Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam
Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar
burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari
kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para
wali.Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiadataranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya.Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor
areil yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilahterpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.
Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini keranaburung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawaburung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja.Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayumempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemuimengatakan ia membawa tuah yang hebat.
Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama,sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlahhayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranyamenjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burungcenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Inikerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya.Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan.Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalamkeadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yangmati dalam keadaan tidur.
Walau bagaimanapun,
Melayu Antique telahmenjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenaiBURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yangdijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantaradengan panggilan
Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai
Burung Phoenixyang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China.Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal denganpanggilan �
Bird of Paradise�.
Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui ataudidapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal darialam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burungcenderawasih turun ke bumi hanya di
IRIAN JAYA (Papua sekarang),
Indonesia saja.Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekorsaja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yangmenjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasihyang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atausebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burungini.
Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasihmempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perutsehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannyadigunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana tuahnya. Burung cenderawasih digunakan sebagai pelaris. Baik untukpelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burungcenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris.Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelarismenyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang palingbesar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini.Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung.Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah.
Hanya kerana taksub terhadap kepercayaan tahyul burungcenderawasih mampu menarik kekayaan serta membawa tuah, ada golongankenamaan dan kerabat diraja sanggup menawarkan RM1 juta bagi mendapatseekor burung itu yang diseludup masuk dari Irian Jaya, Indonesia.
Malah lebih pelik apabila helaian bulu burung itu yang direndamdalam minyak masak sebelum dibotolkan turut boleh dijual menjangkauharga RM5,000 sebotol.
Keghairahan luar biasa ini menyebabkan ada peniaga ubat-ubatantradisional sanggup menipu dengan meletakkan bulu ayam atau burungspesies lain sebelum dijual kepada orang ramai yang taksub terhadap keramat burung berkenaan.
Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(Perhilitan), Celescoriano Razond, berkata kegilaan terhadap perkaramistik yang terdapat pada burung cenderawasih itu menyebabkan pemburuharam di negara jiran berlumba-lumba menyeludup masuk bangkai burungspesis ini ke Malaysia kerana menyedari terdapat permintaan tinggi dinegara ini.
Anehnya penduduk dan rakyat di Indonesia sendiri tidak mengendahkan kewujudan burung berkenaan yang diyakini ramai penduduk negara iniberkesan sebagai pelaris diri dan perniagaan selain turut diyakini boleh menjadi minyak pengasih.
Menurutnya, hal ini terjadi berikutan ramai pengamal perubatan tradisional dan individu yang berpegang kuat pada amalan mistik yakinbahawa burung ini hanya makan embun syurga malah ia didakwamengeluarkan wangian yang sukar digambarkan.
Akibatnya setiap inci badan burung ini termasuk isi perut dan bulunya mempunyai khasiat misteri dan kebanyakannya digunakan untuk perubatan, paling dicari adalah bulu cenderawasih yang yang dianggap pelaris paling besar.
Bagaimanapun, menyeludup dan memiliki burung cenderawasih adalah satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 68, Akta PerlindunganHidupan Liar 1972 (pindaan 1988) yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, katanya.
Menurutnya, terbaru, pegawai Perhilitan sebelum ini pernah memberkas dua lelaki Indonesia berusia 30-an yang didapati menyeludup masuk lebih lima ekor burung cenderawasih ke negara ini.
Mereka tidak sekadar cuba menjual burung cenderawasih yang awet itu malah turut menawarkan minyak berisi bulu burung cenderawasih yang didakwa boleh dijadikan minyak pengasih. Ini terbukti apabila ditemui kotak kayu berisi berpuluh botol kecil yang didakwa minyak sakti burung cenderawasih
Pegawai Perhilitan turut merampas satu kitab mengenai hikmat dankeajaiban doa burung cenderawasih dan pelbagai buku lain yang menceritakan kehebatan burung cenderawasih ini, katanya.
Menurutnya, berdasarkan kitab yang ditemui itu, bulu burung cenderawasih didakwa boleh bertukar menjadi batu permata sekiranya jatuh ke bumi.
Manakala isi perutnya dicampur dengan minyak kepala hijau dijadikanubat pelbagai penyakit. Ia turut boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan suami isteri dalam memperoleh kebahagiaan rumah tangga.
Bulu burung ini pula jika dipakai di kepala atau dijadikan tangkal boleh dijadikan ubat pengasih, pelaris atau penunduk, katanya.
Namun katanya, apa yang menyebabkan burung cenderawasih digilai golongan kenamaan adalah kerana kepercayaan ia boleh mendatangkan tuah segunung emas selain memberi kekuasaan jika disimpan di rumah.
Bagaimanapun menurutnya, kepercayaan itu tidak berasas dan faktadisampaikan nyata tidak benar kerana cenderawasih sememangnya wujud sebagai spesies burung biasa di bumi dan bukannya berasal dari syurga seperti diwar-warkan.
Difahamkan terdapat 43 jenis spesies cenderawasih yang dibezakan daripada beberapa ciri seperti warna bulu dan saiznya. Kebanyakanburung jenis ini berhabitat di kawasan hutan tropika dan banyak ditemui di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan Kepulauan Maluku.
Malah menurutnya, Taman Burung Kuala Lumpur sendiri memiliki tiga cenderawasih berjenis Paradisea Apoda yang masih hidup untuk dipamerkan untuk tontonan pengunjung, sejak lima tahun lalu.
Yang pasti burung ini lebih gemar berada di atas pokok menyebabkan dia dianggap sebagai burung keramat dari syurga dengan cerita palsukononnya burung ini tidak pernah memijak tanah.
Cenderawasih hidup dan mati seperti burung biasa. Mungkin cenderawasih yang dijual kononnya sebagai objek misteri tidak reput kerana ia sudah diawetkan terlebih dahulu, katanya.
Menurutnya, orang ramai yang menjual atau menyimpan burung cenderawasih terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang keranamemiliki burung liar yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar.
No comments:
Post a Comment