Tarikh : 28 Disember 2010
Masa : 8.30 malam
Lokasi : Bazaar keropok Mersing
(Sepanjang jalan Tanjung)
Hujan monsun sudah bermula. Sejak awal pagi tadi hujan lebat (dijangka 8 hari) dan ombak melanda bumi Pak Malau ini. Hujan-hujan ni teringat nak makan keropok Mersing yang menjadi ikon pelancongan di sini.
Sejak lebih setahun lepas terdapat semacam persaingan sengit bisnes produk laut di sini. Mungkin berpunca pertambahan saban tahun pelancong ke sini. Bilangan premis meningkat, begitu juga kebanyakannya sudah dinaik taraf premisnya menjadi lebih besar, selesa dan menarik
Menariknya,bazar-bazar ini yang menjadi tumpaun utama pelancong kini sudah dibuka sehingga malam.
Keropok lekor yg siap direbus juga ada dijual dalam saiz besar dan kecil
Sehingga malam tak sunyi dengan pengunjung yang akan pulang jauh ke Singapore , JB,KL atau Melaka
Di sepanjang jalan Tanjung hingga ke Pantai Seri Lalang serta Tanjung Genting sentiasa penuh dari pagi sehingga tengah malam. Terdapat gerai dan medan selera terkenal seperti Medan Selera Tanjung,Warung Pak Senin,Medan selera Seri Lalang (terdapat Restoren D'Pantai [klik untuk cerita],Sally Palace & gerai-gerai karaoke. Juga gelanggang futsal dan juga pasar tani@malam setiap Jumaat & Ahad (pagi)..pembaca boleh rujuk posting-posting lepas pada Label
Jangan lupa berkunjung ke sini. Tak sah ke Mersing jika tidak merasa keunikan perisa dan tektur produk lautnya !!
No comments:
Post a Comment