19 Disember 2011
Setelah check in kami bergegas mencari premis menjual hidangan tengahari kami
Untuk mendapatkan parkir kereta yg berdekatan dengan destinasi yg dituju agak sukar. Kami terpaksa meredah hujan renyai & angin sejuk sebelum tiba di deretan medan makan yang sudah lama popular betul-betul di tepi jalan utama pekan Tanah Rata
Terdapat pelbagai pilihan juadah dengan harga yg tertera dan sgt berpatutan
Gerai pilihan kami yg pertama ini ala Thai tetapi daging merah jd daging black pepper & sgt liat
Di sana-sini tertera iklan2 hotel, apartmen & homestay untuk di sewa
Pada malamnya kami bergegas ke Pasar Malam Brinchang. Pasar malam ini pada masa cuti sekolah dibuka setiap hari. Tapak pasar malam ini terletak berhadapan kuarters polis. Seingat PHD pada masa dulu lokasi pasar malam ini di tengah-tengah pekan dan bersaiz kecil shj
Saiz pasar malam Brinchang memang besar. Terdapat ratusan gerai menjual bermacam jenis cendermata berjenama Cameron Highlands, pakaian-pakaian tebal dan makanan
Cuaca malam lebih sejuk pada musim monsun ditambah angin yg kuat dan hujan renyai dan kadangkala lebat. Pengunjung dari luar disyorkan membawa pakaian tebal dan memakai stokin untuk anak-anak untuk mengelakkan diserang demam
Sarung tangan dengan corak kartun animasi menjadi rebutan kanak-kanak
Jus strawberry dan produk-produk yg berkaitan memenuhi gerai-gerai di sini
Cenderamata yg unik berupa serangga mainan yg mampu bergerak seperti sebenar
Terdapat hotel-hotel yg agak popular berdekatan denga pasar malam di cerun bukit ini
Teh tarik strawberry pun ada dijual !
Buah jambu yg dikatakan diperam dlm cuka ini rasanya sgt lazat..tak percaya datang la ke CH
Makanan yg dijual panas-panas merupakan daya tarikan utama dlm cuaca yg dingin ini
Pemandangan dari tingkap di puncak Arabella jam 9 pagi keesokan harinya
Jika tidak kerana ada beberapa lokasi yg ingin dijelajahi aktiviti lepak2 & tidur merupakan pilihan yg paling popular ketika ini
Ikuti bahagian ke-3 nanti..
No comments:
Post a Comment