Tuesday 31 August 2010

Butik Pesona & Butik Sutera Emas di Mersing..jom shopping baju raya

Bersebelahan dengan 7 Eleven Bangunan Mara baru di Jalan Endau ( selepas jambatan Mersing)

Butik Melayu yang berkonsep pakaian wanita & lelaki Melayu kontemporari yang semakin mendapat tempat di hati penduduk Mersing
Tak dapat dinafikan, sesiapa sahaja yang memandang hati mesti tertarik ingin memilki butang baju melayu yg sangat cantik ini
Pilihan tudung yg terkini dengan pelbagai harga
Design terkini & aksesori yg ditambah khas mungkin mybbkan ramai yg tertarik pd hari lebaran nanti. Istimewanya harga sangat berpatutan.
Pakaian yang diperaga dalam patung sama seperti yang terdapat dalam majalah fesyen
Brooch yg high class tapi harga sgt berpatutan, dah tak perlu pi jauh2 shopping
Ruang, susunan & kasut yang ditinggalkan di luar menyebabkan kanak-kanak suka bersantai & bermain-main  di butik ini
Baju kurung dari kain kapas (cotton) yg skrg ni jd  trend yg popular
Butik Pesona ini juga terletak bertentangan dengan Timotel Hotel yang famous tu

BUTIK SUTERA EMAS

LOKASI : Bandar Baru Tepian Sungai
( Sebaris pasaraya Ulfah (baru) & Cosway)

Butik ni cantik, tertutup & fully aircond
Pelbagai pilihan baju (yang memang terpilih) menjimatkan masa dan tak perlu survey banyak kedai pakaian seperti mana biasa. Itulah kelebihan butik. Paling istimewa harga baju di sini sama harga (atau lebih murah) dari pasaraya  pakaian terkenal tapi kualiti & keselesaan jauh lebih baik.
Antara yang dapat dipaparkan di sini

Fesyen & warna baju batik ni....cakap pun tak guna..datanglah lihat tarikan hebat  ini
Pilihan baju Melayu tak dipaparkan di sini (bimbang kehabisan stok jika dipaparkan imej di sni,he3)
Kanak-kanak paling gembira bermain
Kehadiran butik-butik seumpama 2 butik dalam entri kali ini sangat dihargai oleh warga Mersing. Tak perlu lagi meredah 150km melalui jalan berliku & sunyi ke JB , bersesak-sesak, berebut berbuka di restoren time berbuka & macam-macam kesusahan terutama yang berkeluarga besar & anak-anak masih kecil

Thursday 26 August 2010

Majlis Graduasi MRSM Mersing..Sumbangan Anda Amat Diharapkan !!

 Dengan segala hormat dan berbesar hati, pihak urusetia Majlis Graduasi MRSM Mersing kali ke-9 ingin memohon sumbangan kewangan untuk majlis yang akan berlangsung pada 30 hb Oktober, 2010 ini.


Oleh itu, sebarang sumbangan tidak kira berapa jumlahnya  amat diharapkan dari   
bekas pelajar dan para ibu bapa 


Semua hasil sumbangan ini akan dibelanjakan untuk pembelian hadiah dan cenderamata, jamuan kepada ibu bapa dan kemudahan peralatan yang akan digunakan pada majlis tersebut.

Pembayaran bolehlah dibuat dengan beberapa cara iaitu :

Melalui Bank in :

No. akaun : 01-096-01-000489-8

Minta fax atau pos slip bank kepada :

Bendahari Muafakat 
MRSM Mersing
KM 6, Jalan Jemaluang,
86800 Mersing
Johor Darul Takzim

No fax : 07-7993316


Melalui Wang Pos :



Tulis di belakang

Atau melalui Cek bank :


 Saya bagi Pihak Urusetia Majlis Graduasi MRSM Mersing amat berterima kasih atas sumbangan yang amat bermakna ini

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi :
En. Yusri b Yusof 
(No hp : 019-7749036)
Penyelaras Majlis Graduasi MRSM Mersing ke-9, 2010M

Note : Nama-nama para dermawan akan siarkan di dalam blog ini 
(Diharap para dermawan dapat email : cikgurahman@yahoo.com   untuk perhatian)







Tuesday 24 August 2010

Takziah buat Kak Kamariah atas pemergian anak ke Rahmatullah

Sabtu malam Ahad sedang kami homeroom 2 Gemilang berbuka puasa di Timotel,  Mr Farid , pemandu MRSM datang menjemput bebudak tu pulang ke maktab sambil membuka cerita yang dia baru sahaja mengangkat seorang pemuda yang kemalangan ketika menunggang motor di simpang Mersing Kecil menuju ke SK Sri Mersing. Belaiu berkata pemuda yang malang tu mungkin  cedera parah di tengkuknya.

Pagi ni ketika menyiapkan powerpoint untuk pengajaran Form 4, seorang adik cleaner seperti biasa datang bertugas di jabatan sains. Cuma terasa hairan kerana Kak Kamariah tiada bersama. Kakak ni seorang peramah dan penyanyang terhadap 6 orang anak-anaknya. Adik tu pun menceritakan tentang kemalangan tersebut yang menyebabkan kematian anak remaja beliau. Rasa terkejut dan sedih juga mendengarnya. Begitu berat ujian yang beliau hadapi dapat dirasai apatahlagi saya pernah menyaksikan kemalangan anak  sendiri betul2 di hadapan mata. Rasa panik, sedih dan bermacam2 lagi bercampur dengan darah yang mengalir di seluruh mulut hidung bersama kepatahan tulang-tulang. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah JB dan Alhamdulillah beliau hidup sehinggalah ke hari ini.Ujian kehilangan anak bukannya suatu yang kecil..hanya mereka yang pernah menghadapi situasi ini dapat memahami.

Buat Kak Kamariah, saya fahami kesedihan akak. Moga dapat bersabar atas ujian ini dan Al-Faatihah buat arwah moga roh beliau dicucuri rahmat

Monday 23 August 2010

SEJARAH KAWASAN-KAWASAN DI MERSING

Kira-kira 40 km dari Mersing, terdapat sebuah pekan yang dinamakan sebagai Endau. Pekan Endau mendapat nama daripada nama seorang peranakan India yang bernama “Endau” yang menetap di situ walaupun kawasan itu pada mulanya dibuka oleh Dato’ Mohd Ali atas perintah Temenggong Ibrahim. Pekan Endau dikatakan maju kerana menjadi tumpuan orang-orang Cina berniaga, menjadi nelayan dan pembalak-pembalak di kawasan hulu Sungai Endau. Rumah-rumah rakit dibina di kawasan pinggir Sungai Endau dan juga di muara sungai pada awal pembukaannya di Mersing. Pada tahun 1902, Encik Awang Ali (Awang Daik) telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau. Pada tahun 1915 hingga 1916, beliau telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau dan bersara pada 1 Februari 1920. Pejabat Kastam juga telah ditubuhkan pada masa itu untuk ditugaskan memungut cukai dari pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di Pekan Endau.

Terdapat banyak bahan mentah di Endau. Antaranya kayu balak, hasil-hasil hutan seperti rotan, damar dan juga gading gajah. Hasil-hasil laut dikeringkan dan dijual keluar dari Endau. Kebanjiran penduduk-penduduk Cina dikawasan Endau terbukti dengan adanya perkampungan baru yang dinamakan Kampung Hubong. Juga terdapat satu petempatan tentera bagi mengawasi dan menghalang pengaruh komunis di kawasan tersebut. Kesan-kesan tinggalan askar kini dijadikan sebuah sekolah agama bagi anak-anak tempatan.

Kira-kira 25 km dari Mersing dan 20 km dari Endau, terdapat sebuah pusat peranginan yang sedang dibangunkan. Kawasan tersebut dinamakan Teluk Sari bersempena dengan cerita-cerita orang dulu yang akan bermalam sehari di teluk itu apabila berulang-alik dari Endau ke Mersing. Manakala nama Penyabong berasal sempena dengan kebiasaan lanun-lanun yang menetap di situ menjadikan tempat itu sebagai kawasan menyabong ayam. Kemunduran Endau dipercayai berpunca dari sumpah anak Pahang bernama Damak. Antara bunyinya "bagi orang-orang Endau, masa hadapan bandar ini tidak akan maju seperti apa yang telah saya buat". Hal ini tidak dapat dipastikan kebenarannya namun jika benarlah maksud kata-kata itu, bermakna Endau tidak diberi perhatian dalam usaha-usaha pembangunannya.

Salah satu mukim yang terdapat di dalam Daerah Mersing yang sejarahnya berkait rapat dengan sejarah Mersing ialah mukim Tenglu. Tenglu dikatakan mendapat nama dari persahabatan yang erat antara pemuda Melayu, Abul dan pemuda Cina, Lam Seng yang telah membawa kepada kerjasama untuk menanam getah di kawasan yang terletak lebih kurang 5 batu dari Sungai Mersing. Setelah menjalani proses pembersihan kawasan dan penanaman, mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan makanan. Abul tidak tahan menanggung risiko ini dan ingin segera kembali ke Mersing. Beliau telah berkata kepada Lam Seng "Tinggallah Lu" sehingga terbitlah nama Tenglu.

Berbuka puasa bersama homeroom di Timotel (20100)

Tarikh : 11 Ramadhan 1431H/ 20 Ogos 2010 
Masa : 7.00-8.30 pm
Homeroom : 2 Gemilang
Harga : rm18/head

Ruang makan makin cantik, sudah ada LCD TV
Menu yang ringkas, lauknya kari ayam, daging masak hitam, gulai ikan aya, sayur 2 jenis, ulam 2 jenis sahaja..langsung tak membuka selera.Buah-buahan cuma tembikai merah & tembikai susu yang kehabisan, kuih cuma ketayap dan sejinis agar-agar. Kebanyakan pengunjung tak menambah, saban tahun bilangan menu makin berkurangan dan rasanya juga begitu..mungkin sesuai dengan bayaran rm18 untuk berbuka di hotel ni. Opps lupa, cuma sambal belacannya yang sedap !!
Rojak yang nampak sedap tapi tasteless, kebanyakannya yang ambil (dengan tamak , haha) meninggalkan begitu sahaja tanpa dimakan..
Fatin, balik raya di Triang,Pahang & Maria ,budak silat & olahragawati 
Syazia anak Bandar Penawar
Nur Sabrina budak genius & anak Kak Zuraidah ( Zuraidah Zahid FB), Zahidah anak JB
Air yang disediakan adalah air bandung ais, air cincau & air kopi/teh. Cendol & air batu campur cam dulu2 dah tak ada
Abdullah Alaudin anak Pak Rahmat,mak dia ni pakar kek (kek coklat hari tu rasanya sungguh menakjubkan). Boleh order kalau tinggal kat JB
Azri, budak Pekan (happy birthday hari ni, baru terima berita nenek masuk spital akibat jatuh. Kak long dia baru kawin. Sebelahnya Arena Syafika yang unik )
Akhirnya separa licin gak setelah cuba menghabiskannya..
Ingat nak lepak-lepak cam dulu tapi air-cond seperti sudah ditutup.
Selepas tu solat Maghrib yang disediakan dalam satu bilik dekat dengan kaunter. Di situ lepak-lepak bersembang sama diorang sambil menunggu van jam 8.30 malam. 
Tahun depan panjang umur cadang nak ke tempat lain yang lebih berbaloi, (kalau makan kat restoren mamak, rm18 tu memang lebih dari cukup, malangnya kat Mersing tak ada kedai mamak yang bertaraf cafe & kebanyakannya kebersihan tak diutamakan)

Jalan-jalan Pantai Seri Lalang

Date : 13 Ramadhan 1431/ 23 Ogos  2010
Time : 10. 30 am

Minggu ke-2 berpuasa telah hampir selesai. Perasaan menyambut ramadhan bila umur dah melepasi  40an tak seseronok ketika kanak-kanak,remaja ataupun 20an. Bulan Ramadhan ni agak sibuk kerana ujian amali & trial SPM jatuh pada masa ni. Anak-anak pun sibuk nak belajar puasa & nak makan macam-macam.

Tapi sejak semalam  satu famili kena diarrhea, malam tak dapat tidur cam bilik emergency kerana 'sesi muntah dan  dot dot'..so pagi ni sibuk memcuci cadar, seti dan lantai (mc lah hari ni, nak sahur pun x larat)

Entri kali ni bukan nak cerita pasal tu tapi tentang sebuah jalan pesisir pantai yang amat dicadangkan kepada pengunjung yang baru tiba di Mersing iaitu jalan pantai Tanjung ke Pantai Seri Lalang

Kalau ke Penang, jalan pantai batu Feringgi merupakan 'favourite' saya dan juga pantai PD (selalu pi masa tingal di Masjid Tanah, Melaka), jalan pantai Seri Lalang ini juga menarik dengan pemandangan yang indah dan bermacam premis kunjungan ramai.

Kebetulan , jalan ini adalah alternatif dari bandar ke rumah di jalan Endau, so balik dari Klinik An-Nur sempatlah bawa kereta melaluinya sambil snap2 foto dgn kamera hphone

Ini dulunya bernama Galeri Keropok tapi sekarang dah bertukar nama
Gelanggang futsal yang berkualiti tinggi, menjadi tumpuan utama petang & malam,uniknya betul-betul di tepi pantai
Bersebelahan dengannya adalah Medan selera Seri Lalang yang sangat popular pada waktu petang & malam,semua menu ada tetapi  kerang bakar,nasi lemak, nasi bubur dan keropok menjadi juadah utama
Deretan premis jualan makanan laut kering seperti keropok lekor, keropok kering,sotong kering, sos cicah & macam2 ada di sini. Kedainya besar-besar, mata pun boleh jadi rambang sebab banyak sangat pilihan, cuma bajet dan keupayaan menghabiskan semuanya menjadi ukuran.
Pemandangan laut yang dihiasi pulau-pulau seperti Pulau Setindan memang melapangkan fikiran (kalau ada kamera yang lebih berkualiti..) Inilah keuntungan tinggal di Mersing bandar peranginan tersohor !!!
Banyak tempat nak melepak dan wakaf-wakaf disediakan
Setibanya ke simpang Taman Lautan Biru, laluan utama Mersing-Endau-Kuantan  diambil semula. Jalan pesisir pantai ini jika diteruskan perjalanan akan melalui Pantai tanjung Genting ( baca entri mengenai pantai ini [klik] ), & Pantai Tenglu laut  sehingga tembus ke jalan  Pantai Air Papan .
Dari pusat bandar Mersing nak masuk kejalan ini mudah sahaja. Selepas meyeberangi Jambatan Mersing, cuba membelok ke mana-mana jalan yang menuju ke kawasan pantai di sebelah kanan, cuma jangan ambil laluan kambing sudah la..he3 (lawak puasa)

Selamat beramal ibadah untuk mencapai Lailatul Qadr !!

Friday 20 August 2010

Cinta hakiki sumber segala cinta

Cinta itu satu rahsia hidup dalam alam nyata. Cinta adalah satu perasaan yang dialami. Betul kata orang cinta itu buta. Orang yang bercinta tidak peduli apa-apa. Akal mencari apa yang memberi kebaikan dan keuntungan, tetapi cinta tidak peduli untung atau rugi, baik atau buruk akibatnya. Oleh itu akal dan cinta adalah berlawanan. Akal perlu memikirkan faedah tetapi cinta tidak peduli faedah.

Cinta inginkan sesuatu yang indah dan cantik. Yang maha Indah dan yang sempurna keindahannya ialah Allah swt. Keindahan alam adalah kurniaan Allah dan tidak pula kekal. Tetapi keindahan Allah adalah keindahan yang kekal abadi. Oleh itu cinta kita janganlah hendaknya terhenti kepada cinta akan alam sahaja, tetapi teruskanlah ke sumber atau asal segala cinta iaitu Allah Yang Maha Indah.
Jika tidak ada musuh, tidaklah terbayang soal jihad.
Jika tidak ada nafsu, tidaklah ada soal taat kepada perintah Allah.
Apabila tidak ada kehendak, tidaklah ada perkara menahan diri.
Jika tidak ada musuh, tidaklah perlu kekuatan.
Pada zahirnya,
dahan itu adalah sumber buah,
tetapi pada hakikatnya dahan itu diadakan demi untuk keperluan buah.Jika tidaklah kerana hendakkan buah,tidaklah petani menanam pokok itu.Oleh yang demikian,
pada hakikatnya pokok itu berasal dari buah,meskipun pada pandangan zahir,buah itu berasal dari pokok.

        Oleh  Jalaludin Rumi

Wednesday 18 August 2010

Healing Powers of Al-Asma al-Husna

It has been discovered by Doctor Ibrahim Karim (Biologist) that Asma ul Husna, most beautiful names of Allah (SWT) have healing power to a large number of diseases.

He used precision methods in the measurement of energy within the human body and discovered that every one of the names of Allah (SWT) stimulates energy in the immune system of the human body to work efficiently in a certain ideal human body.

He discovered that the mere mention (reciting) of most beautiful names of Allah (SWT) leads to improvement in the tracks Bio Energy within the human body, and after a 3-years of research Doctor Ibrahim Karim reached to the following:

01. Ear - As Sami (The all Hearing)

02. Bone - An Nafi (The creator of good)

03. Backbone - Al Jabbar (The Compeller)

04. Knee - Al Ra uf (The Clement)

05. Hair - Al Badi (The Originator)

06. Heart - Al Nur (The Light)

07. Muscles - Al Qawi (The All Strength)

08. Heart Waves - Al Wahab (The giver of All)

09. Heart Muscle - Al Razaqq (The Sustainer)

10. Nerve - Al Mughni (The Enricher)

11. Artery - Al Jabbar (The Compeller)

12. Stomach - Al Razaqq (The Sustainer)

13. Cancer - Al Jalil (The Mighty)

14. Thyroid - Al Jabbar (The Compeller)

15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)

16. Migraine - Al Ghani (The Rich One)

17. Eye Arteries - Al Muta ali (The Supreme One)

18. Kidney - Al Hayy (The Ever Living One)

19. Colon - Al Ra uf (The Clement)

20. Intestine - Al Razzaq (The Sustainer)

21. Liver - Al Nafi (The creator of good)

22. Pancreas - Al Bari (The Make of Order)

23. Fatty Sacks - Al Nafi (The creator of good)

24. Womb - Al Khaliq (The Creator)

25. Bladder - Al Hadi (The Guide)

26. Rheumatism - Al Muhaymin (The Guardian)

27. Prostat - Al Rashid (The Righteous Teacher)

28. Nerves of the Eye - Al Zahir (The Manifest One)

29. Pineal Gland - Al Hadi (The Guide)

30. Blood Pressure - Al Khafed (The Abaser)

31. Lung - Al Razzaq (The Sustainer)

32. Thymus Gland - Al Qawi (The All Strength)

33. Gland above the Kidney - Al Bari (The Make of Order)

34. Hair Peel - Al Jalil (The Mighty)

35. The Nasal Cavities - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)

36. Eye - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)



Method of treatment: Lay your hands on the place of pain and praise Allah (SWT) names above according to your disease until the pain heals or cure away Insha Allah.

Monday 16 August 2010

HRMIS : Panduan mengakses & mengisi maklumat

HRMIS adalah satu sistem aplikasi online yang diperkenalkan kepada kakitangan kerajaan termasuk staf MRSM bertujuan untuk 'paperless government'. Kini semua maklumat-maklumat diri dan perkhidmatan termasuk SKT boleh dikemaskini di meja anda sahaja.

Untuk memudahkan guru/staf MRSM Mersing, di bawah ini satu panduan ringkas untuk memudahkan anda semua. Semua aplikasi HRMIS ini perlu dilakukan menggunakan Internet Explore yang terkini.

Selamat mencuba !!!

Langkah 1: Layari laman web MARA







Langkah 2: Layari MARAnet





Langkah 3: Layari Portal HRMIS





Langkah 4 : Log in Akaun peribadi HRMIS





Langkah 5 : Masuk ke ruang maklumat anda




Langkah 6 : Kemaskini maklumat peribadi anda







Menentukan jantina anak yang bakal lahir

Kehadiran cahaya mata atau zuriat buat pasangan ibubapa merupakan saat paling dinantikan. Mungkin disebabkan cabaran semasa, bilangan anak bagi ibubapa yang berkerjaya perlu dihadkan antara 1-3 orang sahaja.

Bilangan yang kecil ini menyebabkan jantina anak menjadi faktor yang penting bagi anak yang bakal lahir.Kebanyakannya inginkan sepasang anak yang berlainan jantina.

Di bawah ini disertakan sebuah jadual penentuan jantina anak dari pengiraan masyarakat Cina kuno. Ketepatannya agak tinggi juga:
Umur ibu yang dirujuk di sni ialah umur mengikut Tahun Lunar Cina iaitu tambahan  2 tahun kepada umur semasa mengikut tahun Masihi



Saturday 14 August 2010

Eksklusif: Video (Live!) Tragedi Puting Beliung di Bazar Ramadhan Jasin

Moga dapat iktibar. Keadaan pertemuan arus udara sejuk & panas tidak menentu tahun ini memerlukan keperihatiana untuk bersikap lebih berhati-hati. Buat penduduk Mersing, harap dapat dapat berwaspada ketika membawa keluarga mandi di laut. Hanya satu pandangan sahaja.

Memang dahsyat khemah dengan tiang besi boleh terbang puluhan meter di udara !! GHD yang pernah tinggal di Melaka pernah mengalami hal yang sama ketika tinggal di Masjid Tanah. Kedatangan angin ini disedari dengan bunyi yang sangat kuat dalam bentuk ngauman harimau. Pada masa tu apa yang boleh dibuat hanya berdoa sahaja. Keesokan paginya beberapa tiang telefon boleh tercabut dan tumbang.



Satu lagi kejadian ribut yang luarbiasa dan menakutkan berlaku di Finland baru-baru ini.


Friday 13 August 2010

Sajak Allahyarham Buya Hamka..

Jom hayati..


SAJAK BUYA HAMKA

Di atas runtuhan Melaka Lama 
penyair termenung seorang diri 
ingat Melayu kala jayanya 
pusat kebesaran nenek bahari 

Di sini dahulu laksamana Hang Tuah 
satria moyang Melayu sejati 
jaya perkasa gagah dan mewah 
"tidak Melayu hilang di bumi" 

Di sini dahulu payung berkembang 
megah bendahara Seri Maharaja 
bendahara cerdik tumpuan dagang 
lubuk budi laut bicara 

Pun banyak pula penjual negeri 
mengharap emas perak bertimba 
untuk keuntungan diri sendiri 
biarlah bangsa menjadi hamba 

Inilah sebab bangsaku jatuh 
baik dahulu atau sekarang 
inilah sebabnya kakinya lumpuh 
menjadi budak jajahan orang 

Sakitnya bangsaku bukan di luar 
tapi terhunjam di dalam nyawa 
walau diubat walau ditawar 
semangat hancur apakan daya 

Janji Tuhan sudah tajalli 
mulialah umat yang teguh iman 
Allah tak pernah mungkir janji 
tarikh riwayat jadi pedoman 

malang mujur nasibnya bangsa 
turun dan naik silih berganti 
terhenyak lemah naik perkasa 
tergantung atas usaha sendiri 

Riwayat lama tutuplah sudah 
sekarang buka lembaran baru 
baik hentikan termenung gundah 
apalah guna lama terharu 

Bangunlah kekasih ku umat Melayu 
belahan asal satu turunan 
bercampur darah dari dahulu 
persamaan nasib jadi kenangan 

Semangat yang lemah buanglah jauh 
jiwa yang kecil segera besarkan 
yakin percaya iman pun teguh 
zaman hadapan penuh harapan

Ulasan:
Rajin-rajinlah membaca sajak-sajak seumpama ini. Sajak-sajak Iqbal juga disaran  untuk makna & perjuangan hidup

Wednesday 11 August 2010

Pasar Ramadhan Mersing di Mersing Water Front

Tarikh : 11 Ogos 2010 (1 Ramadhan)
Lokasi : Mersing Water Front 
Masa : 6.30 pm

Pasar Ramadhan utama di Mersing kali ini berpindah ke kawasan baru yang dinamakan Mersing Water Front. Ianya terletak bersebelahan dengan kawasan bandar baru tepian sungai yang menempatkan pasar & stesen bas. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh jambatan Mersing

Ruang parking di sebelah deretan belakang yang membelakangkan Mersing Water Front
Menu biasa Roti John banyak dijual
Yong Tau Foo..pelanggan dengan sabar menunggu
Gerai kebab bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Deretan gerai-gerai yang begitu jauh memanjang (dari hulu ke hilir waterfront) agak memenatkan apabila pilihan juadah sukar dibuat
Deretan premis perniagaan yang dikatakan mula dibuka selepas raya. Khabarnya restoren makanan segera Marry Brown bakal dibuka cawangannya di sini
"banyak dah habis cikgu!" Mungkin anda biasa dengan akak ni yang menguruskan sebuah restoren yang popular di Mersing.
Selain mencari juadah (bukan jodoh tawww), di sini mungkin tempat pertemuan rakan taulan atau saudara-mara yang lama tak ketemu
Jambatan Mersing dan Hotel Timotel jekas kelihatan dari sini. Air laut yang surut menjadikan waterfront ini tak seindah ketika air pasang
Deretan premis perniagaan yang menganjur hingga ke kuala dan Jeti Jabatan Laut, mengubah kuala Mersing kepada landskap urban
Mungkin tak lama lagi menjadi tempat berlibur baru bagi penduduk Mersing & pelancong yang ke sini

Hari esok, InsyaAllah  berkunjung ke Pasar Ramadhan JKR di Mersing Kanan yang telah berpindah ke Taman Lautan Biru di Siapu, satu lagi pasar ramadhan yang popular di Mersing

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing