Tarikh : 14 Disember 2011
Masa : 10.30 am , 4.30 pm-6.15 pm
Lokasi :
Rumah Anak Yatim , Darul Aitam
Kg Bkt Pegoh, Telok Mas Melaka
Perawat :
Ustaz Rahim & anak2 murid
Nota : Telah memulakan rawatan kira-kira 5 tahun lalu
Kini tiba ke misi utama kami ke Melaka iaitu untuk mendapatkan rawatan di Darul Aitam ,Melaka. PHD tidak pernah ke sana sebelum ini cuma mendapatkan maklumat dari rakan-rakan nyata & maya (internet) untuk menerbitkan
artikel berkenaan rawatan ini pada bulan lepas
Kami tiba di sini lbhkurang jam 10.30 pagi dan booking no katil pada kertas yg ditampal pd pintu. Pada ketika itu pusat rawatan belum dibuka. Bila kami sampai untuk rawatan pd pukul 4.30 ptg rawatan sudah lama bermula sejak jam 2 ptg lagi
Dua orang petugas akan membuka senarai semak booking dan menunjukkan katil menunggu
Sementara itu seorang pengamal perubatan alternatif sedang sibuk menerang produk keluaran syarikatnya
Ini salah satu iklan homestay untuk mereka yg berkunjung ke sini
Iklan-iklan khasiat bermacam produk perubatan alternatif
Buntat kijang ?
Minyak wangi yg mgandungi bahan-bahan eksotik berkhasiat zahir & batin..Sangat wangi & menenangkan
Kami menunggu kira-kira 45 minit sahaja
Ketika perjalanan ke bandar Melaka untuk pulang kami singgah ke Bazaar Telok Mas
Bagaimana ke Darul Aitam ?
Jika dari tol Ayer Keroh teruskan perjalanan ke pusat bandar sehingga anda bertemu jejambat besar Lebuh AMJ di hadapan dan di sebelah kiri tembok Masjid Negeri Al Azim
Ambil jalan susur kiri ke Lebuh AMJ untuk ke Muar
Truskan perjalanan sehingga bertemu ke traffic light dengan papan tanda ke Kg Kandang iaitu ke simpang kanan
Masuk simpang tersebut dan sekarang anda melalui jalan lama ke Muar
Teruskan perjalanan dan anda akan nampak Bazaar Telok Mas & SK Telok Mas di sebelah kiri
Sampai di suatu persimpangan traffic light di sebuah pekan moden yg kecil yang di sebelah kirinya pasaraya D' Mart dan di sebelah kanan SME Bank ambil jalan sebelah kiri
Teruskan perjalanan sehingga anda bertemu kilang kasut di sebelah kiri ( sebelumnya ada kwsn perumahan)
Selepas kilang kasut terdapat simpang kecil sebelah kiri iaitu jalan Bukit Pegoh . masuk ke jalan kecil tersebut (ada warung makan betul-betul di simpang)
Jalan tersebut berpecah kiri dan kanan .Ambil kanan..Di hujung jalan yg agak berliku dan sempit dengan rumah di kiri kanan anda akan bertemu Darul Aitam
Selamat mencuba, berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah..
No comments:
Post a Comment