Sesiapa yg pernah sampai ke bandar Mersing mesti terpandang Masjid yg cantik di puncak bukit yg paling tinggi di sini. Masjid yang kelihatan masih 'baru' ini sebenarnya dibina selepas merdeka dengan senibinanya kontemporari berasaskan Masjid Nabawi. Jika kita berada di masjid ni..pantai-pantai berhampiran kelihatan sayup di bawah dan pulau-pulau kelihatan bertaburan di sekitarnya. Memang indahdan merehatkan minda. Solat di Masjid ni memang best..sejuk..nyaman terutama waktu malam..cuma nak ke sana mesti ada kenderaan.berjalan kaki memang penat..
Waktu malam bulan ramadhan
Pintu masuk utama
Ruang solat
Golongan tahfiz dijemput jadi imam..
Imam Farhan Al-Hafiz
Imam Masjid jamek..Imam Ehsan..kawan baik, berfikir terbuka , banyak info semasa dan selalu mengeteh malam-malam. Sedang berehat sebentar selepas selesai bertadarrus.
Haa..ini Pak Busu tukang urut yg baru dikenali. Tinggal kat Kg Seri pantai Mersing
Dah jam 12.30pagi..lepak kat gerai Kg Sri Lalang. Ini member yg diurut Pak Busu tadi..
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
2 comments:
Masjid mersing ni memang cantik..Saya sampai di masjid ini masa darjah 6 wakil sek ke kuiz singgah solat di masjid ni. Pemandangan dari atas memang cantik hinggakan kawan yang sama kuiz pernah datang ke mersing 5 thn lepas singgah solat di masjid ni dan kami sama-sama duduk kat tempat yang pernah kami datang 22 tahun dulu..Memang nostalgik..kekadang saja datang dengan keluarga untuk solat dan menikmati 'panoramic view' dari atas.
Hebat cerita Dewi Zulaikha..Saya pun ada cerita juga..Pertama kali saya sampai kat Masjid ni masa kat U tahun 1990..kita orang datang nak buat fieldwork kat Pulau Sibu, Johor. Kagum melihat keindahan masjid ni dgn bunyi deruan angin (masa tu lubang2 udara kat atas kubah belum di tutup dgn kaca). Seronok melihat aktiviti dijeti Mersing sehingga membayangkan keseronokan tinggal di kawasan pantai terpencil ini. Akhirnya niat tersebut termakbul !!
Post a Comment