Masa : 6.45 - 7.40 pm
Selesai meononton Harry Potter sempat juga ke TC . Tiba di sana sudah memasuki Maghrib. Suasana malam di sini mungkin yang paling happening di antara semua pantai-pantai popular di Semenanjung
Terdapat satu dataran yang luas (tanpa parkir kereta) dan pelbagai jenis gerai termasuk Mc D dan KFC. Menikmati makanan dengan suasana indah cahaya lampu dan angin pantai mungkin suasana terbaik untuk bersantai di luar pada waktu malam.
Terdapai gerai-gerai ala pasar malam tetapi teratur dan kemas. Pelukis-pelukis jalanan juga menunjukkan bakatnya di sini. Walaupun sudah malam sinaran lampu spot yang amat terang (dan banyak bilangannya membolehkan pengunjung-pengunjung yang datang lewat masih boleh bermain di pasir dan di gigi air. Menariknya,ombak di pantai ini sentiasa kuat mungkin kedudukan yang agak terbuka tanpa pulau-pulau di sekitarnya. Kesan pasang surut laut juga tidak ketara di sini.
Di sebelah kiri pantai (foto di bawah) adalah kawasan-kawasan berbatu yang cantik. Terdapat laluan pejalan kaki berupa tangga dan jambatan-jambatan kecil ke teluk bersebelahan (PHD tak pernah ke sana). Terdapat lampu-lampu yang menerangi semua laluan ini.
Laluan turun ke pantai
Jaluran pantai yang dipenuhi premis perniagaan yang cantik
Beberapa dataran yang luas
Kanak-kanak paling seronok walaupun sudah biasa dengan suasana pantai di Mersing
Khabarnya TC tak pernah sunyi dari pengunjung..
Tiba masa untuk berkunjung ke rumah saudara-mara di Kuantan sebelum kembali ke Mentakab
No comments:
Post a Comment