad. Amat mudahlah baginya menaklukkan kota Baghdad yang bersejarah itu, yang mana lima setengah abad lamanya menjadi pusat kebudayaan Islam yang besar. Sebab kejatuhannya adalah kerana perpecahan yang ada sesama mereka. Wazir Besar Kerajaan Bani Abbas ketika itu adalah seorang panganut fahaman syiah, yang lebih suka negeri itu ditaklukkan oleh bangsa Mongol daripada terus-menerus di tangan Khalifah yang bermazhab Ahli-Sunnah dan hanya tinggal nama sahaja, sebab kekuasaan yang sebenarnya adalah di tangan Raja-raja Islam dari luar Baghdad yang kebanyakkan juga Ahli-Sunnah. Maka Hulagu Khan masuk ke dalam Kota Baghdad dengan tidak dihalangi sebab Baghdad dijadikan "Kota Terbuka", mula-mula ditawannyalah Khalifah Bani Abbas yang terakhir,AL-Mu'tasim bersama putera-puteranya yang berhak menggantikannya.
Setelah beberapa hari kemudian disuruh bunuh kesemuanya. Tiga hari kemudiannya dibebaskanlah tenteranya dan membunuh serta menyapu bersih segala Kota Baghdad laki-laki mahupun perempuan,tua muda,besar dan kecilnya. Sehingga bertimbun-timbunlah mayat. Barang-barang berharga dirampas, rumah-rumah dibakar,demikian juga masjid dan kitab-kitab yang berharga dihanyutkan ke dalam sungai Dajlah sehingga 'hitamlah' air sungai itu disebabkan tinta yang cair dari kertas karangan kitab. Hancur musnahlah dasar ilmu pengetahuan yang berjuta bilangannya itu. Paling akhir setelah hatinya puas maka dibunuhnya Wazir Besar Baghdad Al-Alqamy yang terkenal kerana pengkhianatannya itu.
Setelah kota Baghdad tinggal menjadi runtuhan puing dan abu, Hulagu pun keluar dari bekas runtuhan kota itu dan meneruskan penaklukkannya ke seluruh tanah Iraq yang lain. Kemudian diteruskannya pula ke Sham dan di dalam masa setahun saja habislah seluruh Iraq dan Sham di bawah kekuasaannya dan tidak kurang dari 14 juta orang yang mati selama penaklukkannya.
Dari Sham bangsa Mongol hendak meneruskan penaklukkan yang dahsyat itu ke negeri Mesir pula. Ketika itu Mesir di bawah kekuasaan kaum Mamalik ( Mameluk ) yang mewarisi Kerajaan keturunan Salahuddin ,pahlawan perang Salib yang terkenal itu. Raja Mesir ketika itu ialah Saifuddin Qataz. Dialah lagi yang tinggal seorang Raja Islam yang tidak patah semangat menghadapi bahaya Mongol dan Tartar itu. Maka datanglah tentera Mongol tetapi mereka beruntung kerana yang datang ketika memimpin tentera Mongol bukanlah Hulagu tetapi wakilnya. Di satu tempat yang bernama 'Ain Jalut' , sempadan negeri Sham dan Mesir dapatlah Mesir menyekat kemaraan balatenteranya yang bersemangat itu hingga tertahannya dan tidak dapat meluaskan kekuasaanya ke Mesir. Hampir saja lumpuh tentera Hulagu Khan di 'Ain Jalut' sehinggakan mereka mundur kembali ke pusat kekuasaannya di Azerbaijan. di sanalah Hulagu Khan mendirikan sebuah kota yang indah dan dibinanya atas hasil rampasan yang bertimbun dan melimpah ruah itu dan diberi nama Kota Maraghah. Di sanalah Raja gagah perkasa itu menghembus nafasnya yang terakhir.
IAnya seperti juga nenek dan bapanya. Abaqa Khan yang menggantikan bapanya iaitu Hulagu Khan menjadi Raja dan belumlah memeluk Agama yang bertuhankan yang Maha Esa. Pada waktu itu pendita-pendita Kristian Romawi Timur ( Konstantinopel ) berusaha menyebarkan Agama Kristian ke negeri-negeri Iran,apatah lagi pada masa itu Perang Salib maseh belum berhenti dan angkatan demi angkatan yang datang.
Memang sudah dijangka pada ketika itu maksud kaum Kristian. Sekiranya kaum Mongol pada ketika itu masuk Kristian maka bertambahlah kekuatan mereka dalam menghancurkan Islam.
Abaqa cuba untuk mendekati Kristian dan membiarkan penyebaran agama itu di Iran, wilayah kekuasaannnya. Untuk merapatkan hubungan itu dipinangnya Puteri Maharaja Mukhail Pilologus, Maharaja Byzantium. Pinangannya dikabulkan ,kerana pihak Nasrani mengharap dia akan memeluk agama Kristian tetapi sampai wafatnya Raja Mongol itu tidaklah memeluk agama yang tetap. Sebab melihat kegiatan kaum Kristian mendekati raja itu, orang-orang besar dan ulama serta cerdik pandai dan pujangga-pujangga Islam di Iran berlumba pula mendekati Istana. Wazir besarnya ialah seorang sarjana dan Alim akan hal Islam bernama Sheikh Shamsuddin. Sehingga semakin lama ia semakin tertariklah hatinya kepada ilmu pengetahuan dan kebudayaan Kaum Muslimin. Di zamannya inilah hidup penyair Tasauf yang besar iaitu Maulana Jalaluddin Rumi, pengarang Mastnawi yang juga terkenal dengan sebutan Ash-shaer-Ur-Ruhi ( penyair Kerohanian ) , demikian juga Penyair Sheikh Sadly. Sadly pernah mengarang syair ratapan yang sangat mengharukan atas kejatuhan Islam sebab serangan Bangsa Mongol itu.
Sehinggalah kepada kematiannya Abaqa Khan masih belum menyatakan agama apa yang diautinya.
Nikodar Khan
Setelah Abaqa Khan mangkat, bermesyuaratlah orang-orang besar Kerajaan mencari akan gantinya di antara putera-putera yang banyak. Maka jatuhlah pilihan kepada Nikodar Khan , adik dari Abaqa Khan kerana di antara puteranya sendiri tidak ada yang layak menjadi raja.
Di waktu kecilnya Nikodar Khan ini telah diBaptiskan di dalam Gereja Orthodok dan memakai nama Nicolas. Tetaoi setelah dia naik takhta kerajaan dipertimbangkannyalah mana yang baik dan sesuai dengan jiwanya di antara kedua agama. Kristian atau Islam dan mana pula yang akan sesuai dengan politik pemerintahannya. Dilihatnya pula bahawa golongan rakyatnya yang terbesar adalah Umat Islam. Meskipun telah sedemikian teguh kekuasaannya namun dia melihat bahawa seluruh rakyat belum lagi puas dan maseh memandangnya sebagai "orang pendatang" dalam negeri Iran. Akhirnya jatuhlah pilihannya kepada Islam dan dirasmikannyalah bahawa dia seorang Muslim dan ditukarnya namanya menjadi "Ahmad Khan" dan dipakainya gelaran "Sultan".
Kecintaannya kepada agama yang dipeluknya itu amat dikenali dan bercampur pula dengan fanatik. Dikeluarkan aturan melarang penyiaran agama Nasrani dalam wilayah kekuasaannya bahkan pendita-pendita Nasrani disuruh berangkat meninggalkan Iran.
Sikap Sultan Ahmad Khan yang demikian itu tidaklah diterima dengan senang hati oleh amir-amir ( ketua ) bangsa Mongol sebab meskipun mereka memeluk Kristian dan ada pula yang telah memeluk agama Islam namun perhubunganmereka dengan kaum Kristian selama ini amat baik dan tekanan-tekanan yang ditimpakan kepada orang Kristian itu pada pandangan mereka memundurkan kerajaan. Tetapi oleh kerana di Iran tidak ada lagi Raja yang lebih besar daripadanya maka bersama-sama dengan pendita Kristian dan utusan Maharaja dari Rom mereka meminta keputusan Hakim mereka yang tertinggi menurut adat-istiadat bangsa Mongol iaitu "Khaqan" keturunan Okutai Khan putera kedua Genghis Khan yang memerintah Tiongkok. Maharaja Tiongkok katika itu ialah KUblai Khan. Pengaruh Agama Islam telah sangat mendalam pada diri Ahmad Khan ( Nikodar ) sebagai orang Islam dan dia tidak mahu lagi meminta hukum tertinggi kepada Maharaja Kublai Khan. Oleh sebab itu sebelum maksud orang-orang itu tercapai, mereka telah ditangkapnya. Di antaranya ialah saudara anak saudaranya yang bernama Aragon Khan. Saudaranya itu dibunuhnya. Tetapi Aragon Khan yang menang dan Ahmad Khan tertawan dan dibunuhnya.
Aragon Khan
Raja ini pun telah memeluk Agama Islam sebagai yang digantikannya tetapi tidak mengikut sepertimana Ahmd Khan. Mula-mulanya diangkatnya kembali Wazir Shamsuddin yang menjadi wazir di zaman Abaqa dahulu. Kemudian difitnahkan orang wazir itu, dikatakan bahawa dialah yang meracun bapa saudaranya Abaqa. Lantaran itu wazir itu dibunuhnya dan digantinya dengan wazir lain.Setelah wazir pengganti ini memegang pemerintahan, dilihatnya wazir ini hendak melanjutkan siasatan ke atas Ahmad Khan pula, maka dibunuhnya pula dan digantikannya dengan seorang Yahudi bernama Sad ud-Daulah. Sebagaimana kebiasaan orang yahudi, wazir ini amat pintar mengumpulkan wang dan manis pula mulutnya berkata-kata dan pandai menarik hati tetapi sangat berdendam kepada orang Islam. Orang Kristian dipujuknya dan ditolongnya mendirikan gereja-gereja sedang masjid-masjid orang Islam disuruhnya runtuh. Rakyat dihalangnya agar tidak sampai mendekati Istana dan berhubungan dengan Raja. Kemudian itu diteruskannya juga menyiasat dan dibuatnya hubungan dengan Paus Nicolas IV di Rom supaya segera memperbesarkan penyebaran Kristian di Tanah Iran.
Bukan main cemasnya kaum Muslimin di Iran ketika itu. Dan mereka telah bersedia hendak menghadapai sebarang kemungkinan tetapi kemudian datanglah pertolongan Tuhan yang tidak di duga. Raja Aragon Khan sendiri ditimpa sakit yang membawa kepada kematian. Maka setelah jelas kebenaran berita itu sebelum orang besar-besar Mongol memilih siapa akan gantinya, penduduk dengan cepat mengambil keputusan sendiri iaitu dengan segera mengepung rumah wazir besar Sad ud-Daulah lalu tiada maaf bagimu lagi dan beliau dibunuh.
Kaikha Khan
Setelah itu dipilih oranglah akan gantinya Aragon Khan itu dan saudaranya yang bernama Kaikha Khan bekas wali di negeri Anatolia.
Meskipun siasatan hendak menghancurkan Islam telah berhenti dengan pengangkatan baginda ,namun kenaikannya pula tidak memberi harapan baru. Sebab Raja ini adalah seorang yang sangat pemalas dan tidak memperhatikan keadaan kerajaannya malah memperturutkan hawa nafsunya sahaja dengan meminum arak sepuas-puasnya. Sehinggakan dikirimnya pegawai-pegawai istana untuk menculik anak-anak gadis orang,hinggalah orang tidak merasai aman dan belanja Istana menjadi besar. Akhirnya Raja itu mendapat akal buat mengumpul harta benda yang ada di tangan penduduk dengan ditukarnya wang emas dengan wang kertas, iaitu menurut peraturan yang telah berlaku terlebih dahulu di Tiongkok.. Wang kertas itu diberi ukiran yang indah dan di sebelahnya dituliskan dengan huruf Arab-Parsia dari huruf "Kanji-Tiongkok" kalimat puji-pujian kepada Maharaja Tiongkok ( Khaqan ) dan di sebelahnya lagi dihiasi dengan dua kalimat Shahadat "La ilahaillal-Lah Muhammadur Rasulul-Lah" , lalu dipaksakan kepada orang ramai memakainya.
Lantaran itu maka Iranlah kerajaan yang mula-mula memakai wang kertas sesudah Tiongkok dan beratus tahub selepas itu barulah digunakan di Eropah.
Kezaliman Sultan tidaklah sederita rakyat sehingga di satu masa bangkit seorang Amir lain memberontak dan segera mendapat sokongan rakyat yang kuat. Amir itu adalah Baidu Khan cucu kepada Hulagu Khan .Maksudnya berhasil merebut kerajaan dan Kaikha Khan dapat ditwan dan dibunuh. tetapi Baidu Khan hanya beberapa bulan saja memerintah diberontaki pula oleh Ghazan Khan putera Aragon.
Ghazan Khan
Raja ini telah memeluk Agama Islam bersama-sama dengan 100 000 orang tenteranya tetapi beliau berpendirian agama lain dan mengikut cara pemerintahan lain pula. Sebab beberapa negeri Islam sendiri telah diserangnya dan dia banyak memberikan pertolongan kepada orang Kristian.
Dan di akhir-akhir hayatnya dia kembali menjadi seorang Islam yang fanatik sekali. Dibatalkannya hubungan "adat-istiadat" yang mengakui pertuanan Maharaja Tiongkok dan disuruhnya perbaiki bentuk wang dinar kerajaan yang di sana dilukiskan gambar beliau. Beliau berpendapat bahawa melukiskan gambar raja pada wang dinar adalah haram dan perbuatan orang kafir. Dengan pembatalan hubungan dengan Maharaja Tiongkok itu, bangsa Tartar menyerang negeri Iran tetapi dengan kebijaksanaan wazirnya yang bernama Nuruz Khan maka dapatlah serangan itu ditangkis. Dalam pada itu ada juga kecewe di hati beliau apabila di dengarnya bahawa penyerangan tenteranya di negeri Sham tidak berhasil sehingga membawa kepada wafatnya beliau.
Khuda Bandah Khan
Ghazan Khan termahsyur sebagai Raja Monggol Islam di Iran yang agak ganjil tabiatnya. Dia seorang yang taat sekali memegang agama dan mengajak tenteranya memeluk Islam yang berjumlah 100 000 orang banyaknya. Tetapi orang Kristian ditolongnya dan beberapa negara Islam diperanginya. Baginda membela mazhab syiah dengan baik sekali. Dirasmikan dasar mazhab syiah itu dalam kerajaan dan baginda menyuruh memuji nama Imam Syiah yang 12 orang . Gerakan perluasan tidak banyak terjadi di zaman Khudha Khan.
Abu Sa'id
Setelah Khudha Khan wafat dinaikkan orang menjadi raja puteranya yang masih belum dewasa bernama Abu Sa'id. Ketika beliau menaiki takhta kerajaan usianya baru 12 tahun. Sebab itu kerajaan dikendalikan oleh wazir besarnya iaitu Chupan. Pengaruh wazir ini bertambah besar setelah dia kahwin dengan saudara perempuan Sultan. Putera wazir itu bernama Timur Tash memberontak di negeri Sham sehingga wazir terpaksa memerangi puteranya sendiri. Oleh kerana kekuatan tidak seimbang ,si anak ini terpaksa mengaku kalah dan menyerah kepada bapanya sendiri. Putera ini di bawa mengadap Raja dan Sultan Abu Sa'id memberinya ampun.
Maka tersedialah hubungan baik di antara Raja dan Wazirnya selagi raja tidak membuat kesalahan yang besar. Diketahuinya bahawa wazirnya mempunyai seorang puteri yang cantik jelita lalu di pinangnya. Padahal Puteri itu telah bertunang dengan seorang Amir yang juga menjadi pahlawan Mongol dan juga telah lama memeluk Islam iaitu Amir Husin. Sultan Abu Sa'id tidak mengerti akan keberatan wazirnya dan dia mendesak juga supaya puteri diserahkan kepadanya dan wazir besar terasa terhina dan merasa pantang baginya memungkiri janjinya dengan amir Husin. Sebab itu dia pun memberontak pula dibantu oleh Amir Husin.
Kemudian terjadilah kembali perang di antara Raja dan Wazirnya dan kekuatan tidak pula seimbang,wazir tidak pula mahu menyerah sehingga akhirnya tewaslah wazir di dalam perang tetapi hatinya puas kerana teguh memegang janjinya. Ada pun Amir Husin setelah dilihatnya bakal pak mentuanya telah mati dia pun datang menyerah diri dan dibawanya tunangannya itu dan diserahkan kepada Sultan Abu Sa'id lalu berhentilah perang. Setelah puteri itu menjadi isteri Sultan ,Sultan sangatlah menjaga hati isteri yang di sayanginya itu dan segala permintaannya dikabulkan, hinggalah seluruh keluarga bapanya tidaklah dimusnahkan kerana pandainya pujuk rayu sang isteri kepada Sultan.
Tetapi tidaklah lama Sultan bersenang diam bersama isterinya setelah pemberontakan wazir itu. Kerana selepas itu beberapa bulan kemudian terjadi pula pemberontakan di Shirwan. Baginda sendiri yang pergi ke sana memimpin tenteranya. Tetapi sayang ,di tengah perjalanan baginda jatuh sakit yang membawa kepada ajalnya. Maka jenazah baginda diangkat oranglah dari tengah jalan menuju peperangan itu kembali ke Sultannniyah pusat Kerajaan Mongol-Parsi di waktu itu. Dikuburkan di perkuburan nenek moyangnya Raja-raja Mongol-Islam. Dengan mangkatnya beliau tidaklah ada penggantinya lagi sehingga terputuslah kerajaan keturunan Hulagu Khan itu yang dari nenek moyangnya menjadi musuh Islam nombor satu maka sampailah kepada cucu Hulagu Khan yang bernama Nikodar telah memeluk agama Islam dan menjadi pembela Islam yang taat dan membina sejarah yang gilang gemilang dan di sambung pula oleh Ghazan Khan.
Sebelum Ibnu Batutah berangkat menjadi utusan Sultan Delhi ke Tiongkok dan singgah sebentar di Samudera Pasai sempatlah ibnu Batutah berjumpa dengan Sultan Abu Sa'id.Sultan Mongol Islam yang akhir itu iaitu di akhir abad ke13M.
Dan dengan mangkatnya Sultan Abu Sa'id,kembalilah negeri Iran terpecah belah,masing-masing Amir hendak berdiri sendiri sehinggalah datang seorang pahlawan Mongol-Islam yang lain yang mana namanya akan tersebut pula di mana-mana sebagai Raja Besar yang gagah perkasa dan kejam bengis iaitu 'Timurlane' dan penulis Eropah juga menulisnya sebagai 'Tamerlane'.
Wednesday, 13 January 2010
Manohara & Mi Bandung, kisah-kisah cinta dengan Indon
Sekarang ni, skandal yang sibuk dibincang adalah mengenai bekas model Indonesia, Manohara yang lari dari suaminya dan anak Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakry Petra.
Ada cerita Manohara lari dengan memberitahu Kadar Shah menggunakan isyarat. Macam-macam yang dispekulasikan mengenai riwayat hidup Manohara. Dari ibu Manohara yang dikatakan mata duitan, penglibatan Interpol, bekas teman Manohara yang merupakan anak hartawan Bakrie hingga video kekasaran terhadapnya.
Katanya hubungan antara Manohara dan Tengku Fakry masih baik dan mereka sedia kembali bersama. Ada kata masaalahnya kehidupan istana yang penuh protokal dan caranya tersendiri tidak sesuai dengan anak muda yang dahulunya sosial dan bebas.
Cerita Manohara ini sensasi kerana melibatkan putera raja dan seorang wanita muda yang amat cantik. Untuk cerita kehidupan ianya tidak menyayatkan. Pada Husin, ini cerita peribadi antara suami isteri. Tak perlu dihebuh-hebuhkan.
Kawan ana dari Sabah ada menghantar e-mel mengenai satu percintaan dengan wanita Indonesia. Cerita ini sungguh mengguris hati. Ia melibatkan seorang warga Indonesia juga, tetapi hanya seorang pembantu rumah.
Untuk beberapa tahun, Sutina bekerja dengan Ahmad Suffian sebagai pembantu rumah. Sutina seorang pekerja yang baik. Dia ikhlas dalam kerjanya dan baik melayan majikannya. Ini menyentuh hati Suffian. Dia menghormati Sutina dan melayannya dengan baik.
Sutina orangnya sebenar cantik dan menarik tetapi maklumlah buat kerja rumah, tidak menyerlah kecantikannya. Suffian menyedari akan kecantikan Sutina disebalik luarannya yang simple.
Dengan layanannya yang baik, lama-lama dia jatuh hati dan diluahkan perasaanya. Terjalin hubungan sulit antara mereka hingga akhirnya terlanjur.
Satu hari, Sutina memberitahu Suffian yang dirinya sudah berisi. Suffian menjadi serba salah. Dia sedia bertanggungjawab untuk menikahi Sutina. Suffian rasa dirinya mampu menyediakan sebuah rumah untuk Sutina disini. Mungkin tidaklah mampu untuk meletakkan Sutina di sebuah rumah di kawasan mewah semacam seorang Menteri dulu.
Yang menyulitkan, Suffian tidak mahu merosakkan perkahwinannya dan Sutina tidak mahu melukakan isteri Suffian, Norazalina yang melayannya macam keluarga. Akhirnya demi kebaikan semua, mereka bersetuju untuk merahsiakan perhubungan mereka. Dengan berat hati, Suffian bersetuju dengan permintaan Sutina untuk kembali ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana.
Suffian sedih untuk berpisah dan kesal tidak dapat melihat kelahiran anak mereka. Dia berjanji akan menanggung segala sara hidup Sutina dan kos pembesaran anak tersebut sehingga umurnya berusia 18 tahun. Dia akan mengatur untuk mereka bernikah. Sutina berjanji tidak akan menceritakan pernikahan mereka kepada sesiapa.
Suffian meminta Sutina memberitahunya secara rahsia apabila anaknya lahir nanti. Caranya adalah melalui poskad. Dia minta ditulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya dan dia faham anak sudah lahir. Dia akan segera menghantar belanja tambahan untuk anak.
Sembilan bulan berlepas itu. Satu hari Suffian pulang dari kerja. Dengan ruap muka yang hairan bercampur curiga, maklumlah orang perempuan, Norazalina memberitahu suaminya mengenai satu poskad yang diterima dari posmen hari itu.
"Abang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni."
"Oh, ye ke? Bagi poskad tu kat abang. Biar abang tengok," jawab Suffian dengan hati yang sedih bercampur gumbira. Dia dapat merasa Sutina sudah melahirkan anak mereka.
Norzalina pun memberi poskad itu kepada Suffian.
Suffian terus membalikkan poskad untuk membaca pesanan rahsia mereka. Tiba-tiba muka Suffian berubah. Mula-mula bertukar menjadi biru, kemudian berubah menjadi ungu dan terus pengsan.
Apa isi kandung poskad itu?
Isi kandung poskad itu berbunyi ...
"Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"
Saturday, 9 January 2010
sepuluh satu sepuluh (10.1.10)
sepuluh satu sepuluh
by AZ(my ex-homeroom adviser)
http://dzairoy.blogspot.com
100110 : Cantik betul tarikh hari ini. Seratus ribu & seratus sepuluh ataupun sepuluh satu sepuluh. ermmm, kabarnya ada orang akan mengumumkan sesuatu pada hari ini. Semoga pengumuman itu akan menyemarakkan lagi hari-hari yang penuh dengan keceriaan. Kita mendoakan semoga keceriaan itu berterusan hingga ke puncak kehidupan. Insya Allah, semoga Allah akan mempermudahkan dan memberkatiNya.
Semalam adalah hari yang paling penat buat aku. Daripada sepagi pukul 8.00 aku telah menunggang kuda yang di import daripada Korea, menunggang sendiri daripada Pontian ke Kuala Lumpur dengan ditemani oleh isteri dan putera bongsu. Seperti biasa destinasi kali ini seperti biasa balik bandar raya, bukan balik kampong arrr. Namun sebelum sampai ke destinasi iaitu rumah ibu mertuaku, aku singgah di beberapa tempat dan akhirnya aku selamat sampai pukul 5.00 petang. Seharian aku di jalan raya. Bak kata Pak Itam, ayahzain ni kalau Pontian ke KLitu ibarat pergi ke tandas sahaja. whooops, terlobih sudah bukan tandas tapi washroom. atau rest room. Mahap yer datin. Kalau mrszain ibarat pergi ke powder room ajer.
Mula-mula aku singgah di Rengit, Batu Pahat. Meninjau-ninjau jajan atau ole-ole yang hendak di bawa ke rumah ibu mertua. Aku singgah di Azhar Food seketika, ermm beranika jenis kerepek dipamerkan diruang niaganya. Namun aku lebih ghairah kalau dapat singgah di kedai kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong. Namun kerana ingin cepat ke destinasi, kami hanya singgah di Rengit aje. Harga pun lebih kurang aje. Pukul 9.00 kami meneruskan perjalanan ke Ayer Hitam melalui jalan Pt.Botak Batu Pahat. Alamak, ternampak sebuah masjid di satu parit, rehat lah sekejap menikmati keindahan rumah Allah itu.
Kami sampai di Nilai pukul 12.00 tengah hari. Kami berjanji untuk berjumpa dengan Alang di Masjid Putera, Nilai. Dia dah ada Kancil, jadi tak ada masalah. Sampai di sana, Alang sudah siap menunggu dengan senyuman sampai ke telinga kerana Kancil itu secara rasmi miliknya. whoopss, belum lagi tu, selagi dia dapat mengekalkan prestasinya, dia akan memilikkinya. Kalau idak, sendiri mahu ingat lah.
Kebetulan di kawasan depan masjid ada pesta jualan sempena hari kantin CFS IIUM. Selepas makan tengah hari di restoran berhampiran, kami meluangkan masa window shopping di gerai-gerai tersebut. Macam-macam ada, harga pun murah, harga student katanya.
Pukul 2.00 petang, kami meneruskan perjalanan ke Petaling Jaya untuk berjumpa pula dengan anak kami yang ke-4 yang menuntut di CFS IIUM, Petaling Jaya. Kami sampai di PJ pukul 3.00 petang. Bang Cik mengajak outing, katanya dah lama tak merasa KFC, justeru kami membawanya ke KFC di jalan Universiti yang tidak jauh daripada CFS.
Friday, 8 January 2010
Yearly Planner 2010..Wajar di miliki oleh semua warga maktab !!
Buku perancangan tahunan ini diusahakan oleh BWP di bawah Ustaz Lokman Annas sebagai penasihat. Pereka grafiknya adalah Puan Zamzana, guru IT dan Penyelaras UPPM.
kulit muka depan
Sunday, 3 January 2010
Retro: Perang Salib
Empat puluh tahun sebelum terjadinya perang salib, Bangsa Saljuk Turki telah mendominasi Baghdad diambil dari kekuasaan Bani Abbasiah.Orang-orang Saljuk berusaha menguasai sebahagian Wilayah Parsi,wilayah Utara Iraq,Armenia dan Asia Kecil pada tahun 1040m.Kemudian Sultan Saljuk,Toghrol Bic berjaya menguasai wilayah Bain pada 1055m.Orang-orang Saljuk mula menyebarkan kekusaan mereka ke atas Byzantine di Asia Minor.Pada tanggal 19 ogos 1081 M, terjadi perang Malathkard di bawah komando Saljuk yang bernama Alb Arsalan yang benar-benar menimbulkan malapetaka besar bagi orang-orang Byzantin hingga akhir abad ke 11 M. Pada tahun 1071 M. bangsa Saljuk meluaskan cengkaman kekuasaan mereka di sebagian besar wilayah Palestin kecuali Arsout. Dengan kekuasaan ini mereka mengakhiri dominasi Fatimiyah dari tanah ini dan terus meluaskan jajahannya atas wilayah Syiria yang dikuasai oleh Fatimiyah dan menguasai sebahagian daerahnya.
Pada tahun 1092 M-485 H, Sultan Saljuk Malikshah meninggal dunia. Paska kematiannya menandakan permulaan kehancuran dominasi orang Saljuk dan meletusnya berbagai peperangan sengit antara mereka berkecamuk untuk memperebutkan dominasi dan kekuasaan. Pada tahun 1096 M, kerajaan mereka terbagi menjadi lima : Kesultanan Persia (di bawah kekuasaan Birkiyarouq), Kerajaan Khurasan dan wilayah di seberang sungai (di bawah kekuasaan Singer), Kerajaan Aleppo (di bawah penguasa Radwan), Kerajaan Damaskus (di bawah penguasa Daqaq) dan Kesultanan Saljuk Romawi (di bawah penguasa Qalj Arsalan). Sebagian besar wilayah Palestin berada di bawah rejim Damaskus. Pada saat dua penguasa Syria (Radwan dan Daqaq) melemah, banyak penguasa persendirian bermunculan namun tidak ada satupun yang dapat mendominasi lebih dari satu kota.
Perang Salib I ( 1097 - 1099M )
Pasukan Salib memulai serangan militan mereka pada tahun 1098 M (491 H) sementara daerah-daerah muslim di Syria, Iraq dan lainnya tercabik-cabik karena berbagai perbezaan dan konflik berdarah yang terjadi. Dua saudara dari keturunan Titish, Radwan dan Daqaq, saling melancarkan serangan dan terlibat dalam pertempuran pada tahun 490 H. Banyak lagi pertempuran lain yang terjadi antara Muhammad bin Malikhshah 2, Birkiyarouq dan adiknya karena konflik perebutan kekuasaan di mana masing-masing saling memenangkan pertempuran dan membuat pengaduan kepada mahkamah kekhilafaan secara silih berganti sepanjang period 492-497 H.
'Di dada mereka dilukiskanlah gambar salib oleh kerana itulah diberi nama "Perang Salib".
Maka adalah seorang pendita yang berbangsa Perancis iaitu Peter The Hermit atau Peter Amiens di mana beliau dikatakan mengembara menyebarkan dakyah kristiani lalu sampailah beliau ke Pelestin. Beliau yang mempunyai maksud besar untuk memperoleh tempat suci itu yakni tempat Nabi Isa yang akan turun kembali ke dunia menaruh harapan untuk menguasai tempat suci itu dari kekuasaan Islam.Lalu beliau kembali ke Eropah dan bertemu dengan paus Urbanus II bagi menyampaikan hasrat untuk memperkenankan apa yang beliau impikan.
Di sana, terjadi pertempuran dengan bangsa Saljuk yang dapat mengalahkan mereka serta membantai lebih kurang dari 22 ribu tentera Salib. Dari pertempuran ini hanya 3 ribu tentara Salib yang dapat hidup. Adapun dua ekspedisi militan Volkmar dan Amikh, mereka mulai membantai orang-orang Yahudi di sepanjang perjalanan. Namun akhirnya kedua ekspedisi tersebut kucar-kacir di Hungaria! Untuk pertama kali, para penunggang kuda profesional dan pembesar Eropah mulai menyertai dalam ekspedisi militan Salib kali ini. Serangan mereka dilancarkan pada musim panas tahun 1097 M dengan tujuan untuk dapat menduduki wilayah-wilayah muslim.
Pada bulan Mac 1098 M, balatentara Salib dapat membentuk sebuah Negara Al Raha di bawah kepemimpinan Paul Baldwin. Mereka kemudian mengepung Antakiya ( Enthiochie ) selama 9 bulan. Penguasa Antakiya, Baggisia adalah seorang yang punya ide baik dan mengambil langkah lebih berhati-hati dibanding dengan yang lain, telah memperlihatkan keberaniannya yang membuat kebanyakan pasukan Salib binasa dan kalau mereka tetap hidup dalam jumlah yang masih seperti awal keberangkatan niscaya mereka akan dapat mendominasi negara-negara Islam. Namun seorang Armenia yang bertugas 3 menjaga dinding-dinding kota dapat dihubungi oleh pasukan Salib dengan mendapat imbalan wang dan harta. Maka ia bukakan pintu gerbang dari menara yang ia kawal. Karena itulah pengawal ini akhirnya pasukan Salib dapat menduduki kota dan berhasil mendirikan kota kedua pada tanggal 3 Jun 1098 M (491 H) di bawah kepemimpinan Bohemond dari Normandy.
Pada tahun 1097 M, di saat bangsa Saljuk harus menghadapi kelebihan pasukan Salib pada wilayah utara Syria, orang-orang Fatimiyah memanfaatkan kesempatan ini untuk menyerbu dan menduduki Tyre, lalu mendominasi Al Quds pada bulan Februari 1098 M di saat pasukan Salib sedang mengepung Antakiya. Di Tripoli, Ibn Ammar yang merupakan seorang hakim dan salah satu pengikut Fatimiyah telah mendeklarasikan kemerdekaan wilayahnya. Di saat tentara Salib masih mengepung Antakiya, penguasa Fatimiyah mengirim delegasi kepada mereka dan mengutarakan berkeinginan mereka untuk bersekongkol dengan mengusulkan agar mereka dapat memerangi orang-orang Saljuk dan nantinya wilayah utara “Syria” berada di bawah kekuasaan Salib dan Palestin di bawah dominasi Fatimiyah.
Untuk itu, maka pasukan Salib mengirim utusan ke Mesir untuk mewujudkan “perhatian dan kebaikan mereka”. Di saat orang Saljuk sibuk mempertahankan wilayahnya dari ancaman Salib orang-orang Fatimiyah asyik dengan hasrat ekspansif mereka meluaskan dominasinya di Palestin pada wilayah yang dikuasai Saljuk sehingga perbatasan mereka mencapai sungai Al Kalb di bagian utara sungai Jordan di bagian Timur! Muncul berbagai pengkhianatan dan apatisme dari negara-negara kota yang punya keinginan kuat untuk dapat menarik simpati dan menjalin persahabatan dengan orang Salib yang terus berkembang. Ini terjadi di saat penguasa wilayah Sheezat menghubungi orang Salib dan menyepakati untuk tidak melawan mereka serta menyediakan apa yang mereka perlukan seperti makanan dan bahan makanan lainnya.
Penguasa ini juga menyediakan dua orang penunjuk jalan yang akan membimbing perjalanan mereka!! Dan imbalannya Salib memberikan kota Homos sebagai hadiah!! Dan dibuatlah perjanjian antara kedua pihak ini di kota Mosyaf. Adapun Kota Tripoli bersedia membayar pajak dan menyediakan penunjuk jalan bagi kekuatan Kristian ini. Kota Beirut membayar wang dan menawarkan ketaatan kepada mereka bila dapat menaklukkan Al Quds. Raymond Tolouse (pangeran provinsi dan Toulouse di Perancis) terus memimpin perjalanan Salib menuju Al Quds. Jumlah mereka hanya sekitar seribu tentara berkuda dan 5 ribu pasukan infantri. Pada waktu musim semi tahun 1099 M, mereka berhasil memasuki Palestin dengan melewati Acre di mana penguasanya menyediakan mereka berbagai bahan persediaan, sebuah langkah yang kemudian diikuti oleh penguasa Qeisarya dan Arsouf. Setelah itu mereka menduduki Al Ramlah, Lod dan Baitulaham.
Pada tanggal 7 Jun 1099 M, pengepungan wilayah Al Quds dimulai. Iftikhar Al Dawlah adalah orang yang ditunjuk oleh Fatimiyah untuk berkuasa di sana. Kota ini dikuasai pada tanggal 15Julai 1099 (23 Sha’ban 429 H). Bala tentara Salib terus membantai umat Islam selama satu minggu. Mereka berhasil membantai lebih dari 70 ribu muslim di dalam masjid Al Aqsa, termasuk para pemimpin, cendikiawan muslim dan orang-orang yang sedang beribadah. Baik negara Fatimiyah dan Abbasid tidak berbuat apa-apa untuk menolong, mereka hanya diam dan membisu terhadap peristiwa-peristiwa ini. Al Quds dikuasai oleh pemimpin Salib, Godfrey Gouillon, yang dengan berendah hati menyebut dirinya dengan julukan “Pembela Al Quds” atau "Pelindung pusara Crist". Dua kota, Nablus dan Hebron harus menyerah pada pasukan Salib ini. Dikatakan bahwa pasukan Salib hanya bersisa 300 pasukan berkuda dan 2 ribu pasukan infantri, oleh karena itu –mereka tidak dapat berkembang lagi untuk mendominasi wilayah-wilayah yang lebih luas karena majoriti mereka mudik setelah berhasil menduduki Al Quds.
Untuk membuktikan kekejaman peperangan ini dapat dinukilkan melalui kata ahli sejarah Eropah iaitu Michout :
"Kaum Salib ketika menaklukkan Palestin telah melakukan kesalahan-kesalahan yang amat besar,yang menunjukkan kesempitan hati beragama yang belum ada dalam sejarah,sehinggakan ahli-ahli sejarah perang salib sendiri terpaksa mengakuinya.Dipaksanya orang Islam menjatuhkan diri dari puncak rumah atau benteng,dibakarnya hidup-hidup,disuruhnya keluar dari tempat persembunyian lalu dihela-hela dan ditarik-tarik di jalanraya sampai mati dan bangkai-bangkai itu dipertimbunkan."
Maka dari itu, kerajaan-kerajaan Salib menjelma ibaratkan gugusan pulau-pulau yang dikelilingi oleh samudera para musuh. Walaupun demikian, kerajaan-kerajaan ini terus dapat bertahan untuk masa lebih kurang 200 tahun. Dan yang paling akhir hancur adalah karena kekurangan perbekalan dan ekspedisi yang terputus-putus, karena umat Islam yang tidak berdaya, terpecah belah dalam berbagai kelompok yang berkurangan jumlah kekuatan balatentaranya. Ditambah dengan ketidakmampuan mereka untuk dapat mengambil kesempatan melawan pasukan Salib yang berjumlah kecil dan berkembang di wilayah yang luas.
KErajaan keluarga Nuriyah di Sham iaitu yang dibangsakan kepada Mahmud Nuruddin AL-Malikul Adil yang bergelar Zanki juga di gelar Imad ed Din ( tiang agama ). Neneknya bernama Aga Sangar,yang menguasai negeri Halab di Iraq,sudah itu di Mausul dan beberapa negeri lain.Raja itu terkenal lagi gagah perkasa serta pandai dalam hal peperangan menentang Tentera Salib.Dapat menaklukkan beberapa negeri dan merampas beberapa benteng di sekitar Sham.Setelah baginda Zanki itu terbunuh maka naiklah puteranya Nuruddin ( cahaya agama )yang bergelar Al-Malikul Adil. Di kuasainya Halab dalam tahun 541 H bersamaan 1147m.
Beliau yang tampak akan kepimpinannya dalam mengendalikan negeri serta menjadi Raja yang amat disegani umtuk menyambung kesinambungan pemerintahan tatkala itu.Cita-cita beliau ketika itu utk menyatukan seluruh tanah Sham di mana sejak kejatuhan Kerajaan Bani Umayah di Andalus,Sham menjadi perebutan di antara tiga khalifah termasok Bani Umaiyah dan dua lagi iaitu Bani Abbasiah ( Iraq ) dan Bani Fatimiyah Qahirah ( Mesir ).Dengan pergolakan yang melanda inilah telah diambil kesempatan oleh pihak Tentera Salib dengan memasokkan jarum halus mereka serta menimbulkan kehuru-haraan dan tidak kurang pula berlakunya pengkhianatan.Maka bangkitlah Nuruddin Al-Malikul Adil berusaha menyatukan kekuasaan menangkis serangan tentera salib.
Perang Salib II
Apabila terbakarnya kota ini menyebabkan timbulnya semangat di seluruh Eropah untuk melancarkan Perang Salib II. Sejak timbulnya kerajaan kuat di Halab itu boleh dikatakan tenaga kaum salib angkatan pertama,di masa 50 tahun telah hilang dan banyak pahlawannya gugur dalam peperangan menentang Islam.
Tentera Islam yg di pimpin oleh Pahlawan Nuruddin dari Halab iaitu saudaranya Saif Ed Din dari mousul dan panglimanya Salahuddin. Tentera itu tergabung dari Bangsa-bangsa Turki,Kurdi dan Arab. Dalam peperangan hebat itu, patahlah perlawanan pihak Salib dan sisanya lari ke pantai.
Dengan hati kecewa Kaisar Konrad III pulang ke Jerman,sesudah itu mengikut pula Louis VII Raja Perancis. Meskipun dengan sabar dan dapat bertahan lama, tentera Salib boleh juga dilemahkan tetapi selama Mesir belum dikuasai, kaum salib masih dapat mendatangkan bantuannya dengan melalui negeri itu. Oleh sebab itu Mesir menjadi tujuan penting bagi kedua pihak. Adapun Mesir sendiri telah lemah ,Khalifahnya yang tiada berdaya lagi di sebabkan negeri ini di pimpin dari kalangan wazir yang hanya mementingkan diri sendiri.
Serangan-serangan yang berhasil hanya terjadi di luar laut Tengah. Bangsa Flem, Frisia, Normandia, Inggris, Skotlandia, dan beberapa tentara salib Jerman, melakukan perjalanan menuju Tanah Suci dengan kapal. Mereka berhenti dan membantu bangsa Portugis merebut Lisboa tahun 1147. Beberapa di antara mereka, yang telah berangkat lebih awal, membantu merebut Santaram pada tahun yang sama. Mereka juga membantu menguasai Sintra, Almada, Palmela dan Setubal, dan dipersilakan untuk tinggal di tanah yang telah ditaklukan. Sementara itu, di Eropah Timur, Perang Salib Utara dimulai dengan usaha untuk merubah orang-orang yang menganut paganisme menjadi beragama Kristian, dan mereka harus berjuang selama berabad-abad.
Begitulah, pasukan Salib memaksakan kekuasaan mereka atas Palestin kecuali wilayah Ashkelon yang tunduk di bawah naungan Mesir (Fatimiyah) yang meyediakan mereka sumber perubatan, sumber daya manusia dan dana setiap tahun. Namun Kaum Salib sudah biasa setiap tahun mengepung Ashkelon, namun upaya untuk mendudukinya selalu gagal hingga tahun 1153 M (548 H). Pada tahun itu, penduduk Ashkelon berusaha keras untuk dapat memukul mundur pasukan Salib ini. Namun, ketika Kaum Salib sudah putus asa dan hampir menarik mundur pasukan mereka, ada kabar gembira yang sampai kepada mereka bahwa masyarakat Ashkelon tengah bertelagah. Maka mereka terus menunggu dengan sabar. Alasan perselisihan antara kelompok di Ashkelon adalah persoalan perebutan kekuasaan; masing-masing kelompok mengklaimkan bahwa hanya mereka sendiri yang meraih kemenangan dan berhak atas kekuasaan. Bagaimanapun, perselisihan tersebut terus berkembang sehingga menelan korban dari kelompok masing-masing.
Keadaan ini terus menggiring konflik yang ada kepada situasi yang lebih memburuk, dan kesesuaiannya adalah pecahnya perang saudara antara mereka dan banyak nyawa yang harus menjadi korban. Di tengah situasi seperti ini, Tentera Salib berharap ada pintu kesempatan untuk menyusup. Dan tidak lama kemudian mereka terus merayap maju ke wilayah Ashkelon dan berhasil mendudukinya dengan mudah.
Walau pasukan bersenjata Salib berjumlah kecil, namun mereka berusaha untuk dapat mempertahankan dominasinya secara kuat dengan membangun benteng-benteng pertahanan yang solid yang dibangun bagaikan pulau-pulau yang tersusun di tengah banyaknya wilayah di Syria.
Di tahun 1167 tatkala zaman Khalifah Al Adlid - Khalif Fatimiyah yang penghabisan,lantaran perebutan pangkat wazir di antara Shaur dan Dhirgham,maka Shaur minta bantuan Nuruddin dengan janji jika Mesir dapat ditaklukkan oleh Nuruddin,dia tetap jadi Wazir dan sepertiga hasil Mesir adalah untuk Nuruddin. Sementara itu pula Dhirgham meminta bantuan dari kaum Salib dan gerakannya dapat di hidu oleh Nuruddin. Dengan tindakbalas yg cepat dari Nuruddin, beliau mengarahkan pahlawannya iaitu "Asad Ed Din" ( Singa Ugama ) Shirkuh,mengepalai angkatan perang merebut Mesir dan pembantunya ialah Salahuddin.
Di satu tempat bernama Al Babain ( Pintu Dua ),10 batu dari Al Fustaat terjadilah pertempuran dengan tentera Salib yang rupanya Wazir Shaur pula yang membuat janji rahsia dengan mereka. Nasib tidak menyebelahi mereka dan tentera itu dapat dikalahkan Shirkuh dan dapat masok ke Kota Iskandariah.Tetapi Kaum Salib mengepung kota itu dari laut. Oleh kerana kepungan tidak berhasil maka perang dihentikan sementara dan Shirkuh pulang ke Sham dengan meninggalkan wakilnya iaitu anak saudara Yusof yang lebih masyur .Beliau ialah Salahuddin.
Akibat kepercayaan yg tiada lagi kepada Wazir Shaur maka Khalifah Al Adlid sendiri meminta bantuan kepada Nuruddin. Di tahun 1169 M datanglah angkatan Shirkuh sekali lagike Mesir sebagai wakil Nuruddin. Kedatangannya di sambut rakyat dengan gembira. Wazir Shaur yang tidak dapat di percayai itu di bunuh. Tetapi baru 2 bulan Shirkuh memerintah Mesir sebagai Wazir dari Nuruddin dia pun wafat. Maka Nuruddin mengangkat Salahuddin Yusof ibn Ayyub menjadi gantinya. Belom pun lama beliau berkuasa maka Al Adlid pun magkat dan Khalifah yg bakal menggantinya tidak ada. Maka bulatlah kekuasaan Mesir di tangan Salahuddin. Setelah 2 tahun Salahuddin berkuasa di Mesir, Raja Nuruddin pula mangkat di Sham 1174M.
Dengan rasminya Salahuddin mengisytiharkan dirinya sebagai yang dipertuan Mesir dan Sham dengan gelaran "Sultan Al-Malikun-Nasir" dan diperanginya putera Nuruddin iaitu Al-Malik es-Salah dan saudara Nuruddin Saifud Din Gazi.
Perang Hittin
Di tahun 1180M peperangan diteruskan tetapi di minta untuk dihentikan oleh Tentera Salib dan perjanjian damai di capai.Tetapi Perjanjian itu dilanggari sendiri oleh pihak Kaum Salib sendiri. Pada tahun 1183, Saladin memulai gerakannya untuk membebaskan Palestin dari tentara Salib. Pasukan Saladin menyeberangi Jordan dan menyerbu Galilea. Guy dari Lusignan, yang kini menjadi wali Kerajaan Jerusalem, segera saja mengepalai tentaranya. Kedua pasukan kemudian berkemah berhadap-hadapan di kolam Goliath. Di tahun 1186 Reynold yang mendirikan benteng Al Kark merompak orang-orang yang pergi naik haji . Satu kafilah yang membawa saudara perempuan Salahuddin sendiri pun turut di rampas mereka. Murka sangat Salahuddin lantaran pengkhianatan itu. Perang besar mula terjadi. Beliau bersumpah akan membunuh Reynold kalau dapat di tawannya.
Kelompok elang (pro perang) mendesak untuk segera menyerang. Usulan kelompok elang ini ditentang oleh Baldwin yang memerintahkan untuk bertahan. Tindakan menyerang Saladin lebih dulu adalah satu kebodohan mengingat jumlah pasukan Saladin yang jauh lebih besar dibandingkan tentara Salib. Walau menang jumlah, Saladin tidak akan mampu mempertahankan keberadaan pasukannya dalam waktu lama di lingkungan yang tidak ramah. Para tentara Muslim ini harus pulang untuk memetik hasil pertaniannya.
Saladin sebenarnya sudah memancing tentara Kristian untuk bertempur, tapi mereka tetap tenang sehingga memaksa Saladin dan pasukannya untuk mundur. Saladin kemudian menyerukan jihad besar-besaran melawan kaum Kristian.
Saladin kemudian memasang jerat dan berdoa agar kaum Kristian bisa masuk dalam perangkapnya. Pada tanggal 1 Julai, Saladin membawa pasukannya melalui Jordan menuju Galilea. Setengah pasukan berkemah di dekat danau dan setengahnya lagi menyerang Tiberias yang dapat direbut hanya dalam waktu 1 jam pertempuran.
Saat itu Raymond dan anaknya tengah berada di Sephoria, sedangkan isterinya masih di rumahnya di Tiberias. Para pimpinan orang Kristian di Sephoria berdebat, apa yang harus mereka lakukan. Kelompok elang mengusulkan untuk langsung menyerang dan kelompok merpati yang dipimpin oleh Raymond mengusulkan untuk bertahan. Raymond tahu rencana Saladin. Walaupun Tiberias adalah kotanya sendiri, Raymond rela kehilangan untuk sementara waktu. Raymund juga tidak mengkhawatirkan keselamatan isteri dan penduduk Tiberias karena perilaku Saladin yang penuh belas kasih. Paling-paling mereka dibawa ke Damaskus dan bisa ditebus di lain hari.
Seperti biasa, Raja Guy bimbang memutuskan jalan mana yang harus ditempuh. Guy kemudian mendengarkan Gerard yang berhasil melarikan diri dari serangan bodoh bunuh dirinya di Cresson. Gerard mencerca Raymond yang sudah dianggapnya sebagai pengkhianat. Guy memerintahkan pasukannya untuk berbaris menuju Tiberias. Orang Kristian sudah masuk jebakan yang dipasang oleh Saladin.
Tentara Kristian berjalan menyeberangi lembah-lembah Galilea dalam musim panas yang terik. Mereka terbebani oleh pakaian dan peralatan tempur yang berat. Perjalanan yang seharusnya memakan waktu beberapa jam akhirnya harus ditempuh seharian. Saladin mengirimkan pemanah-pemanah jitu untuk mengikuti mereka dari kejauhan, mengincar tentara-tentara yang terpisah sendirian.Pada bulan Julai 1187 M terjadilah perang besar dengan hebatnya di Hittin. Benteng Al Kark jatuh. Boleh dikatakan perang itu adalah perang keputusan. Lebih kurang 10,000 orang tentera salib yang binasa.
Saladin juga sudah mengeringkan mata air dan sumur yang akan dilewati tentara Kristian sehingga banyak diantara tentara Kristian ini menajdi setengah gila karena kehausan. Akhirnya mereka tiba di Galilea dengan kondisi yang sangat lelah dan menyadari bahwa perkemahan pasukan Muslim telah menutup kemasukan mereka ke sumber air. Beberapa baron mendesak Raja Guy untuk bergerak merebut danau dari Saladin, tapi rupanya Raja Guy memutuskan berkemah semalam karena merasa kasihan melihat penderitaan prajuritnya seharian. Tentara Kristian berkemah di lereng dekat lembah yang disebut dengan Tanduk Hittin, tempat Jesus mengkhutbahkan agama damai dalam Khutbah Di atas Bukit. Tentara Kristian menyangka akan ada satu mata air di lereng bukit tersebut, tapi sesampainya di sana satu-satunya sumur itu pun sudah kering.
Belum lagi suara sorak sorai dari pasukan Muslim yang makin menambah turunnya mental tentara Kristian. Malam itu adalah salah satu dari 10 malam terakhir Ramadhan, yang bisa saja adalah malam lailatul qodar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sebelum malam berakhir, Saladin memerintahkan pasukannya untuk menyebar secara diam-diam mengepung perkemahan tentara Kristian. Setelah fajar menyingsing, pasukan Muslim langsung mengepung perkemahan tentara Kristian.
Begitu ketat pengepungan itu, sejarawan dari pasukan Salib menuliskan di dalam catatannya, “Bahkan kucing pun tidak akan dapat lolos dari jerat itu.” Ketika fajar menyingsing, serunai dari pasukan muslim berbunyi menandakan serbuan dimulai. Pasukan Salib yang terkepung menyerang dengan membabi-buta. Melihat pasukan Kristian menyerang, pasukan Salahuddin tidak membalas. Mereka malah membuka barisan mereka membentuk huruf “U” membiarkan pasukan Salib lewat. Begitu bukaan itu ditutup kembali, maka pasukan Salib itu menemukan ajal mereka.
Pasukan infanteri Kristian yang panik dan hanya memikirkan air, bergerak turun setelah melihat kilauan air laut Galilea. Mereka kemudian dihalau oleh pasukan Muslim dan menimbulkan banyak korban yang mati dengan mulut menghitam karena kehausan. Pasukan berkuda pimpinan Raymond berhasil menembus kepungan pasukan Muslim, tetapi kepungan kembali rapat setelah Raymond berhasil keluar sehingga pasukan berkudanya terpisah dengan pasukan induknya. Raymond berhasil lolos dan terhindar dari kematian. Balian dari Ibelin juga menjadi salah satu pemimpin Kristian yang lolos.
Pasukan berkuda Muslim terus menyerang perkemahan tentera Kristian dan akhirnya Saladin dan anaknya Al-Afdlal melihat khemah Raja Kerajaan Jerusalem Guy, tempat sang raja berlindung, telah roboh rata dengan tanah. Al-Afdlal berkata, “Ayahku kemudian turun dari pelana kuda dan kemudian bersujud di tanah, bersyukur kepada Allah dengan tangis kebahagiaan.” Tentara Kristian telah kalah, dan Kerajaan Kristian Jerusalem telah tumpas. Saladin berhasil mengusir tentara salib dari bumi Palestin.
Setelah pertempuran berakhir, Saladin mempunyai dua tawanan penting yang langsung dibawa ke tendanya yaitu Raja Guy dan Reynald. Kedua tawanan itu benar-benar sudah kelelahan dan putus asa karena kehausan. Saladin memberikan sekantung air yang diberi ais dari salju gunung Hermon kepada Raja Guy yang kemudian meminumnya. Setelah puas, Raja Guy memberikan kantung air kepada Reynald. Ketika Reynald akan meminumnya, Saladin menegaskan bahwa dia tidak mengizinkan Reynald untuk ikut meminum. Sudah menjadi kebiasaan bangsa Arab waktu itu untuk tidak membunuh lelaki yang telah diberi makan dan minum olehnya.
Kisah ini begitu terkenal karena dengan sempurna menggambarkan sikap Saladin yang penuh belas kasihan. Ini adalah hal baru dalam sebuah perang suci menurut pandangan orang Kristian. Saladin tidak ingin membantai seluruh orang Kristian tanpa pandang bulu, sebagaimana orang Kristian dengan semangat Joshua menaklukkan Palestin yang membantai seluruh kaum Muslim. Kejadian ini telah membuktikan bahwa semangat jihad fi sabilillah tidak akan membabi buta membunuh semua musuhnya, bahkan ada aturan-aturan yang sangat ketat di dalamnya. Kejadian ini juga membuktikan bahwa kaum Muslim jauh lebih berperikemanusiaan dibandingkan orang Kristian dalam mensikapi perang suci.
Walau tak semua orang Kristian dibunuh, Saladin membunuh semua ksatria dari Ksatria Kuil (Knights of Templar) dan semua ordo-ordo militan karena merekalah yang paling berdedikasi untuk memerangi Islam selama ini. Jika orang-orang seperti Reynauld atau para ksatria ini dibebaskan, mereka pasti akan menghimpun kekuatan untuk kembali berbuat kejahatan terhadap kaum Muslim. Membunuhnya semua adalah sebuah tindakan penyelamatan.
Kaum Kristian waktu itu betul-betul putus asa dan ketakutan. Ini cukup masuk akal. Beberapa ribu orang Kristian yang berkumpul di Jerusalem tak akan mampu menandingi kekuatan pasukan Muslim. Apalagi kesatuan-kesatuan militan yang solid sudah dihancurkan di pertempuran Hittin. Kebanyakan dari mereka adalah orang-orang awam. Orang-orang Kristian sangat ketakutan jika Saladin akan membalas dendam dengan membantai semua orang Kristian seperti halnya Tentara Salib yang membantai habis orang Islam ketika menaklukkan Jerusalem dulu.
Akan tetapi kenyataannya, dalam penaklukan ini tak seorang Kristian pun yang dibunuh dan tak ada penjarahan samasekali. Tebusan sengaja ditetapkan dengan amat rendah, namun tetap saja ribuan kaum miskin tak bisa membayarnya. Karena terharu akan penderitaan mereka, Saladin banyak membebaskan mereka dengan cuma-cuma yang membuat pencatat kewangan Saladin menderita akibat kemurahan hatinya. Saudara Saladin, Al-Adil meminta seribu orang untuk digunakan sendiri. Setelah diizinkan, Al-Adil yang juga tersentuh dengan penderitaan tawanan ini kemudian langsung membebaskan begitu saja di tempat.
Kaum Muslim waktu itu begitu terkejut menyaksikan begitu banyaknya kaum Kristian kaya yang melarikan diri dengan membawa harta benda mereka. Jika dikumpulkan sebenarnya harta itu bisa untuk menebus seluruh tawanan. Ketika Imaduddin melihat Uskup Agung Heraclius kabur dengan membawa kereta yang penuh harta, ia mendesak Saladin untuk menyita hartanya. Tapi Saladin menolaknya karena Al Qur’an menyatakan penting sekali untuk menaati sumpah dan perjanjian. Kata Saladin, “Orang Kristian di mana pun akan mengingat kebaikan yang telah kita lakukan kepadanya.
Begitu ia berada di Jerusalem, Saladin kemudian membersihkan tempat-tempat suci yang telah lama dicemari. Masjid Al-Aqsha selama ini telah dijadikan markas besar Ksatria Kuil (Knights of Templar). Mereka membuat asrama di sekeliling masjid dan menjadi sebagian masjid menjadi gudang dan kakus. Di atas kubah batu, ada sebuah salib emas raksasa yang kemudian segera diturunkan. Ibnu Al-Atsir menulis, “Ketika mereka mencapai puncak, sebuah teriakan keras terdengar. Kaum Muslim meneriakkan Allahu akbar dalam kegembiraan mereka.” Di dalam masjid besar, batu besar tempat Ibrahim as mengikat Ishak dan tempat Rasulullah SAW berpijak waktu Isra’ Miraj, ditutupi oleh orang-orang Kristian dengan marmar. Masjid dikembalikan ke keadaan semula. Pada hari Jum’at tanggal 9 Oktober, kaum Muslim melaksanakan shalat jum’at berjamaah di masjid Al-Aqsha, menandakan bahwa Islam telah pulih kembali di Palestin.
Labels
Komuniti Mersing
-
NASI DAGING UTARA2 months ago
-
TITIK POSITIF HARI 267 20204 years ago
-
ingiltere iş ilanları sitesi4 years ago
-
SUDAH JAWAB TAPI TAK SEND5 years ago
-
MESYUARAT PROFESIONAL 1/20168 years ago
-
-
MUAT TURUN BORANG SPBTG9 years ago
-
Birthday cake9 years ago
-
Tips saya turun berat9 years ago
-
-
-
-
Mesyuarat PPDR Bersama JPNJ10 years ago
-
-
-
-
Menjadi DEALER apa faedahnya ?12 years ago
-
-blueberry cheesecake12 years ago
-
-
Catatan Perjalanan (Siri 10)12 years ago
-
TIDAK MENJUAL KASUT FIGOS LAGI13 years ago
-
-
-
-
MENU WARUNG AINI KAMAL14 years ago
-
-
-
-
-
-
Latest Gadgets
-
-
Make your Investment wisely3 years ago
-
Blog menarik
-
Hello world!1 week ago
-
-
-
-
Resepi Salmon12 years ago
-
-
Info Kesihatan
Blog Sejarah Misteri
Blog-blog Percutian untuk warga Mersing
-
-
フィギュアや着物の買取をしてくれるお店は5 years ago
-
-
HOMESTAY JERTEH11 years ago
Blog Pilihan
-
-
-
-
22 November 2022 Ke-59 Tahun JFK Dibunuh2 years ago
-
-
Hello world!3 years ago
-
-
Azam Tahun Baharu4 years ago
-
-
-
-
-
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 years ago
-
-
-
Ketika Akaun Bank Anda Kosong10 years ago
-
-
Surat Panggilan PLKN Untuk Luqman11 years ago
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU12 years ago
-
-
-
-