Salam Maulidur Rasul kepada semua, mari kita berselawat keatas Baginda banyak-banyak pada hari ni
fuh,
lamanya aku tak update blog,sah aku ni penulis blog termalas
sekali..kekeke sempena Maulidur Rasul ni aku tergerak untuk update blog
aku dengan satu cerita.
pada pembaca baru, ini bukan blog tentang kucing yer..harap maaf..
Aku
ni sebenarnya seorang yang suka mempersoalkan sesuatu, dulu aku pernah
terfikir, kenapa perkataan pertama diwahyukan kepada Nabi Muhamad S.A.W
adalah Iqra' (bacalah)..kenapa pertama sekali Allah S.W.T menyuruh Nabi
Muhamad baca dahulu? bukan patutnya memperkenalkan diriNya? kalau
difikirkan logik, perkara pertama aku ajar anak aku adalah "papa, mama"
atau dengan bahasa lebih mudah difahami adalah dengan memperkenalkan
diri aku pada anak aku. tapi kenapa Allah suruh Baginda baca dulu? ada
apa dengan baca?
pendek kata..dengan
membaca dapat ilmu, tak kisah baca apa pun..kalau baca komik Dragon
Ball, dapat la ilmu tentang ilmu sejenak. kalau baca Doremon, dapat la
ilmu pasai poket dia yg ada barang yang melangkaui hukum alam. dan kalau
baca buku porno, dapat la ilmu pasal anatomi manusia..hehe aku tipu je,
sebenarnya dapat la nafsu membuak2 dan hasilkan melepaskan
genetik-genetik X dan Y ke tandas (atau katil untuk segelintir orang)
apa
yang penting sangat dengan baca sampai pengenalan tentang diriNya pun
diletakkan nombor 2 or 3 dan yang pasti bukan 3 suku..mesej yg hendak
disampaikan ialah Ilmu..Ilmu sangat penting..dari 'bacalah' Islam
berjaya berkembang sehingga harini (tp pendapat aku Islam makin mengecut
pada zaman ni)
so aku pun pergi cari Ilmu, aku
tinggalkan Allah, aku tak mencariNya lagi..macam-macam aku belajar,dari
matematik sampaila ke besarkan zakar(time tu aku nak kawen maa) dan
akhirnya bila aku rasa aku dah cukup Ilmu ( Ilmu tak pernah cukup yer
tuan-tuan dan puan-puan) aku kembali mencari Allah..dan hasilnya sangat
menakjubkan (mcm iklan FAB bila baju direndam dan dibilas)..aku makin
mudah mengenalNya, melihat hubung kait antara Allah S.W.T dan
alam..Alhamdulillah..malah aku makin yakin pada Allah S.W.T
dulu
masa aku mencari Allah S.W.T, aku tak seyakin macam sekarang ni.
betulah orang kata, Knowledge is king and king might not knowledgeable.
yer la, king kong pun king per..dan punca umat Islam ketinggalan pada
zaman sekarang ialah kekurangan Ilmu, ketinggalan berjarak di belakang
dari orang lain..apakah kita sudah lupa perkataan pertama diturunkan
ialah baca? berapakah purata membaca di Malaysia? 1-2 buku setahun?
pergh..kalau korang boleh khatam baca komik naruto 20 helai seminggu (
sbb dia kluar banyak tu je)..ni belum kira komik lain mcm One Piece,
Bleach bla bla bla.. takkan ka tak leh luang masa baca buku yang
berilmiah. baca la buku "Berani Gagal" ke, buku "Blink" ke or buku
favorite aku "generation X and Y"..
disini aku
sarankan korang semua pembaca untuk menimba Ilmu, aku tak kisah la Ilmu
apa, nak belajar Ilmu mengurut ke, membelasah orang ke, membaiki paip
ke, potong rambut ke, asalkan ilmu itu bermanafaat pada manusia sejagat.
Selalunya Ilmu tu tak berguna sekarang tapi berguna dimasa depan.. Ilmu
tu pun pelaburan beb.
dan sekarang aku dah
faham, kenapa Allah S.W.T suruh Baginda membaca dahulu, bukanya main
bola, paint ball etc. kerana tanpa Ilmu kita tak boleh buat
apa-apa..tanpa Ilmu kita susah untuk mengenaliNya, tanpa Ilmu kita sama
mcm binatang (sbb tak pakai akai).. dengan Ilmu kita boleh mencerahkan
sesuatu dengan gelap (pakai la mentol atau tanglung) dengan Ilmu la kita
boleh dapat rezeki, dengan Ilmu kita boleh dapat rahmat Allah, dengan
Ilmu ... argh pandai2 la korang fikir, takkan aku nak suap semua.. janji
apa yang aku nak cakapkan ni sampai ke minda korang cukup..
teruskan
membaca, jangan ingat kita dah cukup pandai.. jadilah Umat Islam yg
berkualiti, bukan berkuantiti (lemak banyak, malas bersukan)
P/S : Allah menzahirkan diriNya melalui tanda-tanda kebesaranNya, tanpa Ilmu bagaimana untuk kita melihatnya?
eh, mcmana nak letak gambar kat sini yer? aku dah lupa la...nampaknya kena teruskan membaca...
No comments:
Post a Comment