Date :
13 & 14 Disember 2011
Lokasi :
Pantai Puteri , Melaka
Kunjungan PHD ke Melaka (setelah 2 tahun tak ke sana bersama keluarga) sebenarnya tak dirancang. Misi ke sana untuk ke Darul Aitam. Setelah hotel ditempah secara online kami pun bertolak dan tiba di sana jam 9.00 malam. Setelah check in kami bergegas ke Pantai Puteri
Untuk ke lokasi restoran ini tidak sukar kerana kami kerap ke sana sejak PHD tinggal di Melaka ( 1997-2002). Suasana indah senja tika matahari terbenam di Pantai Puteri yg saban tahun menjadi tuan rumah GP Joran menambah keceriaan
PHD & keluarga menganggap Barkat Roti John merupakan roti john yang terbaik dan mungkin resipi asal hidangan ini. Roti John di tempat lain biasanya hanya spt roti kebab atau roti-roti western biasa. Sesiapa yg pernah mencuba di sini mungkin akan kurang berminat untuk merasai hidangan di tempat lain
Masa menunggu pesanan singkat sahaja kerana hidangan ini dimasak dalam kuantiti yang banyak
Kami menempah 3 set dengan harga rm 4.00 dan sangat berpatutan dengan kualiti dan saiznya.
Barkat Roti John dibakar rangup..Isinya ada berasa sardin & sedikit telur (mungkin) yang mencetus rasa yg sangat lazat. Sukar untuk dinyatakan di sini cuma sesiapa yg tak pernah mencuba Barkat Roti John kiranya 'tak sah' percutian ke Melaka ( Selain ikan bakar Umbai & Kari kepala ikan Merlimau)
Sos pencicah PHD anggap sebagai 'superb' ! Very light but tasty..
Selepasnya pekena teh tarik pula..
Ayam golek (foto di bawah) Barkat Roti John dengan pencicah khas merupakan pelengkap rasa untuk kami malam itu
Ayam golek (foto di bawah) Barkat Roti John dengan pencicah khas merupakan pelengkap rasa untuk kami malam itu
Ahli keluarga yang pertama kali mencuba..Best in the world !
Hari ke-2 sebelum bertolak pulang ke Mentakab kami sekali lagi menjamu selera di sini buat bekal untuk kunjungan akan datang, InsyaAllah
Hari ke-2 sebelum bertolak pulang ke Mentakab kami sekali lagi menjamu selera di sini buat bekal untuk kunjungan akan datang, InsyaAllah
Untuk ke Restoran Barkat Roti John tak sukar. Jika dari Ayer Keroh atau Banda Hilir pilih jalan-jalan utama yg menuju ke Klebang. Sampai di Kelebang susuri jalan pantai menuju ke Masjid Tanah..Kemudian apabila bertemu papan tanda ke Pantai Puteri, anda akan berjumpa mungkin dalam 1-2 simpang kecil sehingga bertemu jalan susur Pantai Puteri yang menganjur beberapa km. Restoran ini berada betul-betul di tepi jalan. Parkir di halaman dalam restoran
Restaurant Barkat Roti John
(Ayam Golek Ala Timur)
No. 2175-2, Pantai Puteri, Tanjung Kling,
76400 Melaka.
Tel: 019-314 8910 / 013 387 2887
Waktu Operasi : 6pm hingga 1.30 am.
Restaurant Barkat Roti John
(Ayam Golek Ala Timur)
No. 2175-2, Pantai Puteri, Tanjung Kling,
76400 Melaka.
Tel: 019-314 8910 / 013 387 2887
Waktu Operasi : 6pm hingga 1.30 am.
Selamat mencuba !!
No comments:
Post a Comment