21 Disember 2011
12 tgh malam
Tanah Rata
Cameron Highlands
Time cuti sekolah jam 7-10 malam pekan Tanah Rata sememangnya amat sibuk. Kebanyakan pelancong mengambil peluang bersantai di kedai-kedai makan & membeli-belah kerana semua 'farm' yg menjadi kunjungan pelancong pd waktu siangnya di tutup jam 7 malam
Foto atas : jam 9 malam
Selepas jam 12 malam kbyakan kedai biasa & kedai makanan yg dipenuhi pelanggan telah ditutup. Mungkin ramai yg tak keluar kerana cuaca sgt sejuk atau keletihan berjalan-jalan siangnya
Kedai Nasi Kandar Mutiara satu-satunya yg kelihatan dibuka 24 jam
Selain roti2 lain-lain jenis makanan masih byk terhidang buat mereka yg belum mau lelap..
Pemadangan dari Apartment Puncak Arabella jam 3 pagi..sgt sunyi..sekali-sekala terdengar salakan anjing di kebun-kebun di bawah bukit ini
No comments:
Post a Comment