Tarikh : 1 Disember 2011
Masa : 1.30 tengahari
Cuaca : Mendung & hujan renyai-renyai
Tempat : Medan Selera Tepian Sg Pahang
Nota : Deretan gerai makan yang menawarkan semua hidangan selera kampung tradisi orang Temerloh..Menjadi tumpuan seluruh penduduk terutama staf-staf kerajaan dan swasta. Mula berniaga seawal pagi sehingga lewat tengah malam. Antara yang popular di sini ialah Gerai Makan Pak Usop yg baru-baru ini masuk dalam Majalah 3, TV3 dan juga terkenal di sini ialah Yunus Satay (berniaga malam) yg sudahpun popular sejak awal 1970an
Kedai makan ini memulakan jualannya jam 11.30 pagi sehingga lebihkurang jam 3.30 petang..2 periuk besar gulai patin tempoyak waktu itu baru sahaja masak
Istimewanya gulai patin ini dihidangkan panas-panas dalam mangkuk khas
Gulai patin Pak Usop ni dijual rm 8 sepotong..Boleh pilih bahagian ekor, badan atau kepala. saiz patin yg dihidang memang besar-besar..memang puas hati
Cara makan ikan patin ini ialah seperti kita makan sup ayam..Dengan menggunakan sudu, potong sedikit isi patin, kuah dan dihirup terus atau dicampur dengan nasi baru kunyah..Ini teknik untuk mencapai keazatan rasa yang paling maksmimum...
Macamana rasa nikmatnya? Sukar untuk menggambarkannya cuma ada sorang staf kerajaan dari Mersing yang dihantar berkursus di Temerloh; seorang yang anti ikan sungai tetapi akhirnya 'ketagihan' gulai patin Pak Usop sehingga menggenapkan 30 hari sepanjang kursusnya di sini..Dahsyat bukan ??
Inilah deretan kedai makan yang menghidangkan pelbagai makanan tradisi Temerloh..Orang kata kalau makan di sini tak perlu pergi mana-mana di pahang sebab semua masakan tradisi orang Temerloh, Jerantut dan Lipis ada di sini. Harganya juga berpatutan
PHD berbangga sebagai anak jati Temerloh yang terkenal dengan masakan patin. Ikan patin juga sangat sedap digoreng kunyit secara garing (lebih sedap dari ikan Salmon?) dan orang KL suka memasaknya secara asam pedas. Ikan patin juga sangat sedap dimasak gulai lemak kunyit.
Semasa makan seorang pekerja gerai makan ini akan menulis harga yang perlu dibayar. Lain-lain menu di sini sedap juga. Air sejuk seperti sirap laici, teh limau nipis panas serta ABC juga sangat enak dan sesuai diminum selepas menikmati gulai tempoyak patin
Artikel berkenaan kunjungan pertama tahun lepas di Kedai Makan Pak Usop di sini [klik..]
Lain-lain kisah memasak ikan patin di sini [klik...]
No comments:
Post a Comment