22 Disember 2011
3.00 ptg
Cuaca : Hujan renyai-renyai
Setelah 3 malam di Tanah Rata tibalah masa kami kembali ke Mentakab.
Dalam perjalanan menuruni Tanah Rata ke Ringlet kami singgah ke sebuah Tea Shop kepunyaan Cameron Bharat Plantation
Tea shop ini mempunyai ruang menghadap ke sebuah ladang teh yg jauh ke bawah
Pusat pemprosesan teh pada peringkat awal
Kami cuba menuruni cerun ladang teh yg agak curam & basah
Teh herba yg berperisa spt jamu lps pantang
Mengeteh sambil menghayati pemandangan indah di bawahnya
Candy halia yg lazat
Kedai Cameron Bharat yg menjual bermacam jenis teh & jenama
Buah tangan utk dibeli sbagai tanada ingatan
Sebuah lagi premis menjual cendermata
Tea Shop serba baru dgn ruang parkir yg luas
Kemudahan bilik air & tandas moden & bersih
Perjalanan ke Ringlet tidak mengambil masa yg lama. Dengan pembinaan lebuh raya baru Sg Koyan 1 (Raub) ke Ringlet membolehkan kami mengelak melalui perjalanan jauh yg berliku serta jalan yg rendah kualitinya ke Tapah.
Kami tiba di Sg Koyan sejam kemudian dan menyambung perjalanan pulang ke Mentakab melalui jalan-jalan kampung ke Kuala Lipis ( 40km), (Jerantut + 60km) & Mentakab ( + 70km) tanpa melalui Lebuh Raya Pantai Timur
Alhamdulillah selamat tiba jam 8.15 malam dengan hujan lebat hampir sepanjang perjalanan..
No comments:
Post a Comment