7 Disember 2011 (Rabu)
Lokasi :
2 km dari Tol Temerloh, LPT
Jika dari Tol Temerloh, jumpa simpang jalan Jerantut-Temerloh ambil kiri,
lebih kurang 2 km dari situ selepas menyeberangi jambatan Sg Semantan
Seperti mana kisah-kisah keenakan masakan resepi rahsia patin Temerloh sebelum ini , klik di sini kini tiba masanya untuk PHD mengisahkan di mana nak dapatkan ikan patin sangkar Sg Pahang ini
Ikan ini dijual hidup-hidup. Untuk pengetahuan pembaca, ikan patin sangkar sungai adalah hasil kacukan patin asli & kolam. Rasanya tak jauh berbeza dari yg asli. Ikan patin sangkar sungai sangat rendah lemaknya berbanding patin kolam dan bau hamis juga kurang.
Ikan talapia juga ada dijual
Jangan lupa bertanya harga. Harga sekilo sekarang rm14. Pilihlah ikan yg kurang dari sekilo kerana rasanya lebih manis
Hari ini PHD beli 3 ekor yg jumlah harga rm 35 cukup untuk makan dalam 10 orang. Hari esok rakan-rakan lama dari jauh akan datang berkunjung setelah sekian lama tak berjumpa. Kalau tak lauk ikan sungai apa lg yg terbaik buat warga Temerloh ,Bandar Ikan Patin.. Dikatakan rasa ikan patin sangkar Sg Pahang adalah yg terbaik di negara ini
Boleh mintak disiang & dibelah ikut kehendak pembeli. Jimat masa dan tenaga
Selain dari gerai ini, terdapat beberapa lagi gerai yg menjual ikan-ikan Sungai Pahang ini di sepanjang jalan ini dan juga jalan-jalan lain seperti:
1. Jalan Temerloh- Triang (Menuju ke Kuala Pilah & Melaka)
2. Jalan Temerloh- Kuantan
3. Jalan Mentakab-Karak
Lain-lain: Pasar besar Mentakab atau Temerloh atau Pekan Sehari Temerloh (setiap Ahad)
Nota :Kisah Pekan Sari Temerloh yang terkenal lebih 100 tahun lalu boleh dibaca di sini [klik...]
Nota :Kisah Pekan Sari Temerloh yang terkenal lebih 100 tahun lalu boleh dibaca di sini [klik...]
Cuma pastikan ikan patin itu benar-benar dari sangkar (bukan kolam) dan harganya berpatutan
Isu sama ada memilih ikan patin liar ( yg sangat mahal) atau ikan patin sangkar sungai bukanlah yg paling penting untuk menjamin kesedapannya tetapi yang lebih utama ialah resipi asli (secret recipe)
Jika ke Temerloh untuk menikmati masakan gulai patin (sama ada gulai tempoyak atau gulai santan kunyit) pastikan anda memilih premis yang terkenal.
Cuma pastikan anda bertanya harga...sepotong gulai patin sangkar hanya sekitar rm7-8 sahaja tetapi sepotong gulai patin liar mencecah antara rm45-80
Cuma rugi jika tak merasai secret recipe ini..
No comments:
Post a Comment