10 Disember 2011 (Sabtu)
12.30 tghari
Lokasi : Kg Sg. Dingin, Mentakab
Tiba-tiba dalam suasana pagi yg masih dingin PHD telah dikejutkan dan 'diarahkan' utk melaksanakan dua aturcara kekeluargaan..Aturcara pertama berjaya dibereskan dan aturcara ke-2 yang ditunggu-tunggu iaitu kenduri akikah anak saudara pupu sebelah mertua..Sudah pasti hidangan utama kari kambing !!

Kenduri ini diadakan di sebuah perkampungan tradisi di tepi Sg Semantan ( sungai yg penuh dengan nostalgia pejuang bangsa) . Sg Semantan ini mempunyai muka kuala yg bersambung dgn Sg Pahang . Pertemuan dua sungai ini di Kuala Semantan iaitu terletaknya Esplanade Temerloh & Pekan Sari Temerloh
Selain pemandangan indah, Sg Semantan kaya dengan ikan-ikan eksotik yang bernilai tinggi spt jelawat, lampam, patin, temelian, kerai dll
Perjalanan paling dekat dan pantas ke Kg Sg Dingin ini ialah melalui titi gantung yang merintangi Sg Semantan
Lokasi titi gantung ini berdekatan shj dengan rumah mertua ..jadi tidaklah bermasalah sangat kecuali anak-anak yg ketakutan apabila titi ini bergoyang.
Kelihatan sebuah sangkar yang terapung-apung di atas permukaan sungai
Hidangan rumah Pak Teh Din memang membuka selera..Gulai patin resepi ke-2 (berlainanan dengan resepi mertua) yang enak, rendang kambing akikah, ikan tilapia goreng, kerabu taugeh dan pucuk paku membuatkan PHD terpaku menghabiskan semua juadah
Semua ikan-ikan dipelihara sejak kecil dalam sangkar. Makanan akan diberi setiap hari. Air sungai Semantan yg mengalir deras akan sentiasa membersihkan sangkar ini dan memberi bekalan tambahan makanan plankton sungai
Sangkar ini diikat sekelilingnnya dgn tong-tong minyak kosong sebagai pelampung. Tali kabel yang kuat diikat ke tebing dan sentiasa dikawal panjangnya bergantung aras air sungai
Pemandangan titi gantung tadi dari sangkar sungai ini
Pondok rehat & menunggu berhadapan sangkar.
Pembeli-pembeli boleh sahaja membeli ikan-ikan pelbagai saiz dan jenis terus dari sangkar sungai Pak Teh Din..
Sekian laporan dari PHD dari Mentakab , Pahang DM
Pembeli-pembeli boleh sahaja membeli ikan-ikan pelbagai saiz dan jenis terus dari sangkar sungai Pak Teh Din..
Sekian laporan dari PHD dari Mentakab , Pahang DM
1 comment:
Dalam 17 tahun lalu ada seseorang yg rapat nampak sebuah kapal layar berwarna putih yg besar berlabuh dekat dgn titi ni semasa melaluinya slps subuh nak ke sekolah..
Post a Comment