Lokasi : Medan makan Stesen Bas Temerloh (lama)
Bersebelahan Pekan Sari Temerloh dan River Front Sg Pahang
Masa : 2.30 petang
Sebagai penduduk asal Temerloh memang tak dapat dipisahkan dengan ikan patin. Malah Temerloh dinamakan Bandar Patin. Walaubaimanapun, nama asal daerah ini adalah Kuala Semantan. Kuala Semantan terkenal dengan pejuang-pejuang tanah air seperti Mat Kilau,Tok Gajah, Tok Bahaman dan juga Ibrahim Yaakob, Parti Komunis Malaya (Malay Regiment) yang sangat ditakuti dan juga penulis seperti Allahyarham Pak Sako. Perjuangan untuk mendapatkan nama sebagai Bandar Pejuang dikatakan gagal..
Tinggalkan kisah tu kembali kepada patin. Masakan gulai tempoyak patin memang amat terkenal di Temerloh. Ada yang sanggup datang sejauh Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bahru semata-mata ingin menikmati hidangan yang amat lazat ini. Faktor penentu keenakan masakan patin ini adalah resipinya.
Gerai Pak Usop adalah gerai yang paling popular dengan masakan patinnya. PHD suka 'try' macam-macam resepi patin dan akhirnya berpeluang mencuba di sini setelah datang 2 kali.
Apabila masuk sahaja ke gerai Pak Usop, aroma masakan tempoyak patin menusuk-nusuk hidung. Terdapat dua(2) periuk besar yang tersedia untuk dihidang panas-panas.Pelbagai jenis masakan tradisi Pahang juga tersedia termasuk bermacam jenis sambal dan cecair pencicah.Memang menyelerakan !!
Terlalu ramai pengunjung gerai ini sehingga terpaksa menunggu untuk mendapatkan meja. Akhirnya terdapat meja di hujung sekali (luar gerai) yang belum sempat dikemaskan.
Akhirnya tercapai hajat untuk merasa resepi Pak Usop. Ikhlas dari PHD bahawa inilah rasa yang terbaik dan paling mengejutkan 99% menyamai resepi ibu mertua yang memang berasal dari daerah masakan patin ini iaitu Jerantut
Tak lama dapat menikmati atau 'mengulang'(menambah) seperti pengunjung-pengunjung lain. Bagi yang tak pernah merasa ikan patin, disyorkan sangat singgah ke sini. Kalau melalui Lebuh Raya Pantai-Timur masuk ke Tol Temerloh, ambil jalan ke bandar Temerloh. Cuba cari lokasi bandar berhampiran tebing Sg Pahang. Medan makan ini bersebelahan dengan Stesen Bas (henti-henti) dan stesen pam Petronas.
Nikmatilah hidangan gulai tempoyak patin sambil menghayati kehidupan di sekitar tebing Sg.Pahang. Ikon raksasa 'TEMERLOH' betul-betul mengadap deretan gerai di sini.
Masa perniagaan 12 tengahari-3.30 petang.
Selamat Mencuba !!
No comments:
Post a Comment