OLeh Pak Syeikh (FB)
Nama asal Syarifah Siti Rodziah ialah Syarifah Siti Sarah.Beliau di lahirkan di Samudera Pasai, pada tahun 1447 M.Bapa beliau ialah Maulana Sayyid Ishaq bin Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro/Asmaraqandi/Al Hadrami/Sunan Nggesek bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.Bonda beliau ialah Syarifah Siti Fatimah/Puteri Cempaka Biru binti Sayyid Ali Nurul Alam/Ali Nurul Siam/Pateh Aria Gajah Mada/Sultan Qumbul bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.Ini bermakna Bapa dan Bonda nya SEPUPU.Memang Keturunan Arab, mereka banyak berkahwin keluarga.
Beliau di besarkan di Pasai, di lingkungi olih banyak Ulama Pasai.Bapa nya Syeikhul Islam Pasai.Beliau anak tertua, Maulana Sayyid Ishaq yang beribukan Syarifah Siti Fatimah.Sebelum itu Maulana Sayyid Ishaq sudah berkawin dengan Puteri Sekardadu dari Kerajaan Blambangan,Jawa Timor.Di bawah saya Senaraikan anak anak Maulana Sayyid Ishaq :
Beribukan Puteri Dewi Sekardadu binti Prabu Menak Sembayu.
1.Puteri Dewi Sarah berkawin dengan Sunan Kali Jaga.
2.Pengeran Ali Kesumo Wiro...Tiada Zuriat kemungkinan di Bunoh olih orang orang Pateh Blambangan.
3.Pengeran Darma Kesuma...Tiada Zuriat, juga kemungkinan di bunoh olih Orang Orang Pateh Blambangan.
4.Pengeran Joko Samudero/ Sunan Giri berkawin dengan Raden Puteri Murtasiyah binti Raden Rahmat/Sunan Ampel.
Beribukan Puteri Cempaka Biru/Syarifah Siti Fatimah binti Sayyid Ali Nurul Alam.
1.Syarifah Siti Sarah/Siti Rodziah berkawin dengan Sayyid Ibrahim Al Jailani.
2.Sayyid Ibrahim ...meninggal dunia di Patani.
3.Syarifah Siti Musallimah berkawin dengan Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail/Sunan Mulia bin Sayyid Ahmad Syah/Abdul Gaffar bin Sayyid Baraqat Nurul Alam.
4.Sayyid Mohamad Qasim ...meninggal Muda/Remaja.
5.Syarifah Siti Khatijah
6.Syarifah Siti Maimunah berkawin dengan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani.
7.Syarifah Siti Aisyah.
Disebabkan nama SITI SARAH ada 2 orang, Maulana Sayyid Ishaq menukar nama Syarifah Siti Sarah kepada Syarifah Siti Rodziah.Dan Dewi Sarah, nama nya kekal...Siti Sarah !!!.
Syarifah Siti Rodziah berkahwin dengan Maulana Sayyid Ibrahim Al Jailani.Maulana ini adalah Abang kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani.Perkahwinan Mereka ialah...Abang kawin Kakak dan Adek Lelaki kawin Adek Perempuan...atau di panggil 'KAWIN SERAI SERUMPUN'.Syarifah Siti Rodziah berkawin pada tahun 1463 M, di Samudera Pasai.Dari perkhawinan ini melahirkan 3 putera dan seorang Puteri iaitu :
1.Maulana Syeikh Ahmad Salim/Panglima Alang Daek Hitam/Syeikh Abdul Qadir Al Jailani 2.
2.Syeikh Ahmad Ibrahim.
3.Syeikh Ahmad Hisyam.
4.Syarifah Siti Halijah.
Syeikh Ahmad Ibrahim di besarkan dan di tinggalkan di PASAI.Dan di beritakan Menurunkan banyak Keturunan di Samudera Pasai, tetapi maseh tidak dapat saya Kesan.
Maulana Syeikh Ahmad Salim pula di hantar ke Bukit Panau untuk berguru lagi dengan Moyang saudara nya Sayyid Thanaudin/Adi Putra.Syeikh Ahmad Salim sangat berminat dengan Persilatan.Di samping Persilatan Beliau belajar Islam dari Moyang nya Datuk Adi Putra.Di Bukit Panau juga banyak Ulama Ulama dari keturunan keluarga Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.Setelah tamat belajar Persilatan Syeikh Ahmad Salim bergelar Panglima Alang Daek Hitam.Panglima ini banyak bergabung dengan Panglima Patani dan Melaka.Beliau menjadi salah seorang Panglima Empayar Melaka bersama dengan Laksamana Hang Tuah Lima bersaudara.Panglima Alang Daek Hitam selalu bergabung dengan Raja Laksamana Bentan Wan Demali, iaitu Datuk Saudara beliau sendiri.Masa itu Patani dalam kancah peperangan dengan Ayuthia.Sebenar nya Keluarga sebelah Nenek Panglima Alang Daek Hitam iaitu Keluarga Sayyid Ali Nurul Alam di HALAU dari Patani Besar olih Tentera Ayuthaya.Patani Besar maseh mencari sokongan Negara Sahabat untuk mengalahkan Tentera Ayuthia.Pada tahun 1499 M, Raja Laksamana Bentan Wan Demali dengan Sokongan Sultan Mahmud Syah Melaka dengan di ketuai olih Tun Mutahir, Tun Hasan Temenggung,Panglima Alang Daek Hitam dan Laksamana Hang Nadim dan Ribuan Tentera Melaka menyerang Tentera Ayuthaya di Patani Besar.Tentera ini dapat mengalah kan Tentera Ayuthia hingga dapat merebut kembali Patani Besar hingga ke Bangkok.Sultan Mahmaud Syah Melaka men RAJAkan Sultan Mansur Syah Patani kembali.Tentera Ayuthia tidak berani menyerang buat sementara.Patani Besar di bawah naungan Empayar Melayu Melaka.Panglima Alang Daek Hitam di arahkan tinggal di Kelantan untuk membendung serangan Musoh.Tempat tumpuan beliau,i ialah di kawasan Bukit Panau,Danau Tuk Uban dan semua daerah Pasir Mas.Memang di kawasan ini adalah banyak tinggal nya Saudara Mara Panglima Alang Daek Hitam.Dan juga setelah Sayyid Tanauden/Adi Putra membuka Pesantren di Pulau Besar, Bukit Panau Tiada Pengajar Tarikah Kesufian lagi.Jadi sangat baik jika Syeikh Ahmad Salim atau Di Kelantan dengan nama Syeikh Abdul Qadir Al Jailani mengajar dan melatih penuntut penuntut baru.
Kawasan ini adalah Kawasan Sayyid Tanauden/Adi Putra.Setelah tinggal di Danau Tok Uban ,Panglima Alang Daek Hitam berkawin dengan Syarifah Che Wok binti Sayyid Musa bin Sayyid Saleh bin Sayyid Ali Nurul Alam.Bermakna MEREKA KAWIN SAUDARA !!!.Dari perkhawinan ini melahirkan 4 orang anak iaitu 3 perempuan 1 lelaki.Anak lelaki nya ialh Syeikh Ahmad Ibrahim.Dari Syeikh Ahmad Ibrahim melahirkan Syeikh Ahmad Ismail atau nama terkenal nya Tok Janggut Cini.Dari Tuk Janggut Cini melahirkan SYEIKH AHMAD.Dan dari Syeikh Ahmad melahirkan banyak Keturunan di Daerah Pasir Mas,Bukit Panau dan Danau Tok Uban.Syeikh Ahmad lah yang mengelar diri nya 'Syeikh Ahmadi'.Kemungkinan BESAR, Syeikh Ahmadi tidak mahu mengambil Gelaran 'AL JAILANI' untuk Keselamatan anak cucu nya.Syeikh Al Ahmadi hidup semasa Sungkhothai menyerang dan menawan Patani Besar.
Pihak Musoh tahu, Keturunan Gabungan Al Azmatkhan,Al Jailani dan Al Mukrawi ( keturunan PATI UNUS) sangat di Geruni olih Musoh !!!.Keturunan ini sentiasa menyerang Penjajah di mana pun Penjajah berada.Dalam Keturunan ini juga banyak yang Terkorban Syahid...samasa Perang Melawan Portugis,Belanda,Sepanyol,Inggeris dan Sunkhotai juga Annam/Vietnam.
Maulana Syeikh Ahmad Salim wafat pada tahun 1600 M DAN DI MAKAM KAN DI BUKIT PANAU.Di kenali dengan nama MAKAM SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI. Kita jangan TERSILAP, Beliau adalah cucu cicit dari Syeikh Abdul Qadir Al Jailani.Makam Syeikh Abdul Qadir Al Jailani SEBENAR berada di BAGDAD.Ustaz Haji Halim Bashah menulis dalam Buku Nya WALI SONGHO,Beliau mengatakan Makam Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ini Makam Sayyid Thsanaudin/Adi Putra.Tetapi pada saya pula, MEMANG MAKAM SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI 2 atau nama sebenar nya ialah Syeikh Ahmad Salim Al Jailani.Makam Sayyid Thanaudin/Adi Putra memang berada di Pulau Besar Melaka.
3.Syeikh Ahmad Hisyam ...tiada meninggal kan Zuriat, dan saya merasakan Beliau Terbunoh sewaktu Perang menentang Ayuthia.
4.Syarifah Siti Halijah ...Melahirkan Keturunan Di Umbai Melaka...tetapi Keturunan nya telah bergabung dengan Keturunan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail ...Kawin Keluarga.
Syarifah Siti Rodziah menghabisi masa tua nya di Pulau Besar sebagai Bidan Perubatan.Setelah Pulau Besar di hancurkan olih Portugis pada tahun 1521 M, semua keluarga saya lari ke Pagar Ruyung dan Jambi.Setelah aman dari Ancaman Portugis, mereka kembali ke Pulau Besar TETAPI dengan Nama yang LAIN....Kerana PENYAMARAN !!!!.Nenek saya ini Wafat di Pulau Besar pada tahun 1598 M DAN di semadikan di Hadapan Sekali...tapi BUKAN MAKAM YANG PANJANG !!!.Makam nya ada di tepi Pokok Kemboja Putih di samping suami nya Maulana Syeikh Ibrahim Al Jailani.Makam Panjang itu adalah MAKAM SYARIFAH SITI MAIMUNAH, Adek beliau iaitu Nenek saya.Isteri Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail.
KESIMPULAN.
Saya memang sedang mencari dan mengkaji KEMANA KAH Keturunan Syarifah Siti Raodziah ini ???.Alhamdulillah setelah saya di jumpa kan olih Allah SWT, Seorang dari cucu cicit keturunan nya...Saya bersyukor ke Illahi.!!!!.Rupa Rupa nya Keturunan Syarifah Rodziah berada jauh di Pantai Timor !!!!.Pernah pada tahun 2005, semasa saya di Pulau Besar, saya bertemu dengan seorang lelaki, berasal dari Kelantan, yang hanya saya kenali dengan nama Mohamad sahaja.Malang nya nombor talipon nya...dah hilang.Beliau ini mencari Nasab nya hingga ke Terangganu dan juga kata nya...Nenek Moyang nya adalah Datuk Pulau Besar !!!!.Setelah bertemu Cucu Cicit Syarifah Rodziah, Keturunan AL AHMADI KELANTAN, Saya rasa sangat gembira !!!.Memang Betul Nenek Moyang MEREKA, adalah dari Syeikh Abdul Qadir Al Jailani Al Hasani !!!!.Dan saya juga berbesar hati jika MEREKA..(.Al Ahmadi Kelantan), menukar nama GELARAN dari AL AHMADI kepada AL JAILANI kembali.Supaya QABILAH AL JAILANI dapat di kenali KEMBALI DAN MENJADI MASHOR !!!!.Sebagai PEMANGKIN SEMANGAT JUANG ISLAM DI MASA AKAN DATANG !!!!.Wasallam !!!!!
2 comments:
Assalaamualaikum Pak Syeikh,
Saya mohon izin utk menyunting artikel ini untuk dimasukkan ke dlm blog saya.
http://cintamenora.blogspot.com/2013/07/menjejak-misteri-pulau-besar-bahagian-2.html
Info yg diberikan Pak Syeikh amat bermanfaat untuk dikaji dan disimpan sebagai bahan sejarah.
Terimakasih.
Maaf, di Melaka sy pernah jumpa seorg perempuan mengubati cara rawatan melalui wali. Pendampingnya adalah nenek siti rodhiah dan makamnya di pulau besar katanya. Maaf kan saya. Saya memang ada berubat dengan dia dan Allah izinkan untuk sembuh. Sy selalu sedekahkan fatihah pada arwah nenek siti rodhiah
Post a Comment