Thursday 8 March 2012

Kronologi Masa : Asal-usul Pemerintahan Bumi

PHD telah terbaca posting seorang sahabat 'online' yang popular dengan teori 'future phenomenon'. Beliau mempunyai blog yg 'hit' untuk peminat-peminat pengkajian sejarah kewujudan insan , dunia & sejarah yang tercipta. Artkel ini dipetik hanya untuk kajian bukan untuk menimbulkan suatu kepercayaan baru. Selamat membaca

Sumber :
http://nusanaga.blogspot.com

Kronologi masa

salam...

Ini adalah copy paste dari sahabat saya. Dia mengalih bahasa suatu artikel yang sungguh panjang mengenai kronologi sejarah dunia dari sudut sumerian dan annunaki seumpamanya. Barang siapa yang suka mengkaji perihal ancient astronaut, forbidden knowledge, sejarah penciptaan dan seumpamanya. Ini adalah suatu yang RARE.

Sebenarnya, ia adalah hasil dari rakan saya di sebuah blog yang sudah pun di tutup sejak tahun 2008/09 dulu. Dan alhamdulilah, banyak file2 lama saya simpan dan secara tak sengaja membuka balik memori lama. Jadi, sengaja saya upload balik memori ini untuk menunjukkan siapa 'saya' semasa tahun 2008/09 dulu. Di mana ketika itu, saya 'gila' mengkaji tentang sains penciptaan, ancient things, konspirasi teori dan sebagainya.
Dari jalan inilah, ia membawa saya kepada mengenal diri dan ALLAH.


Biarpun sepelik mana dan sefantasi mana karya2 dari pelbagai sumber, bagi saya ia tetap dari ALLAH jua dan andai di baca dengan hati terbuka, ia secara automatik akan mengiyakan AL-QURAN itu benar dan solid.


Jadi, inilah memori saya yang senjaga mahu upload balik di nusanaga agar ia tidak hilang. Insyallah
Maaf andai artikel kali ini sungguh panjang. :D

--------------------------------------------------------




(NOTA: Artikel ini merupakan terjemahan ke bahasa Melayu oleh saya sendiri dan diambil dari Buku karangan Zecharia Sitchin dan teori yang telah dibukukan oleh Laurence Gardner. Kronologi asal dalam bahasa Inggeris boleh diperolehi di http://www.trackpads.com/magazine/publish/printer_1500.shtml)
(NOTA: Kemungkinan terjemahan saya tidak sama dengan maksud yang sebenar apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris)
( Nota : Jom dowmload & baca buku ni..Elok isi masa lapang dari mengeteh malam2 buta-PHD)

Kronologi Masa:

4,600,000,000 tahun SM (sebelum masihi) - Bumi wujud. Ini ialah waktu atau umur Bumi yang biasa dan dapat diterima oleh pengkaji di zaman sekarang ini. Sebagai contoh, batu yang tertua di bumi ini iaitu batu Zircon Crystals mempunyai usia 4,200 juta tahun (4,200,000,000 tahun). Zecharia Sitchin telah memperkenalkan teori tentang kewujudan Bumi ini berdasarkan epik Penciptaan oleh bangsa Sumeria termasuk Enuma Elish. Di dalam epik ini, planet-planet diandaikan sebagai ‘tuhan’ dan merupakan tuhan kepada Annunnaki.

Pada permulaan ciptaan telah wujudnya matahari (Sun/Apsu) yang dikelilingi oleh planet Tiamat dan planet Mercury (Mummu). Dan, di antara planet Tiamat dan Mercury, wujud pula planet Mars (Lahmu) dan Venus (Lahamu). Selepas itu wujud pula, jauh dari planet Tiamat iaitu planet Jupiter (Kishar) dan Saturn (Anshar) bersama dengan planet ‘yang digunakan oleh meraka’ iaitu planet Pluto (Gaga). Yang terakhir, wujud pula planet Uranus (Anu) dan Neptune (Ea). Kesemua sembilan planet ini atau digelar “tuhan” oleh mereka, bergerak dalam arah lawan jam mengelilingi Apsu, iaitu Matahari.

Di kawasan yang luar dari sistem suria, terdapat sebuah planet yang digelar planet Marduk yang mempunyai saiz seperti planet Jupiter atau Saturn, menghampiri dan ‘terlekat’ pada sistem suria disebabkan tarikan graviti Neptune dan Uranus. Bergerak dalam arah ikut jam dan melintasi planet Neptune dan Uranus, laluan planet Marduk berubah pula mendekati planet gergasi iaitu Saturn dan Jupiter. Semasa melintasi planet Uranus (dalam perjalanan ke planet Saturn dan Jupiter disebabkan tarikan graviti), sebahagian dari binaan planet Marduk ini ditarik atau terkeluar menjadi empat satelit atau “winds”.

Planet Marduk menghampiri planet Saturn dan Jupiter dan disebabkan tarikan graviti yang kuat oleh planet Saturn dan Jupiter, menyebabkan orbit planet Marduk terkeluar dari arah yang sepatutnya dan membuatkannya bergerak ke arah planet Tiamat pula. Tarikan graviti oleh planet Saturn dan Jupiter menyebabkan sekali lagi sebahagian binaannya terpisah menjadi tujuh satelit kecil yang akan menngelilingi planet Marduk. Dan disebabkan planet Marduk bergerak menghampiri planet Tiamat, salah satu dari satelit di planet Tiamat iaitu Kingu terpisah dan menghampiri planet Marduk pula. Pergerakan ini semua telah menyebabkan “kacau-bilau” di dalam sistem suria. Disebabkan kacau bilau ini, bekas satelit planet Tiamat iaitu Kingu menjadi sebuah planet yang baru. Planet Kingu “dianugerahkan” Tablet of Destiny atau dengan kata lain “boleh memilih laluan sendiri”, maka planet Kingu memulakan orbit barunya.
Kuasa planet Marduk yang lalu menghampiri planet Tiamat, memecahkan, memisahkannya tapi tidaklah memecahkannya menjadi dua bahagian atau menghancurkan satelitnya, dengan pengecualian planet Kingu yang telah awal-awal lagi menjauhi planet Tiamat ini. Seperti planet Marduk, laluan orbit planet Tiamat menjadi arah ikut jam dan laluannya (orbit) menjadi semakin besar mengelilingi matahari. Akhirnya, Tiamat telah menjadi sebuah komet yang kerap kali melawat sistem suria.

Pertembungan antara planet Marduk dan Tiamat menyebabkan orbit (planet Marduk) ‘membengkok atau melencong’ lagi, menjadikannya sebagai sebuah planet atau “tuhan” (mengikut kepercayaan Annunnaki) dan telah ditakdirkan untuk mengelilingi matahari selama-lamanya. Disebabkan planet Marduk telah terperangkap di dalam orbit, planet Marduk telah ditakdirkan untuk mengulangi semula peristiwa pertembungan ini (peristiwa akan berulang semula). Ia juga akan melalui laluan yang sama juga semasa berlaku pertembungan pertama kalinya sebelum ini. Disebabkan ini, planet Marduk atau dengan nama popularnya planet Nibiru, digelar “planet yang melintas” (planet of the crossing).

Kali kedua pusingan orbitnya, iaitu selepas mengorbit selama satu shar (atau dipanggil juga sebagai sar), iaitu mengikut pada kiraan satu tahun Nefilim (sebagai contoh 1 pusingan orbit planet nibiru bersamaan 3,600 tahun waktu bumi), dan mengikuti laluan baru yang telah ditakdirnya untuknya, planet Marduk/Nibiru menghampiri sistem suria. Sekali lagi, ianya melalui dan melepasi planet Neptune, Uranus dan Pluto. Sekali lagi, orbitnya “dilajukan” oleh tarikan graviti planet gergasi iaitu Saturn dan Jupiter. Dan juga sekali lagi, laluan planet Nibiru dihalakan terus ke planet Tiamat yang hampir mati.

Nibiru berlanggar dengan Tiamat, dan kali ini perlanggarannya telah menjadikan planet Tiamat terbelah kepada dua. Setengah dari planet tersebut telah berkecai dan menjadi seperti apa yang dikenali pada hari ini sebagai Asteroid Belt yang mengorbit mengelilingi matahari di antara planet Mars dan Jupiter. Orbit asteroid belt ini juga merupakan orbit yang sama yang terdapatnya planet Tiamat tersebut. Nefilim menggelar Asteroid Belt ini sebagai Hammered Bracelet. Di dalam tradisi kepercayaan dan penulisan Hebrew, perlanggaran kedua ini telah mewujudkan cerita baru iaitu asas kepada cerita tentang kehidupan dan penciptaan, dan hammered bracelet digelar “syurga” (mengikut kepercayaan/penulisan Hebrew).

Setelah planet Nibiru meneruskan lagi laluannya, baki separuh planet Tiamat yang satu lagi dirempuh pula oleh salah satu dari satelitnya iaitu North Wind. Kuasa perlanggaran kedua ini (ke atas baki separuh dari planet Tiamat ini) menyebabkan Tiamat beralih dari orbitnya yang asal dan berada pula di antara planet Venus dan Mars. Pada detik inilah baki separuh dari Tiamat tersebut menjadi planet Bumi (Ki) seperti yang dicatatkan dalam penulisan tradisional Hebrew. Kuasa perlanggaran ini menjadikan Bumi berpusing pada paksinya dan menjadikannya berpusing siang dan malam (di mana planet-planet yang lain tidak memiliki pusingan siang dan malam ini). Hanya planet Kingu yang berterusan mengelilingi Tiamat/Bumi sebagai satelit yang akhirnya digelar sebagai Bulan.

Kehancuran planet Tiamat dan juga wujudnya planet baru iaitu Bumi menyebabkan Bumi mempunyai kawasan benua (Pangea) yang berada di satu bahagian sahaja (tidak berpecah seperti yang wujud sekarang seperti benua Afrika, Amerika, Eropah, Asia dan sebagainya) manakala kawasan lebihannya menjadi lautan.
Hasil dari perlanggaran planet Nibiru dan Tiamat ini, dan juga perubahan yang berlaku kepada kedudukan 9 planet, satelit Neptune dan Uranus iaitu Pluto telah terkeluar dari orbit asalnya dan membuat orbit baru/sendiri pula mengelilingi matahari sebagai sebuah planet. Pluto juga telah mendapat Tablet of Destiny dan orbitnya juga dilihat agak berlainan dari planet-planet yang lain.

Epik penciptaan ini bermula dari perlanggaran Marduk dan Tiamat seperti yang diceritakan oleh kaum Sumeria yang wujud pada zaman dahulu kala, menghampiri kepada kesamaan yang terdapat di dalam tradisi penulisan Hebrew yang diceritakan di dalam Genesis iaitu kedua-duanya mempunyai penerangan atau pembuktian dalam bentuk saintifik. Bermula dengan letupan dan batu yang terbang bertaburan yang menghantar debu-debu gunung berapi ke udara, kesemua tiga rantaian ini berhubung kait dengan penciptaan atmosfera yang mengandungi awan dan hujan yang juga berfungsi menghalang sebahagian dari pancaran cahaya Matahari mengenai Bumi. Ini menyebabkan Bumi menjadi sedikit sejuk dan menyejukkan batu-batuan untuk menjadi benua-benua yang bergerak dan kejadian air yang mengelilingi benua sebagai lautan. Dari daratan, air dan atmosfera wujudlah gunung-ganang, sungai dan bencana alam.

Perlanggaran planet Marduk/Nibiru dengan planet Tiamat/Bumi bukan sahaja menyebabkan perubahan pada geologi Bumi, malah ia juga telah mewujudkan kehidupan dan menjadi habitat kehidupan. Tidak mustahil apabila perlanggaran planet tersebut telah menjadikan “perkongsian elemen” di antara dua planet iaitu elemen yang penting untuk berlakunya kehidupan. Dan disebabkan itu, tidak mustahil yang kehidupan berevolusi di kedua-dua planet tersebut, walaupun tidak semestinya penting untuk adanya hidupan pada kedua-dua planet sekali gus. Ini akan menerangkan kenapa dan bila makhluk Nefilim yang teknologi tinggi datang ke Bumi sekitar 450,000 SM, mereka hanya menjumpai manusia primitif.

3,500,000,000SM hingga 600,000,000SM - Era Precambrian

3,420,000,000SM hingga 3,135,000,000SM - Organisma Sel yang ringkas dan tunggal wujud di dalam lautan Bumi.

600,000,000SM hingga 500,000,000SM - Era Paleozoic; Masa Cambrian.

500,000,000SM hingga 425,000,000SM - Era Paleozoic; Masa Ordovician

425,000,000SM hingga 405,000,000SM -Era Paleozoic; Masa Silurian

405,000,000SM hingga 345,000,000SM - Era Paleozoic; Masa Devonian

345,000,000SM hingga 280,000,000SM - Era Paleozoic; Masa Carboniferous

280,000,000SM hingga 220,000,000SM - Era Paleozoic; Masa Permian

220,000,000SM hingga 181,000,000SM - Era Mesozoic; Masa Triassic. Ini ialah permulaan zaman Dinosaur.

200,000,000SM - Benua yang asal iaitu Pangea mula untuk berpisah menjadi benua utara, benua Laurasia dan benua selatan iaitu Gondwana.

181,000,000SM hingga 135,000,000SM - Era Mesozoic; Masa Jurassic. Mamalia mula membuat penampilan pertama di atas bumi pada waktu ini, tapi tidak berkembang dengan pantas kerana dinosaur mendominasi alam bumi.

135,000,000SM hingga 65,000,000SM - Era Mesozoic; Masa Cretaceous

65,000,000SM - Benua Laurasia dan Gondwana mula untuk berpisah kepada segmen yang lebih kecil, yang mana menjadi benua yang terdapat pada zaman sekarang.

65,000,000SM - Dinosaur menjadi pupus di seluruh dunia

65,000,000SM hingga 54,000,000SM - Era Cenozoic; Masa Tertiary; Zaman Paleocene.

54,000,000SM hingga 36,000,000SM - Era Cenozoic; Masa Tertiary; Zaman Eocene.

36,000,000SM hingga 25,000,000SM - Era Cenozoic; Masa Tertiary; Zaman Oligocene.

30,000,000SM hingga 25,000,000SM - Makhluk pertama yang berupa beruk mula muncul di Bumi semasa Era Oligocene.

25,000,000SM hingga 5,000,000SM - Era Cenozoic; Masa Tertiary; Zaman Miocene.

14,000,000SM - Spesis Hominid atau beruk yang menyerupai manusia, mula muncul di Bumi, dipercayai kerana proses evolusi dari beruk.

11,000,000SM - Beruk yang pertama muncul yang boleh dikelaskan sebagai spesis Homo di Bumi ini.

5,000,000SM hingga 1,000,000SM - Era Cenozoic; Masa Tertiary; Zaman Pliocene.

3,750,000SM hingga 3,000,000SM - Makhluk Australopithecus afarensis mendiami Bumi. Makhluk ini, yang mempunyai ciri rupa yang sama dengan beruk tapi mempunyai badan yang seperti manusia. Di Laetoli, Tanzania, fossil tapak kakinya telah dijumpai iaitu dua makhluk dewasa dan satu makhluk kanak-kanak, menunjukkan mereka berjalan dengan dua kaki; batu yang terdapat pada fossil tapak kaki tersebut menunjukkan usia 3,750,000 SM. Kerangka tulang yang ditemui oleh Don Johanson dan Tom Gray di Hadar, Ethiopia, Afrika, yang digelar Lucy, merupakan salah satu dari keluarga kumpulan yang dijumpai ini, dan berusia 3,000,000 SM (3,500,000 berdasarkan pendapat dari pakar-pakar yang lain). Sesetengah ahli anthropologists pula memberikan usia Australopithecus ini lebih awal dari usia 3,000,000 dan 3,500,000 yang diperkatakan sebelum ini, serta memberi cadangan bahawa ianya berusia di antara empat hingga lima juta tahun yang lalu.

3,000,000SM hingga 2,000,000SM - Australopithecus africanus mendiami Bumi.

2,800,000SM - Australopithecus afarensis hilang dari rekod/penemuan fossil terbaru sehingga sekarang (tidak ada lagi penemuan makhluk ini selepas usia 2,800,000 ini).

2,000,000SM hingga 1,750,000SM - Makhluk Homo habilis, Australopithecus boisei dan Australopithecus rebustus mendiami Bumi.

2,000,000SM hingga 40,000SM -Makhluk yang boleh dikelaskan sebagai Homo Erectus mendiami Bumi. (Setengah pakar mengatakan yang Homo Erectus ini telah wujud sejak 3,000,000 SM lagi). Mereka dipercayai telah berevolusi dari makhluk Homo Habilis. Di antara 1,000,000 dan 750,000 tahun yang lalu, makhluk ini berkembang di Afrika, Eropah dan Asia. Bermula dari 700,000 SM, hanya makhluk Homo Erectus saja yang mendiami Bumi berdasarkan rekod arkeologi.

1,000,000SM hingga 11,000SM - Era Cenozoic; MAsa Quaternary; Zaman Pleistocene.

1,000,000SM - Australopithecus Boisei dan Australopithecus Rebustus hilang (tidak direkodkan lagi kerana tidak lagi dijumpai sebarang fossil selepas itu) dari rekod fossil hingga sekarang. Homo Habilis, iaitu contoh pertama makhluk Homo Genus, meneruskan kehidupan.

800,000SM - Masa yang digelar Old Stone Age bermula.

600,000SM hingga 550,000SM - Zaman Ais yang pertama.

480,000SM hingga 430,000SM - Zaman Ais yang kedua.

450,000SM - Planet Nibiru mula mengalami masalah lapisan Atmosferanya. Hanya atmosferanya yang mengalami masalah kelupusan; sistem pemerintahan di planet Nibiru pula mengalami ketegangan. Ini menyebabkan berlakunya kolonisasi di Bumi.
Berdasarkan cerita tradisi tentang Annunnaki, pada awalnya terdapat Permulaan. Kemudian datang pula Masa Perbalahan. Masa Perbalahan ialah masa yang penuh dengan peperangan, perselisihan dan pertengkaran. Akhirnya, gencatan senjata diadakan dan memutuskan agar untuk mencapai keamanan, ketua lelaki dari utara wajib mengahwini wanita dari selatan, dan anak lelaki pertama harus menjadi ketua di planet Nibiru Bersekutu.

Raja pertama yang dilantik selepas pengisytiharaan keamanan ialah AN. Perlantikan AN sebagai Raja planet Nibiru menandakan berakhirnya Masa Perbalahan dan permulaan kepada Masa Tua. Pemerintah baru Nibiru, selepas AN, merupakan waris kepada AN juga, (iaitu Celestial One). AN telah menjadi ikutan raja baru iaitu AN.KI (iaitu AN yang Bertapak Kukuh), anak lelaki kepada AN dan AN.TU (iaitu Ketua yang Menjadi Isteri AN). AN.KI mati tanpa mempunyai sebarang waris dan pemerintahannya diperintah oleh adik lelakinya, AN.IB (iaitu Seorang Yang Berada Di Tengah, Seseorang Yang Merupakan Anak Lelaki AN).

 Isterinya pula, NIN.IB (iaitu Wanita kepada IB), AN.IB mempunyai anak, AN.SHAR.GAL (iaitu Anak Raja AN Yang Merupakan Anak Raja Terhebat Dikalangan Semua Anak Raja Yang Lain). Isteri AN.SHAR.GAL ialah KI.SHAR.GAL, yang melahirkan AN.SHAR. AN.SHAR berkahwin denan KI.SHAR. Pewaris AN.SHAR ialah anaknya iaitu EN.SHAR (iaitu Tuan Kepada Tuan Shar Yang Terulung), di mana isterinya menggelarkan sebagai NIN.SHAR. Mereka melahirkan DU.URU (iaitu Tempat Kediaman yang Termegah) yang memilih DA.URU (iaitu Seorang Wanita Yang Sentiasa Disisiku) sebagai isterinya. DA.URU bukanlah seorang bangsawan atau dari darah kerabat, hanyalah sebagai rakyat biasa dan mempunyai rakan-rakan yang sederhana sejak dari zaman kecilnya. Pasangan tersebut tidak mempunyai sebarang anak; sebaliknya DA.URU mengambil anak angkat lelaki yang dijumpai olehnya di pintu istana. DA.URU yang bukan berdarah kerabat dan juga memecahkan tradisi ‘pewaris hanya berdarah kerabat’ menyebabkan mahkamah mereka mengalami kecelaruan undang-undang. Digelar LAHMA (iaitu Yang Kering), kanak-kanak tersebut akhirnya mencapai juga mahkota sebagai Raja. LAHMA mempunyai isteri bernama LAHAMA.


Semasa zaman pemerintahan AN.SHAR inilah, berlakunya letupan gunung berapi yang sebelum ini tidak menyebabkan atmosfera planet Nibiru tercemar (tidak aktif sebelum itu). Hasilnya, perisai pelindung atmosfera mula terkoyak. Masalah kebocoran lapisan atmosfera dirasai semasa pemerintahan EN.SHAR dan DU.URU dan seterusnya LAHMA. Dua cadangan telah dibuat: Satu cara ialah dengan menembak gunung berapi menggunakan Senjata Yang Paling Dasyat di waktu itu untuk mengaktifkan semula; kedua dengan cara “menampal” lapisan atmosfera menggunakan bahan mineral iaitu emas.
LAHMA menjadi buntu dan tidak mengetahui cara yang patut digunakan untuk memperbaiki semula lapisan atmosfera di planet Nibiru. Situasi pada waktu tersebut semakin terdesak. Mengambil senario terdesak sebagai satu peluang, ALALU, seorang putera raja dari keturunan AN.SHAR.GAL melalui anaknya ALAM (ibunya seorang perempuan simpanan istana) mengambil peluang ini dengan membuat pemberontakan bersama rakyat. ALALU merasakan status Raja amat tepat untuk dirinya dan tidak terikat dengan tradisi ‘pewaris hanya berdarah kerabat’ sahaja. ALALU memecah masuk ke dalam istana dan bertarung dengan LAHMA. Hasilnya, LAHMA telah ditolak keluar dari menara istana yang tinggi dan mati di situ. ALALU kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Raja yang baru.

ANU datang mengadap Majlis Tujuh Yang Menghakimi, dan mengisytiharkan yang dia, dan bukannya ALAHU, yang sepatutnya menjadi pemerintah Nibiru. ANU telah memeriksa susur galur dirinya dengan lebih terperinci berbanding ALULU, dan seterusnya beliau membuat tuntutan untuk menjadi Raja. ANU ialah waris dari keturunan AN melalui AN.IB, kemudiannya melalui anak lelaki AN.IB yang berkahwin dengan anak perempuan EN.URU, anak lelaki AN dan AN.TU yang paling muda iaitu EN.URU yang berkahwin dengan adik perempuan tirinya NIN.URU, dan melahirkan EN.AMA. Waris kepada EN.AMA merupakan putera raja bernama ANU. Tujuh Yang Menghakimi memaklumkan perkara ini kepada ALALU dan beliau membuat cadangan ini kepada ANU. Cadangannya ialah, ALALU akan meneruskan kesinambungan takhta sementara masih hidup dan ANU pula akan mengambil alih takhta selepas ketiadaan ALALU suatu masa nanti, dan anak beliau akan menjadi Raja sepanjang ketamadunan mereka.

ANU menerima cadangan tersebut, dan selepas itu berkhidmat sebagai orang suruhan kepada ALALU. Tapi, ANU tidak berpuas hati dengan keadaannya iaitu terpaksa melayan kerenah dan kehendak ALALU dan dalam masa yang sama merasakan sepatutnya beliau yang memegang takhta. Dan selepas 9 shars (pusingan 1 tahun di planet Nibiru, iaitu 1 shar bersamaan dengan 3,600 tahun dan juga bersamaan pusingan lengkap planet Nibiru mengelilingi matahari), ANU bangkit menentang ALALU. Mereka bertarung dan ANU memenanginya. ANU seterusnya diisytiharkan sebagai raja dan semasa beliau diiringi ke istana, ALALU berjaya meloboskan dirinya. ALALU telah mencuri sebuah kapal angkasa dan terbang meninggalkan planet Nibiru. Destinasinya ialah Ki iaitu Bumi. Walaupun beliau pada awalnya tiada niat langsung untuk menjejakkan kaki ke Bumi, beliau mendapati yang Bumi mempunyai bahan galian iaitu besi dan emas yang boleh digunakan untuk memperbaiki Atmosfera di planet Nibiru.


Geneologi Tuhan Mesopotamia (Didahului dengan nama yang diberikan oleh puak Sumeria dan kemudiannya
baru nama yang diberikan oleh puak Akkadian)



445,000SM - Lebih kurang 5,000 tahun Bumi (iaitu 1 1/3 dari jumlah tahun di planet Nibiru) selepas ALALU berjaya melarikan diri dan mengembara dari planet Nibiru ke Bumi, ANU telah mengarahkan anaknya iaitu E.A / EN.KI (iaitu Dia Yang Mana Rumahnya Ialah Air) untuk mengembara bersama dengan 50 orang Nefilim ke “planet yang ketujuh” semata-mata untuk mengesahkan bahawa apa yang diperkatakan oleh ANU adalah tepat dan benar. Dalam tempoh 6 hari waktu mereka mendarat, penempatan Eridu (iaitu Rumah Yang Terlalu Jauh, Stesen Bumi 1) di dalam sebuah daerah yang dipanggil Edin, telah ditubuhkan oleh E.A dan kumpulannya. Makhluk Nefilim yang telah mengembara dari planet mereka iaitu dari planet Nibiru ke “planet ke tujuh” tersebut dinamakan sebagai AN.UNNA.KI (iaitu Mereka Yang Asal Dari Syurga Turun Ke Bumi).
Bumi dikenali sebagai “planet ke tujuh” oleh makhluk Nefilim (semasa mereka berada di planet Nibiru suatu masa dahulu) adalah kerana ianya dikira dari kawasan luaran sistem suria (sebagai contoh 1. Gaga/Pluto, 2. Ea/Neptune, 3. Anu/Uranus, 4. Anshar/Saturn, 5. Kishar/Jupiter, 6. Lahmu/Mars, 7. Ki/Earth, 8. Lahamu/Venus, 9. Mummu/Mercury).

Dalam tradisi penulisan Hebrew, maksud “waktu penciptaan 6 hari” berkemungkinan diasaskan dari rekod catitan bangsa Sumeria sebagai hari-hari yang diduduki oleh makhluk Nefilim, penubuhan penempatan di situ berserta hari pertama pendaratan mereka di Eridu. Penulisan tersebut merekodkan bahawa beberapa tugasan dan aktiviti telah dilaksanakan di antara 6 hari tersebut seperti melakukan penyiasatan dan merekodkan jenis spesis herba dan tumbuh-tumbuhan (pada hari ke tiga), dan penyiasatan dan merekodkan semua jenis makhluk yang boleh berjalan atau merangkak (pada hari ke enam). E.A. telah menyatakan bahawa hari ketujuh ialah hari untuk mereka berehat.

Dalam bahasa Sumeria, maksud E.DIN ialah Rumah Seseorang Yang Satu/Benar. Di dalam E.DIN lah ditubuhkan sebuah bandar bernama E.RI.DU. Nama tersebut dialih bahasakan dari semua jenis bahasa di dunia, termasuk Erde dalam Bahasa German, Erthe dalam bahasa Inggeris Pertengahan, Ertz dalam bahasa Kurdish dan Eretz dalam bahasa Hebrew. Maksud tersebut juga sama seperti yang diperkatakan oleh masyarakat moden iaitu Earth (Bumi). Tempat di mana E.DIN ditubuhkan terletak di daerah/saliran berhampiran Sungai Tigris dan Euprates, dan selepas itu dikenali dunia sebagai Mesopotamia. Gunung yang mempunyai dua puncak iaitu Gunung Arrata/Ararat digunakan sebagai penunjuk arah (dari udara) untuk pendaratan kapal angkasa Nefilim.

445,000SM hingga 360,000SM - Kedatangan ramai lagi makhluk Nefilim bermakna penempatan sedia ada mereka perlu diperkembangkan. Semasa zaman EN.LIL, dan seterusnya ayahnya, ANU, mengembara dari Nibiru ke Bumi untuk memeriksa samada bahan galian iaitu emas agar dapat digali dengan cepatnya kerana jumlah emas yang telah dihantar ke planet Nibiru adalah tidak mencukupi untuk memperbaiki kesemua kawasan atmosfera yang bocor itu.

Dari penulisan bangsa Sumeria mengaitkan bahawa: Selepas status Raja diturunkan dari “Syurga”, selepas makhota dinaikkan, takhta raja diturunkan dari “Syurga”, dia…telah melengkapkan tatacara, peraturan Tuhan…Telah menjumpai lima bandar yang terdapat di dalam tempat yang suci, memanggil nama mereka, meletakkan mereka di tengah. Bandar pertama tersebut, E.RI.DU, dia telah berikan kepada Nufimmud, seorang ketua. Bandar yang kedua, BAD.TIBIRA, dia telah berikan kepada Nugig. Bandar ketiga, LA.RA.AK, dia telah berikan kepada Pabilsag. Bandar keempat, SIP.PAR, dia telah berikan kepada Utu. Bandar kelima, SHU.RUP.PAK, dia telah berikan kepada Sud.

Emas yang telah digali kebanyakkan dijumpai di lautan. Dan, ianya dijumpai dalam keadaan yang tulin dan sedia untuk digunakan (telah dikisar atau sudah terbentuk menjadi emas yang halus). E.A. mengembara ke segenap penjuru dunia menggunakan “Sky Chamber” (sejenis pengangkutan) dalam mencari emas serta emas yang tertanam di dalam batuan. Beliau menjumpai sebahagian besar emas di daerah bernama Abzu (iaitu daerah selatan/bawah/dalam), yang juga mempunyai ciri kesamaan dengan kawasan selatan Afrika moden sepanjang Sungai Zambezi.
Sementara di planet Nibiru, makhluk Nefilim berasa tidak sabar untuk mendapatkan lebih banyak lagi emas. EN.LIL telah diarahkan oleh ayahnya, ANU untuk mengembara ke “planet ke tujuh” (iaitu Bumi) untuk memeriksa tentang kenapa penemuan emas yang diteroka oleh E.A belum lagi dimulakan (operasi penggalian). Dan semasa di Bumi, E.A. menerangkan kepada adiknya berkenaan betapa susahnya untuk memisahkan emas dari batu. Mereka juga berbincang situasi tentang siapa yang harus memerintah penempatan Eridu. Mereka berhasrat untuk memanggil ayah mereka datang ke Bumi dan memutuskan untuk perkara tersebut.

ANU pun sampai ke Bumi dan telah dimaklumkan oleh E.A. berkenaan dengan penemuannya, dan mereka mengembaran ke Abzu untuk memeriksa emas yang terdapat di dalam batuan tersebut. Soal tentang siapa yang harus mengetuai operasi telah dinyatakan, jadi ANU bercadang agar beliau, E.A. dan EN.LIL harus berbincang bersama tentang siapa yang harus mengetuai Rumah Yang Terlalu Jauh, operasi melombong emas dan status Raja di planet Nibiru.

Hasil dari perbincangan tersebut, ANU memilih untuk kekal sebagai raja di planet Nibiru, EN.LIL akan menjadi Ketua Pemerintah Eridu termasuk sebahagian lagi daerah di dalam Edin. Manakala E.A. pula akan menjadi EN.KI (iaitu Ketua Bumi) dan juga mengetuai operasi melombong emas di Abzu.
Status ALALU telah diketepikan dari perbincangan tersebut dan menyebabkan beliau marah. Beliau telah mencabar ANU untuk mengadakan pertarungan bagi mempertahankan semula air mukanya. ANU bersetuju, dan kedua-dua bertarung. ANU pula bertarung dengan penuh emosi lebih dari ALALU. Dan sebaik saja ANU mengangkat kakinya dari badan ALALU yang telah rebah, ALALU telah menyerang semua ANU dan menggugat kejantanan ANU. ANU, dalam keadaan hampir lemah berjaya kembali ke Nibiru untuk dipulihkan. ALALU telah “dibuang daerah” oleh mahkamah yang dihakimi oleh Tujuh Yang Menghakimi ke sebuah planet bernama Lahma. Beliau ditinggalkan keseorangan dan mati di situ.

415,000SM - NIN.HUR.SAG (seorang berjantina perempuan) mengembara dari planet Nibiru ke “planet ke tujuh” iaitu Bumi. Memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Perubatan, misinya ialah untuk menyahut aduan Anunnaki yang berada di Bumi tentang kesihatan mereka.

415,000SM hingga 100,000SM - Sebuah kompleks yang mengandungi 8 buah bandar telah ditubuhkan dan dibina di E.DIN. Sehingga tahun 400,000SM, bandar Nippur/Nibru-ki (iaitu Pengerat Antara Syurga-Bumi) dibina sebagai Pusat Kawalan Misi; dan sehingga tahun 360,000SM, Sippar telah dibina dan digunakan sebagai kapal angkasa pengangkut. Bandar tambahan telah dibina di dalam kompleks tersebut termasuk Shuruppak, bertindak sebagai Pusat Kesihatan; Bad-Tibira, dibina sebagai Pusat Perindustrian bagi tujuan peleburan dan penulinan emas yang telah dilombong di Abzu; dan Laarsa dan Lagash, dibina bertujuan sebagai pengisyarat (beacon) bagi bandar untuk memudahkan pendaratan kapal angkasa.

400,000SM hingga 200,000SM - Makhluk bergelar Homo Sapiens Sapiens (terdapat 2 kali nama Sapien) telah muncul di Bumi. Sesetengah ahli anthropologists percaya bahawa makhluk Homo Sapiens Sapiens berevolosi dari makhluk Homo erectus, akan tetapi perkaitan antara keduanya masih belum dapat dibuktikan. Di Zhoukoudian, berdekatan Peking, China, sebuah penempatan makhluk Homo Sapiens Sapiens termasuk kawasan yang digunakan untuk membuat unggun api (tempat mereka memanaskan diri) telah dijumpai. Kawasan unggun api yang sama juga dijumpai di Terra Amata berdekatan dengan laut Mediterranean iaitu di pesisiran pantai negara France, dan dikira wujud sejak 300,000SM. Dari penemuan ini, bukti tentang aktiviti perkongsian dan kerjasama telah wujud di waktu itu dan pengkaji berpendapat bahawa dalam masa yang sama juga telah wujudnya satu bentuk bahasa pentuturan di antara mereka. Menjelang 200,000SM, adalah dipercayai bahawa tiada lagi kehidupan Homo Erectus yang wujud selepas itu.

300,000SM - Lebih kurang 40 shar (iaitu 144,000 tahun) selepas Nefilim mendarat di Bumi, Annunnaki yang telah diwakilkan untuk melombang emas di Abzu telah mengadakan pemberontakan. EN.KI dan NIN.HUR.SAG telah membuat perancangan untuk mencipta “makhluk alternatif” untuk mengambil alih kerja melombong yang telah dibuat oleh Annunnaki sebelum ini.
Selepas berhempas pulas semasa 40 “periods”, makhluk Annunnaki telah bertindak menentang pihak berkuasa dan menuntut pembelaan. Mereka berjumpa dengan EN.LIL dan merayu agar dikurangkan bebanan mereka, akan tetapi EN.LIL tidak melayan permintaan mereka, jadi mereka berjumpa pula dengan ANU untuk membela mereka. EN.KI, masih lagi merasakan dirinya berkuasa ke atas Annunnaki, bercadang agar Lullu (iaitu pekerja primitif, aka Lullu Amelu) dicipta untuk mengambil alih kerja (melombong emas) tersebut.

Proses di mana manusia - Homo Sapiens Sapiens (iaitu Lullu, seorang yang “telah bercampur-campur” (genetiknya)) telah dicipta, dan secara genetiknya telah mengubah makhluk Homo Erectus yang telah mendiami Bumi semenjak dari kedatangan Anunnaki. Bukan saja menjadi “ciptaan”, dalam kata yang agak kasar, kaedah yang digunakan oleh EN.KI dan NIN.HUR.SAG telah menjadikan ADAMA wujud berasaskan darah Nefilum dan Anunnaki (iaitu Ruh/Jiwa) dan digabungkan dengan makhluk yang telah/sudah sedia ada di Bumi iaitu makhluk prasejarah bernama Homo Erectus.

Hidupan yang telah mendiami Bumi ini, semenjak dari kedatangan makhluk Nefilim, berkemungkinan berasal dari planet asal Nefilim iaitu Nibiru, dan telah “bercampur-aduk” dengan hidupan planet ini apabila berlaku pertembungan dengan Nibiru suatu masa dulu. Jadinya, bentuk hidupan, termasuk “manusia gua”, Homo Erectus, telah secara genetiknya sesuai (compatible) dengan hidupan yang berasal dari planet Nibiru. Dalam maksud kata yang paling asas, sperma EN.KI telah disenyawakan dengan telur/ovum Homo Erectus (jantina perempuan) dalam proses yang dikenali pada zaman sekarang sebagai “cross-fertilization” (penyuburan bersilang), dan telur/ovum yang telah disenyawa serta disuburkan, iaitu embrio, kemudiannya dimasukkan ke dalam rahim NIN.KI di mana ianya dipelihara oleh darahnya dan membesar menjadi ADAMA, di mana EN.KI menamakannya sebagai Adapa. ADAMA ialah manusia pertama, atau yang pertama sekali dalam spesis ini yang wujud di alam ini - Homo Sapiens Sapiens - “Manusia Bertamadun”. Manusia pertama ini juga dirujuk sebagai, di masa hadapan, dan merupakan keturunan puak Sumeria yang mempunyai kerohanian (spiritual), di dalam kepercayaan Judeo-Christians sebagai Adam. EN.KI dan NIN.HUR.SAG telah mencipta KHAWA atau TI.TI, yang kemudiannya dikenali sebagai Eve. Sesuatu yang unik tentang ADAPA/ADAM dan KHAWA/EVE ialah mereka, walaupun disenyawakan dari genetik Nefilim dan gen manusia, juga berupaya untuk beranak dan mengeluarkan anak (generasi) sesama mereka (manusia).

120,000SM hingga 12,000SM - Penghujung Zaman Ais. (Sesetengah pengkaji mendakwa bahawa zaman ais yang terakhir adalah seawal 75,000 tahun dahulu dan berakhir lebih kurang 10,000SM). Sewaktu masa berlakunya glasier, contoh pertama peralatan untuk memburu telah wujud. Ini termasuklah lembing, tombak, anak panah dan busur. Dan pada waktu ini juga munculnya untuk kali pertama lukisan-lukisan di dalam gua, bukti bukan sahaja tentang kesenian/artis, bahkan imaginasi, iaitu salah satu keupayaan minda manusia berkembang/berevolusi. Pada penghujung zaman ais, di antara 12,000SM hingga 10,000SM, manusia telah berhijrah ke seluruh pelusuk dunia. Manusia telah menyeberangi Tanah Bering (sekarang dikenali sebagai Selat Bering dan bertindak sebagai jambatan penyambung antara benua pada waktu itu) ke hemisfera barat seawal 20,000SM; contoh koloni yang dijumpai adalah di negara Chile dan yang paling selatan di zaman sekarang ini iaitu di Tierra del Fuego, South America.

110,200SM hingga 56,200SM - ADAPA, Adam itu, atau “Yang Pertama Sekali dalam Spesisnya” (iaitu Manusia Bertamadun), telah dianggarkan wujud (di Bumi) di antara 93 hingga 108 shar sejak dari kedatangan makhluk Nefilum ke Bumi pada 445,000SM. Lebih kurang sejak dari tahun 110,200 hingga 56,200SM.
ADAPA telah dibawa ke planet Nibiru oleh saudara Nefilimnya iaitu DU.MU.ZI dan NINGISHZIDDA, untuk dipersembahkan kepada ANU. Sebelum meninggalkan Bumi, EN.KI telah menyerahkan NINGISHZIDDA sebuah tablet yang mengandungi catitan/akaun/formula tentang penciptaan ADAPA yang diasaskan dari kuasa-hidupannya (life-force), dan juga bercadang agar ADAPA ditegah dari makan/minum sebarang makanan/minuman yang terdapat di planet Nibiru, yang secara tidak langsung membenarkan beliau dan warisnya, kehidupan berasaskan pusingan shar planet Nibiru iaitu satu tahun di Nibiru bersamaan 3,600 tahun di Bumi.

ANU memberikan kepada ADAPA, sekembalinya beliau ke Bumi, benih tanaman yang boleh ditanam, dan Ruh biri-biri di mana hidupan domestik boleh dibiakkan.
ADAPA/ADAM dan KHAWA/EVE telah melahirkan anak lelaki kembar, yang dinamakan QAYIN/KAIN dan HEVEL/ABAEL. KA.IN (iaitu Dia Yang Dilahirkan Di Padang Penuh Dengan Makanan), dengan dibantu oleh NIN.UR.TA, telah diarahkan untuk menyemai, menuai dan memungut hasil biji-bijian iaitu benih tumbuhan yang diberikan oleh Nefilim kepada Adapa. Adiknya, ABAEL (iaitu Dia Yang Membasahkan Padang Rumput), dengan dibantu oleh MAR.DUK, diarahkan untuk menternak dan membela haiwan.


Selepas sekian waktu, dan perkembangan hasil pertanian oleh KA.IN dan ternakan biri-biri oleh ABAEL, mereka dan produk pertanian dan penternakan mereka telah dipersembahkan kepada EN.LIL dan EN.KI. Kedua “anak Bumi” ini telah dipuji oleh EN.LIL, akan tetapi hanya ABAEL yang telah mendapat pujian dari EN.KI.

ABAEL mula bercakap besar tentang dirinya yang dipuji oleh EN.KI dan ini menyebabkan KA.IN marah. Dalam masa itu, kemarahan KA.IN meluap-luap, dan beliau mengambil sebuah batu dan menghentak kepala adiknya, ABAEL. Darah kehidupan ABAEL mengalir dari badannya. Apabila EN.KI dimaklumkan tentang peristiwa ini, dan kematian anaknya, iaitu anak didik MAR.DUK, EN.KI menjadi sangat berang dan menyumpah KA.IN.

KA.IN telah dibawa mengadap Majlis Tujuh Yang Menghakimi, MAR.DUK bertegas agar KA.IN dihukum bunuh. Tapi, EN.KI membantah, dan mencadangkan agar KA.IN “dibuang daerah” dari daerah E.DIN. Memberi hukuman mati kepada KA.IN akan melenyapkan laluan yang lain untuk proses hidupan Bumi dan peningkatan populasi manusia. Cadangan EN.KI agar KAIN “dibuang daerah” telah dipersetujui oleh Tujuh Yang Menghakimi, dan sebaik saja selepas itu, KAIN dibiarkan untuk kekal hidup, tapi akan selama-lamanya dihalau dari E.DIN. Sebagai satu isyarat untuk sesiapa saja agar tidak meniru seperti KA.IN atau keturunannya, Ruh KA.IN diubahsuai agar beliau tidak boleh lagi membela janggut di dagunya.
ADAPA dan KHAWA telah melahirkan hampir 60 orang anak lagi, 30 anak lelaki dan 30 orang anak perempuan. Anak lelaki yang ketiga bernama SAT.NAAL/SATI/SETH (iaitu Dia Yang Hidupannya Kembali Bersatu). Kelahiran ini datang sewaktu 95 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi, atau sekitar 103,000SM.
Pada 97 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu 95,700SM), SATI dan isterinya, AZURA, melahirkan anak lelaki, ENSHI (iaitu Ketua Segala Kemanusiaan). Dan sebagai memahami tradisi penyembahan Annunnaki bermula dari ENSHI, dan beliau dikenali di dalam tradisi penulisan Hebrew sebagai Enosh.
Pada 98 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu 92,200SM), ENSHI dan isterinya, NOAM, melahirkan anak lelaki iaitu KUNIN (iaitu He Of The Kilns). KUNIN diajar seni/teknik peleburan dan penulinan emas mentah.

Pada 99 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu 88,600SM), seorang anak lelaki dilahirkan oleh KUNIN dan isterinya (dan juga merupakan iaitu adik saudara perempuannya), MUALIT. Anak tersebut dinamakan MALALU (iaitu Dia Yang Bermain). MALALU dikenali di dalam tradisi penulisan Hebrew sebagai Mahalael.

Pada 100 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu 85,000SM), MALALU dan isterinya, DUNNA, telah melahirkan anak lelaki, IRID (iaitu Dia Yang Berair Manis). IRID dikenali di dalam tradisi penulisan Hebrew sebagai Jared.
IRID telah mengambil BARAKA sebagai isterinya, anak perempuan kepada adik ibunya, dan pada 102 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu 77,800SM), seorang anak lelaki telah dilahirkan oleh mereka. Namanya ialah ENKI.ME (iaitu Dengan ENKI ME Saja Yang Memahami). Maksud ME ialah sebuah objek mini yang telah dikodkan segala informasi tentang segala aspek makhluk Nefilim dari segi sains dan teknologi. EN.KI telah mewujudkan satu aliran/hubungan khas dengan ENKI.ME, dan mengajarnya perkara-perkara tentang planet Nibiru dan syurga yang mana telah diajarkannya kepada ADAPA sebelum ini. Anak lelaki EN.KI, MAR.DUK mengambil ENKI.ME mengembara ke angkasa lepas, mendarat di bulan dan berkunjung ke Lahmu/Mars. Dalam penulisan tradisi Hebrew, ENKI.ME adalah merujuk kepada nama Enoch.

Pada 104 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu 70,600SM), ENKI.ME dan isterinya (dan juga merupakan adik saudara perempuannya), EDINNI, telah melahirkan tiga orang anak lelaki, MATUSHAL (iaitu Dia Yang Bangkit Dari Air Yang Jernih), RAGIN dan GAIDAD. MATUSHAL dikenali di dalam penulisan tradisi Hebrew sebagai Methuselah.
MATUSHAL dan isterinya, EDNAT, melahirkan anak lelaki bernama LU.MACH (iaitu Manusia Perkasa), kadangkala dirujuk dengan gelaran Ubartutu. Dalam penulisan tradisi Hebrew, LU.MACH dikenali sebagai nama Lamech.

100,000SM hingga 30,000SM - Makhluk yang diklasifikasikan sebagai Homo Sapiens Neanderthalensis (iaitu Neandertals) telah mendiami Bumi. Perkembangan hidupan manusia Neandertal telah disebabkan oleh adaptasi dari persekitaran yang sejuk. Bukti penggunaan tulang haiwan dan batu sebagai peralatan yang dijumpai di dalam kubur Neandertals telah mewujudkan satu cadangan bahawa mereka juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Beberapa kerangka tulang yang dipamerkan menunjukkan kecederaan dan penyembuhan yang telah berlaku, mencadangkan bahawa seorang Neandertal dijaga oleh salah seorang dari ahli keluarga atau komunitinya. Manusia Neandertals secara tiba-tiba hilang sekitar 30,000SM.

100,000SM hingga 30,000SM - Annunnaki lelaki mula bersenggama dengan manusia perempuan di Bumi. Menurut Kitab Bible Hebrew (Genesis: Bab 6, Surah 4), “anak lelaki Tuhan telah datang/bercantum dengan anak perempuan manusia.”
Anak yang terhasil dari kombinasi Annunnaki lelaki dan manusia perempuan kadangkala dirujuk sebagai Naphidem, atau Yang Melihat, dan dari makhluk inilah timbulnya idea tentang “Malaikat/Angel” ini muncul. Dalam bahasa Greek, Angelos, yang mana perkataan “Angel” dalam bahasa Inggeris diasaskan, sebenarnya juga merujuk kepada “pesuruh/messenger”, berbanding bunian atau makhluk sakti. Naphidem yang menjadi waris kepada makhluk Nefilim, mula menunjukkan kuasanya ke atas manusia lelaki bumi, di mana ianya dirujuk sebagai nama Eljo di dalam penulisan terawal. Pergeseran yang wujud antara Nephidem dan Eljo akhirnya menyebabkan berlakunya peperangan, di mana bangsa Eljo secara tidak langsung telah dipupuskan.

77,000SM - Bandar Shuruppak telah diperintah oleh Ubartutu, waris dari kesatuan di antara Annunnaki lelaki dan manusia perempuan. Beliau dikenali juga sebagai Lamech, bapa kepada Utnapishtim/Ziusudra (aka Noah). Fakta sebenar ialah, Ubartutu/Lamech bukanlah bapa kandung sebenar Utnapishtim/Ziusudra/Noah, seperti yang akan ditunjukkan di bawah nanti.

75,000SM hingga 25,000SM - Homo Sapiens Sapiens mendiami Bumi. Berbagai gelaran diberikan seperti Cro Magnon. Di waktu ini, secara tidak langsung mereka telah menggantikan tempat Neandertals sebagai bangsa dominan lebih kurang 40,000 tahun yang lalu.

49,000SM - ZIUSUDRA/UTNAPISHTIM/NOAH telah dilahirkan. Beliau ialah anak lelaki kepada EN.KI (Annunnaki) dan Batanash (manusia perempuan), iaitu anak perempuan dan isteri kepada Lu-Mach/Lamech. Akan tetapi, bapa sebenar Noah (EN.KI) telah disembunyikan dari pengetahuan Noah, dan beliau telah dibesarkan seolah-olah sebagai anak kandung lelaki kepada Lu-Mach. Anak tersebut diberi nama Ziusudra (iaitu Dia Yang Mencerahkan Hari), dan Utnapishtim (iaitu Penghilang Kesengsaraan Sementara (Respite)) adalah disebabkan dan dipercayai bahawa takdirnya akan menjadi seorang yang akan membawa sinar/harapan baru kepada Bumi dari kesengsaraan. Beliau dikenali sebagai Noah dalam tradisi penulisan Hebrew. ZIUSUDRA berkahwin dengan EMZARA, dan kedua mereka melahirkan tiga orang anak lelaki.

40,000SM - Homo Erectus masih lagi dijumpai di beberapa tempat, termasuk Jawa.

38,000SM - EN.LIL berasa marah dan tidak senang dengan pertambahan populasi manusia, dan juga selera manusia yang berubah-ubah. Cuaca juga telah berubah, menjadi kasar dan kering. EN.LIL mula mempercayai bahawa kesengsaraan yang dialami manusia dan waris Annunnaki disebabkan hasil dari kecelaruan/fungsi perbezaan jantina manusia yang pelbagai, maka beliau mula berfikir untuk membawa mereka kepada kepupusan (atau penghapusan sebahagian sahaja dari populasi manusia). Rancangannya ialah menyuruh kesemua Annunnaki meninggalkan Bumi, dan kembali ke Nibiru, dan meninggalkan sebahagian penduduk Bumi berdasarkan nasib masing-masing. Keputusan ini hanya dipersetujui separuh sahaja disebabkan EN.LIL, EN.KI, NIN.HUR,SAG dan lain-lain makhluk Annunnaki yang tulin (Nefilim) sedar akan usia/ketuaan mereka yang meningkat cepat semasa di Bumi berbanding di Nibiru.

Panjangnya perjalanan laluan atau orbit planet Nibiru mengelilingi matahari, untuk menjadikan satu tahun di Nibiru (iaitu 1 shar), bersamaan dengan 3,600 tahun di Bumi. Jika makhluk Nefilim tinggal juga di Bumi, mengembara pulang melalui jalan pendek mengelilingi matahari, akan membuatkan jangka hayat hidup mereka menjadi pendek. Dan juga, apabila sudah berada di Nibiru, makhluk Nefilim dapat mengambil cecair yang membolehkan mereka hidup dengan lama, cecair tersebut tidak/belum lagi berada dan dibawa ke Bumi, dan ini akan menyebabkan jangka hayat mereka sampai ke penghujung dengan cepat.

EN.LIL, EN.KI dan NIN.HUR.SAG berbincang untuk kembali ke planet Nibiru agar mereka boleh melepaskan diri dari menemui kematian di Bumi, akan tetapi, GALZU menyatakan bahawa beliau ialah utusan kepada ANU, tiba dengan membawa tablet yang telah dimeterai oleh raja di planet Nibiru. Mesej yang dibawa oleh GALZU untuk anak-anak ANU yang mengatakan bahawa mereka tidak akan dapat kembali ke Nibiru. Saintis dan paderi di planet Nibiru telah menentukan bahawa untuk mereka kembali semula ke Nibiru bermaksud kematian disebabkan kesan akibat tinggal lama di planet Bumi.

30,000SM hingga 20,000SM - Bangsa manusia terbahagi kepada empat kumpulan bangsa: 1) Caucasoids - zaman sekarang merupakan European dan Indian berserta dengan Hamites dan Semites; 2) Mongoloids - zaman sekarang merupakan Asian dan American Indian; 3) Australoids - zaman sekarang merupakan Australian Aborigines; 4) Negroids.

17,000SM hingga 9,500SM - Beberapa haiwan - anjing dan biri-biri - wujud/diternak secara domestik, berkemungkinan disebabkan sebagai sumber makanan. Ini diikuti pula oleh kambing, babi, lembu bertanduk dan tidak bertanduk.

13,000SM - Annunnaki sedar bahawa apabila pusingan orbit planet Nibiru yang akan datang, akan menyebabkan berlakunya gelombang/ombak besar.
ANU memberi peringatan kali kedua kepada anak lelaki dan perempuannya - bahawa perubahan pada cuaca berserta dengan perubahan yang berkaitan yang dialami oleh mereka di Bumi adalah disebabkan tarikan planet Nibiru yang menghampiri Bumi. Makhluk Nefilim di planet Nibiru telah membuat perkiraan yang tepat yang mengatakan bahawa apabila dua planet ini berada agak rapat (Nibiru lalu bersebelahan dengan planet Bumi), akan menyebabkan banjir besar di Bumi dan lapisan ais yang berada di kedua-dua kutub akan mencair dan meningkatkan kedalaman lautan. ANU menggalakkan anak-anaknya untuk menaiki kenderaan angkasa atas sebab pertemuan dua buah planet ini akan berlaku dan dengan ini dapat menyelamatkan mereka dari peristiwa banjir besar ini apabila ditakdirkan berlaku nanti.

EN.LIL memaksa sebahagian dari Annunnaki yang tinggal untuk tidak memberitahu penduduk Bumi informasi tentang bencana ini atas sebab untuk membiarkan sebahagian/semua penduduk Bumi mati. Akan tetapi EN.KI tidak dapat menahan simpati untuk melihat ciptaannya musnah, dan beliau berkomplot untuk menyelamatkan sebahagian/beberapa manusia. Beliau tidak memberitahu secara terus kepada Ziusudra/Noah tentang kedatangan bencana besar tersebut, akan tetapi beliau menuju ke tempat tinggal Ziusudra dan bercakap dengan dinding pondok rumput iaitu tempat tinggal Ziusudra. Dan beliau bernasib baik, Ziusudra terdengar percakapan EN.KI dengan dinding itu. EN.KI secara rahsianya (secara tidak langsung) telah memberitahu Ziusudra yang beliau akan berjumpa dengan sebuah tablet yang didalamnya terdapat pelan untuk membuat sebuah bahtera dan perlu dibina oleh Ziusudra, dan dengan bahtera tersebut, Ziusudra perlu membawa haiwan-haiwan dan Ruh yang lain bagi menghadapi kedatangan banjir besar tersebut. Ruh yang mana akan dibawa oleh Ziusudra telah dikumpulkan oleh EN.KI dan NIN.HUR.SAG.

EN.LIL marah apabila beliau mendapat tahu perkara yang telah dilakukan oleh EN.KI, secara teknikalnya, perlu disembunyikan dari pengetahuan manusia di Bumi. EN.LIL akhirnya terpaksa menerima fakta bahawa tidak semua penduduk Bumi akan termusnah secara keseluruhan, dan lagipun beliau gembira yang perkara ini semua akan menjadi bukti yang planet Nibiru telah melintasi Bumi dan akan menyebabkan lapisan atmosfera planet Nibiru bocor sekali lagi. Dan, pekerja primitif sudah tentu diperlukan lagi untuk mendapatkan emas dan dihantar ke planet Nibiru dan sekali gus menyelamatkan sekali lagi atmosferanya.

12,000SM - Banjir Besar berlaku di Bumi.
Apabila planet Nibiru mendekati Bumi, Bumi mula bergegar dan kilat sabung menyabung. Kuasa yang terhasil dari graviti kedua-dua planet ini telah menyebabkan berlakunya kacau bilau yang maha dahsyat kepada atmosfera kedua-dua planet, akan tetapi atmosfera Bumi lebih teruk disebabkan saiz planet Nibiru. Annunnaki menaiki kapal angkasa mereka dan berlepas ke syurga di atas bumi, dari kedudukan ini, mereka boleh menyaksikan Banjir Besar tersebut. Semasa mereka memerhatikan Banjir Besar itu, lapisan ais di kutub selatan mula pecah dan cair. Kepingan ais gergasi mula meluncur masuk ke dalam lautan, secara tidak langsung telah menaikkan kedalaman lautan. Dan secara tiba-tiba, lapisan ais yang paling besar di kutub selatan pecah dan tercampak ke dalam lautan, menyebabkan berlakunya gelombang/ombak besar. Ketinggian ombak sehingga tidak nampaknya matahari/Apsu telah melanda kawasan selatan, iaitu pada zaman ini dipanggil Afrika. Gelombang ini berterusan ke sebelah utara melalui daratan, memasuki ke lembah di antara Sungai Tigris dan Euphrates di mana bandar termasyhur Annunnaki telah ditubuhkan. Annunnaki yang berada di dalam kenderaan angkasa melihat segalanya yang di atas Bumi dilimpahi oleh air dari Banjir Besar ini. Banjir dan limpahan air bah di lautan juga dirancakkan lagi dengan hujan yang dahsyat yang turun ke Bumi. Dan, selepas 40 hari, hujan dan ribut telah berhenti dan air mula surut.

Sewaktu Banjir Besar berlaku, bahtera yang membawa Ziusudra/Noah dan keluarganya telah melalui peristiwa itu dengan selamatnya. Bahtera tersebut telah “mendarat” di atas gunung yang dikenali oleh bangsa Sumeria dan Akkadian sebagai Arrata. Perkara pertama yang dilakukan oleh penduduk Bumi apabila mereka muncul semula di daratan ialah membina pelantar mengorbankan beberapa ekor anak kambing biri-biri betina sebagai ucapan terima kasih dan kesyukuran mereka kepada EN.KI kerana menyelamatkan nyawa mereka. Annunnaki, berlegar-legar di udara di dalam kenderaan angkasa mereka dan terjumpa dengan asap tebal yang keluar dari sebuah pelantar dan terbang ke arahnya untuk mengetahui puncanya.

EN.LIL geram apabila mendapati yang sebahagian dari penduduk Bumi telah diselamatkan dari kemusnahan tersebut. Beliau mengamuk dan marah dengan tindakan EN.KI kerana memberitahu penduduk Bumi tentang kedatangan Banjir Besar tersebut, akan tetapi EN.KI menjawab yang dia tidak melanggar angkat sumpah untuk tidak memberitahu penduduk Bumi tentang bencana yang telah menimpa itu; beliau hanya bercakap dengan dinding pondok rumput tersebut, dan Ziusudra berkemungkinan terdengar apa yang diperkatakan pada dinding tersebut. Beliau juga mencadangkan yang penduduk Bumi yang telah terselamat dari Banjir Besar tersebut perlu diberikan benih, ilmu pengetahuan dan peralatan untuk menanam agar Bumi sekali lagi menjadi penuh dengan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan berupaya untuk meneruskan kehidupan.
Banjir Besar ini adalah petanda berakhirnya zaman/masa yang digelar oleh Annunnaki sebagai Masa Tua/Lampau (di mana, seperti yang dinyatakan di atas, bermulanya pemerintahan AN di planet Nibiru).

11,000SM - Zaman Batu baru bermula di pengakhiran zaman ais merujuk kepada beberapa pakar. (Lihat 7,000 hingga 5,000).

11,000SM hingga sekarang - Era Cenozoic; Masa Quaternaryl; Zaman Recent

10,500SM - Banjir Besar telah berakhir dan Annunnaki, iaitu EN.LIL menyeru agar Bumi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Lembah yang mengalirkan Sungai Tigris dan Euphrates, yang mana di waktu sekarang ini merupakan negara Iraq, akan diberikan kepada EN.LIL dan anaknya. Anak lelaki Ziusudra. iaitu Shem dan Japheth akan tinggal di sana. Semenanjung Arab yang pada zaman sekarang ini diperintah oleh negara Saudi Arabia akan diberikan nama Tilmun (iaitu Tanah Senjata/Missiles) dan diserahkan kepada NIN.HUR.SAG. Di sebelah barat pula, di kawasan lembah Sungai Nil, dan memanjang ke selatan melalui benua yang pada zaman sekarang ini digelar Afrika, EN.KI dan anak lelakinya, MAR.DUK dan keturunannya akan mengambil alih kawasan tersebut. Anak lelaki Ziusudra, Ham, telah menetap di sana (Afrika).

10,500SM hingga 7,000SM - Semasa shar yang pertama iaitu selepas sahaja Banjir Besar tersebut, Annunnaki telah mencipta “Tempat Untuk Kenderaan Berkuda (Chariots)” yang baru; tapak asal telah dimusnahkan dalam Banjir Besar tersebut. Tapak baru tersebut akan wujud di daratan yang mengalirkan Sungai Nil, dan beberapa abad kemudiannya, akan dikenali sebagai Egypt (Mesir). Disebabkan daratan tersebut rata dan tidak ada penanda semulajadi yang boleh digunakan sebagai penanda/penisyarat untuk kapal angkasa mendarat, Annunnaki telah mencipta dua “puncak” dengan mencipta permukaan 4 penjuru, struktur berbentuk piramid. Ianya telah dicipta oleh NINGISHZIDDA. Struktur piramid yang paling besar telah diberikan nama sebagai Ekur (iaitu Rumah Yang Menyerupai Gunung). Di dalam Ekur terdapat dewan dan galeri dan di dalamnya juga terdapat kristal dari planet Nibiru. Kristal ini akan digunakan untuk memancarkan cahaya isyarat/beacon kepada kapal angkasa yang sedang dalam perjalanan untuk mendarat. Di antara dua piramid wujudnya monumen/patung arkitek piramid ini iaitu NINGISHZIDDA, telah dibina. Disebabkan struktur-skruktur ini dibina semasa Zaman Singa (Age Of the Lion) menurut tradisi Nefilim, monumen ini telah direkacipta berdasarkan rupa/imej binatang ini, akan tetapi mempunyai kepala berbentuk NINGISHZIDDA.

10,000SM - Zaman Domestik (Domestic Age) bermula di daerah Mesopotamia. Salah satu haiwan pertama yang wujud secara domestik (lebih kurang 9,500SM) ialah anjing - berkemungkinan untuk dijadikan sebagai makanan. Populasi penduduk Bumi pada waktu itu dianggar seramai 5 juta orang.
9,780SM - MAR.DUK, anak lelaki pertama Enki, mengambil nama RA, dan membahagikan kekuasaan di Egypt (Mesir) di antara anak lelakinya ASAR (dikenali di dalam tradisi penduduk Mesir dengan nama Osiris) dan SATU (dikenali di dalam tradisi penduduk Mesir dengan nama Seth).

ASAR mengambil ASTA sebagai isterinya dan SATU mengahwini NEBAT, keduanya merupakan anak perempuan SHAMGAZ, ketua kepada daerah bernama Igigi (iaitu tempat di mana makhluk Nefilim yang telah membuat penempatan/stesen di planet Lahmu/Mars sebagai tempat untuk mengangkut emas dari Bumi ke Nibiru). ASAR dan ASTA telah membina penempatan berdekatan rumah bapanya (bapa ASAR), iaitu MAR.DUK yang berada di lembah Sungai Nil, sementara SATU dan NEBAT membina penempatan berdekatan rumah bapanya (bapa SATU), iaitu SHAMGAZ di lembab Sungai Tigris dan Euprates.

NEBAT merasa cemburu dengan adik perempuannya yang menetap di daerah lembab Sungai Nil yang subur, telah diarah oleh ayahnya untuk menyoal suaminya setiap hari tentang sebab kenapa mereka tidak mewarisi tanah subur itu. Gangguan yang berterusan oleh NEBAT telah menggalakkan SATU untuk mewujudkan satu komplot untuk membunuh adiknya sendiri disebabkan ingin memiliki tanah kepunyaan ASAR.





9,330SM - SATU/Seth telah menjemput ASAR/Osiris ke suatu majlis makan, dan mereka memberi abang SATU iaitu ASAR meminum racun, dan apabila ASAR telah mati, beliau telah diletakkan di dalam keranda. Keranda tersebut telah ditutup dengan ketatnya dan dicampakkan ke dalam laut.
ASAR mati sebelum MAR.DUK dan ASTA menjumpai keranda tersebut. MAR.DUK, walaupun sedang berdukacita, telah memilih untuk menerima kenyataan yang anak lelaki bongsunya, iaitu SATU, perlu menyambung warisan iaitu warisan yang sepatutnya diberikan kepada anak lelaki sulungnya iaitu ASAR. MAR.DUK telah memaklumkan kepada ASTA yang ASTA perlu memdapatkan seorang anak lelaki yang mempunyai darah dari SATU untuk menyambung warisan tersebut dengan lancar, akan tetapi ASTA tidak berapa bersetuju. Beliau memperolehi sperma dari mayat suaminya, dan memberanakkan dirinya dengan sendiri. Seorang anak lelaki, HORON (yang dikenali dalam penulisan tradisi Mesir dengan nama Horus) dilahirkan oleh ASTA.

9,000SM hingga 8,500SM - Bandar Jericho telah dibina, tapak peninggalan bandar ini telah dikira (radio-carbon dated) berusia sekitar 9,000SM. Jericho telah dikenalpasti sebagai bandar disebabkan ia mempunyai dinding pertahanan yang mengelilinginya, menunjukkan yang pekerja yang membinanya juga menetap di dalam bandar tersebut dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi rumah dan komuniti mereka. Bandar ini berserta dinding pertahanan adalah seluas 10 ekar.

9,000SM hingga 7,500SM - Manusia telah memasuki zaman ketamadunan dikenali sebagai Pre-Pottery Neolithic, zaman yang menggunakan batu mentah sebagai alat untuk membentuk batu yang lain untuk kegunaan tertentu. Manusia terus menerus memelihara pelbagai haiwan domestik dan tumbuh-tumbuhan di waktu ini. Gandum yang dikenali sebagai einkorn telah disemai di luar dari habitatnya iaitu di daerah yang pada zaman ini dikenali sebagai negara Syria. Tumbuh-tumbuhan ini, selalunya tertanam secara semulajadinya di pergunungan Taurus dan Zagros telah dijumpai di Tell Abu Hureyra dan Mureybat di muara Sungai Euphrates, menunjukkan bukti bahawa penduduk di kawasan ini dengan sengaja menanam tumbuh-tumbuhan.

9,000SM - Bukti menunjukkan kewujudan manusia di benua-benua yang terdapat di hemisfera barat. Berkemungkinan mereka telah berhijrah dari Asia menyeberangi Selat Bering (atau Tanah Bering yang belum lagi dilitupi dengan air laut seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pengkaji).

8,970SM - “Perang Piramid Yang Pertama” telah berlaku. HORON/Horus, yang telah meningkat dewasa, menuju ke Tilmun, iaitu Tanah Senjata/Missiles, berserta dengan askar manusia yang setia. Mereka membawa senjata yang diperbuat dari besi, iaitu sejenis besi yang baru, dibina secara rahsia yang mana HORON telah belajar dari pakcik saudaranya (moyang/ great-uncle), iaitu GIBIL, anak lelaki EN.KI. HORON telah mencabar SATU/Seth untuk berperang demi membalas dendam akan kematian ayahnya iaitu ASAR/Osiris. SATU telah menyahut cabaran tersebut dan mensyaratkan agar pertarungan hanya melibatkan mereka berdua sahaja, dan secara langsung mencabar HORON untuk berlawan secara sendirian. Kedua-duanya bertarung sesama sendiri di awan, dan akibat dari pertarungan ini, SATU telah menyerang HORON menggunakan anak panah kecil (dart) yang beracun, menyebabkan HORON jatuh ke bumi dan mati. ASTA, apabila melihat anak lelakinya terbunuh, menangis dan merayu bantuan dari NINGISHZIDDA. NINGISHZIDDA tiba di tempat kejadian dan menukarkan racun di badan HORON menjadi bahan yang tidak berbahaya, dan anak lelaki ASTA pulih semula. HORON kemudiannya telah menyerang semula SATU, dan kedua-duanya sekali lagi bertempur di udara. HORON menang apabila menembak jatuh SATU. SATU menjadi buta, dan HORON membawanya mengadap Majlis Annunnaki, yang kemudiannya menjatuhkan hukuman kepada SATU iaitu dibiarkan hidup, tambahan pula SATU telah menjadi buta dan tidak mewarisi apa-apa lagi.

8,670SM - “Perang Piramid Yang Kedua” telah berlaku. DU.MUZI, anak lelaki bongsu EN.KI, telah jatuh cinta dengan INANNA, iaitu anak perempuan kepada NAN.NAR, yang juga merupakan cucu kepada EN.LIL. Akan tetapi percintaan mereka tidak direstui, dan peristiwa ini telah menyebabkan berlakunya peperangan di antara waris EN.LIL dan EN.KI.

EN.KI telah memberi DU.MUZI dan INANNA sebuah daerah yang besar di utara Abzu berlandaskan perjanjian yang telah dibuat untuk daerah yang akan mereka perintah dan duduki. MAR.DUK, iaitu abang DU.MUZI, berasa cemburu dengan DU.MUZI. Selepas INANNA memberitahu GESHTINANNA, iaitu adik perempuan kepada DU.MUZI dan MAR.DUK tentang cita-cita mereka untuk membina sebuah negara Beraja yang terulung, GESHTINANNA berjumpa dengan MAR.DUK dan memberitahu beliau tentang cita-cita INANNA tersebut. MAR.DUK telah membentangkan sebuah rancangan untuk menipu DU.MUZI dan INANNA tentang soal pewarisan yang sah di sisi undang-undang. MAR.DUK telah meyakinkan GESHTINANNA untuk berjumpa dengan DU.MUZI agar DU.MUZI dapat mengandungkan GESHTINANNA; dalam tradisi Annunnaki, anak yang dilahirkan dari ibu dan bapa yang mempunyai perkaitan sebagai adik-beradik tiri lebih cenderung/diutamakan untuk mendapatkan takhta warisan berbanding ibu dan bapa yang tidak mempunyai perkaitan darah. Setelah menyebabkan GESHTINANNA mengandung, DU.MUZI bermimpi yang beliau telah dihukum dan negaranya telah dirampas darinya. Beliau terbangun dan memberitahu GESHTINANNA tentang mimpi tersebut. Sementara DU.MUZI masih lagi terganggu dengan mimpi tersebut, GESHTINANNA telah menasihatkan DU.MUZI bahawa berkemungkinan mimpi tersebut bermaksud apabila MAR.DUK telah mengetahui yang mereka telah melakukan maksiat bersama, MAR.DUK akan mengandaikan yang DU.MUZI telah mencabul kehormatan adik perempuannya. DU.MUZI telah percaya dah yakin yang cadangan GESHTINANNA adalah tepat, dan semasa hatinya sedang derita, DU.MUZI telah meninggalkan GESHTINANNA. Dalam perjalanan meninggalkan daerah penempatannya, DU.MUZI telah melalui sebatang sungai, dan beliau tergelincir di atas batu dan jatuh lemas di dalam aliran sungai yang deras.

INANNA, iaitu kekasih kepada DU.MUZI, telah berdukacita akan kematian tersebut. INANNA telah mengetahui lokasi mayat DU.MUZI yang terapung-apung di dalam air di sungai yang terdapat di Abzu, sementara kakaknya, ERESH.KIGAL, berkuasa di tempat itu. Jadi, INANNA telah pergi ke Abzu untuk menuntut mayat kekasihnya. ERESH.KIGAL mengesyaki yang rancangan INANNA tidak menjadi iaitu beliau mengesyaki pasangan tersebut ingin membuat cubaan untuk merampas takhta warisan dari suaminya, NER.GAL, dan ERESH.KIGAL telah mengurung dan mengikat INANNA.

Mengetahui tentang perkara yang telah berlaku di antara ERESH.KIGAL dan INANNA, EN.KI telah menghantar dua orang utusan yang hebat, dan menghantar mereka ke Abzu untuk mendapatkan kebenaran untuk membebaskan dan membawa pulang INANNA. Mereka menjumpai INANNA, akan tetapi Ruhnya telah pun terpisah dari badannya, jadi kedua utusan tersebut telah memercikkan Air Kehidupan pada INANNA dan berjaya memulihkannya. Mereka kembali ke “dunia atas” dengan INANNA dan mayat DU.MUZI.

INANNA menuntut agar EN.KI menghukum MAR.DUK yang bertanggungjawab di atas kematian DU.MUZI. EN.KI menyahut bahawa walaupun MAR.DUK berkemungkinan memulakan peristiwa ini yang membawa kepada matinya DU.MUZI, MAR.DUK seorang sahaja tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kematian DU.MUZI. INANNA kemudiannya telah pergi berjumpa dengan keluarganya dan merayu kepada mereka agar memulakan tindakan balas dendam ke atas MAR.DUK.
EN.LIL telah menghantar mesej kepada EN.KI menuntut agar MAR.DUK menyerah diri di hadapan keluarga INANNA, akan tetapi EN.KI membangkang mesej tersebut. Dan selepas itu, “Perang Piramid Yang Kedua” telah berlaku di antara keluarga EN.LIL dan EN.KI.

Dengan menggunakan kapal angkasa yang sarat dengan muatan bom nuklear, kedua-dua keluarga tersebut bertarung sesama sendiri. Sepanjang tanah yang diduduki oleh Anunnaki terdapatnya pelbagai kemusnahan, dan banyak Annunnaki yang tidak berdosa dan manusia yang terkorban. Dikejar oleh INANNA, MAR.DUK menyembunyikan dirinya di Ekur, iaitu sebuah piramid yang terpaling besar di dalam semua piramid yang terdapat di situ yang dibina oleh adik lelakinya iaitu NINGISHZIDDA. Anak lelaki EN.LIL, iaitu NIN.URTA telah menjumpai laluan/pintu rahsia untuk masuk ke dalam Ekur, dan dia, bersama dengan INANNA dan ISH.KUR, telah mengejar MAR.DUK melalui koridor-koridor di dalam Ekur. Di kawasan Dewan Atas Ekur ini, MAR.DUK merendahkan sedikit batu yang meluncur dengan harapan agar mereka yang mengejarnya tidak lagi akan mengejarnya. Akan tetapi, bersama denga MAR.DUK di dalam dewan yang sama, anak-anak EN.LIL telah memotong tali yang memegang batu penghalang tersebut. Batu tersebut meluncur dan menutup serta mengurung MAR.DUK keseorangan di dalam dewan tersebut.
SARPANIT, isteri kepada MAR.DUK, telah berjumpa dengan EN.KI dan merayu agar suaminya dibebaskan. EN.KI telah mengarahkan SARPANIT untuk berjumpa dengan NAN.NAR dan anaknya, iaitu UTU dan INANNA untuk merayu agar dibebaskan MAR.DUK. Akan tetapi, INANNA tiba-tiba bersikap baik hati.

EN.KI dan EN.LIL memanggil NIN.HUR.SAG untuk bertindak sebagai orang tengah. Ia merupakan cadangannya iaitu walaupun MAR.DUK dihukum, MAR.DUK tidak berhak untuk mati. Dan selepas itu, keputusan dibuat agar MAR.DUK dibebaskan dari “penjara” (Dewan Atas di dalam Ekur), tapi dengan syarat beliau menetap di tanah yang tidak wujud langsung penduduk Bumi. NINGISHZIDDA, yang telah membina piramid Ekur, telah dipanggil untuk mencari jalan membebaskan MAR.DUK dari Dewan Atas tersebut.

Apabila dimaklumkan tentang syarat pembebasan, MAR.DUK menjadi amat marah. Akan tetapi, beliau akur dan menerima takdirnya, dan beliau, SARPANIT dan anak mereka bernama NABU, terpaksa berhijrah ke kawasan/daerah yang tidak diduduki oleh sebarang makhluk Bumi bahkan Annunnaki sekalipun.
Kerajaan Beraja yang diperintah oleh EN.LIL yang merangkumi tanah di lembah NIl telah diserahkan kepada NIN.URTA. Dan semasa tempoh inilah, sebuah bandar bernama Heliopolis telah diwujudkan sebagai Bandar Pengisyarat/Beacon.

7,500
SM
- Perkuburan telah mula diwujudkan di utara benua yang terletak di hemisfera barat.

7,000SM hingga 5,000SM - Masa/Waktu yang dikenali sebagai zaman yang mendahului zaman Paleolithic, iaitu zaman Neolithic. Zaman Neolithic, yang juga dikenali sebagai “Zaman Batu” (kadangkala dinyatakan sebagai termasuk/tercampur/berkaitan sedikit dengan zaman Pre-Pottery Neolithic di antara tahun 9,000 hingga 7,500SM), ialah masa/tempoh di mana batu mentah telah digantikan dengan batu yang telah diukir dengan cantik serta untuk kegunaan tertentu. Perkembangan pembuatan tembikar muncul secara meluas sekitar tahun 7,000SM, yang juga menunjukkan bahawa biji-bijian yang ditanam secara domestik seperti barli dan gandum, digunakan sebagai makanan utama. Beberapa jenis besi, seperti kuprum dan emas, mula dijumpai dan dibentuk dengan bentuk-bentuk tertentu dan dijumpai di beberapa bahagian di Europe dan Near East.

7,000SM hingga 6,000SM - Biri-biri telah diternak secara domestik seawal 9,500SM di kawasan berdekatan Gunung Zagros di dalam wilayah Mesopotamia, dan di sebelah barat daya (southwest) di kawasan bernama Levantine, merupakan negara yang wujud di zaman sekarang iaitu Syria, Jordan dan Lebanon, haiwan yang diternak secara domestik pada awalnya ialah Gazelle, dan kemudian diikuti dengan kambing pada tahun 7,000SM. Babi pula dijadikan ternakan domestik di kawasan yang pada zaman sekarang dikenali sebagai Turkey. Lembu pula dijadikan ternakan domestik di bahagian Aegena pada tahun 6,000SM.

6,500SM - Zaman Gangsa bermula di kawasan Mesopotamia.

6,500SM hingga 5,500SM - Pertanian diperkenalkan di beberapa kawasan yang pada waktu sekarang ini dikenali sebagai Greece dan Bulgaria. Beberapa komuniti masyarakat telah wujud sepanjang Sungai Danube pada 5,500SM.

6,250SM hingga 5,400SM - Catal Huyuk merupakan bandar terbesar di kawasan yang dikenali sebagai Anatolia, yang mana pada zaman sekarang ini dikenali sebagai Asia Minor dan Turkey. Ia merangkumi kawasan seluas 32 ekar.

6,000SM - Padi mula ditanam Asia, iaitu di kawasan yang pada zaman sekarang ini dikenali sebagai Thailand.

5,500SM - Kapas telah ditanam di Lembah Indus. Dalam beberapa ribu tahun akan datang, spesis tumbuhan kapas yang sama akan ditanam di kawasan hemisfera barat.

5,300SM hingga 4,750SM - Komuniti masyarakat tani muncul di kawasan yang pada zaman sekarang ini digelar France.

5,300SM hingga 5,000SM - Bandar-bandar muncul di sepanjang tanah besar yang mengalirkan Sungai Tigris dan Euphrates. Dalam masa yang sama, Lembah Nil telah wujud penempatan koloni.

5,000SM hingga 2,500SM - Komuniti masyarakat tani muncul di kawasan yang pada zaman sekarang ini digelar China. Sehingga 2,500SM, bandar dan negeri yang mempunyai dinding pertahanan telah wujud. Perlombongan batu permata yang bernilai tinggi seperti batu Jed bermula.

4,500SM - Pertanian berkembang ke kawasan yang pada zaman sekarang ini dikenali sebagai Germany dan Barat Laut Europe (Northwest Europe).

4,004SM - Penulisan tradisi Hebrew telah mencatit tarikh bermulanya Penciptaan, kekal selama 7 hari.

4,000SM - Aktiviti pembajakan tanah dimajukan pada waktu ini di Sumer.

4,000SM - Aktiviti penanaman padi berkembang di kawasan delta Yangtze, iaitu daerah/kawasan yang terdapat di China pada zaman sekarang.

4,000SM - Aktiviti pertanian berkembang di kawasan yang pada zaman sekarang ini dikenali sebagai British Isles and Ireland.

4,000SM hingga 3,000SM - Pengeringan tanah telah berlaku di kawasan utara benua Afrika, membentuk padang pasir yang kemudiannya dikenali sebagai Gurun Sahara. Semasa tempoh ini berlaku, masyarakat yang hidup di sana terpaksa berhijrah be arah timur iaitu kawasan yang mempunyai saliran dan kelembapan, Sungai Nil, atau menuju ke kawasan selatan yang berdekatan dengan kawasan aliran Sungai Congo.

3,800SM - Bukti terawal kewujudan tamadun Sumer, yang wujud pada 3,800SM, telah dijumpai berdekatan dengan kawasan Eridu pada awal 1920an.

3,800SM - Annunnaki telah mewujudkan semula Bandar Tua (Olden Cities) Eridu dan Nibru-Ki (aka Nippur). Pada waktu ini, ANU datang semula ke Bumi. Beliau mendapati bahawa kedudukan/pusingan orbit Bumi yang agak hampir dengan matahari, dan juga tempoh siang dan malam yang agak pendek di Bumi telah menyebabkan anak-anaknya mengalami penuaan (Tua) dengan cepat berbanding yang tinggi di Nibiru.
Bandar Unug-Ki (iaitu Uruk di Akkadian, aka Erech dalam bahasa Bible Hebrew) telah dibina sebagai simbol kedaulatan kepada ANU.

EN.KI, EN.LIL dan NIN.HUR.SAG yang berdarah dengan bapa mereka, iaitu ANU, lawatan yang telah GALZU lakukan sebanyak beberapa shar sebelum ini, menyampai berita-berita kepada Annunnaki, pihak Nefilim “Mereka Yang Asal Dari Syurga Turun Ke Bumi”, mesej ANU yang mengatakan mereka tidak harus kembali ke Bumi, khuatir yang mereka akan mati disebabkan pusingan orbit Bumi yang berbeza. Ini semua adalah berita yang disampaikan kepada ANU sebelum ini; beliau tidak menghantar sebarang utusan, ataupun telah mendengar sebarang berita dari GALZU. Malah, beliau memberi jaminan kepada anak-anaknya, akan terdapat ramuan “hidupan” yang boleh menyembuhkan kerosakan yang dialami oleh badan mereka disebabkan perubahan pada pusingan orbit yang berbeza-beza bagi setiap dua planet tersebut.
ANU telah meyakinkan anak-anaknya yang dan menyatakan yang ini semua adalah takdir Pencipta Segalanya, dan bahawanya penduduk Bumi, dan bukannya Annunnaki, yang ditakdirkan untuk mendiami Bumi. Seterusnya, ANU mengisytiharkan, yang ia merupakan tugasan Annunnaki untuk membina dan menubuhkan sistem Raja di Bumi kepada penduduk Bumi yang terpilih, dan juga mengajar penduduk Bumi beberapa ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan keagamaan.

Untuk memulakannya, Bumi akan dibahagi kepada 4 kawasan/daerah di mana penduduk Bumi dengan ciri-ciri keunikan masing-masing akan memulakan ketamadunan, berpandukan kepada pendidikan yang diberikan oleh Annunnaki, agar berkembang dengan mekarnya.

Daerah Pertama iaitu daerah Edin yang telah wujud sebelum berlakunya Banjir Besar itu (iaitu Lembah di Sungai Tigris dan Euphrates - yang kemudiannya dikenali sebagai Shumer dan Mesopotamia). EN.LIL dan anak lelakinya telah dilantik sebagai “pengembala” (ketua kepada) manusia di situ. Daerah Pertama tersebut juga dikenali sebagai Ki-Engi (iaitu Tanah Pemerhati Yang Sangat Tinggi).

Daerah Kedua yang merangkumi Dua Tanah Yang Sempit (iaitu Lembah Nil - yang sekarang ini dikenali sebagai Egypt dan Nubia). EN.KI dan anak lelakinya akan “mengembala” (mengetuai) manusia di situ.
Daerah Ketiga yang terletak di timur Daerah Pertama (iaitu Lembah Indus). INANNA akan mengetuai manusia di situ.

Daerah Keempat merangkumi kawasan semenanjung yang dikenali sebagai “Tempat Untuk Kenderaan Berkuda (Chariots)” (iaitu daerah yang kemudiannya dinamakan sebagai Semenanjung Sinai). Daerah Keempat ini akan disimpan dan dipelihari oleh Annunnaki. ANU dan isterinya ANTU, sebagai sebahagian dari lawatan mereka ke Bumi, telah mengembara ke tanah di mana MAR.DUK telah duduki setelah “dibuang daerah”. Mereka telah menjumpai anak lelaki EN.KI itu tinggal bersendirian dengan anak lelakinya iaitu NABU, isterinya pula iaitu SARPANIT telah mati sebelum itu. ANU merasa kasihan terhadap MAR.DUK, dan beliau berjanji agar MAR.DUK dibebaskan. Walaupun telah diampunkan oleh ANU, MAR.DUK masih lagi menyimpan kedengkian terhadap INANNA dan beliau berfikiran bahawa daerah yang dimiliki oleh INANNA harus miliknya.

Dalam masa lawatan ANU ke Bumi, Anunnaki berpendapat bahawa semenjak dari detik lawatan ini, faktor pengiraan masa tidak perlu lagi dalam kiraan shar seperti yang digunakan di Nibiru, akan tetapi dalam masa/orbit Bumi. Konsep kalendar diwujudkan dan muncul kali pertamanya di Bandar Nippur.

3,760SM - Menurut tradisi penulisan Hebrew, ini ialah waktu kemunculan Adam dan Eve.

3,760SM - Sistem Beraja telah dipindahkan kepada penduduk Bumi di Bandar Kishi. Pengiraan waktu/masa berasaskan waktu Bumi telah bermula.

Anunnaki mula mengajar penduduk Bumi tentang ilmu kesenian dalam sains, matematik dan keagamaan seperti mana yang ANU telah perintahkan. Penduduk Bumi juga telah mengagungkan Anunnaki sebagai Tuan Yang Tertinggi, dan penempatan Tuan-Tuan Yang Tertinggi tersebut telah dinamakan bagi setiap kuil mereka.
Bandar Kishi yang pertama telah ditubuhkan khasnya untuk penduduk Bumi. Maksud Kishi ialah Bandar Cokmar (Yang Melambangkan Kebesaran/Kewibawaan). Di situ jugalah, NIN.URTA bersama dengan takhta/pingat/kelebihan ME telah menerima takhta Raja dari EN.KI, iaitu dilantik menjadi Agung kepada penduduk Bumi dan juga sebaga Raja yang pertama dikalangan penduduk Bumi.

INANNA berasa dengki terhadap NIN.URTA akan pengikhtirafan ini yang juga telah menjadikan NIN.URTA sebagai Raja di kawasan Daerah Pertama, INANNA merancang untuk mencuri ME dan taraf Raja bagi tamadunan tersebut dari tangan EN.KI, dengan ini beliau berupaya untuk merampas takhta dan meluaskan kawasan pemerintahannya bersama denga daerah yang telah dipegang olehnya iaitu Daerah Ketiga yang juga didiami oleh penduduk Bumi. Beliau telah pergi ke tempat tinggal EN.KI dan membuatkan EN.KI mabuk, dan INANNA secara senyap telah mencuri 94 buah ME, dan kesemua ME sepatutnya akan digunakan untuk membina ketamadunan dan sistem kerajaan/Beraja. Apabila EN.KI mendapat tahu tentang perkara ini, EN.KI telah menuntut agar EN.LIL memulangkan ME yang telah dicuri oleh cucu perempuannya iaitu INANNA. INANNA kononnya telah menyatakan bahawa EN.KI dengan senang hatinya telah memberikan ME kepadanya, dan semua penipuan ini dirancang oleh EN.LIL. EN.KI mengarahkan agar apabila tempoh penguasaan Raja di Bandar Kishi tamat, taraf Raja tersebut perlu diserahkan pula kepada Unug-Ki. Semasa perkara ini mengembirakan INANNA, dan dalam masa yang sama telah menaikkan kemarahan MAR.DUK. Ini adalah kerana status Raja itu diserahkan dari Daerah Pertama ke Daerah Kedua, di mana EN.KI dan anak lelakinya pula ditugaskan untuk menjaga penduduk Bumi dan MAR.DUK tidak mendapat sebarang peluang langsung dalam sistem pemerintahan bergilir-gilir ini.

MAR.DUK dan anak lelakinya, NABU, telah memanggil Igigi dan penduduk-penduduk Bumi dari segenap pelusuk daerah di atas Bumi ini untuk datang ke Edin dan menubuhkan sebuah bandar yang suci dan diperintah oleh MAR.DUK sendiri. Beliau memanggil bandar tersebut dengan nama Bab-Ili (iaitu Babylon, “Pintu Masuk Para Tuhan”). Beliau bersama dengan pengikutnya telah membina menara yang cukup tinggi yang akan “mencapai Syurga” (dikenali juga sebaga Tower of Babel), atau dengan kata lain, untuk memudahkan komunikasi secara terus dengan planet Nibiru.

Menara Babil (Tower of Babel)

EN.LIL berusaha untuk menghentikan kegiatan MAR.DUK, dan EN.LIL telah menjadikan bahasa komunikasi di antara penduduk Bumi menjadi rumit dan berkecamuk dan susah untuk memahami antara satu sama lain. Perkara ini terjadi pada tahun ke 310 sejak dari kalendar Bumi diperkenalkan (iaitu pada 3,450SM).

3,500SM hingga 2,500SM - Bandar dan negeri kaum Sumeria telah berkembang. Terdapat lebih kurang 12 bandar di kawasan landai Mesopotamian yang terdiri daripada Sumer. Kebudayaan juga telah berkembang di Sumer (dikenali juga sebagai Shinar atau Shumer). Penggunaan sistem pembajakan yang meluas juga menunjukkan wujudnya bukti tentang masyarakat pertanian. Kemajuan dalam penciptaan roda oleh kaum Sumeria juga menunjukkan bukti ilmu pengetahuan dan kemahiran menggunakan matematik. Bandar tersebut telah terpelihara dengan wujudnya sistem terusan dan empangan yang juga menunjukkan bukti bahawa masyarakat ini pandai merancang dan menyusun koordinasi perhubungan antara bandar.
Bandar Sippar telah dibina semula oleh UTU; dari sini beliau akan mengembangkan dan mendidik ilmu undang-undang kepada penduduk Bumi.
Bandar Adab telah dibina untuk digunakan oleh NIN.HUR.SAG sebagai pusat pemulihan (healing) dan rawatan iaitu ilmu pengetahuan dalam bidang perubatan. Kuil yang didiami oleh NIN.HUR.SAG telah menjadi tempat simpanan ME yang mengandungi cara-cara mencipta/mengubahsuai genetik penduduk Bumi.

3,372SM - Permulaan kalendar kaum Mayan.

3,350SM - Status Raja diserahkan dari Bandar Kishi di daerah Sumer ke Unug-Ki yang terletak di Daerah Ketiga, iaitu Lembah Indus.

3,200SM - Tulisan dalam bentuk ukiran yang pertama telah wujud. Ia merupakan rekod pedagang yang dijumpai di Tell Brak di utara Mesopotamia.

3,200SM hingga 2,000SM - Ketamadunan Cycladic berkembang di daerah Aegean.

3,110SM - MAR.DUK dan adiknya, NINGISHZIDDA yang kedua-duanya merupakan anak lelaki EN.KI, bertekak mulut tentang siapa yang sepatutnya memerintah sebagai Tuan di Daerah Kedua. Untuk mewujudkan usaha damai di antara mereka berdua, EN.KI meminta agar NINGISHZIDDA mengalah sahaja dan menyerahkan takhta baru tersebut kepada abangnya dan NINGISHZIDDA sendiri perlu mencari kawasan yang baru yang akan diperintahnya. NINGISHZIDDA menerima saja cadangan bapanya, dan meninggalkan Sungai Nil, dan dengan membawa pengikut-pengikutnya yang setia, mereka mengembara jauh ke bahagian yang lain di Bumi dan mendirikan penempatan dan perumahan di sebuah benua yang agar jauh dari lautan. Dalam kawasan baru ini, NINGISHZIDDA dikenali sebagai Ular Bersayap (Winged Serpent). Beliau telah mewujudkan satu sejarah baru di kawasan ini.

3,100SM to 3,000SM - Penulisan dalam bentuk lukisan (pictograph) telah wujud di Sumer. Penggunaan pictograph ialah untuk meluaskan penyampaian dalam komunikasi dan berkembang di daerah yang dikenali oleh penduduk zaman dahulu sebagai Elam (iaitu kawasan yang pada zaman sekarang ini digelar Iraq dan Iran), dan juga di bahagian baratdaya (southwest) Egypt. Sebelum 2000SM, penulisan dalam bentuk pictograph oleh kaum Sumeria akan berevolusi dalam bentuk Cuneiform iaitu dalam bentuk simbol; penulisan Cuneiform oleh masyarakat Elam (Elamite) akan berevolusi pula dalam bentuk Linear Elamite; dan di Egypt, pictograph akan berevolusi dalam bentuk hieroglyphs. Dari Elam, penggunaan penulisan dalam bentuk pictograph akan berkembang jauh sehingga ke timur termasuk tamadun yang berada di Lembah Indus, dan seterusnya berkembang ke dalam kebudayaan masyarakat Asian yang juga digunakan dalam pembangunan negara China di masakini. Penulisan hieroglyph oleh masyarakat Egypt juga akan berkembang ke Peloponnesian island of Crete, di mana ianya akan berevolusi bermula dari 1,500SM menjadi penulisan dalam bentuk skrip hieroglyph, iaitu berubah dalam dua bentuk penulisan yang dikenali sebagai skrip Linear A dan Linear B. Penulisan hieroglyph oleh masyarakat Egypt juga akan berkembang ke sebelah timur sehingga ke Palestine, di mana ia berevolusi menjadi abjad Canaanite. Sementara itu, penulisan cuneiform oleh masyarakat Sumeria juga akan berkembang hingga ke Palestine dan daerah Levantine (iaitu daerah yang pada zaman sekarang dikenali sebagai Syria, Lebanon dan Jordan), dan akan bergabung dengan abjad Canaanite untuk menjadi abjad Ugaritic di antara 1,500 dan 1,000SM.

Peta Sumer, Akkad dan Elam




Lokasi pemerintahan empayar-empayar yang berkembang semasa zaman Amarna.

 3,100SM - Raja Menes telah menyatukan negara atas dan bawah Egypt dan menubuhkan konsep/sistem yang dikenali sebagai “pharaoh” yang berfungsi sebagai Raja dan Tuhan (god-king). Pemerintahan beliau menandakan berakhirnya huru-hara dan kacau-bilau yang berlaku selama 350 tahun di Lembah Nil. Pemerintahan beliau juga merupakan yang pertama sejak 31 dinasti kerabat telah memerintah Egypt selama 2 1/2 millennia (iaitu bersamaan 2500 tahun).

Menurut sumber yang terdapat dalam penulisan tradisi Egypt dan Sumer, apabila MAR.DUK mengambil alih mengambilalih pemerintahan di Daerah Kedua, di mana “Dua Tanah Yang Sempit” yang dikenali sebagai Sungai Nil pada masakini, beliau menukar namanya kepada RA (iaitu Yang Terang). Bapanya, EN.KI, telah diagungkan dengan nama PTAH (iaitu Pemaju). Masyarakat Annunnaki di Daerah Kedua pula dikenali dengan nama Neteru, iaitu Penjaga Yang Melihat.

RA/MAR.DUK telah menggabungkan dua “negara”, iaitu yang wujud sepanjang Sungai Nil pada waktu itu, menjadi satu “negara” dan melantik MENA, yang berketurunan Neteru dan penduduk Bumi, sebagai Raja negara tersebut yang pertama. Raja Mena, atau dikenali juga sebagai Menes, dan merupakan sebahagian dari keturunan sama darah dengan Annunnaki/Neteru, kemudiannya dikenali sebagai Pharaoh, yang bermaksud Raja dan Tuhan (god-king).

RA telah membinakan sebuah bandar sebagai lambang kebesaran untuk Menes, dan melebihi dari kecantikan bandar Kishi. Bandar tersebut dikenali sebagai Mena-Nefer (iaitu Mena Yang Cantik).
Untuk memanfaatkan kawasan pemerintahan anak lelakinya, EN.KI/PTAH telah memberikan MAR.DUK/RA sebuah ME yang akan digunakan untuk mengajar ketamadunan penduduk Bumi yang berada di Daerah Kedua. Kesemua ME tersebut (kecuali ME yang mengekalkan kehidupan abadi (eternal life)), diberikan kepada RA, atas sebab bahawa pada masa hadapan, ketamadunan yang berkembang di sepanjang Lembah Nil akan menjadi kaya dengan ilmu pengetahuan seni sains dan keagamaan.

3,100SM hingga 2,685SM - Semasa permulaan Tempoh Dinasti di Egypt, kemajuan yang mendadak telah berlaku seperti pengukiran batu, peleburan kuprum/tembaga dan pelbagai jenis seni pertukangan.

3,000SM - Ketamadunan di Lembah Indus berkembang menjadi dua buah bandar besar iaitu Harappa dan Mohenjo-Daro dan juga termasuk 70 buah lagi pekan kecil.
Sebahagian dari Daerah Ketiga akan dikenali sebagai Zamash, iaitu Tanah Yang Mempunyai 60 Permata/Batu Berharga. Sebahagian lagi pula di daerah tersebut akan dikenali sebagai Aratta, iaitu Lapangan Berkayu-kayu.
Bagi INANNA, EN.KI tidak akan memberi/menambah lagi ME yang sudah sedia ada pada INANNA (yang juga merupakan ME yang telah dicuri dari EN.KI).


Bandar-bandar yang terdapat di Lembah Indus (berdekatan dengan
negara Pakistan dan India)


3,000SM hingga 2,750SM - Zaman Gangsa berkembang di daerah di Palestine.

2,760SM - Malangnya, ketamadunan di Daerah Ketiga tidak berkembang seperti mana yang sepatutnya. Penjaganya, iaitu INANNA, tertarik pula dengan Daerah Kedua, iaitu yang berada di Lembah Nil dan mengabaikan Daerah Ketiga kepunyaannya sendiri. Seribu tahun selepas kalendar Bumi diperkenalkan oleh ANU, status Raja telah diambil semula dari Unug-Ki. Pada masa yang sama, seorang hero, iaitu Gilgamesh, telah muncul.

INANNA menjadi terlalu taksud dengan tanggapan bahawa suatu hari nanti kekasihnya DU.MUZI pasti akan pulang semula dan bangkit dari kematian dan bersana dengan INANNA selamanya. INANNA telah mencipta Gigunu, iaitu “Rumah untuk Keselesaan Waktu Malam”, di mana beliau akan menggoda mana-mana lelaki pada malam ulangtahun hari perkahwinannya. Di sana beliau akan berbaring bersama lelaki-lelaki tersebut, dan pada esoknya Ruh mereka akan diambil olehnya.

Seorang lelaki tidak mati selepas bermalam di Gigunu. Beliau ialah BANDA, yang sedarah dengan UTU. Beliau meneruskan warisan ENMERKAR sebagai Raja bagi Unug-Ki, dan mengambil NINSUN, iaitu waris EN.LIL, menjadi isterinya. Dari BANDA dan NINSUN, lahirnya seorang anak lelaki iaitu GILGAMESH. NINSUN telah memberitahu GILGAMESH bahawa tidak kira siapa pun, samada penduduk Bumi atau Annunnaki mendiami Bumi, mereka akan tetap mati, akan tetapi bagi yang mendiami di planet Nibiru, mereka dijanjikan dengan kehidupan yang panjang. Dan dengan itu, GILGAMESH berhajat untuk mengembara ke planet Nibiru.

NINSUN menyeru UTU agar membantu anak lelakinya untuk mengembara ke planet Nibiru. UTU bagaimanapun bersetuju dan GILGAMESH perlu memulakan perjalanannya ke planet Nibiru melalui “Tempat Pendarat Untuk Kenderaan Berkuda (Chariots)” yang terletak di Daerah Keempat kepunyaannya. UTU tah bahawa EN.LIL telah mencipta binatang raksasa yang mengeluarkan api dari mulutnya, dan sekiranya GILGAMESH kuat untuk menghadapi rintangan ini, beliau akan dapat mengembara ke planet Nibiru selepas itu.

GILGAMESH telah menewaskan binatang raksasa tersebut sewaktu berada di Tempat Pendaratan itu, dan berjaya meloboskan dirinya ke terowong bawah tanah yang terdapat di Daerah Keempat tersebut. Dalam perjalanannya, GILGAMESH bertemu dengan ZIUSUDRA dan isterinya EMZARA, yang kemudiannya telah menceritakan peristiwa Banjir Besar, serta memberitahu GILGAMESH cerita tentang sejenis tumbuhan yang tumbuh di dalam sebuah perigi yang dikatakan dapat menjadikan seseorang panjang umur. Perjalanannya ke planet Nibiru menjadi tidak penting pula bagi GILGAMESH kerana beliau beranggapan lebih baik beliau mencari tumbuhan tersebut untuk hidup lama di Bumi, dan GILGAMESH pun secara sembunyi telah mengambil tumbuhan tersebut dari perigi, dan bergegas pulang ke Unug-Ki.
Dalam perjalanan pulang ke Unug-Ki, GILGAMESH menjadi penat dan mengantuk. Beliau berbaring seketika untuk tidur, dan semasa tidur, seekor ular tertarik kepada wangian tumbuhan tersebut yang telah disimpan secara rahsia di dalam sebuah beg kecil oleh GILGAMESH. Ular tersebut telah merayap secara sembunyi dan masuk ke beg kecil kepunyaan GILGAMESH lalu memakan tumbuhan tersebut dan beralih pergi. GILGAMESH terjaga dan mendapati sesuatu telah berlaku, akan tetapi beliau tidak dapat melakukan apa-apa dan kembali dengan tangan kosong ke Unug-Ki.
Selepas GILGAMESH, terdapat tujuh lagi Raja yang telah memerintah Daerah Ketiga, akan tetapi, 1000 tahun kemudiannya, status Raja telah diambil balik.

Epik of Gilgamesh ditulis di atas tablet
(termasuk cerita yang yang didengari oleh
Gilgamesh tentang Banjir Besar tersebut)

2,760SM - Status Raja kemudiannya di pindahkan dari Unug-Ki ke Urim, dibawah penjaga/ketua baru iaitu NAN.NAR dan NIN.GAL. Bandar di Daerah Pertama iaitu Sumer, berkembang dibawah pengawasan dan tunjukajar mereka, dan tamadun ini telah berkembang sehingga menjangkau ke daerah yang berdekatan. Sistem Raja tidak lagi diberikan kepada satu-satu bandar sahaja, akan tetapi dilaksanakan menggunakan sistem giliran mengikut daerah.

2,686SM hingga 2,160SM - Empayar yang dikenali sebagai “Negara Lama” (iaitu zaman pembinaan piramid) bermula di Egypt. Imhotep telah membina piramid yang pertama dan strukturnya bertingkat untuk diberikan kepada Rajanya iaitu Zoser di Saqqara.

MAR.DUK/RA berasa cemburu dengan perkembangan mendadak kebudayaan dan ketamadunan di Sumer, beliau amat berhati-hati dalam memilih samada Annunnaki atau penduduk Bumi untuk berkongsi kuasa dengannya, jadi beliau telah mengisyitiharkan bahawa hanya beliau saja seorang yang akan menjadi Tuan untuk Daerah Kedua tersebut.

MAR.DUK/RA juga telah mencatatkan sejarah beliau sendiri. MAR.DUK/RA telah memerintahkan agar paderi-paderi yang berada semasa pemerintahannya dengan penduduk Bumi yang mendiami Sungai Nil harus menggelarkan beliau sebagai “yang paling tertua di Syurga, yang dilahirkan yang pertama di Bumi”. Beliau mengarahkan agar paderi tersebut menyanyikan lagu yang mengagungkannya sebagai “salah satu dari cara pengagungan terawal sekali” dalam sejarah Bumi sebagai “Tuan Yang Abadi, iaitu “dia yang kekal lama, berbanding semua tuhan yang mengetuai” sebagai “seorang yang tiada tolok bandingnya atau boleh dibandingkan dengan sesiapa, yang hidup dan berdiri seorang diri dan hanya satu!” MAR.DUK/RA kemudiannya telah mengambil/menyedut beberapa sifat dan kuasa tuhan-tuhan yang lain (iaitu Annunnaki, yang mana penduduk Bumi menggelarkan sebagai “tuhan”).
MAR.DUK/RA menyatakan hajatnya pada bapanya iaitu EN.KI untuk memerintah seluruh Bumi.

2,680SM - Menurut pendapat dan teori para pengkaji arkeologi, piramid yang pertama (piramid jenis yang bertingkat-tingkat) yang telah dibina di Sungai Nil ialah hasil pembinaan semasa pemerintahan King Zoser dari Saqqara. Piramid Khufu/Cheops, dipercayai oleh pengkaji arkeologi telah dibina 100 tahun kemudiannya iaitu pada 2,500SM.

2,500SM - Sphinx telah dibina di Giza bagi menjaga piramid Khufu/Cheops.

2,500SM - Dalam usaha untuk mengambil alih aktiviti perlombongan emas dan perdagangan bangsa Kush di Gurun Nubian, bangsa Egypt telah menakluk jirannya tersebut yang mana kawasan mereka terletak di selatan Egypt dan menawan daerah tersebut dan kawasan tawanan itu menjangkaui hingga ke kawasan yang menghampiri air terjun kedua Sungai Nil.

2,500SM - Kuda telah dibela secara domestik di Asia.

2,380SM - Puak Amorites dari Arab telah mula menyerang dan menakluk daerah-daerah di Syria, Palestine dan Mesopotamia.

2,371SM hingga 2,316SM - Bandar/Negeri Sumeria telah disatukan sebagai Akkadia di bawah pemerintahan Semitic Amorite iaitu Sharru-Kin (iaitu Sargon Yang Terulung). Ibu negara telah diwujudkan berdekatan Kishi dan dinamakan Agade (iaitu Akkad). Empayar Akkadia, yang merupakan empayar pertama di dunia, telah menjangkau dari Gunung Zagros yang terletak di timur sehingga ke Laut Mediterranean yang terletak di barat.
Dalam menangani cita-cita MAR.DUK untuk memerintah seluruh Bumi, EN.LI dan anak-anaknya telah berazam untuk melantik seorang penduduk Bumi untuk menjadi Raja yang mewakili penduduk Bumi bagi menjaga kepentingan mereka. Mereka telah memilih Sharru-Kin (iaitu Pemangku Terbaik), yang merupakan anak lelaki kepada Arbakad.

Dinasti Akkadian


2,350SM - Pedagang pertama yang disebut-sebut telah muncul di kuil di Lagash. Sejak dari itu, sektor/aktiviti perdagangan telah muncul di kebanyakkan bandar di seluruh Mesopotamia.

2,316SM - Sharru-Kin telah mengeluarkan sebahagian dari tanah suci di Babylon yang mana MAR.DUK telah gunakan dalam percubaan untuk membina menara yang boleh menjangkau ke syurga . Tanah tersebut telah diambil dan diletakkan di Agade, dan ditanam dengan tumbuh-tumbuhan dan digelar “Objek Terang Dari Syurga”.

MAR.DUK, yang mengetahui tentang tanah suci yang dipindahkan oleh Sharru-Kin, telah menjadi marah dan dengki; MAR.DUK percaya yang hanya beliau seorang saja yang layak sebagai empunya tanah suci itu yang mana akan digunakan untuk membina “pintu laluan tuhan-tuhan”. Jadi, dari Daerah Pertama, MAR.DUK telah mengembara dan dengan pertolongan dari anak lelakinya iaitu NABU serta beberapa pengikut, beliau memulakan pembinaan Babili yang baru, iaitu “pintu laluan tuhan-tuhan” yang baru, di tempat yang sama yang telah dimulakannya 1,000 tahun sebelumnya (waktu Bumi).

Tindakan MAR.DUK sekali lagi menimbulkan kekacauan. INANNA telah menyerang tapak pembinaan baru kawasan penempatan yang didirikan oleh MAR.DUK dan telah membunuh beberapa pengikutnya dalam kejadian tersebut. Kemusnahan dan kehilangan beberapa nyawa telah dikatakan sebagai peristiwa pembunuhan yang paling dahsyat dalam sejarah penduduk Bumi. NER.GAL merayu kepada abangnya iaitu MAR.DUK agar meninggalkan Daerah Pertama, iaitu daerah yang tidak diwarisi oleh MAR.DUK, agar pertumpahan darah dapat dihentikan. MAR.DUK akhirnya terpaksa akur dengan permintaan tersebut dan meninggalkan daerah Mesopotamia itu.

2,305SM - Terah, iaitu anak lelaki kepada Nahor, telah dilahirkan di Ur of the Chaldees. Terah ditakdirkan menjadi bapa kepada Abram (juga digelar Abraham atau Abu-Ramu), Nahor dan Haran, yang mana merupakan keturunan Yahudi (Israelites), Ishmaelites, Midianites, Moabites dan Ammonites. Terah akan mati lebih kurang pada 2,100SM pada usia 205 tahun.

Terah, yang juga dikenali sebagai Tirhu berdasarkan penulisan lama Sumeria, telah dipilih oleh EN.LIL untuk membekalkan benih kemanusian kepada penduduk Bumi. EN.LIL telah dilawat oleh prophet iaitu GALZU di dalam mimpinya, dan telah diberi amaran bahawa suatu hari nanti akan berlaku zaman yang paling dahsyat yang melibatkan pertumpahan darah dan perbuatan jahat, yang dilakukan oleh MAR.DUK. EN.LIL juga telah dimaklumkan bahawa tiga dari bintang tuah yang menyinari Ram kepunyaan MAR.DUK, akan digantikan oleh bintang tuah kepunyaan EN.LIL. GALZU juga telah memberi amaran kepada EN.LIL agar berhati-hati dengan MAR.DUK, kerana MAR.DUK sebelum ini telah mengisytiharkan dirinya sebagai Raja/Tuhan Teragung bagi Annunnaki dan tuhan yang lain dan perkara ini bakal menyemarakkan lagi peperangan dan kemusnahan menjadi lebih teruk lagi. EN.LIL telah diarahkan untuk memilih seorang penduduk Bumi, seperti mana Ziusudra/Noah yang telah dipilih sebelum ini, sebagai seorang yang akan menjaga benih penduduk Bumi.

Tirhu/Terah merupakan seorang paderi yang pandai meramal, dan datang dari keturunan Arbakad dan juga merupakan generasi paderi yang ke enam dalam Nibru-Ki.
EN.LIL telah mengarahkan anak lelakinya iaitu NAN.NAR untuk membina sebuah bandar di tanah yang terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates, dan dinamakan sebagai Haran, dan di situ juga Tirhu/Terah akan dilantik sebagai Putera-Paderi (Priest-Prince).

2,291SM - Naram-Sin, cucu lelaki kepada Sharru-Kin, yang mewarisi takhta Akkad.
Semasa pemerintahan Naram-Sin, INANNA telah menjumpai satu peluang yang dapat mencapaikan cita-citanya. Mengetahui bahawa EN.LIL dan NIN.URTA telah meninggalkan Daerah Pertama untuk mengembara ke tanah yang terletak di seberang laut, dan juga mengetahui tentang MAR.DUK yang telah mengembara ke Daerah Kedua, INANNA merasakan waktu tersebut merupakan waktu yang terbaik untuk merampas daerah-daerah tersebut.
INANNA telah memberikan kuasa kepada Naram-Sin, dan mengarahkan beliau untuk membawa seberapa banyak askar dan menakluk negara Magan dan Meluhha di Lembah Nil atas nama INANNA. Sudah tentu, untuk melaksanakan hasrat INANNA, Naram-Sin perlu menyeberangi Semenanjung Sinai, iaitu tempat suci bagi Daerah Keempat.
Raja Akkad, Naram-Sin, sedang menyambut kemenangan
kerana telah mengalahkan Puak Lullubi dari Zargos


2,260SM - Kempen Naram-Sin telah berjaya, akan tetapi aktivitinya telah sampai ke pengetahuan EN.LIL. EN.LIL menjadi amat marah sekali dan kembali pulang ke daerah-daerah tersebut. EN.LIL telah menyumpah Naram-Sin dan Empayar Akkadian yang diperintah olehnya. Dengan sumpahan ini, Naram-Sin akhirnya menemui kematian disebabkan bisa kala jengking, dan kacau-bilau di empayar Akkad telah menjadi lebih hebat lagi.
Taraf Raja (termasuk taraf raja yang diberikan samada kepada penduduk Bumi atau Annunnaki) telah berpindah dari bandar ke bandar. Akhirnya, EN.LIL telah menasihatkan ayahnya iaitu ANU, dan memutuskan agar NAN.NAR akan menjadi ketua di Daerah Pertama yang terletak di Mesopotamia.

2,200SM - Zaman Gangsa di Ireland bermula.

2,180SM - Semasa penghujung Dinasti ke 4, “Negara Lama” Egypt telah runtuh.

2,180SM hingga 2,040SM - Zaman Pertengahan yang pertama di Egypt telah bermula sebaik saja runtuhnya “Negara Lama” (Old Kingdom) tersebut. Walaupun terdapatnya Raja yang berada di Memphis dan kemudiannya di Heracleopolis, pemerintah Raja yang sebenarnya datang dari gabenor daerah dan “nomarchs” (gabenor daerah) yang telah merekrut tenteranya sendiri dan mengutip cukai untuk digunakan dalam “nomes” (daerah-daerah yang terdapat di Pharaonic, Hellenistic dan Roman Egypt.) yang berasingan.

2,180SM - MAR.DUK/RA kekal semula berkuasa di “Negara Atas” (iaitu terletak di selatan Egypt), sementara Pharaoh berkuasa di “Negara Bawah” (iaitu terletak di utara Egypt).

2,170SM - The Dragon Court of Ankhfn-khonsu telah didirikan di Egypt.

2,161SM - Abram (digelar juga sebagai Abraham, Ibru-Um, Abu-Ramu) dilahirkan di Ur of the Chaldees. Menurut penulisan tradisi Hebrew, Abram merupakan keturunan Shem, iaitu anak lelaki kepada Noah, dan juga merupakan generasi Shem yang ke 9.

2,113SM hinga 2,006SM - Empayar Akkadian telah berpecah kerana bangsa Sumeria telah mengambil alihnya. Sekitar 2006SM, bangsa Elam (Elamites) dari Persia dan bangsa Amor (Amorites) dari Arab telah menakluk dan menawan Sumer.

2,113SM - Sistem/Taraf raja di Daerah Pertama telah ditauliahkan kepada Bandar Urim (digelar juga sebagai Ur), dan Ur-Nammu telah dilantik menjadi Raja.

2,100SM - Bangsa Amor (Amorites) telah menjumpai bandar Babylon.

2,096SM - Ur-Nammu telah terbunun dalam peperangan. Penduduk Bumi melihat kematiannya disebabkan kerana mengkhianati EN.LIL dan bangsa Annunnaki, kemunculan mereka yang semakin lama semakin menghilang dari kehidupan manusia.

2,095SM - Shulgi mewarisi takhta Raja bagi bandar Ur selepas kematian Ur-Nammu, dan di bawah kekuasaannya, Negara Sumeria berkembang. Shulgi dikenali sebagai seorang yang suka akan peperangan; dan menyebabkan beliau dianggap sebagai pahlawan dari tanah gunung (iaitu dari kawasan Elam/Elamites) yang tidak berada di bawah mana-mana kekuasaan NAN.NAR. Semasa pemerintahannya, Shulgi menjadi kekasih INANNA.

2,090SM - Menurut tradisi penulisan Hebrew, pada usia 70 tahun, Abram dipanggil oleh Tuhan, yang mereka gelar sebagai Jehovah, untuk meninggalkan daerah Ur dan mengembara ke “tanah yang akan Aku tunjukkan di sana”. Beliau mengembara ke Haron terlebih dahulu yang terletak di utara Ur dengan adiknya, iaitu dari keluarga Nahor.

Menurut tradisi penulisan Hebrew, selepas kematian bapanya iaitu Terah, Abram telah sekali lagi didatangi oleh Tuhan, yang memberitahu beliau supaya melintasi Sungai Euprates dan mengembara ke bahagian selatan memasuki Canaan (iaitu pada zaman sekarang dikenali sebagai Syria, dan bersebelahan dengan Lautan Mediterranean). Pada waktu ini, Abram diarahkan oleh tuhan untuk meninggalkan keluarga bapanya, hanya membawa isterinya sahaja iaitu Sarah, serta anak saudara lelakinya iaitu Lot, mengembara ke bahagian selatan tersebut. Mereka membina perkhemahan di lembah Moreh, dan tuhan sekali lagi mendekati Abram dan berjanji bahawa keturunan Abram suatu hari nanti akan memiliki tanah-tanah tersebut.

Penulisan tradisi Hebrew tidak menyatakan secara terperinci kenapa tuhan telah membuat janji yang sedemikian kepada Abram; apa yang Abram perlu lakukan, atau telah lakukan, untuk menjadi penerima kepada “hadiah” tersebut tidak dinyatakan secara terperinci di dalam Bible Hebrew. Penulisan Sumeria pula, dalam penerangan yang lain, menyatakan bahawa EN.LIL telah memanggil Ibru-Um, anak lelaki sulung Tirhu, dan mengarahkan beliau untuk mengembara ke Canaan bagi melindungi tanah/kawasan suci yang terletak di Place of the Celestial Chariots di Semenanjung Sinai, agar kenderaan berkuda angkasa (chariot) akan berterusan membuat lawatan iaitu mendarat dan berlepas di kawasan tersebut.

Abram, Sarah dan Lot mengembara jauh ke bahagian selatan Egypt, di mana, Abram risau akan Pharaoh yang mungkin akan merampas Sarah menjadi isterinyanya, jadi Abram mengarah Sarah untuk berlakon sebagai adik perempuan kepada Abram, agar mereka tidak dikenakan sebarang tindakan dari Pharaoh.
Menurut kamus Bible Unger (penulisnya iaitu Merrill F. Unger, 1957), maksud adik perempuan juga boleh disama ertikan sebagai anak saudara perempuan, iaitu perhubungan di antara Sarah dan Abram. Akan tetapi, menurut buku Zecharia Sitchin iaitu Genesis Revisited, Sarah ialah “adik perempuan” kepada Abram; walaupun mereka mempunyai ayah yang sama, akan tetapi mempunyai ibu yang berbeza. Penulisan Bangsa Sumeria dan Akkadian telah menunjukkan bahawa telah menjadi lumrah bagi Nefilim/Annunnaki untuk para lelakinya berkahwin dengan sesama adik tiri yang mempunyai ayah yang sama. Nyata bahawa, pengetahuan/tradisi/lumrah ini telah dipraktikkan oleh bangsa Sumeria.

Seperti yang telah diduga oleh Abram, Sarah telah diambil oleh Pharaoh dan dibawa ke rumahnya untuk dijadikan sebagai hamba seks; sebagai pertukaran, Pharaoh memberi Abram beberapa harta/tanah yang bernilai. Apabila Pharaoh telah mengetahui tentang rancangan tersembunyi itu, beliau telah memulangkan Sarah kepada Abram, dan mengarahkan mereka beredar dari tempat itu; dan Pharoah juga tidak menuntut semula sebarang harta/tanah yang diberikan kepada Abram. Dan dengan itu, Abram, Sarah dan Lot kembali ke tanah Canaan.

Harta yang diperolehi oleh Abram itu telah menyebabkan pertengkaran di antara beliau dan anak saudara lelakinya iaitu Lot. Tanah tersebut didapati tidak berupaya untuk menampung kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan Abram dan kumpulan Lot, jadi Abram telah memberi peluang kepada Lot untuk memilih tanah tersebut. Lot telah memilih tanah rata di Jordan, dan meninggalkan tanah yang terdapat di Hebron untuk Abram. Disebabkan sikap pemurah dan tidak tamak Abram itu, tuhan telah muncul dan menganugerahkan beliau dengan satu lagi janji, iaitu mempunyai bilangan keturunan yang amat ramai.

2,076SM - Pada suatu tahun selepas mereka kembali ke Canaan, Abram dan Sarah (yang pada waktu ini berusia 75 tahun), masih tidak mempunyai sebarang anak. Sarah memujuk Abram agar menjadikan pembantu rumah mereka iaitu Hagar, sebagai teman, dan Hagar telah melahirkan anak lelaki kepada Abram yang bernama Ishmael.

2,062SM - Apabila Abram telah menjangkau usia 99 tahun, tuhan sekali lagi muncul kepadanya, dan menukar nama Abram menjadi Abraham. Tuhan telah memperbaharui permuafakatan (covenant) yang telah diberikan kepada Abram sebelum ini, untuk memastikan dan menjamin agar keturunan Abram akan berkembang dengan ramai sekali.

2,061SM - Seorang anak lelaki Abraham yang bernama Isaac telah dilahirkan semasa Abraham berusia 100 tahun dan isterinya Sarah berusia 90 tahun.

2,036SM - Tuhan telah memberikan ujian kepada Abraham dengan mengarahkannya untuk mengorbankan anak lelakinya iaitu Isaac, yang pada waktu itu berusia 25 tahun. Abraham akur dan menjalankan tugas tersebut di Gunung Moriah. Abraham kemudiannya nanti bakal menusukkan pisau kecil ke jantung anak lelakinya itu yang akan diletakkannya di atas sebuah batu untuk dikorbankan, akan tetapi tangannya telah ditarik dan ditahan oleh malaikat Tuhan/Tuan. Dan disebabkan beliau nampak begitu bersedia untuk menerima sebarang arahan dari tuhan, walaupun disaat terpaksa mengorbankan anaknya sendiri, Tuhan/Tuan telah memberikan semula permuafakatan (covenant) yang telah diperbaharui kepada Abram.

Permuafakatan Abraham (Abrahamic Covenant), yang mana tuhan telah berjanji kepada Abram/Abraham mempunyai 6 elemen (”Aku” merujuk kepada tuhan):
“Aku akan menjadikan anda sebuah bangsa terulung”
“Aku akan memberkati anda”
“Dan menjadikan nama anda hebat”
“Dan yang Aku akan sentiasa memberkati”
“Aku akan memberkati mereka yang memberkati anda dan menyumpah mereka yang berpaling tadah dari anda”
“Disebabkan andalah, seluruh keluarga di Bumi ini akan diberkati”

2,060SM hingga 1,785SM - Negara Tengah di Egypt telah ditakluk oleh “nomarchs” dari Thebes dengan dikawal oleh “nomes” dari selatan Thebes, dan meliputi sehingga utara Heracleopolis. Kemenangan ini telah dicapai oleh Mentuhotep II, yang juga telah dipecat dari penempatan/kawasan luar (iaitu Asiatic dan Libyan) yang beada di daerah delta Sungai Nil. Negara Tengah dicatitkan sebagai negara yang mempunyai kemajuan dalam bidang kesenian dan kebudayaan. (Nota: sesetengah pengkaji telah menganggarkan tahun berlakunya kecemerlangan di Negara Tengah iaitu di antara tahun 2,040 hingga 1,750SM)

2,055SM - Shulgi, dengan perintah NAN.NAR, telah dihantar ke Canaan untuk menindas rakyat-rakyat yang masih tinggal di sana dengan bantuan pahlawan Elam (Elamites). Akan tetapi, beliau tidak berhenti di sempadan antara Canaan dan Sinai. Tanpa menghormati kesucian tanah yang terdapat di Daerah Keempat di Semenanjung Sinai, Shulgi telah menyerang dan menawannya dan mengisytiharkan dirinya sebagai Raja kepada Daerah Keempat.

2,048SM - Menurut penulisan bangsa Sumeria, pada waktu inilah EN.LIL telah memanggil Ibru-Um, yang kemudiannya telah tinggal bersama keluarganya di Haran, untuk bergerak ke selatan dan mengawal keselamatan tanah suci Place of the Celestial Chariots.

2,047SM - Selepas kematian Shulgi, Amar-Sin (atau dikenali sebagai Amraphel) menjadi Raja di Ur.

2,041SM - Amar-Sin, dengan bantuan Raja yang lain dari Daerah Pertama, dan dengan berpandukan INANNA, mula mengadakan kempen untuk menakluk Daerah Keempat. Amar-Sin tidak berjaya, dan kesudahannya, kempen penaklukan tersebut telah menyebabkan MAR.DUK meraih lebih sokongan, dan kemudiannya mula mempertingkatkan jumlah askarnya di daerah Haran selepas Ibru-Um/Abram meninggalkan daerah tersebut.

MAR.DUK mengumumkan perkara ini kepada Annunnaki-annunnaki yang lain bahawa perkara ini sememangnya merupakan hasratnya selepas mengharungi kesengseraan yang teruk hasil dari dosa yang dilakukan olehnya dan beliau patut mendapat pengiktirafan tinggi. Dan beliau akan memasuki semula Daerah Pertama dan menubuhkan kuil di situ, dan akan memerintah dari tempat tersebut. Ram yang pertama telah berada ditangannya.

Bersama dengan pengikutnya, MAR.DUK bergerak ke selatan ke arah Sumer dan membina kuil di Babylon. Askar yang menjadi pengikutnya telah menimbulkan kacau-bilau di seluruh Mesopotamia dan mencemarkan Suci Yang Tersuci (Holy of Holies) di Nippur. Diketahui bahawa, memang niatnya untuk menawan dan mengambil alih kawalan ke atas pengkalan angkasa yang dikenali sebagai Place of the Celestial Chariots yang terdapat di Daerah Keempat di Semenanjung Sinai.

Annunnaki yang lain telah bertemu di sebuah majlis, termasuk adik MAR.DUK sendiri, dan bersetuju tentang cita-cita MAR.DUK untuk menjadi “tuhan” teragung dikalangan mereka harus dihalang serta-merta. Hanya EN.KI sahaja yang tidak bersetuju dengan cadangan mereka. Hanya disebabkan pendapat EN.KI yang menyebabkan Annunnaki-annunnaki yang masih ada harus menerima takdir bahawa MAR.DUK akan terus mengekalkan keagungannya. Yang lain tidak akan dipujuk supaya menghentikan rancangan untuk menghalang MAR.DUK.

Anunnaki-anunnaki bersetuju bahawa perkara terakhir yang perlu dilakukan ialah memusnahkan Place of the Celestial Chariots menggunakan bom nuklear yang digelar oleh mereka Senjata Yang Paling Dahsyat. Dengan kemusnahan yang berlaku di Place of the Celestial Chariots, segala perjalanan dari/ke planet Nibiru akan ditutup dari semua, dan ini akan menguntungkan kerana MAR.DUK tidak dapat lagi mengawal laluan dari/ke planet Nibiru; iaitu isyarat bahawa taraf MAR.DUK sebagai “yang agung” akan tergugat dan tidak berguna lagi.

Adalah dipersetujui oleh Annunnaki yang menguasai Majlis yang menentang MAR.DUK, bahawa NIN.URTA dan NER.GAL, anak kepada EN.LIL dan EN.KI, harus memegang tanggungjawab untuk memusnahkan Place of the Celestial Chariots.

2,024SM - Senjata Yang Paling Dahsyat digunakan pertama kalinya di atas planet Bumi. Place of the Celestial Chariots telah dimusnahkan oleh senjata nuklear, dan Angin Kejahatan (Evil Wind) telah memusnahkan ketamadunan Sumeria.

Dengan bantuan ABGAL, EN.KI telah menyembunyikan Senjata Yang Paling Dahsyat beberapa shar sebelum itu, itu sewaktu kedatangan EN.LIL ke Bumi, untuk menghalang ALALU dari menjumpai dan menggunakannya. EN.KI percaya bukan sesiapa akan tetapi hanya beliau seorang saja yang tahu di mana senjata tersebut berada. Akan tetapi, tanpa pengetahuan EN.KI, EN.LIL telah menjumpai tempat rahsia yang menyembunyikan Senjata Yang Paling Dahsyat ini.

EN.LIL telah memaklumkan kepada NIN.URTA dan NER.GAL berkenaan gunung rahsia yang menyembunyikan Senjata Yang Paling Dahsyat ini, beliau mengarah mereka untuk mencari cara-cara menggunapakai senjata ini.

EN.LIL menyeru NIN.URTA dan NER.GAL untuk hanya mengambil berat sahaja dan bukannya mencederakan Anunnaki yang berada di Place of the Celestial Chariots, dan memberi mereka amaran agar meninggalkan tempat tersebut sebelum ianya dimusnahkan. NER.GAL telah menaiki Kereta Kuda Angkasanya (space chariot), akan tetapi NIN.URTA tinggal dahulu sementara bersama bapanya iaitu EN.LIL. EN.LIL juga mengarahkan anak lelakinya untuk menyampaikan juga amaran kepada penduduk Bumi melalui Ibru-Um/Abram tentang serangan tersebut.

Apabila beliau sampai ke tempat di mana Senjata Yang Paling Dahsyat itu disembunyikan, NIN.URTA telah memaklumkan kepada NER.GAL yang ME telah mula membuatkan senjata tersebut bangun dari tidur (aktif). Semasa senjata tersebut baru aktif, NER.GAL telah memberikan tugasan nama kepada senjata tersebut: Satu Yang Tiada Saingan (One Without Rival), Api Yang Marak (Blazing Flame), Penyebab Kepada Kemusnahan (One Who With Terror Crumbles), Pelebur Gunung (Mountain Melter), Angin Yang Mana Pinggir Dunia Akan Tercari-cari (Wind That The Rim Of The World Seeks), Yang Berada Di Atas dan Bawah Yang Tidak Memberi Sebarang Peluang Langsung (One Who Above And Below No One Spares) dan Pengewap/Pencair/Pelenyap Segala Kehidupan (Vaporizer Of Living Things).

Apabila masa telah tiba, EN.LIL akan memberi isyarat kepada NIN.URTA dan NER.GAL untuk memulakan serangan ini. Mereka berdua bergerak menghala ke Gunung Masha yang berada di tengah-tengah kawasan Daerah Keempat. Senjata nuklear yang pertama telah dilancarkan oleh NIN.URTA. Ianya mengenai puncak Gunung Masha dan membelahnya, manakala bahagian dalaman Gunung tersebut mencair serta-merta. NIN.URTA kemudiannya meletupkan senjata nuklear yang kedua di atas Place of the Celestial Chariots, dan impak dari letupan tersebut telah menggegarkan Bumi. Place of the Celestial Chariots telah terbenam dengan sepantas kilat. Hutan yang mengelilingi telah menjadi rata disebabkan letupan tersebut.

NER.GAL, yang tidak mahu meninggalkan sebarang saki-baki, dan setelah itu diberi gelaran ERRA the Annihilator, terbang menerusi lembah yang terdapatnya 5 buah bandar, dan memusnahkan bandar-bandar tersebut satu-persatu menggunakan senjata nuklear yang terdapat padanya. Masyarakat di situ, yang mana NABU sedang bertugas mengumpul askar-askar ayahnya, lebur dan terbunuh serta-merta. Gunung yang mengelilingi lembah tersebut telah hancur dan menjadi abu serta lautan pula bercampur dengan abu-abu dari bandar tersebut.

NIN.URTA dan NER.GAL, yang telah keletihan, dan selepas selesai menggunakan Senjata Yang Paling Dahsyat itu, berehat seketika dan membuat lawatan ke tempat-tempat di Daerah Keempat yang dimusnahkan oleh mereka itu. Akan tetapi mereka menjadi buntu dan keliru tentang suatu benda yang muncul dari tapak kemusnahan tersebut. Awan gelap/hitam muncul dan di dalamnya terdapat Angin Kejahatan (Evil Wind) yang sedang bergolak. Ianya berkembang menjadi besar hari demi hari dan telah menyebabkan sinaran matahari terhalang, dan apabila malam tiba, awan tersebut bersinar dengan terang seolah-olah memberi isyarat sebagai penyebab malapetaka akan datang.

Kedua sepupu itu dengan keadaan terdesak telah memanggil bapanya untuk memberi amaran tentang Angin Kejahatan yang sedang menghala ke Daerah Pertama, dan ianya tidak boleh dihalang. EN.LIL dan EN.KI, seterusnya telah menyebarkan amaran tersebut kepada Annunnaki-annunnaki yang lain.
Angin Kejahatan tersebut (juga dikenali dalam saintifik sebagai awan yang membawa radioaktif) telah diterbangkan ke arah utara dan ke timur memasuki kawasan lembah di Sungai Tigris dan Euphrates, bergerak dari Eridu ke Sippar, dan membunuh kesemua hidupan disepanjang laluannya dan kawasan laluannya menjadi padang jarak padang tekukur. Air menjadi racun dan tanah menjadi tandus. Manusia dan haiwan mati. Tamadun Sumeria yang mashyur, yang pertama di dunia, telah musnah.
Dalam semua bandar yang terdapat di Daerah Pertama, hanya Babili/Babylon, yang mana MAR.DUK telah membinanya sebagai tempat tinggalnya terselamat - ini telah memberi tanggapan (dan juga bala) kepada EN.KI dan EN.LIL bahawa benarnya seperti yang diperkatakan oleh bangsa Annunnaki bahawa MAR.DUK sememangnya telah ditakdirkan untuk menjadi Raja/Tuhan yang paling agung dari semua Raja dan Tuhan yang ada.

Dalam semua penduduk Bumi yang telah diberikan taraf Raja di Sumer, hanya Ibru-Um/Abram dan keturunannya sahaja yang terselamat dan meneruskan kesinambungan benih keturunan Adama.

2,000SM - Bandar Akkadian di Ur telah jatuh ke tangan bangsa Amor (Amorites), dan juga telah menubuhkan bandar-bandar baru iaitu Assur, Mari dan Babylon.

2,000SM - Bangsa Hittites (digelar juga sebagai Indo-Europeans) telah menakluk Anatolia (yang pada zaman sekarang ini digelar Turkey) dan mula menubuhkan empayar mereka sendiri di sana. Menjelang 1,600SM, bangsa Hittites telah mempunyai kawalan penuh ke atas daerah yang pada zaman sekarang ini dikenali sebagai Syria.

2,000SM - Zaman Gangsa di Scotland bermula. Zaman ini akan kekal sehingga tahun 400SM.

2,000SM - Senarai kesemua Raja Sumeria telah disusunkan. Ia terdiri daripada 15 jenis tables dan bermula dengan rangkaikata: “Apabila taraf/sistem Raja diturunkan dari Syurga” (When the kingship was lowered from heaven.) Ada juga penulisan lama Sumeria yang menyatakan terdapat juga rangkaikata: “Taraf/Sistem Raja diturunkan dari Syurga… Tiara (mahkota yang mempunyai permata) dinaikkan dan takhta Raja telah diturunkan dari Syurga” (Kingship had been lowered from heaven… The exalted tiara and the throne of kingship had been lowered from Heaven.).

Setiap dari pengkaji yang menterjemahkan penulisan Senarai Raja Sumeria telah menterjemahkannya menurut pemahaman, kepercayaan dan keupayaan mereka masing-masing. Walaupun terdapat banyak perkara yang akan/dapat dibuktikan, ramai pengkaji masih tidak dapat menerima teori bahawa Bumi telah tercipta disebabkan perlanggaran di antara planet Nibiru dan Tiamat, dan juga hidupan yang terhasil akibat dari perlanggaran tersebut. Dan hasilnya, mereka tidak dapat menerima konsep shar iaitu 1 tahun di planet Nibiru bersamaan dengan 3,600 tahun di planet Bumi. Dan seterusnya, masing-masing tidak dapat menerima (iaitu Senarai Raja Sumeria) jumlah tahun yang diperintah oleh setiap raja. Akhirnya, mereka menganggap bahawa sebahagian dari penulisan tersebut berasas dari cerita rekaan (fiction). Terjemahan ini telah dibukukan dalam buku karangan Laurence Gardner iaitu Genesis Of The Grail Kings dan juga diterjemahkan oleh projek Electronic Text Corpus Of Sumerian Literature.

Diambil secara bulat-bulat dari penulisan Sumeria, yang diberikan label dan nombor W-B/144, pemerintah pada zaman antediluvian (iaitu zaman sebelum banjir besar) dan pemerintah pada zaman postdiluvian (iaitu zaman selepas banjir besar) disenaraikan seperti ini:
Apabila taraf raja telah diturunkan dari syurga, yang pertama telah diberikan kepada bandar Eridu(g). Di Eridu(g), AL.LU.LIM menjadi raja; beliau memerintah selama 28,800 tahun. A.LAL.GAR memerintah selama 36,000 tahun. Jumlah pemerintahan bagi dua orang raja ini ialah 64,800 tahun.

Kemudiannya Eridu(g) hilang taraf raja dan taraf raja jatuh pula ke bandar Bad-tibira. Di Bad-tibira, EN.MEN.LU.ANNA telah memerintah selama 43,200 tahun. Seterusnya, EN.MEN.GAL.ANNA telah memerintah selama 28,800 tahun. Kemudiannya DUMU.ZI, seorang “pengembala manusia” memerintah selama 36,000 tahun. Jumlah pemerintahan bagi tiga orang raja ini ialah 180,000 tahun.
Bandar Bad-tibira kemudiannya telah hilang taraf raja dan taraf raja telah diberikan pula kepada bandar Larak (atau dikenali juga sebagai Larag). Di Larak, EN.SIPA.ZI.ANNA/EN.SIPAD.ZID.ANA telah memerintah selama 28,800 tahun. Jumlah pemerintahan bagi seorang raja ini ialah 28,800 tahun.
Bandar Larak telah hilang taraf raja dan taraf raja telah diberikan pula kepada bandar Sippar (atau dikenali juga sebagai Zimbir). Di Sippar, EN.MEN.DUR.ANNA telah memerintah selama 21,000 tahun. Jumlah pemerintahan bagi seorang raja ini ialah 21,000 tahun.

Kemudiannya bandar Sippar telah hilang taraf raja dan taraf raja telah diberikan pula kepada bandar Shuruppak (atau dikenali juga sebagai Curuppag). Di Shuruppak, UBAR.TUTU/UBARA.TUTU telah memerintah selama 18,600 tahun. Jumlah pemerintahan bagi seorang raja ini ialah 18,600 tahun.
Dalam semua 5 bandar yang mempunyai 8 raja; mereka semua telah memerintah selama 241,200 tahun. Dan selepas itu barulah Banjir Besar melenyapkan segalanya.

Nota: Fakta yang diambil dari Senarai Raja Sumeria menyatakan bahawa semasa pemerintahan UBAR.TATU, peristiwa banjir besar berlaku, dan pemerintahan beliau diambil alih oleh GA.UR, manakala dalam penulisan Sumeria yang lain pula (berasaskan penulisan tradisi Hebrew), menyatakan bahawa semasa pemerintahan anak lelaki UBAR.TUTU iaitu ZIUSUDRA/UTNAPISHTIM/NOAH, telah berlaku banjir besar tersebut.

Selepas banjir besar telah melenyapkan segalanya, dan apabila taraf raja diturunkan dari syurga, taraf tersebut diberikan dahulu pada bandar Kish (juga dikenali sebagai Kic). Di Kish, GA.UR/JUCUR menjadi raja dan telah memerintah selama 1,200 tahun (dalam tempoh tersebut iaitu selama 960 tahun, permaisuri Nefilim iaitu NIDABA (dikenali juga sebagai GULLA.NIDABA.ANNAPAD) juga telah memerintah Kish). Kemudiannya KULLASSINA-BEL (juga dikenali sebagai PALAKINATIM) telah memerintah selama 900 tahun. Selepas itu, NANGISH.LISHMA/NANJICLICMA/NANGISHKUSHMA telah memerintah selama 670 tahun, 3 bulan dan 3 1/2 hari. Kemudian, EN.TARAH.ANA telah memerintah selama 420 tahun diikuti oleh BAHINA,BABUM telah memerintah selama 300 tahun, BU.AN.UM/PUANNUM telah memerintah selama 840 tahun, KALIBUM yang telah memerintah selama 960 tahun, QALUMU/KALUMUN/GALUMUN yang telah memerintah selama 840 tahun, ZUQAQIP/ZUKAPIP yang telah memerintah selama 900 tahun dan ATABBA/ATAB/ABA yang telah memerintah selama 600 tahun.

2,000SM - Bangsa Hurrians telah muncul di sekitar Syria dan Mesopotamia.

2,000SM - Proto-Greeks telah menakluk Peloponnesus (iaitu pada zaman sekarang ini dikenali sebagai Greece) dan telah menubuhkan ketamadunan Minoan. Sebuah pulau utama tamadun Minoan ini, iaitu Thera, telah musnah disebabkan letupan gunung berapi Santorini pada 1,450SM. Tamadun Minoan hanya mampu bertahun dalam tempoh 50 tahun selepas letupan itu, iaitu sehingga 1,400SM, di mana kawasan pemerintahan utamanya, iaitu pulau Crete, telah ditakluk oleh Mycenaean yang datang dari tanah besar.

1,900SM - Semasa perkembangan Zaman Gangsa, tapak megalithic iaitu Stonehenge telah dibina, dan tarikh pembinaan ini adalah berdasarkan teori dan perkiraan beberapa pakar.

1,894SM - Dinasti Amorite bermula di Babylon.

1,800SM - Empayar Assyrian ditubuhkan oleh Shamshi-adad.

1,800SM - Pusat untuk diadakan upacara dibina di Peru di kawasan Hemisfera barat.

1,792SM hingga 1,595SM - Di bawah pemerintahan Raja Hammurabi, negara lama Babylon telah berkembang lagi menjadi negara Babylon baru dan bandar Babylon menjadi pusatnya. Ia menjangkau sehingga daerah yang sebelumnya diperintah oleh bangsa Sumer dan Akkad.

1,785SM hingga 1,570SM - Bangsa Hyksos telah menerima kedatangan masyarakat Asiatic beramai-ramai yang datang ke daerah delta sungai Nil, telah mengakhiri era Dinasti ke XII bagi Negara Tengah di Egypt, dan dikhabarkan telah menjadikan zaman tersebut sebagai Masa Pertengahan Kedua. Pendatang Asiatic yang telah menakluk telah menjadi penyebab masyarakat Egypt memerintah sehingga menjangkau kawasan bandar Cusae. Raja Theban akan menjadi hamba abdi kepada Raja Kyksos sehingga lebih kurang pada tahun 1,567SM, apabila Kamose telah menakluk semula tanah di Lembah Nil serta abangnya, Amosis I, telah menawan semula ibu negara bagi bangsa Hyksos iaitu Avaris.

1,760SM hingga 1,750SM - Raja Hammurabi telah menubuhkan undang-undangnya sendiri, yang digelar Kod Hammurabi. Kod ini mengandungi 232 senarai undang-undang. Bahasa Akkadian telah dijadikan bahasa rasmi bagi empayarnya.
Kod Undang-undang Hammurabi
Puak yang dikenali sebagai Chaldean mula bercampur dengan empayar Babylon, dan juga telah wujud perkahwinan dengan masyarakat Babylon, kebudayaan Chaldena telah menjadi sinonim dengan kebudayaan Babylon.

1,760SM - Jacob/Israel telah membawa keluarga dan warisnya ke Egypt.

1,700SM hingga 1,600SM - Bandar/Negeri di Asia telah diperintah oleh Dinasti Shang.

1,600SM hingga 1,200SM - Tamadun Mycenaean berkembang di daerah yang pada zaman sekarang dikenali sebagai Greece.

1,595SM - Bangsa Hittites bergerak ke selatan melalui sepanjang Sungai Euphrates dari Anatolia dan telah menawan bandar Babylon. Bangsa Hittites tidak mempunyai kuasa penuh ke atas bandar tersebut, adalah kerana niat asal mereka ialah untuk terus bergerak ke bahagian selatan dan menawan Mesopotamia. Pergerakan mereka diperhatikan oleh puak Hurrians.

1,595SM hingga 1,155SM - Selepas menawan Babylon, bangsa Cassites, iaitu masyarakat yang menetap di Gunung Zagros, telah merampas semula Babylon. Mereka telah memerintah bandar tersebut selama 4 abad, suatu tempoh yang dikenali sebagai Zaman Pertengahan Babylon.

1,567SM - Bangsa Hyksos yang menawan Babylon telah diusir oleh Kamose dan Amosis I, dan “Negara Baru” telah diwujudkan di Egypt. Ia wujud sehingga 1,090SM. Ia merupakan tempoh yang digelar “Raja Pahlawan” (warrior-kings) termasuklah raja seperti Amenophis IV/Akhenaten dan Tutankhaten/Tutankhamun, yang pertama diisytiharkan sebagai penyembah tuhan Aten dan kemudiannya tuhan Amun.

1,550SM hingga 1,500SM - Puak Aryan, yang berasal dari Lembah Swat yang pada masa kini dikenali sebagai Pakistan, telah bergerak ke timur dan memusnahkan tamadun di Lembah Indus. Mereka kemudiannya bergerak lagi ke timur sehingga Ganges dan dari situ bergerak ke selatan dan mendominasi kawasan tengah yang pada zaman sekarang dikenali sebagai India. Puak Aryan membawa bersama mereka agama terawal iaitu yang masih lagi wujud pada masa kini iaitu Hinduism. Agama Hindu ini diasaskan dari ideologi tuhan yang pelbagai/ramai yang setiap dari tuhan tersebut mempunyai tugasan masing-masing iaitu bertanggungjawab ke atas alam semulajadi, bertanggungjawab memastikan matahari memanaskan Bumi, yang lain pula seperti tanggungjawab memastikan aliran udara, dan sebagainya. Mengikut kepada hierarki pemerintahan tuhan Hindu, wujud tuhan yang terutama iaitu Brahma (Yang Satu dan Wujud), dibantu oleh Vishnu (Yang Pemelihara) dan Shina (Yang Memusnah).

1,550SM - Bandar Jericho yang dikeliling oleh dinding pertahanan telah dimusnahkan. Dalam penulisan tradisi Hebrew menyatakan bahawa dinding bandar Jericho telah dimusnahkan oleh askar yang diketuai oleh Joshua (seorang Israel), iaitu peneraju kesinambungan Moses, dan tarikh terawal penglibatan Joshua ialah pada 1,400SM. Bandar tersebut kemudiannya (lebih kurang pada 900SM) dibina semula dan diperintah oleh bangsa Israel walaupun telah diusir lebih kurang pada tahun 538SM.

1,500SM - Sebuah epik Penciptaan dari Babylon iaitu Enuma Elish, telah siap disusun. Cerita yang terdapat di dalamnya, dikarang oleh pengarang Hebrew, akan digunakan sebagai asas bagi cerita yang terdapat di dalam Book of Genesis di dalam Bible Hebrew.

1,500SM - Bangsa Egypt berkembang hingga ke selatan merangkumi Gurun Nubian dan mengambil alih pemerintahan di daerah itu yang sebelumnya didiami oleh puak Kush dan menjangkau sehingga Air Terjun Keempat di Nil.

1,500SM hingga 1,200SM - Bandar/Negeri yang terdapat dalam negara Sumeria telah menyebabkan Empayar Pertengahan Assyrian berkembang.

1,500SM hingga 1,250SM - Bangsa Hebrew hidup sebagai hamba abdi di Egypt.
1,450SM - Kombinasi Vedas dalam bahasa lama Sanskrit bermula di Lembah Indus. Vedas merupakan nyanyian/mentera bagi agama Hindu.

1,400SM hingga 1,150SM - Empayar Baru Bangsa Hittite berkembang di daerah Mesopotamia.

1,400SM - Abjad pertama dalam bentuk skrip telah dimajukan oleh bangsa Phoenicians.

1,400SM - Tamadun Minoan telah dimusnahkan oleh penceroboh yang datang dari tanah besar di Peloponnese, iaitu dari tamadun Mycenaean.

1,400SM hingga 1,100SM - Tamadun Mycenaean berkembang di daerah tersebut yang pada zaman sekarang merupakan bahagian selatan negara Greece.

1,370SM hingga 1,362SM - Amenophis IV/Akhenaten di Egypt telah memaksa rakyatnya yang percaya kepada satu tuhan sahaja agar menyembah matahari.

1,361SM hingga 1,352SM - Tutankhaten/Tutankhamun telah mengembalikan Egypt kepada kepercayaan menyembah pelbagai tuhan, dan menyembah ketua kepada segala tuhan yang dikenali sebagai Amun.

1,240SM - Agama Yahudi, dan penyembah satu jenis tuhan, iaitu Jahweh (atau dikenali sebagai Jehovah), bermula dari permuafakatan Musa dengan Yahweh (Covenant of Moses) semasa kedatangan beramai-ramai bangsa Yahudi dari Egypt.

1,200SM - Empayar Hittite runtuh.

1,200SM - Bangsa Greek telah memusnahkan bandar Troy di Anatolia.

1,200SM hingga 400SM - Ketamadunan baru, yang diharapkan untuk mewujudkan hierarki sosial, perdagangan dan agama, telah wujud di hemisfera barat iaitu Olmec di Mexican Gulf Coast, Zapotec di Monte Alban dan Chavin di Peru. Mereka telah membina piramid yang sama seperti yang dibina di Sungai Nil.

1,166SM - Ramesses III, pharaoh Egypt yang terakhir, telah mati. Dengan kematiannya, Egypt telah diperintah oleh Raja Libya yang telah secara amannya membangunkan Egypt untuk sekian waktunya.

1,100SM hingga 900SM - Kamus Bahasa Cina yang pertama telah siap disusun.

1,050SM hingga 1,010SM - Pemerintahan Saul di Israel.

1,027SM - Dinasti Shang di China telah digantikan dengan Dinasti Chou.

1,010SM hingga 970SM - David telah memerintah di Israel.

1,010SM hingga 970SM - Abjad Hebrew telah dimajukan berasaskan dari skrip Semitic.

1,000SM - Puak-puak yang asalnya dari keturunan Jacob (Israel) iaitu sebanyak 12 keturunan telah disatukan di bawah Raja David di Judah.

1,000SM - Zaman Besi yang terawal bermula di Italy.

1,000SM hingga 700SM - Kedatangan masyarakat yang dikenali sebagai Arameans yang datang dari daerah Assyria telah mengembangkan empayar Bandar/Negeri Aramean. Dialek mereka, iaitu Aramaic, akan menjadi bahasa yang digunakan dan ditulis dalam gospel Hebrew yang terawal.

1,000SM hingga 300SM - Bangsa Phoenicians, iaitu masyarakat yang mengembara melalui lautan dan tinggal di sepanjang kawasan timur Laut Mediterranean, telah mendirikan lebih banyak lagi penempatan, dan penempatan tersebut bersatu di bawah empayar Bandar/Negeri Phoenician.

994SM - Puak Teutonic di kawasan tengah Eropah bergerak be barat ke Sungai Rhine.

970SM hingga 930SM - Solomon telah memerintah Israel.

930SM - Apabila Raja Solomon telah mati, bangsa Israel telah terpisah, sebahagian menetap di selatan Judah dengan menjadikan Jerusalem sebagai ibu negeri mereka dan sebahagian lagi menetap di utara Israel dengan menjadikan Samaria sebagai ibu negeri mereka.

Semenjak kemtian Raja Solomon, anak lelakinya iaitu Rehoboam telah meneruskan takhta bagi negara Israel. Puak Israel yang berada di utara amat setia pada David yang telah menjadikan mereka semua bersatu menjadi satu bangsa, akan tetapi, usaha yang telah dilakukan oleh David sewaktu pemerintahan Raja Solomon didapati telah menyebabkan bangsa Yahudi berpecah semula. Jadi, apabila Solomon mati, kebanyakkan dari masyarakat Israel telah hilang minat terhadap konsep penyatuan yang telah dibuat oleh David, dan sejak dari itu mereka semua telah mengabaikan konsep tersebut. Menurut Bible Hebrew, di dalam buku “I Kings”, bab 12, surah 16: Apabila semua Israel mendapati yang raja mereka tidak mahu mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka, rakyat akan berkata “Apakah keuntungan yang kita dapat dari David? Kami bukanlah warisan Jesse. Lihatlah khemah kamu, O Israel! Sekarang lihatlah rumah kamu, O david”.

900SM - Daerah Kush di Egypt telah berpecah dan menjadi negara yang merdeka. Masyarakat Kush (Kushites) merupakan masyarakat Nubian yang berkulit gelap, yang hidup bersama masyarakat Egypt dengan amannya, masyarakat Egypt merupakan jiran mereka di utara satu masa dahulu yang juga merupakan penakluk mereka, beradab lamanya, yang akhirnya menginginkan kemerdekaan.

810SM - Masyarakat Phoenician yang berdagang melalui laut telah membina bandar Carthage di pesisiran pantai di utara Afrika, yang mana pada zaman sekarang ini dikenali sebagai Tunisia.

800SM - Seorang penulis, bernama Homer, telah mengarang dua jenis epik, yang dikenali sebagai Iliad dan Odyssey.

776SM - Sukan Olimpik yang pertama diperkenalkan di Greece.

753SM - Bandar Rom telah muncul di Sungai Tiber di Italy.

750SM - Puak Kush telah menyerang dan menawan Egypt.

747SM hingga 539SM - Negara Babylon memasuki Zaman Neo-Babylonian.

721SM - Negara Israel telah ditawan oleh puak Assyrians. Puak Yahudi telah lari dan membawa diri ke seluruh kawasan Mediterranean.

661SM hingga 332SM - Dinasti pemerintahan yang terakhir telah wujud di Egypt.

650SM - Zaman Besi di China bermula.

609SM - Empayar Assyrian telah runtuh.

605SM hingga 520SM - Pengasas Taoism iaitu Lao-Tse, hidup pada zaman ini.

604SM - Raja Nebuchadnezzar II telah menuntut takhta Babylon.

601SM - Negara Judah menjadi negara “hamba abdi” bagi Babylon.

587SM - Negara Judah telah jatuh ke tangan Babylon.

586SM - Buku pertama Bible Hebrew telah ditulis.

581SM -Raja Nebuchadnezzar II telah menakluk Palestine dan membakar Jerusalem.

563SM hingga 483SM - Guru agama iaitu Siddhartha Gautama, pengasas Buddhism, hidup pada zaman ini.

559SM hingga 331SM - Cyrus the Great (559-530SM) telah memerintah Empayar Parsi yang mewarisi takhta Raja Nabonidus. Beliau telah meneruskan pemerintahan dahulu yang di perintah oleh raja-raja yang hebat seperti Darius I (522-486SM), Xerxes (485-465SM) dan Artaxerxes (465-424SM). Raja Cyrus the Great dikatakan mendapat perintah dari Tuhan iaitu pada 538SM, beliau membina semula kuil Yahudi di Jerusalem.

551SM - Confucius telah dilahirkan.

550SM - Puak Arab mula menyeberangi Laut Merah untuk memulakan penempatan di Ethiopia.

539SM - Bangsa Greek telah menewaskan Carthage.

539SM - Empayar Parsi menawan Babylon.

537SM hingga 445SM - Puak Israel telah kembali ke Judah untuk sekali lagi mewujudkan masyarakat Israel yang bersatu.

509SM - Republik Rom telah dijumpai. Masyarakat Etruscan yang asalnya telah mengadakan penempatan di Sungai Tiber, iaitu di semenanjung yang akhirnya dikenali sebagai Italy, telah ditekan dan diusir oleh kebudayaan baru Roman.

500SM - Kebudayaan Adena telah berkembang di utara Benua Amerika yang pada masa sekarang ini dikenali sebagai Lembah Sungai Ohio.

490SM - Peperangan Marathon telah menyebabkan kekalahan bangsa Parsi di tangan Athenian, dan telah menamatkan Perang Parsi yang Pertama.

431SM hingga 404SM - Perang Hebat Peloponnesian telah berlaku di antara bandar Greek iaitu Athen dan Sparta.

305SM hingga 51SM - Dinasti Ptolemaic bermula dengan diperintah oleh Ptolemy I di antara tahun 305 dan 282.

280SM - Empayar Rom, yang telah bermula sebagai wilayah yang terpisah, telah berjaya menakluk dan menyerap masukkan puak yang berada disekitar empayar mereka, sehingga seluruh semenanjung Italy disatukan.

241SM - Puak Carthaginians di kepulauan Sicily telah ditakluk oleh puak Rom.

202SM - Puak Carthage telah diusir oleh Puak Rom.

160SM - Bandar Macedonia di Greece telah dijajah oleh Empayar Rom, dan ini telah melengkapkan kawasan jajahan Empayar Rom iaitu kesemua kawasan di sekeliling Laut Mediterranean.

100SM - Penulisan buku Old Testament dalam Bible Hebrew telah siap.

61SM hingga 49SM - Askar Rom, di bawah Maharaja Julius Caesar, telah menakluk Spain dan Gaul.

4SM - Jesus, telah dilahirkan di Judaea.

No comments:

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing