Showing posts with label Sains Islam. Show all posts
Showing posts with label Sains Islam. Show all posts

Thursday, 13 November 2014

Pasal Dimensi vs Teknologi vs Syurgawi

Pasal Dimensi vs Teknologi vs Syurgawi
--------------------------------------------------
Ada yg mengatakan den
dan rakan-rakan menafsir agama
dengan teknologi
atau lebih teruk menganut
agama Sciencetology ( rujuk Wiki)
tetapi apa yg kami
cuba khabarkan ialah
kehebatan Teknologi Ilahi itu sendiri

1 Dimensi ..Alam suatu bentuk titik shj

2 Dimensi..Alam ada panjang & lebar shj
(kedua2 dimensi ini ada makhluknya mgkn
 makhluk berbentuk rohani unsur atau jin
atau malaikat peringkat rendah)

3 Dimensi..Alam manusia  & haiwan
   ada panjang, lebar dan tinggi ( ada isipadu)
   menguasai ruang tapi tak menguasai masa.
   Terpaksa bekerja
   atau bergerak untuk mengubah atau membuat
   sesuatu (proses).
Alam ini penuh kesusahan dan di sisi Allah
tiada nilai walaupun sebelah kepak nyamuk

4  Dimensi..Alam ini ada mguasai dimensi masa
     mereka tak perlu memproses spt makan
     berjalan atau tempat tinggal. Mereka menjaga
     pintu-pintu ruang masa. Mereka mungkin suatu
     entiti cahaya atau kuasa sub atomik. Mungkin
     terdapat insan-insan istimewa berjaya ke sini
     Mereka ini mungkin dikategori Ancient Alien atau
     Ancient Astronaut
     Mungkin ini pintu langit ke 2

5  Dimensi..Alam ini entiti bukan shj menguasai
 masa tetapi mungkin menguasai niat atau kehendak
Ini mungkin alam yg lebih tinggi atau mungkin
di syurga peringkat rendah . Teknologi sangat tinggi
Barang yg dikehendaki maka menjadi
Tiada resah gelisah

6 Dimensi...Alam ini tiada siapa ketahui. Mungkin ini
syurga peringkat sederhana. Ada yg mgatakan mereka
boleh berada di mana2 zaman, masa dan dimensi
Ramai yg tersalah sangka siapa mereka jika
terserempak dgn mereka. Mungkin dianggap sbagai
Tuhan, Dewa atau Blackhole dsbaginya

7 Dimensi..den dah habis idea...

Jika dalam peristiwa Israq & Mikraj didapati
ada 2 teknologi penting iaitu
1. Pembedahan- mungkin utk ubahsuai jasad utk ke dimensi
lebih ke atas
2. Buraq - suatu makhluk, suatu makhluk teknologi ( tak diketahui
    dari dimensi mana)

Jadi kami bukan komikal apatah lagi penganut scientologi
Kami mengambil cabaran Al Quran utk mengkaji
kebesaran Allah swt di bumi & langit
Thoorvanggggggggggggg

Tuesday, 23 September 2014

Pemulihan Ortopedik melalui Solat

Sumber : Wall post FB sendiri

Solat sepatutnya
memperbaiki/membantu sendi yg rosak
dgn cara menguatkan otot yg memegang
sekeliling sendi
Kebanyakan kita menggunakan kekuatan sendi
spt lutut, siku, dll utk menukar posisi
Menggunakan kekuatan sendi boleh membantu
mempermudahkan pergerakan tetapi
sendi yg cedera mgkn lbh cepat
haus dan sakit
Pergerakan perlahan lebih menggunakan otot
akan menguatkan pegangan pd sendi
Secara tak langsung sendi akan
berada pada lokasinya
Wallahua'alam

Posisi solat kaum wanita suatu senaman terbaik

Sumber : Wall FB sendiri

Wanita bila solat
perlu rapatkan lengan pd ketiak
dan rapatkan kaki
tidak spt lelaki mesti direnggang
kerana dgn keadaan itu
setiap pergerakan/perbuatan solat
spt rukuk, sujud dan bangun
akan menguatkan otot-otot2
di bahagian peranakan serta di dada
Kesihatan pd bahagian tersebut
memberi faedah kesihatan myeluruh
dan membantu fisiologi sbagai ibu
dan isteri. Tetapi dgn syarat
setiap pergerakan dibuat dgn perlahan
Tak percaya cubalah..

Bangun dari duduk semasa solat memberi kesan
spt Dead Lifting techniques utk total body training
Bangun dari sujud yg memberi kesan kpd total body
ialah dgn menggunakan kekuatan pinggul
utk bangun bukan dgn lutut.
Jika menggunakan lutut boleh menghauskan lutut

Friday, 25 July 2014

Kehebatan Cahaya Lailatul Qadr

Apabila nyawa masih berada dlm tubuh badan manusia, sel-sel badan menerima dan melepaskan ion-ion mineral yg bercas positif melalui permukaan sel. Tugas-tugas ini dikawal oleh pam-pam sodium & potassium yg juga terdapat dicelah-celah permukaan sel.

Pergerakan ion-ion yg terkawal ini menyebabkan pgaliran elektron-elektron (cas negatif yg mgalir) di sekeliling tubub manusia.
Tubuh badan manusia yg sihat bercas negatif.

Apabila seseorang manusia itu stress atau sakit
tubuhnya menjadi lebih bercas positif. Organ-organ badan
menjadi lemah
Untuk menambah semula cas negatif
pesakit itu boleh :

-Bersolat berjamaah dgn merapatkan saf
agar tubuh badan makmum yg lebih cas negatif akan
mengalir ke tubuhnya
-Sujud dgn dahi dan tapak kaki menyentuh bumi
agar seluruh badan supaya bumi mgalirkan caj negatifnya
ke dalam badan manusia. Maka rugilah mereka yg sebentar sujudnya
-Bersenam atau berjalan di bawah cahaya matahari
pagi yg penuh dgn sinaran elektron (cas negatif) dari matahari
-Mandi di bawah percikan halus air spt di bawah air terjun. Itu sbb
mandi di bawah shower lebih baik dari mandi mggunakan cebok

Pada waktu malam apabila matahari terbenam
bumi tidak menerima cas negatif dari matahari.
Ruang udara bercas positif
Makhluk-makhluk halus mula keluar dan
mampu bergerak dalam medium yg bercas positif
Seluruh bumi dipenuhi dgn kejahatan makhluk halus ini
Itu sebab rumah tak boleh dibiarkan tanpa cahaya matahari
dan waktu senja adalah waktu kemasukan makhluk2 tadi
ke ruang udara bumi
Tubuh manusia yg banyak berzikir dan bersolat
mempunyai medan tenaga yg kuat mampu menahan
gangguan makhluk halus tersebut.
Begitupun kekurangan cas negatif itu mybbakan organ
spt jantung dan otot mjadi lemah pd waktu malam terutama
slps Isyak dan aktiviti berat tak digalakkan
Pada waktu awal pagi cahaya-cahaya bintang
yg penting menguatkan roh manusia mula menjadi kuat
pada ketika itu sesiapa yg berehat dan lebih-lebih lagi
solat dan zikir dgn kusyuk iaitu mengurangkan
frekuensi otak dari Betha kpd Alpha mampu menerima
cahaya murni bintang itu utk mguatkan rohaninya
Cahaya bintang juga menguatkan kelenjar pineal utk
merembeskan molekul penenang semulajadi
yg mampu megelakkan kecelaruan sistem tubuh
dan dikatakan mengelak dan myembuh kanser
Lailatul Qadr berkemungkinan suatu malam
di mana malaikat-malaikat yg bercahaya-cahaya
dari langit tinggi akan turun ke bumi. Mereka
yg beramal ibadah dgn byk,kusyuk dan
badan mereka kurang unsur bumi ( mcm2 makanan
kecuali makanan sunnah)
mampu menurunkan frekuensi otak mereka lebih rendah
dari Alpha lantas berhubung dan menerima cahaya2 ini
Ini hipotesis sahaja.
Roh manusia yg menerima cahaya Lailatul Qadr ini
akan menjadi lebih murni dan halus
dan mereka akan mendapat kelebihan
di dunia dan di akhirat

Sekian utk perkongsian. Wallahua'lam

Penjaga Kuala

Thursday, 26 June 2014

KEJATUHAN MELAKA BUKAN KERANA FAKTOR SENJATA

Salinan surat dari : The Patriots ( Facebook)

SURAT TERBUKA UNTUK DS NAJIB - KEJATUHAN MELAKA BUKAN KERANA FAKTOR SENJATA

Ke hadapan Pesiden UMNO, merangkap Perdana Menteri sebuah negara yang dibarisi oleh majoritinya adalah orang Melayu iaitu Dato’ Seri Najib Razak.

Saya seorang penyokong aspirasi UMNO dalam memperjuangkan bangsa Melayu. Namun begitu, sokongan saya bukanlah bersifat membabi buta, dan apabila timbul hal yang memerlukan saya menegur sesuatu perkara, maka saya akan bersuara. Saya tertarik dengan ucapan DS Najib, setiap kali Dato’ Seri membicarakan mengenai sejarah Melayu, khususnya sejarah Kesultanan Melaka.

Ucapan pertama DS Najib yang membicarakan topik kejatuhan Kesultanan Melaka di tangan Portugis adalah pada tarikh 15 Ogos 2011, dalam majlis FELDA di mana DS Najib mengaitkan kekalahan Melaka itu berpunca daripada penggunaan senjata tradisional seperti tombak, lembing, dan keris berbanding dengan pihak Portugis yang canggih senjatanya.

Pada tahun 2014 ini, saya mendapati bahawa DS Najib mengulangi cerita yang sama dalam ucapan Formula 6K UMNO. Saya menyaksikannya melalui siaran berita jam 7 pagi di saluran RTM TV1, pada tarikh 23 Jun.

Maka, dengan penuh rasa rendah hati, saya berasa terpanggil untuk membetulkan beberapa kesalahan fakta yang saya kira tidak diketahui oleh DS Najib dan juga sebahagian besar rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan DS Najib, sesungguhnya cerita jatuhnya Melaka di tangan Portugis kerana faktor penggunaan senjata tradisional, adalah satu kisah dongeng semata-mata yang harus dihapuskan dalam pemikiran rakyat Malaysia buat selama-lamanya.

Kesultanan Melaka bukanlah calang-calang kerajaan, malah merupakan satu kuasa yang hebat atau “regional power”. Kemegahan pelabuhan Melaka telah membuatkan seorang pegawai Portugis pernah berkata, iaitu Tom Pires ketika menyebut mengenai Melaka.

“Whoever is lord in Malacca has his hands on the throat of Venice.”

Fikirkan kembali, Melaka ialah sebuah tamadun yang berada di tengah-tengah laluan perdagangan dunia dan pada zaman kemuncak, dicatatkan bahawa terdapat 84 bahasa yang dituturkan di pelabuhannya.

Simon Elegant dalam Far Eastern Econmic Review, IO Jun, 1999:45, telah menegaskan tentang Melaka (Terjemahan):

"Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia ... Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil, Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis; bandar raya dengan 100,000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di pasar. Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan asing seadilnya."

Masakan Kesultanan Melaka yang metropolitan ini tidak langsung mengenali senjata api, sedangkan pada zaman yang sama, Kepulauan Jepun yang sedang berada dalam kancah perang saudara ketika era Nobunaga sudah pun mempunyai senjata api. Hall, John Whitney, ketika menulis di dalam The Cambridge History of Japan, Vol. 4: Early Modern Japan menceritakan mengenai divisyen senjata api yang dipunyai oleh Nobunaga dalam kempen Nobunaga menyatukan seluruh Jepun.

Lalu mari kita mulakan perbicaraan kita dengan membicarakan mengenai kejatuhan Melaka itu dulu, lalu bolehlah selepas itu kita memahami bagaimana budaya senjata api orang Melayu yang sebenarnya sudah sinonim dengan orang Melayu pada abad-abad seterusnya.

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.

Catatan yang lain pula, seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. Tiga ribu pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.

Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.

Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.

Seorang berbangsa Itali yang terlibat di dalam penyerangan terhadap Melaka pada tahun 1511 menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang telah menyebabkan kehilangan nyawa yang agak ramai di pihak portugis. Menurut beliau, walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai.

Thomas John Newbold, seorang pegawai British di Melaka pernah mencatatkan di dalam Political and Statistical Account of the British Settlements in The Straits Of Malacca, Volume 2 bahawa kilang-kilang yang menghasilkan senjata api seperti meriam-meriam milik bangsa Melayu sudah lama bertapak bukan sahaja di Semenanjung Tanah Melayu, bahkan di sekitar Kepulauan Melayu. Terengganu menjadi hub penghasilan senjata api di Semenanjung, manakala Gerisik merupakan hub untuk Pulau Jawa, dan hub untuk Sumatera pula ialah Minangkabau.

Bahkan Newbold turut mengulas mengenai pemandangan biasa yang dilihatnya ketika berada di Tanah Melayu pada abad ke-18 yang dipercayai Newbold sudah lama budaya itu itu bertapak di Tanah Melayu. Katanya, tidaklah sesuatu yang menghairankan andai dapat melihat pendekar Melayu yang lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama keris dan senjata api Melayu seperti Istingar.

Bukan setakat itu sahaja, bukti aktiviti pembuatan senjata api di Pahang telah direkodkan oleh W. Linehan didalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Di tebing-tebing Sungai Tembeling yang terletak di Pahang, Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan seawal kurun ke 13 ATAU 14, iaitu lebih awal daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis.

Seorang pengkaji sejarah iaitu Nicholas Tarling di dalam bukunya The Cambridge History of Southeast Asia pernah membandingkan senjata api Melayu dengan senjata api buatan Jerman yang merupakan senjata api terbaik pada abad ke-15, bahkan diceritakan mengenai kehebatan senjata api Melayu yang dikatakan tidak mempunyai tandingannya, walaupun senjata api Portugis itu sendiri. Turut dicatatkan dalam buku itu mengenai bagaimana meriam-meriam yang disusun di setiap penjuru kota Melaka telah banyak membedal nyawa askar Portugis ketika mereka mula mendarat di bumi Melayu ini.

Kita lihat pula tulisan R. J. Wilkinson, “The Capture of Malacca, A.D. 1511”. Beliau menyebut mengenai beberapa perkataan sepert “Malay gun-fire” dan “heavy fire” merujuk kepada bala askar Melaka ketika itu ketika menceritakan mengenai kejatuhan Melaka yang boleh dijadikan dalil bahawa orang Melayu kita ketika itu sudah memiliki senjata api.

Diceritakan bahawa ketika askar Portugis cuba memasuki muara Sungai Melaka yang cetek dan berlumpur itu, mereka telah dihujani oleh divisyen askar Melaka yang menggunakan senjata api dan menghujani askar Portugis dengan senjata api

Akhir sekali, hayatilah bait-bait Syair Perang Siak yang ditulis menceritakan mengenai perang melibatkan Sultan Siak, Raja Ismail dengan Belanda sekitar tahun 1760-1761. Meski syair ini agak lewat jika dibandingkan dengan peristiwa kejatuhan Melaka, tetapi syair ini mempunyai dalil bahawa sesungguhnya budaya senjata api dan orang Melayu itu tidak dapat dipisahkan.

Berani Wilanda jangan dikata
Kapal dan kici menembak semata
Bunyi sorak gempita
Meriam dan pemuras berbunyi sekata

Perkataan “meriam” dan “pemuras” yang terakam dan diabadikan dalam syair ini menunjukkan bahawa senjata-senjata api memang sudah digunakan dalam pertahanan masyarakat Melayu.

Akhir kata daripada saya, saya memohon agar DS Najib memperhalusi ucapan DS Najib sebelum berbicara lagi mengenai topik kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511, kerana sesungguhnya topik ini berkait rapat dengan jati diri bangsa Melayu. DS Najib adalah orang kenamaan dan pastinya mempunyai pengaruh yang sangat besar; saya khuatir jikalau kenyataan DS Najib yang lari daripada hakikat sejarah itu dipegang pula sebagai azimat kebenaran oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Saya daripada organisasi The Patriots sekadar menjalankan tugas dalam menyedarkan masyarakat Malaysia mengenai sejarah sebenar yang seakan-akan dilindungkan daripada pengetahuan mereka. Andai kata apa yang saya nukilkan ini mengandungi jarum yang secara tak sengaja telah mengguris hati pembaca, sepuluh jari saya susunkan untuk memohon maaf. Saya juga manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

-HE dan ASJ -

Disunting oleh: Amir Wijaya

Sunday, 7 July 2013

Kisah lama mengejar Lailatul Qadr

Dulu-dulu orang-orang yg kaki beribadat ni mmg target betul2 bila tiba bulan ramadhan..Bulan puasa mereka terus stop bisnes..Mereka berpendapat Allah beri 11 bulan cari rezeki maka 1 bulan fokus utk pulun habis beribadat iaitu melibatkan ritual solat sunat & berzikir..Setiap malam ramadhan mereka akan bertadarrus, solat malam dan berwirid sampai Sahur . Ini diceritakan oleh orang2 lama di Pahang. Siangnya mereka mengisi masa dgn aktiviti yg sama. entah berapa juta atau billion wirid mereka baca..Tujuannya utk membersihkan hati & fikiran dari nafsu2 keduniaan.
 
 Bila tiba pertengahan Ramadhan mereka dah tak balik rumah. Dok lepak masjid jer..Ada yg lebih ekstrim akan menyiapkan pondok di pinggir2 hutan..Biasanya mereka panggil geng ..kali ni mereka target utk dapat Lailatul Qadr..Fikiran, hati & perasaan mereka tak lain mengingat Allah semata2..Mereka juga memasak utk makan tapi cuma ala kadar utk alas perut..banyak juga kejayaan mereka dapat..Ada yg cerita malam Qadr ada yg nampak Surah Al Qadr bercahaya & tertulis di langit..Mereka capai setelah 7 kali Ramadhan biasanya..Setelah tu hampir setiap tahun mereka dapat..Betul la orang kata kalau nak dapat sesuatu mesti ada strategi..kmudian pulun habis2..Mereka ni juga sgt sukses dlm kehidupan..Bisnes mereka hebat sbb mungkin mereka apply pulun maut punya utk untung..Hasilnya boleh mereka bantu umat dgn berzakat & bersedekah. Yg penting ada 1 bulan yg mereka boleh 'off' utk menikmati 'movie' Qadr..Apa pandangan korang ?


Thursday, 25 October 2012

Perjalanan merentasi alam melalui ruang Hyperspace

Sumber asal cerita :
 http://henkykuntarto.wordpress.com

Di dalam Physics Science, dikenal istilah Wormhole (Lubang Cacing). Wormhole sendiri, menurut batasan Kimia Moden, adalah sebahagian daripada Alam Semesta yang boleh digunakan sebagai jalan pintas perjalanan yang amat jauh.

    Fenomena alam ini secara teori, merupakan lorong magnetik yang didalamnya memiliki graviti kuat, yang mampu menarik apa-apa yang masuk ke dalamnya. Dan untuk kemudian menolaknya ke hujung lorong yang lain hanya dalam beberapa saat. Yang dimaksudkan dengan 'hujung lorong lain' ini, adalah pintu dari alam semesta yang selari dengan kita, atau boleh juga alam semesta dari galaksi lain.

    Sejumlah ahli fizik terkemuka pernah beranggapan, kuatnya graviti wormhole sudah cukup membuat moda transportasi yang tak terlalu canggih mampu melaju dengan kelajuan di atas kelajuan cahaya. Oleh kerana itu, secara teori, perjalanan antara galaksi yang letaknya amat berjauhan bukan tak mungkin boleh diselesaikan hanya dalam masa 200 hari atau kurang.

Hanya kini masalahnya, bagaimana mencari sang Wormhole tersebut? Sayang sekali, justeru masalah inilah yang tak pernah diselesaikan hingga kini. Para ahli astro-fizik hingga saat ini baru sebatas mengetahui pembinaan teoretisnya, sementara selebihnya masih sangat gelap (sumber: Menjelajah Alam Semesta).

Wormhole-Ma'aarij

Menurut Einstein dan I. Rosen, kewujudan wormhole amat erat kaitannya dengan black-hole, objek alam semesta yang dikenali mempunyai graviti amat kuat. Sementara menurut Hawking, pada keadaan waktu maya (waktu Tuhan) dengan melalui "wormhole", kita boleh pergi ke mana-mana waktu dalam sejarah bumi, boleh pergi ke masa lalu dan ke masa depan (sumber: Teori Fizik Hawking, mengungkap Perjalanan Isra Rasulullah?) .

    Berdasarkan teori, waktu akan berjalan lebih perlahan, jika berada di dekat medan graviti, oleh kerana itu graviti mempunyai cangkang-cangkang waktu. Begitupun ketika kita melaju dengan roket pada beberapa kelajuan yang berbeza, maka akan mempunyai beberapa dilatasi waktu yang berbeza. Kesimpulannya, ketika kita melaju lurus pada satu kelajuan, sebenarnya kita berada pada satu cangkang dari medan graviti.

    Misal kembar A, B dan C berumur 20 tahun. Kembar A melaju lurus ke sebuah bintang dan balik lagi ke bumi. Kembar B melaju melengkung berterusan mengelilingi bumi dengan kelajuan yang sama dengan kembar A. Kembar C berada di bumi. Kembar A dan B akan berumur 50 tahun, sedangkan kembar C akan berumur 70 tahun.

Wormhole yang berkaitan dengan hubungan dalam ruang-masa, dikenali sebagai Laurentzian wormhole. Lorentzian wormholes terbahagi dalam dua jenis:

    1) Inter-universe wormholes, wormholes yang menghubungkan semesta kita dengan 'semesta' yang lain. Ini adalah dugaan tentang adanya semesta selari.

    2) Intra-universe wormholes, wormhole yang menghubungkan dua daerah dalam semesta yang sama.

Ada juga wormhole lain yang dikenali sebagai Euclidean wormholes, yang mana, wormhole ini ada dalam proses yang sangat mikro, kerana menjadi perhatian utama para ahli teori medan quantum (sumber: Wormhole-Langitselatan.com).

Beberapa Cendikiawan Muslim, mengenal pasti adanya Wormhole-Ma'aarij, yakni tempat-tempat naik para malaikat (sumber: Ma'aarij (Wormhole)).

Sebagaimana Firman Allah:

    Dari Allah yang mempunyai tempat-tempat naik
    Naik malaikat dan roh kepada Nya di dalam satu hari adalah ukurannya lima puluh ribu tahun
    (Surah Al-Ma'arij (70) ayat 3-4).

Wormhole-Ma'aarij ini, lebih merupakan laluan khusus yang diciptakan ALLAH bagi hamba-hamba yang dikehendaki-NYA. Ada yang meyakini, kisah-kisah di dalam Al-Quran, seperti Pemuda Kahfi dan Peristiwa Isra ', ada kaitan dengan Fenomena Wormhole-Ma'aarij ini.

Wormhole-Ma'aarij juga diyakini, akan menemui semua insan yang bernyawa, yakni ketika ajal menjelang, terbukalah satu pintu Wormhole-Ma'aarij kepada kita. Hyperspace ini akan disambung ke Alam Barzakh, di mana Malaikat Maut akan menemani kita dalam meniti "jambatan" ini, yang satu harinya berbanding secara relative 50 ribu tahun di bumi.

WaLlahu a'lamu bishshawab

Wednesday, 4 July 2012

Kehebatan Akal dalam Hadith..

Diriwayatkan ketika Abdullah bin Salam bertanya kepada Rasulullah dalam suatu pembicaraan yang
panjang, dimana pada akhirnya Nabi bercerita tentang Arsy dan Akal.
1. Kata Rasulullah: “Bertanya para malaikat kepada Allah: “Wahai Tuhan kami, “adakah Engkau
menjadikan sesuatu yang lebih besar dari ‘Arsy?”.
2. Maka menjawab Allah SWT: “Ada, yaitu akal!.
3. Bertanya Malaikat lagi: “Sampai dimana batas kebesarannya?
4. Menjawab Allah: “Tidak dapat dihinggakan dengan ilmu pengetahuan. Adakah bagimu
pengetahuan tentang berapa jumlahnya pasir?
5. Menjawab Malaikat itu: “Tidak”!.
6. Maka berfirman Allah:” Sesungguhnya Aku menjadikan akal itu bermacam-macam, seperti
bilangan pasir. Sebagian manusia ada yang diberikan sebiji. Sebagian ada yang diberikan dua biji,
ada yang tiga biji dan empat biji. Diantara mereka ada yang diberikan secupak (seukuran gelas)
dan ada pula diantaranya yang diberikan segantang (seliter) dan ada pula diantara mereka yang
diberikan lebih banyak dari itu”.
Kata akal berasal dari kata dalam bahasa Arab, al-‘aql. Kata al-‘aql adalah mashdar dari kata ‘aqola –
ya’qilu – ‘aqlan yang maknanya adalah “ fahima wa tadabbaro “ yang artinya “paham (tahu, mengerti)
dan memikirkan (menimbang) “. Maka al-‘aql, sebagai mashdarnya, maknanya adalah “ kemampuan
memahami dan memikirkan sesuatu “. Sesuatu itu bisa ungkapan, penjelasan, fenomena, dan lain-lain,
semua yang ditangkap oleh panca indra.
Tatkala Allah SWT menjadikan akal, Allah berkata kepada "akal" .. datanglah mendekat, maka datanglah akal itu, kemudian Allah berkata pula kepadanya ("akal") ...berangkatlah, maka akal pun berlalu/pergi. sehingga dengan perilaku/tabiat akal itu maka Allah brfirman "Tak ada mahluk yang aku cintai melebih engkau. Dengan engkau aku mengambil dan dan dengan engkau aku pula aku memberi. (Diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad dari Hasan dan Ath-Thabrani dari Abu Hurairah)

Tuesday, 5 June 2012

Kenapa Obama nak buat misi ke asteroid dan bukannya ke bulan?


Misi ke Asteroid : Khabarnya dalam Russia sibuk nak sambung misi ke bulan yg dah terhenti sejak 40 tahun lalu, Nasa di bawah Obama dah rancang nak ke Asteroid..Kenapa?

Asteroid ni merupakan 'Jack Pot' iaitu kemenangan 'loteri' terbesar sejak zaman Adam as.
       
Asteroid ni asalnya mungkin bulan atau sebuah objek spt bumi..Seperti juga bumi terdapat bertrillion tan besi cair di pusatnya ataupun berbillion tan emas yg tak mampu dikorek sbb jauh ke dasar atau boleh membahayakan bumi jika dikeluarkan

Bila objek tu meletup jadilah beribu2 ketul asteroid yg ada bersaiz bandaraya New York.. Yg mungkin ramai tak perasan ialah cairan teras yg terdiri dari besi akan juga tiba2 membeku..maknanya ada asteroid yg terbina hampir 100% besi atau logam lain!!

Bayangkan ketulan-ketulan batuan asteroid yg terdiri dari asteroid besi, asteroid nikel asteroid emas (wow wow) berlegar2 umpama kedai emas terbesar di angkasa !


Camner nak ambik !!!???

Halangan terbesar ialah tarikan graviti bumi dan juga lapisan ionosfera utk membawa ke bumi. Maknanya asteroid yg 'ditarik' itu mungkin akan bertambah kelajuan utk jatuh ke bumi dan mula terbakar bila melanggar lapisan ionosfera

Akibatnya bumi akan terima 'hadiah'(padah) dengan hentaman bola batu api yg mungkin beribu2 kali ganda bom atom Hiroshima

Ideanya ialah membuat satu tali (dari super logam) yg tahan terbakar yg diikat dari angkasa ke bumi

Tali itu akan menarik perlahan2 batu asteroid logam tu turun perlahan-lahan umpama kita turun guna tali kat kem BTN tu la

Jika berjaya..Haiyya !!!

US boleh bina beribu2 kapalselam, kapalterbang atau spaceship sbesar Enterprise..Kalau dapat tarik turun asteroid emas..just imagine la kan..he3..kalau dpt Aluminium ?? seterusnya..seterusnya

Kalau gagal dan berlaku kemalangan?..maka " Bintang-bintang berguguran menghentam bumi" dan kiamat bumi akan berlaku spt yg telah bbrapa kali sblom ini..

Ini  hanya pendapat..Jangan la terlalu serius nak buka kitab pula..Wallahu'alam !!

Monday, 30 April 2012

Kota Darud Dunya mengatasi Putrajaya 500 tahun lalu ?

Nama :
Kota Darud Dunya

Lokasi:
Negara Acheh Darussalam

Tarikh :
1496-1903

Karya :
Syed Dahlan Al-Habsyi

Tribute to :
Hibatullah Yussuf Al- Haj ( FB)



 

Saturday, 28 May 2011

Zikir Asmaul-Al Husna pada bahagian-bahagian tubuh ( body energy centre)

Healing Powers of Al-Asma al-Husna

It has been discovered by Doctor Ibrahim Karim (Biologist) that Asma ul Husna, most beautiful names of Allah (SWT) have healing power to a large number of diseases.

He used precision methods in the measurement of energy within the human body and discovered that every one of the names of Allah (SWT) stimulates energy in the immune system of the human body to work efficiently in a certain ideal human body.

He discovered that the mere mention (reciting) of most beautiful names of Allah (SWT) leads to improvement in the tracks Bio Energy within the human body, and after a 3-years of research Doctor Ibrahim Karim reached to the following:

01. Ear - As Sami (The all Hearing)
02. Bone - An Nafi (The creator of good)
03. Backbone - Al Jabbar (The Compeller)
04. Knee - Al Ra uf (The Clement)
05. Hair - Al Badi (The Originator)
06. Heart - Al Nur (The Light)
07. Muscles - Al Qawi (The All Strength)
08. Heart Waves - Al Wahab (The giver of All)
09. Heart Muscle - Al Razaqq (The Sustainer)
10. Nerve - Al Mughni (The Enricher)
11. Artery - Al Jabbar (The Compeller)
12. Stomach - Al Razaqq (The Sustainer)
13. Cancer - Al Jalil (The Mighty)
14. Thyroid - Al Jabbar (The Compeller)
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migraine - Al Ghani (The Rich One)
17. Eye Arteries - Al Muta ali (The Supreme One)
18. Kidney - Al Hayy (The Ever Living One)
19. Colon - Al Ra uf (The Clement)
20. Intestine - Al Razzaq (The Sustainer)
21. Liver - Al Nafi (The creator of good)
22. Pancreas - Al Bari (The Make of Order)
23. Fatty Sacks - Al Nafi (The creator of good)
24. Womb - Al Khaliq (The Creator)
25. Bladder - Al Hadi (The Guide)
26. Rheumatism - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid (The Righteous Teacher)
28. Nerves of the Eye - Al Zahir (The Manifest One)
29. Pineal Gland - Al Hadi (The Guide)
30. Blood Pressure - Al Khafed (The Abaser)
31. Lung - Al Razzaq (The Sustainer)
32. Thymus Gland - Al Qawi (The All Strength)
33. Gland above the Kidney - Al Bari (The Make of Order)
34. Hair Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. The Nasal Cavities - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Eye - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

Method of treatment: Lay your hands on the place of pain and praise Allah (SWT) names above according to your disease until the pain heals or cure away Insha Allah.

Note: Please keep in mind whatever takes place in result of reciting the names of Allah (SWT) depends on the will of Allah, the Almighty

Friday, 4 February 2011

Warisan Teragung Imam Al-Ghazali



Al-Ghazali dan Ihyâ’-nya

بسم الله الرحمن الرحيم

"Hampir sahaja kedudukan Ihyâ’ menandingi al-Qur’an.”

Sanjungan tersebut disampaikan oleh tokoh karismatik `Ulamâ’ul-Islâm al-Imâm al-Faqîh al-Hâfizh Abû Zakariya Muhyiddîn an-Nawawi atau lebih dikenali dengan panggilan Imâm Nawawi Shâhibul-Majmû`, yang hidup dua abad selepas Imâm Al-Ghâzali.

Qutbil-’auliyâ’ as-Sayyid Abdullâh al-`Aydrus berpesan kepada umat Islam supaya tetap berpegang teguh pada al-Qur’an dan Sunnah. Sedangkan penjelasan kedua-duanya, menurut beliau, telah termaktub dalam kitab Ihyâ’ Ulûmiddîn karya Imâm Al-Ghâzali.

Dua komentar ulama tadi telah membuktikan keagungan kitab ini dan besarnya anugerah yang dicapai oleh Imâm Al-Ghâzali. Hinggakan pengkritik dan peneliti Hadis Ihyâ’, al-Imâm al-Faqîh al-Hâfîzh Abûl Fadhl al-`Irâqi, turut memberi apresiasi positif terhadap kitab yang ditakhrîjnya itu. Beliau menempatkan Ihyâ’ sebagai salah satu kitab teragung di tengah-tengah khazanah keilmuan Islam yang lain.

Begitu juga al-Faqîh al-`Allâmah Ismâ`il bin Muhammad al-Hadhrami al-Yamani ketika ditanya tentang karya-karya Imâm Al-Ghâzali; beliau menjawab “Muhammad bin Abdillâh adalah sayyidul-’anbiyâ’, Muhammad bin Idris as-Syâfi’i sayyidul-a’immah (penghulu ulama), sedangkan Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghâzali adalah sayyidul-mushannifîn (penghulu penulis/pengarang)“.

Sungguh agung sanjungan ulama-ulama tersebut terhadap kitab Ihyâ’ dan al-Ghâzali. Oleh itu, tidak berlebihan bila Syârih (komentator) kitab tersebut, Murtadhâ az-Zabîdi, memunculkan sebuah ungkapan, “andaikan masih ada Nabi setelah Muhammad nescaya al-Ghâzalilah orangnya”.

Mengenal Ihyâ’ Ulûmiddîn

Di samping kerana cakupan kandungan yang tersaji di dalamnya, kitab ini juga disokong oleh ilmu jurnalistik yang sistematik. Sistematik penulisan yang begitu rapi menjadikan Ihyâ’ lebih menarik dan mudah dibaca oleh setiap kalangan; sederhana, berkualiti, dan tidak terlalu meluas dalam penyajian. Malah istilah-istilah rumit pun jarang ditemui dalam perbendaharaan kata yang digunakan.

Imâm Al-Ghâzali telah mengkonsep bahan yang ditulisnya dalam empat klasifikasi kajian dasar. Dari setiap klasifikasi tersebut terdapat sepuluh entri pembahasan utama (kitab). Secara umum, isi keseluruhan kitabnya sudah mencakupi tiga sendi utama pengetahuan Islam, yakni Syarî`at, Tarîqat, dan Haqîqat. Imâm Al-Ghâzali juga telah menghubungkaitkan ketiga-tiganya secara praktis dan mudah ditangkap oleh akal pembaca. Sehingga, as-Sayyid Abdullâh al-`Aydrus memberi satu kesimpulan bahawa dengan memahami kitab Ihyâ’ seseorang telah cukup untuk menguasai tiga sendi agama Islam tersebut.

Inilah dibeberapa alasan mengapa kitab ini sangat digemari oleh banyak kalangan. Oleh fuqaha, Ihyâ’ dijadikan sebagai rujukan standard dalam bidang fiqh. Oleh para sufi, kitab ini menjadi bahan pokok yang tidak boleh ditinggalkan. Kedua-dua kajian ilmu tersebut telah tercakup dalam karya momumental Imâm Al-Ghâzali ini. Oleh itu, al-Habîb Muhammad Lutfy bin Yahya, pemimpin Jam`iyah Tarîqah Mu`tabarah Nahdiyah yang sekaligus mursyid Tarîqah Naqsabandi, menyebut Ihyâ’ sebagai panduan utama tasawuf bagi pemula, atau dalam dunia tasawuf dikenal dengan istilah tasawwuful-fuqahâ’.

Sebenarnya, tidak hanya dua kelompok ini yang banyak merujuk Ihyâ’, Para teolog Islam juga menganggap penting untuk menempatkan Ihyâ’ sebagai bahan dasar kajian. Paradigma bertauhid yang disajikan Imâm Al-Ghâzali di awal pembahasan kitab Ihyâ’ sangat membantu dalam pencerahan akal dalam proses pengesaan Allah s.w.t. Imâm Al-Ghâzali mampu mengarahkan logik pembaca kepada satu kesimpulan yang benar dalam bertauhid dengan cara berfikir yang tepat dan berdiri kukuh di atas dalil-dalil naqli.

Koreksi Terhadap Ihyâ’

Meskipun posisi Ihyâ’ di tengah-tengah keilmuan Islam sangat tinggi, bukan bererti kitab ini terlepas sepenuhnya dari koreksi dan kritik. Banyak sekali komentar negatif dan bantahan yang ditujukan kepada Imâm Al-Ghâzali atas karya momumentalnya ini, terutamanya dalam kajian Hadis yang beliau sajikan.

Hadis-hadis Ihyâ’ didakwa banyak bermasalah oleh beberapa pengkritik Hadis. Kewujudannya menjadi sorotan utama dan sebagai bahan pokok kritikan para saingan al-Ghâzali, seperti al-Hâfizh Abûl Faraj Abdurrahmân Ibnu al-Jauzi. Ibnu Al-Jauzi yang dikenal anti Ihyâ’ banyak mendakwa palsu hadis-hadis yang ditulis Imâm Al-Ghâzali dalam kitab tersebut.

Dinamika inilah yang selanjutnya diangkat ke permukaan oleh kelompok ekstrimis dan orentalis untuk menolak sepenuhnya isi kitab Ihyâ’ Ulûmiddîn. Lebih-lebih lagi, puak ini tanpa malu-malu menyebut al-Ghâzali sebagai pemalsu hadis. Pemalsuan tersebut, dalam pandangan mereka, merupakan hal yang wajar kerana Imâm Al-Ghâzali tidak pakar dalam hadis dalam kajian keislamanya.

Membela Ihyâ’ Al-Ghâzali

Benarkah al-Ghâzali pemalsu hadis atau memang beliau tidak mahir dalam bidang ini? Benarkah kitab Ihyâ’ banyak memuat Hadis palsu sehingga tidak layak untuk dipelajari? Berikut ini kami kemukakan hujah-hujah sebagai bahan pertimbangan ilmiah sebelum pembaca akur dengan tuduhan tersebut:

Pertama,

Apabila dikatakan bahawa kitab Ihyâ’ banyak memuat Hadis-hadis palsu dan tidak terdapat landasan ilmiah dalam pembelaannya, maka tuduhan ini terlalu tergesa-gesa. Setelah dikira, hanya tiga redaksi Hadis yang didakwa maudhû` oleh al-Hâfizh al-`Irâqi ketika mentakhrîj lebih dari empat ribu lima ratus hadis yang dimasukkan Imâm Al-Ghâzali dalam kitab Ihyâ’-nya. “Bilangan tersebut sangatlah kecil” kata al-`Irâqi. Lebih-lebih lagi, apabila kita memandang banyaknya jumlah Hadis yang dimasukkan oleh Imâm Al-Ghâzali secara keseluruhan. Setidaknya, kuantiti hadis Imam Ghazali dalam kitab Ihyâ’-nya sudah setaraf dengan beberapa kitab Sunan, seperti Sunan Abî Dâwud, Sunan Nasâ’i, dan bahkan boleh dikatakan ia melebihi bilangan hadis yang terdapat dalam Sunan Ibnu Mâjah.

Lebih lanjut, al-`Irâqi juga memberi pembelaan bahawa sebagaian dari Hadis maudhû` tadi disampaikan tanpa memakai shîghat riwayat. Sehingga, dalam kajian metodologi Hadis, Imâm Al-Ghâzali tidak dapat dimasukkan sebagai perawi yang mendapat ancaman dari baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Kedua,

Perlu difahami bahawa ketiga-tiga Hadis tadi bukanlah rujukan utama Imâm Al-Ghâzali, melainkan sekadar tambahan dari dalîl shahîh yang mendasari ijtihadnya. Imâm Al-Ghâzali selalu mendahulukan landasan ijtihadnya dengan dasar yang shahîh sebelum kemudian menampilkan dalil lain yang setaraf atau di bawahnya.

Dan sekali lagi, bilangan tersebut sangatlah kecil. Tentu sangat na’if bila bahagian kecil dari kekeliruan (untuk tidak mengatakan kesalahan kerana kedua-duanya memiliki perbezaan makna yang menjolok) tersebut dapat menghapus seluruh kebenaran yang terkandung di dalam kitab Ihyâ’. Generalisasi seperti ini merupakan salah satu bentuk paralogik yang biasa digunakan oleh samseng intelektual ketika menghentam lawan pemikirannya. Atau dalam istilah kita disebut dengan sikap membabi buta tanpa memandang nilai kebenaran lain yang lebih berharga.

Ketiga,

Apabila dikatakan bahawa Imâm Al-Ghâzali tidak diiktiraf dalam bidang kajian Hadis maka anggapan itu sangat keliru. Al-Mustashfâ karya al-Ghâzali di bidang Usul Fiqh cukup kiranya untuk membuktikan kemampuan beliau dalam bidang kajian Hadis. Dalam kitab tersebut, tepatnya pada entri pembahasan sunnah, Imâm Al-Ghâzali secara panjang lebar menuturkan konsep dan perdebatan ulama mengenai dinamika kajian Hadis, terutamanya berkenaan proses istinbâtul-ahkâm. Bahkan, al-Ghâzali juga sempat memberi tarjîh ketika terjadi perselisihan besar antara ulama, baik yang muncul dari kalangan ushûliyyin atau muhaddithîn.

Keempat,

Ancaman Rasulullah s.a.w. kepada para pemalsu Hadis hanya ditujukan kepada pemalsu yang sengaja berspekulatif. Hal tersebut terbukti dari tambahan redaksi `amdan atau muta`ammidan dalam beberapa riwâyat shahîh dari kutubis-sittah. Husnuzh-zhan kita, kesengajaan dalam pemalsuan Hadis tidak akan terjadi pada ulama sekaliber al-Ghâzali. Rendah sangatkah intelektualisme al-Ghâzali hingga beliau perlu memalsukan Hadis untuk menyokong pemikirannya. Imâm Al-Ghâzali sendiri telah meletakkan sebuah prinsip bahawa pemalsuan Hadis dengan alasan apa pun tidak diperkenankan. Kenyataan tersebut sebagai penangkis terhadap dugaan bolehnya memalsukan Hadis untuk fadhâ’ilul-a`mâl atau pencegah tindakan tercela. Menurut al-Ghâzali kewujudan ayat dan Hadis sahih telah cukup untuk memenuhi tujuan tersebut.

Dari sini, kita dapat menyimpulkan bahawa penulisan Hadis palsu dalam literatur Imâm Al-Ghâzali muncul dari unsur ketidak sengajaan atau keliru. Dalam pembendaharaan kata Arab istilah yang dipakai untuk menyatakan makna ini adalah kata khata’ bukan ghalat. Abû Hilâl al-Hasan Abdullâh bin Sahal al-`Askari membezakan antara kedua-duanya dengan memberi penekanan terhadap ada dan tidaknya unsur kesengajan. Jika memang sengaja maka disebut ghalat dan apabila sebaliknya disebut khata’.

Kemudian, kesimpulan ini dihadapkan pada sabda Nabi s.a.w., “rufi`a `an ummati al-khata’“, yakni di antara perbuatan umat Islam yang dimaafkan adalah tindakan yang muncul tanpa unsur kesengajaan (khata’); bukan yang memang bertujuan salah (ghalat). Oleh itu, tiada dosa bagi tindakan yang muncul tanpa disengaja. Al-Hâfizh Ibnu Hajar al-`Asqalâni telah mengutip adanya konsesus ulama akan hal ini, termasuk keliru dalam meriwayatkan Hadis. Lalu, patutkah kita menghukum al-Ghâzali sebagai pendosa dan pendusta?

Kelima,

Apabila kita bercermin pada takhrîj al-Hafizh al-Irâqi, maka tidak akan ditemukan lebih dari tiga Hadis yang disepakati kepalsuannya. Namun, berbeza apabila kita merujuk komentar al-Hâfizh Ibnu al-Jauzi. Terdapat sekitar dua puluh lima Hadis yang didakwa maudhû` olehnya. Ibnu Al-Jauzi memang dikenal sebagai ulama yang sembrono dalam mendakwa palsu sesebuah Hadis. Sikap kontroversi Ibnu Al-Jauzi ini banyak mendapat sorotan kritis dari para muhaddithîn. Sehingga, banyak dakwaan yang dilontarkan Ibnu Al-Jauzi malah mendapat bantahan kemudian.

Al-Hâfizh al-`Irâqi dan al-Hâfizh Ibnu Hajar al-`Asqalâni memberi sanggahan khusus terhadap tuduhan palsu Ibnu Al-Jauzi akan kesahihan beberapa riwayat Imâm Ahmad. Sedangkan al-Hâfizh Jalâluddîn as-Suyûti menulis Al-Qaul al-Hasan fîdz-Dzabbi `anis-Sunan yang secara umum membantah segenap tuduhan palsu Ibnu Al-Jauzi terhadap riwayat Imâm Bukhâri, Muslim, Ahmad, Abu Dâwud, Turmuzi, Nasâ’i, Ibnu Mâjah, Mustadrak al-Hâkim, dan beberapa Hadis lagi di dalam kitab yang lain.

Ringkasnya, sebagaimana yang telah disimpulkan oleh as-Syaikh Muhammad Mahfûzh bin Abdullâh at-Turmûzi, kebanyakan Hadis yang didakwa palsu oleh Ibnu Al-Jauzi dalam beberapa karya kritikannya, seperti Al-Maudhû`at dan Al-`Ilal al-Mutanâhiyah, adalah hadis shahîh, hasan atau juga dha`îf. Kesimpulan ini diperkuat dengan adanya pernyataan Ibnu Shalâh bahawa Ibnu Al-Jauzi memang banyak mendakwa palsu terhadap Hadis dha`îf tanpa dasar kepalsuan.

Fakta lain berbicara mengejutkan ketika kita meneliti karya-karya Ibnu Al-Jauzi; tidak hanya kedua-dua kitab di atas, terutamanya di bidang mawâ`izh dan tasawuf, seperti Bahrud-Dumû` dan Al-Wafâ fî Ahwâlil-Mushtafâ. Kedua-dua kitab ini banyak memuat Hadis palsu lebih banyak dari isi kitab yang ia kritik. Hinggakan, Dr. Ibrâhîm Bâjis bin Abdul Majid dan Dr. Mushtafâ Abdul Qadîr `Athâ terkejut akan kenyataan ini. Ibnu Al-Jauzi yang dianggap berlebihan dalam kritik Hadis dan keras menentang cerita-cerita aneh, ternyata karya-karyanya dipenuhi oleh kedua-dua hal tersebut. Ibnul Athir pakar sejarah kurun VII juga menyatakan keterkejutan serupa dalam Al-Kâmil fî at-Târîkh-nya.

Oleh itu, tidak salah apabila al-Imâm al-Hâfizh Ibnu Hajar al-`Asqalâni memberi kritikan pedas bahawa “kebanyakan riwayat yang terdapat dalam karya-karya Ibnu Al-Jauzi (selain kitab kritikan hadisnya) adalah maudhû’. Riwayat yang perlu dikritik lebih banyak daripada yang tidak”. Bahkan Ibnu Al-Jauzi tidak segan untuk mengutip sebuah riwayat dari karya yang pernah dikritiknya, atau sekadar menukil Hadis-hadis yang telah didakwanya palsu dalam kitab Al-Maudhû`ât-nya.

Namun, bukan bererti menyerang balik terhadap sebuah kenyataan yang sama pahitnya. Memerhatikan fakta ini, kita juga perlu bersikap bijak tanpa mengesampingkan etika intelektual melalui sudut pandang kebenaran yang lain.

Keenam,

Mengenai perselisihan dalam status hukum maudhû` yang muncul dari penilaian Imam Hadis selain Ibnu Al-Jauzi, cukup kiranya diketahui bahawa hal tersebut masih dalam daerah ijtihâdi yang tidak perlu diambil pusing. Penilaian muhaddith dalam kajian kritiknya memang cenderung pelbagai, kerana dakwaan palsu dalam kritikan Hadis hanyalah aplikasi dari praduga yang tidak menutup adanya kemungkinan keliru. Lebih-lebih lagi, apabila kritikan itu diarahkan pada mata rantai periwayatan.

Begitulah juga, jumlah yang diperselisihkan itu masih boleh dianggap sangat sedikit; tidak lebih dari tiga redaksi Hadis. Di antaranya adalah Hadis yang menyebutkan keutamaan membaca Fâtihatul-Kitâb dan dua ayat dari surah Ali `Imrân yang didakwa palsu oleh Imâm Ibnu Hibbân. Di dalam rangkaian sanad Hadis tersebut terdapat Al-Haris bin `Amîr yang menurut Ibnu Hibbân sebagai seorang periwayat Hadis palsu. Namun, tuduhan ini dibantah oleh al-Hâfizh al-`Irâqi. Al-Hâfizh menyandarkan bantahannya pada taraf thiqah yang telah diberikan oleh Hammâd bin Zaid, Ibnu Mu`in, Abû Zar`ah, Abû Hâtim, dan Imam Nasâ’i kepada Al-Haris bin `Amîr.

Penutup

Kesimpulan, sebanyak mana pun kritikan terhadap Ihyâ’ Ulûmiddîn secara khusus dan literatur-literatur salaf yang lain secara umum, ia tidak akan mengurangi nilai kebesaran yang telah dicapainya. Pembuktian secara ilmiah dan objektif telah memberi bantahan nyata terhadap kritikan dan tuduhan yang tidak berdasar itu. Sejarah juga turut menjadi bukti akan kebesaran mereka. Mereka telah memberi sumbangan yang tidak ternilai untuk Islam. Lalu apa yang telah kita sumbangkan kepada Islam?

Wallâhu a`lam.

P/S Artikel ini dipetik dari laman Kenapa Takut Bid'ah: http://ktb-group.blogspot.com/ dengan sedikit suntingan. Semoga ada manfaatnya - afda.

Wednesday, 29 December 2010

9 Pedang milik nabi Muhamad SAW.

Ini adalah pedang-pedang yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad SAWsemasa hidupnya untuk berdakwah, jumlah total pedang yang pernahdigunakan ada 9 buah.

1. Al Ma’thur

Foto diambil oleh Muhammad Hasan  Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr,  1312/1992).

Juga dikenal sebagai ‘Ma’thur Al-Fijar’ adalah pedang yang dimilikioleh Nabi Muhammad SAW sebelum dia menerima wahyu yang pertama diMekah. Pedang ini diberi oleh ayahnya, dan dibawa waktu hijrah dariMekah ke Medinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama denganperalatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentukblade dengan panjang 99 cm. Pegangannya terbuat dari emas dengan bentukberupa 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus. Dekat denganpegangan itu terdapat Kufic ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdallah binAbd al-Mutalib’.



2. Al 'Adb


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad  al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Al-’Adb, nama pedang ini, berarti “memotong” atau “tajam.” Pedang inidikirim ke para sahabat Nabi Muhammad SAW sesaat sebelum Perang Badar.Dia menggunakan pedang ini di Perang Uhud dan pengikut-pengikutnnyamenggunakan pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi MuhammadSAW. Sekarang pedang ini berada di masjid Husain di Kairo Mesir.


3. Dhu  Al Faqar

Foto diambil  oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah  harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Dhu Al Faqar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasilrampasan pada waktu perang Badr. Dan dilaporkan bahwa Nabi Muhammad SAWmemberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Thalib, yang kemudian Alimengembalikannya ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah dari tangandan bahunya, dengan membawa Dhu Al Faqar di tangannya.
Banyak sumber mengatakan bahwa pedang ini milik Ali Bin Abi  Thalib dan keluarga. Berbentuk blade dengan dua mata.


4. Al Battar

Foto diambil oleh Muhammad  Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr,  1312/1992).

Al Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasilrampasan dari Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya paranabi‘, dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yangberbunyi :
‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, NabiYusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW
Gambar ukiran nama-nama para nabi di dalamnya :

Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepaladari Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya. Di pedangini juga terdapat tulisan yang diidentifikasi sebagai tulisanNabataean.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentukblade dengan panjang 101 cm. Dikabarkan bahwa ini adalah pedang yangakan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untukmengalahkan Dajjal.








5. Hatf
Foto diambil oleh Muhammad Hasan  Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr,  1312/1992)
Hatf adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasandari Banu Qaynaqa. Dikisahkan bahwa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘AlBattar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika dia mengalahkan Goliathtersebut pada saat umurnya 20 tahun.
Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk ‘bekerja’dengan besi, membuat baju baja, senjata dan alat perang, dan dia jugamembuat senjatanya sendiri. Dan Hatf adalah salah satu buatannya,menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu.
Dia menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku Levita(suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampaike tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di MusemumTopkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8cm.


6. Al Mikhdham
 
Foto  diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah  harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992

Ada yang mengabarkan bahwa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAWyang kemudian diberikan kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan keanak-anaknya Ali. Tapi ada kabar lain bahwa pedang ini berasal dari Alibin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan yang dia pimpin diSyria.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentukblade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yangberbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.


7. Al Rasub
Foto diambil oleh  Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah  harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Ada yang mengatakan bahwa pedang ini dijaga di rumah Nabi MuhammadSAW oleh keluarga dan sanak saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark)yang disimpan oleh bangsa Israel.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentukblade dengan panjang 140 cm, mempunyai bulatan emas yang didalamnyaterdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Ja’far al-Sadiq’.

8. Al Qadib

Foto diambil  oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah  harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Al-Qadib berbentuk blade tipis sehingga bisa dikatakan mirip dengantongkat. Ini adalah pedang untuk pertahanan ketika bepergian, tetapitidak digunakan untuk peperangan.
Ditulis di  samping pedang berupa ukiran perak yang berbunyi syahadat:
“Tidak ada  Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd  al-Mutalib.”
Tidak ada indikasi dalam sumber sejarah bahwa pedang ini telahdigunakan dalam peperangan. Pedang ini berada di rumah Nabi MuhammadSAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah Fatimid.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Panjangnyaadalah 100 cm dan memiliki sarung berupa kulit hewan yang dicelup.

9. Qal’a

Foto diambil oleh  Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah  harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).
Pedang ini dikenal sebagai “Qal’i” atau “Qul’ay.” Nama yang mungkinberhubungan dengan tempat di Syria atau tempat di dekat India Cina.Ulama negara lain bahwa kata “qal’i” merujuk kepada “timah” atau “timahputih” yang di tambang berbagai lokasi.
Pedang ini adalah salah satu dari tiga pedang Nabi Muhammad SAW yangdiperoleh sebagai rampasan dari Bani Qaynaqa. Ada juga yang melaporkanbahwa Nabi Muhammad SAW menemukan pedang ini ketika dia menemukanair Zamzam di Mekah.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentukblade dengan panjang 100 cm. Didalamnya terdapat ukiran bahasa Arabberbunyi: “Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, RasulAllah.”
Pedang ini berbeda dari yang lain karena  pedang ini mempunyai desain berbentuk gelombang.

Sumber : Forum Internet

Tuesday, 28 December 2010

Remaja Hebat : Pandangan Dr Faisal Tehrani

 "Saya remaja yang agak awal meletakkan sikap. Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersikap dalam hal kemasukan budaya asing, sebagai contoh. Mereka tidak bersikap dalam hal politik negara yang iklimnya tidak menentu kebelakangan ini. Mereka tidak bersikap dalam hal agama yang menuntut kita menerobos masuk wilayah sempit untuk tiba ke samudera yang lebih luas lagi. Mereka tidak bersikap apa-apa pun. Mereka hanya melulu. Bukan meletakkan sikap pada sesuatu isu. Oleh sebab terburu-buru itulah mereka masuk ke jaringan yang rancu. Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga." 
Faisal Tehrani, Dewan Siswa April 2010.

Latar belakang Dr Faisal Tehrani

Beliau adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau menulis di majalah Dewan Sastera. Untuk menghubungi Dr Haji Mohd Faizal Musa, sila hubungi asistan: Luqman Hisyam Che Mazlan di chefhisyam@gmail.com.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010).

Antara novel beliau yang telah diterbitkan, Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. 1515 oleh Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications. Rahsia Ummi diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Tunggu Teduh Dulu disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003. Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan Publications and Distributor (2007). Ia merupakan sequel kepada Detektif Indigo. Bedar Sukma Bisu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Ia memenangi Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel umum. Bedar Sukma Bisu turut meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007.Manikam Kalbu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Ia memenangi Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel remaja. Di sebuah majlis pada 22 Disember 2009, Manikam Kalbu dianugerahkan pula Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia kategori Buku Remaja Fiksyen Terbaik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Manikam Kalbu turut meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007. Tuhan Manusia oleh Ameen Publishing (2007). Novel kanak-kanak Nama Beta Sultan Alauddin (2007) terbitan Aberdeen World. Detektif Indigo Kembali (2008) terbitan Ameen Publishing. Ia merupakan sambungan kepada Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson. Ketupat Cinta di Harian Metro (sejak 13 Januari 2008-5 Ogos 2008) dan diterbitkan kembali oleh Ameen Publishing (2009) sebagai Ketupat Cinta Musim Pertama. Saasatul Ibaad terbitan Aberdeen World (2008). Bahlut terbitan Ameen Publishing (2010).

Dalam bidang drama, karya Faisal Tehrani ialah; Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97). Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia-DBP dan memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001). MISI (1999-2000) telah ditaja oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk di bawa mengelilingi Malaysia, ia dipentaskan di Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang. TiVi ia adaptasi dari novelet Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dan diarahkan sendiri dalam tahun 2003 dan didanai di bawah program Teater Kecil oleh bahagian Sastera Kebangsaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Monsopiad dan lain-lain Cerita dipentaskan pada 5-7 Disember 2003 di Esplanade Singapura, didanai oleh National Art Council of Singapore. Monsopiad dan lain-lain Cerita dicalonkan untuk Anugerah Cameronian Award 2003 bagi kategori skrip drama Melayu terbaik. Bila Tuhan Berbicara (2007) terbitan Ameen Publishing. Karbala (2008) terbitan Aberdeen World. 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun dipentaskan pada 25-29 Ogos 2008 di Auditorium Akademi Pengajian Islam UM dan disifatkan oleh majalah Pentas Jilid 3 Bilangan 4 terbitan Istana Budaya sebagai 'pementasan yang monumental'. Pada 13-16 Ogos 2009 bertempat di Wisma ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia), Faisal Tehrani kembali mengarah sebuah teater keagamaan dengan menampilkan Kopitiam Ghadir. Ia menampilkan "hiburan intelektual" dengan lagu-lagu nyanyian kumpulan nasyid 'Revolusi Pembudayaan Selawat'. KopitiamGhadir diulang pementasannya pada 1-4 Julai 2010.

Kumpulan cerpen Faisal pula ialah, kumpulan cerpen mini diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997). Juga kumpulan cerpen mini diterbitkan di Sasbadi dengan judul Safari Gilgit (1997), kumpulan cerpen Underground bersama Azman Husin dalam tahun 2000, kumpulan cerpen 'Lagi-Lagi Underground' dengan Saharil Hasril Sanin tahun 2002. kumpulan cerpen Perempuan Anggerik terbitan DBP pada tahun 2002, kumpulan cerpen ini disenarai pendekkan untuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003, kumpulan Cerpen Kekasih Sam Po Bo terbitan Aberdeen World (2006). Dalam tahun 2010 beliau menerbitkan kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu.

Dalam bidang puisi Faisal Tehrani muncul dengan kumpulan puisi beliau yang pertama iaitu Ingin Jadi Nasrallah pada tahun 2010. Ia diterbitkan oleh Ameen Publishing.

Buku panduan penulisan kreatif tulisan beliau ialah 'Karya Nan Indah' (Ameen Publishing 2007).

Mulai tahun 2008, Faisal Tehrani berjinak-jinak dalam dunia filem dengan karya beliau yang pertama 'Pelampau Anti Kebun Binatang'.

Prinsip penulisan beliau ialah - 'Saya menulis bukan sahaja untuk khayalak hari ini tetapi juga untuk khalayak esok'

Wednesday, 3 November 2010

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

Sumber : Facebook
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Saturday, 30 October 2010

Penciptaan Manusia

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.”
Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if
Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah”
yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU

OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM)

Tulisan ini insha' Allah akan membicarakan konsep "Nur Muhammad" sebagaimana yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri, Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antara lainnya, semoga Allah memberi rahmat kepada mereka semuanya. Juga akan diberikan perhatian kepada "Madarij al-Su'ud" dalam Bahasa Arab, karangan Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu'Llahu Ta'ala. Pengamatan akan diberikan berdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith yang muktabar di kalangan Ahlis-Sunnah wal-jama'ah. Dengan ini diharapkan sangkaan yang tidak enak dan tidak manis terhadap para ulama kita akan dihilangkan, dan kita beradab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam hadith "al-din al-nasihah" dalam hubungan dengan ‘a'immatul-Muslimin', antaranya sebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-Nawawi rd. Sudah tentu ini adalah satu keperluan dalam menunjukkan kemuliaan Nabi s.a.w. yang bukan hanya "basyar" atau manusia yang terjadi daripada tanah seperti anak-anak Adam yang lain. Ini adalah selain daripada keperluan kita mencari kejernihan dan kebenaran dalam ilmu.

Penulis ini yang menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang ini bergantung kepada panduan teks-teks ulama Sunni dalam bidang yang berkenaan dan amat memerlukan teguran mereka yang pakar di dalamnya. Mudah-mudahan kita ini mengenali Nabi kita sebenarnya, mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada Allah dan mendapat rahmatNya. Amin.

Kitab Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh

Syaikh Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalam kitabnya Bad' Khalq al-Samawat wa al-Ard yang tercetak di tepi kitab Taj al-Muluk (tanpa tarikh). (Lihat tulisan penulis ini "Kosmologi para Fuqaha & Ulama Sufiah Dalam pemikiran Melayu", dalam Kosmologi Melayu, penyelenggaraan Yaacob Harun, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001, hal.10-22). Antara nas-nas yang disebut di dalamnya ialah hadith qudsi yang terkenal yang bermaksud: "Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku kasih bahawa Aku dikenali, maka Aku jadikan makhluk, maka dengannya mereka mengenaliKu". (Bad' Khalq al-Samawat wa al-Ard, hal. 10). Juga dinukilnya hadith bermaksud: "Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari zatNya dan Ia menjadikan alam semuanya dari ruh Muhammad s.a.w." (ibid. 10). Maksudnya Ia menjadikan ruh nabi daripada tidak ada kepada ada dari SisiNya, bukannya bermakna bahawa sebahagian daripada Tuhan dijadikan ruh nabi. Dinukilnya juga hadith yang bermaksud: "Aku (Nabi s.a.w.) dari Allah, dan orang mu'min dariku". (ibid. 10). Ertinya sebagaimana yang dihuraikannya sendiri bahawa nabi adalah makhluk yang pertama yang dijadikan Allah dan sekelian orang mu'min itu dijadikan Allah daripada Baginda (iaitu daripada nurnya). (ibid. hal. 10). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: "Aku (Tuhan) menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu" (ibid. 10). Juga dinukilkannya hadith yang bermaksud "kalaulah tidak kerana engkau Aku tidak jadikan sekelian falak ini." (ibid. 11). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: "Aku telahpun menjadi nabi walhal Adam berada antara air dan tanah" (ibid. 11).

Kemudian beliau menukil hadith nur Muhammad. Antaranya ialah yang bermaksud: "Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah akal" (ibid. 11); dan yang bermaksud: "Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah al-Qalam", (ibid. 11); dan yang bermaksud: "Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah ialah ruh-ruh" (ibid. 11). Beliau menghuraikan bahawa akal, qalam, dan ruh itu ialah kejadian nur Muhammad s.a.w. sebagaimana yang ternyata daripada hadith yang dinukilkan beliau yang bermaksud: "Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah nurku" (ibid. 11). Dinukilkannya juga hadith yang bermaksud: "Perkara yang paling awal yang dijadikan Allah ialah ruhku". (ibid. 11).

Mengikut Syaikh Nur al-Din, Allah menjadikan Nur Muhammad itu daripada pancaran Nur AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataan kitab al-Manzum yang bermakna: "Telah berdempeklah sifat Jalal dan Sifat Jamal, maka ghaliblah Jamal itu atas sifat jalal, maka dijadikan Allah daripada dua sifat itu Ruh Muhammad, iaitu daripada ‘adam kepada wujud (daripada tidak ada kepada ada - uem) (Bad' Khalq al-Samawat wa al-Ard.12). Kita perlu nyatakan bahawa yang dijadikan itu makhluk juga, bukannya sambungan daripada zat atau Diri Tuhan, sebab kalau demikian ada dua yang kadim, dan itu kesyirikan.

Kata beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad itu Ia tilik kepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, maka ia malu dan berpeluh, dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekelian anbia, aulia dan nyawa sekelian orang mu'min yang salih, dan daripada nyawa sekelian mu'min yang salih itu dijadikan nyawa sekelian mu'min yang fasik, daripada mu'min yang fasik dijadikan nyawa sekelian mu'min yang munafik dan mereka yang kafir. (ibid. 13).

Dan dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelian malaikat, dan daripada malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripada jin itu nyawa sekelian syaitan, dan daripada syaitan itu nyawa sekelian binatang, daripada binatang itu nyawa sekelian tumbuh-tumbuhan, setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang lainnya; jadilah pula segala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan segala anasir itu iaitu hawa, api, air dan angin (ibid. 13).

Kemudian beliau menyebut bagaimana Allah menilik dengan tilikan haibah pula, hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air, keluarlah asap, naik ke angkasa, daripadanya di Allah tujuh petala langit. Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan, dan bintang. (ibid.13). Demikian seterusnya.

Beliau menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawa Allah menjadikan sepohon kayu dengan empat dahannya, dinamakan Syajaratul-Yaqin. Kemudian dijadikan Nur Muhammad dalam bentuk burung merak, diletakkan atas pohon itu, lalu ia mengucap tasbih kepada Allah, selama tujuh puluh ribu tahun. Bila merak itu terpandang terlalu cantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya, sujudlah ia lima kali sujud, jadilah sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu yang wajib atas umat Muhammad s.a.w.

Kemudian dikisahkan bahawa Allah menjadikan kandil daripada akik yang merah. (ibid. 15).

Kemudian Syaikh Nur al-Din menukil riwayat yang menyebut Nur Muhammad dalam bentuk burung merak

Kitab "Kashf al-Ghaibiyyah" oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh:

Antara kitab Jawi yang popular sebagai rujukan ialah kitab "Kashf al-Ghaibiyyah"

Dalam kitab "Kashf al-Ghaibiyyah" (berdasarkan karangan asalnya "Daqa'iq al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar" karangan Imam ‘Abd al-Rahim bin Ahmad al-Qadhi, dan kitab "Durar al-Hisan" karangan al-Suyuti, dan "Mashariq al-Anwar" oleh Shaikh Hasan al-‘Adawi antara lainnya), oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh (Maktabah wa Matba'ah dar al-Ma'arif, Pulau Pinang, t.t.) Kitab ini dikarang oleh beliau pada tahun 1301 Hijrah. Pada halaman 3 dst. terdapat bab awal berkenaan dengan penciptaan roh teragung, (al-Ruh al-A'zam), iaitu nur Nabi kita Muhammad ‘alaihis-salatu was-salam. Kata beliau:

"Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi ia akan satu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala, maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu Bakar radiya'Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya'llahu ‘anhu dan daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya'Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya'Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenam itu akan padi" (hal. 3).

Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu, menjadi fardu sujud, lalu difardukan sembahyang yang lima waktu atas Muhammad dan ummatnya. Kemudian disebut Allah menilik kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan anbia, mursalin, ulama, syuhada dan solihin. Daripada peluh belakangnya dijadikan Bait al-ma'mur, Ka'bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid dalam dunia. (hal. 3-4).

Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:

* Daripada peluh dua kening: mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;

* Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi, golongan mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.

* Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya (hal. 4)


Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada nur, di kanan dan kirinya juga nur. Mereka itu ialah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan ‘Ali. Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun.

Kata pengarang: dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w.; ertinya dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu.

Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan rupa Muhammad seperti Baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut, berdiri Baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun; kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian makhluk; yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis; yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orang-orang besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan. Yang melihat mulut menjadi orang puasa. Demikian seterusnya dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. (hal. 5). Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir'aun dan yang sepertinya. (hal. 5).

Beliau menyebut hadith qudsi

Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi maka Aku kehendak akan diperkenal akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan daku. (hal. 6)

Kemudian beliau menyebut hadith Nabi s.a.w.

Ertinya yang awal-awal barang yang suatu dijadikan Allah taala itu nurku dan pada suatu riwayat ruhku. Kata pengarang ini: Maka adalah sekelian alam ini dijadikan Allah subhanahu taala daripada sebab nur Muhammad s.a.w. seperti yang teleh tersebut. Lalu ia menyebut pula haditrh qudsi:

Ertinya: Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammad dan Aku jadikan akan dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammad itu dengan tiada wasitah suatu jua pun. (hal. 6)

Melalui kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di kalangan Muslimin sebelah sini.

Bab yang berikutnya ialah tentang penciptaan Adam a.s. (hal 6 dst).

Kitab al-Kaukab al-Durri fi al-Nur al-Muhammadi oleh Syaikh Muhammad bin Isma'il Daud al-Fatani rh

Kitab ini (terbitan Khazanah al-Fattaniyyah, Kuala Lumpur, 2001). Kitab ini yang dikarang oleh penulisnya pada tahun 1304 Hijrah, di Makkah, berbicara tentang tajuk yang berkenaan dari halaman 2-7. Isinya berdasarkan riwayat Ka'ab al-Akhbar, sebagaimana yang ada dalam kitab "Kashf al-Ghaibiyyah" karangan Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani. Antaranya maklumatnya ialah: Tuhan menggenggam satu genggam daripada NurNya, diperintah ia menjadi Muhammad, ia menjadi Muhammad, ia menjadi tiang, ia sujud kepada Allah, dibahagi nur itu kepada empat bahagi, pertama menjadi Lauh, kedua Qalam, perintah menulis kepada Qalam, sampai kepada umat nabi-nabi, yang taat dan yang derhaka, dengan akibat-akibat mereka. Sampai disebutkan riwayat tentang sesiapa yang melihat nur itu pada bahagian-bahagian tertentu jadilah ia mempunyai sifat-sifat tertentu. Sekelian makhluk dijadikan daripada nurnya. Ia berakhir dengan menyebut makhluk sembahyang dengan huruf nama Ahmad dan Muhammad, berdiri qiyam seumpama alif, ruku' seumpama ha', sujud seumpama mim, duduk seperti rupa dal. Juga dikatakan makhluk dijadikan atas rupa huruf nama Muhammad, kepala bulat seperti mim, dua tangan seperti rupa ha', perut seperti rupa mim, dua kaki seperti rupa dal.

Kitab "Daqa'iq al-Akhbar fi Dhikr al-jannah wa al-Nar" terjemahan Melayu oleh Syaikh Ahmad ibn Muhammad Yunus Langka:

Kitab ini diterjemahkan oleh beliau pada 1312 Hijrah di Makkah dahulunya diterbitkan oleh dar Ihya' al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. Kemudian ia diterbitkan oleh Maktabah wa matba'ah al-ma'arif, Pulau Pinang, tanpa tarikh. Isi kitab ini berkenaan dengan nur Muhammad s.a.w., asal kejadiannya, bagaimana semua makhluk dijadikan daripadanya adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Syaikh Zain al-‘Abidin dalam "Kasshf al-Ghaibiyah"nya yang menjadikan kitab ini sebagai satu daripada sumber-sumbernya, sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagian permulaan kitabnya. Bab pertamanya sama isinya dengan apa yang ada dalam kitab terjemahan ini.

Kitab Madarij al-Su'ud oleh Nawawi al-Bantani rh

Kitab "Madarij al-Su'ud ila ‘ktisa' al-Burud", dalam Bahasa Arab, syarah bagi kitab "Maulid al-Barzanji". Dalam mensyarahkan kata-kata dalam "al-Barzanji" hal. 2-3 (Surabaya, tanpa tarikh dan Singapura, tanpa tarikh) bermaksud "Segala puji-pujian bagi Allah yang membuka (seluruh) wujud ini dengan Nur Muhammad (‘al-Nur al-Muhammadi") yang mengalir dalam tiap-tiap perkara (perkara yang ditakdirkannya oleh Allah taala sebelum daripada Ia menjadikan langit-langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun.

Kemudian kata Syaikh Nawawi rh lagi menukil Ka'ab al-Akhbar Allah meredhainya: "Bila Allah hendak menjadikan sekelian makhluk dan mengamparkan bumi dan menegakkan langit, Ia mengambil segempal daripada nurNya firmanNya Jadilah kamu Muhammad, maka jadilah ia sebagai tiang daripada nur dan gemilang bercahaya sehingga sampai kepada hijab zulmah kemudian ia sujud, sambil katanya: Al-hamdulillah, kemudian Allah berfirman kerana itu Aku jadikan engkau dan menamakan engkau Muhammad, daripada engkau Aku memulakan penciptaan dan (dengan engkau) Aku mengkhatamkan sekelian rasul; kemudian Allah taala membahagikan nurnya itu kepada empat bahagian, dijadikan daripada yang pertamanya Lauh daripada yang keduanya al-qalam, kemudian Allah berfirman kepada Qalam tulislah, kemudian qalam ... selama seribu tahun kepara kehebatan Kalam Allah taala kemudian ia berkata; Apa yang hamba hendak tuliskan, Tuhan berfirman ‘Tulislah ‘la ilaha illa'Allah Muhammadun Rasulullah' maka Qalam pun menulis yang demikian itu, kemudian ia menjadi terbimbing kepada Ilmu Allah dalam makhlukNya, kemudian ia menulis anak-anak Adam sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka;

Kemudian (ia menulis) tentang umat Nuh, sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka...

Demikian seterusnya dengan menyebut umat nabi Ibrahim, ... umat nabi Musa ..., umat Nabi ‘Isa ..., sampai kepada umat nabi Muhammad s.a.w., ... kemudian bila Qalam hendak menulis sesiapa yang derhaka dari umat Muhammad akan dimasukkan ke dalam Neraka, terdengar suara dari Tuhan yang Maha Tinggi ‘wahai Qalam, beradablah, maka pecahlah Qalam kerana rasa haibah itu, ..., kemudian ini diikuti dengan sebutan tentang bahagian ketiga dijadikan ‘Arasy, dan bahagian yang keempat dibahagi empat pula daripada yang awalnya dijadikan akal, daripada yang kedua dijadikan ma'rifah, daripada yang ketiga dijadikan cahaya ‘Arasy, dan cahaya mata, serta cahaya siang, maka tiap-tiap cahaya ini adalah daripada Nur Muhammad.

Kemudian dinyatakan yang bahagian yang keempat itu diletakkan di bawah ‘Arasy sehinggalah Allah menjadikan Adam a.s., maka Allah letakkan nur itu pada belakangnya, dan dijadikan para malaikat sujud kepadanya, dimasukkannya ke dalam Syurga, walhal para malaikat bersaf di belakang Adam, melihat kepada nur Muhammad. Bila Adam alaihis-salam bertanya mengapa malaikat berdiri di belakangnya bersaf Allah menjawab mereka itu sedang melihat kepada nur kekasihNya Muhammad yang menjadi khatam sekelian rasul dan anbia. Kemudian Adam meminta nur itu dipindahkan ke hadapan, lalu diletakkan pada dahi Baginda. Maka malaikat mengadap wajahnya pula. Adam meminta pula dipindahkannya lalu diletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya; maka bertambah-tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itu dipindah kepada Hawwa', kemudian kepada nabi Shith, dan seterusnya. Demikianlah nur itu berpindah daripada satu rahim yang suci kepada rahim suci yang lain, sampai ia kepada sulbi ‘Abdullah bapanya, kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim ibunya. (hal. 3).

Perbincangan tentang punca-punca konsep Nur Muhammad:

Antara punca-punca konsep Nur Muhammad ini ialah sebutan-sebutan tentangnya dalam Qur'an dan Sunnah.

Dalam al-Qur'an terdapat sebutan tentang "nur" dalam ayat yang bermaksud "Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitab yang nyata" (Al Quran 5:15).

Tentang ayat di atas "Tafsir al-Jalalain" oleh al-Suyuti menyatakan makna nur itu ialah "rasulullah s.a.w.".

Dalam "Tafsir al-Qurtubi" dinyatakan begini:

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya, dikatakan "Islam", dan dikatakan: Muhammad s.a.w. dari al-Zajjaj. Dan "kitab" itu dikatakan Qur'an.

Dalam "Tafsir al-Tabari" "nur": telah datang kepada kamu wahai ahli Taurat dan Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammad salla'Llahu ‘alaihi wa sallam yang dengannya dicerahkan kebenaran dizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan.

Dalam "Tafsir ibn Kathir" tentang ayat ini (Al Quran 5:15) dinyatakan:

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah taala memberi khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya Muhammad dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yang hak kepada semua ahli bumi.

Berkenaan dengan ayat 119 Surah al-Syu'ara'

Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud

Kata Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud) iaitu di kalangan mereka yang sembahyang. Kata Ibn ‘Abbas: dalam sulbi-sulbi bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga Allah keluarkan Baginda sebagai nabi (akhir zaman). Kata ‘Ikrimah: Melihat engkau berdiri, ruku', sujud; Ibn ‘Abbas juga berpendapat demikian.

p/s : Wallahu'alam..tak tercapai dek akal. Cuma nak kaitkan nur2 dengan konsep tenaga

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan