Amaran : Kisah ini untuk suka-suka sahaja. Pembaca tidak perlu bersusah-payah cuba memahami logik & kebenarannya..
By PHD
Peristiwa ni berlaku sekitar tahun 2007..Entah mcamana disbbkan ada majlis di kg maka kami sekeluarga terpaksa bertolak jam 7 malam dari Mentakab..Jarak yg bakal kami tempuh lbhkurang 370 km untuk tiba di Mersing. Malam tu memang luar biasa sunyi kerana hampir tiada kereta sepanjang 60km.Cuaca agak gelap. Biasanya kalau bulan terang boleh kelihatan laut di sebelah kiri perjalanan Pekan-Nenasi . Di sebelah kanan hanya hutan-hutan gambut pantai yang kebanyakannya lalang-lalang atau rumput sahaja kelihatan.Jam sudah menunjukkan jam 10.45 malam. Bila teman toleh di sebelah,wife sedang nyenyak tidur;mungkin penat membantu kluarga pada majlis tu . Anak2 sudah lama tidur..Kereta wira gold kami perlahan-lahan membelah malam yg semakin berkabus. Teman masih cuba mengesan apakah bunyi bingit seolah-olah ada suatu objek berhampiran yg sedang menukar frekuensi. Teman memang sensitif dgn perubahan frekuensi benda-benda di persekitaran.Tiba-tiba sayup-sayup di tengah-tengah padang rumput smulajadi hutan gambut yang berkilometer luasnya ternampak sebuah rumah besar di terangi lampu-lampu spotlight yang terang-benderang.Pada ketika itu hujan yg separuh lebat sedang turun di persekitaran..Teman mulai rasa suasana deejavu iaitu hujan lebat jam 9-10 mlm pernah membuka dimensi ketika teman dan wife sedang lepak di hadapan rumah di malam Ramadhan.Teman lihat beribu-ribu manusia spt kita juga sedang mengerumuni rumah tadi seolah2 malam itu ada sambutan perkahwinan anak vvip.Hati mula tidak sedap apabila di kiri-kanak kereta aku dipenuhi dgn kereta-kereta yang diletakkan di kiri-kanan jalan. Teman kira mungkin beratus-ratus jumlahnya. Teman terpaksa memperlahankan kenderaan, apa tidaknya beratus-ratus penumpang kereta kelihatan meninggalkan kereta menuju rumah di tengah-tengah padang itu tadi.Apa yang menghairan ialah seolah2 mereka tidak merasai hujan. Ada yg berpegangan tangan, ada yg berbual-bual, ada juga yg memangku anak yg masih bayi.Keadaan yg seolah-olah sama spt teman melihat rombongan kampung yang sedang menuruni bukit ketika bulan ramadhan tadi. Peliknya kami berdua suami-isteri dapat melihat dengan jelas ketika itu kerana jarak rombongan itu cuma lbhkurang 7 meter sahaja.Teman memandang pada isteri yg masih tidur; ingin teman kejutkan sahaja untuk melihat 'temasya misteri' ini. Ada satu lagi yang pelik ialah semua kereta yg teman lihat tidak ada satu pun yg baru. Semuanya model 1970an tak jauh beza dgn kereta proton saga edis terawal. Begitu juga kelihatan juga kereta-kereta import model lama memenuhi ruang tepi jalan raya.Tiba-tiba teringat dengan cerita-cerita pemandu kereta yang kadangkala bertemu dengan pasar-pasar malam di sepanjang laluan jalan dari mana-mana destrinasi ke Mersing. Tetapi area Rompin inilah yang paling kerap terjadi.Malah ada seorang pemandu pernah bercerita tentang satu cafe yang sangat happening berada tidak jauh dari pintu masuk ke maktab.Menurut bisnesman tu, cafe tu moden, cantik binaannya, lampu juga menarik dan dipenuhi oleh pelanggan..Sambung cerita..Teringan pula di hati nak memberhentikan kereta dan turun menuju majlis keramaian tadi.Teman sedikit pun tak rasa bimbang kerana sejak tadi seolah2 kehadiran kereta kami tidak dipedulikan sangat. Mungkin prinsip mereka tidak mahu menganggu manusia?Tiba2 timbul pula kebimbangan..Apa kata tiba2 hujan berhenti? Besar kemungkinan frekuensi alam akan kembali ke normal lantas pintu itu tertutup..Jika ini terjadi terperangkaplah teman selama-lama di alam mereka !!Teman melajukan kenderaan menuju kembali ke Mersing..kisah-kisah Bermuda Triangle mula teman fahami..Kemungkinan besar penduduk yg 'tersembunyi di situ mempunyai teknologi yang mnampu mengubah magnetik bumi lantas menukar frekuensi persekitaran yg akhirnya membuka pintu dimensi antara alam mereka dgn alam insan.Teori terkini yg paling famous dan cuba diusahakan sekarang oleh saintis dalam eksperimen terbesar dunia sekarang yg bernama CERN. Mereka cuba menghasilan mikro Blackhole yg dikatakan berupaya mencetus pintu teleportasi ( pemindahan objek tanpa melalui ruang).Perjalanan teman diteruskan ke Mersing..Tetapi kali ini lebih bermakna. Betul lah kata2 Life is to Explore..Jika anda berpuas hati dgn kehidupan skrg..tidur, bangun, solat, pi kerja, balik, makan, solat, tgok tv , sembang dan tidur maka banyak part wujud kita ni tak dipenuhi..Explore your mind, your heart, your belief, your conscience,your world..bukan apa2..cuma utk life satissfaction..tu arr..Sehingga bertemu dgn story lain..Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Petikan posting dalam FB groups BP'82
1 comment:
Jika mana-mana pembaca mengalami pengalaman yg hampir sama, sudi-sudilah berkongsi di sini.Tq
Post a Comment