Sejak puluhan tahun daerah Mersing sukar mendapat siaran TV atau radio tidak seperti daerah-daerah lain. Itulah sebab ketika tempat-tempat lain di semenanjung tidak ramai memasang Astro namun di sini sudah menjadi penglihatan biasa piring-piring Astro terpasang di rumah. Kalau tak silap hanya 2 rangkaian radio iaitu sahaja iaitu Radio Johor dan Hot FM sahaja boleh didengari di sini. Penduduk Mersing dahagakan hiburan dan maklumat kerana berada jauh di utara Johor dan timur semenanjung. Kedai buku dan panggung wayang moden yang terdekat ialah di Kluang iaitu 95km dari Mersing dan terpaksa melalui jalan berliku, berlubang-lubang serta hutan belantara
Kini dengan adanya internet jalur lebar dan kabel kemudahan radio boleh didapati dengan mudah..
hanya klik di
Anda boleh memilih mana-mana puluhan radio popular di Malaysia seperti Era, Sinar (kegemaran PHD), IKIM, Warna, Lite dan semua radio-radio negeri ( PHD minat Radio Pahang)
Buat pemilik handphone Android anda boleh sahaja muat turun widget Tune In di Market ( handphone Sony Ericsson)
Moga penduduk Mersing akan lebih ceria dan bermaklumat !!
No comments:
Post a Comment