7 Disember 2011
Masa : 7.15 malam
Lokasi :
Jalan Mok Hee Kiang
(Bersebelahan pasaraya The Store Mentakab)
Waktu perniagaan :
Setiap hari : 5.30 ptg - 10 malam
Jika anda tiba lewat petang ke Temerloh & Mentakab , pasar malam ini memberikan peluang kepada anda untuk merasai juadah moden dan tradisi orang-orang Temerloh
Buah-buahan import , bermusim seperti durian dan rambutan serta produk pertanian tempatan seperti pisang ( untuk dimakan begitu sahaja atau dimasak), labu,ubi-ubi, nangka, cempedak, nenas dan lain-lain begitu mudah didapati di sini
Petai, jering, kerdas, cili api, jagung muda serta bahan-bahan mentah untuk masakan tradisi tempatan seperti kunyit, serai,halia, daun-daun & pucuk-pucuk yang boleh dimakan juga banyak dijual
Makanan ringan pilihan PHD ialah Kentang Goreng Pring pelbagai rasa...3 kali pun tak cukup..ada macam-macam perisa..cheese, blackpepper & barbeque
Bukan sayur dan buah-buahan sahaja tetapi segala jenis sup, makanan goreng segera dan makanan berat-berat ada dijual digerai-gerai makan (ada meja & kerusi) di pasar malam ni
Rambang mata untuk memilih..
Kenal tak buah-buah tradisi ni??..byk dijual dengan harga berpatutan
Tempoyak manis & masam juga ada dijual..Masakan tradisi Temerloh tak boleh lari dari menggunakan bahan asas spt tempoyak..
Pasar malam ni dibuka setiap hari....Tak rugi singgah ke sini untuk mendapatkan juadah-juadah istimewa ..
Bagaimana ke Pasar Malam Harian Mentakab :
1. Keluar Tol Temerloh (LPT)
2. Ambil jalan kiri ke Mentakab ( 5 km sahaja, jalan 2 lorong)
3. Sampai di bandar Mentakab, lokasi pasar malam ini di jalan belakang deretan bangunan di sebelah kiri ( belakang KFC)
( Lebih kurang 10 minit sahaja dari tol )
Bagaimana ke Pasar Malam Harian Mentakab :
1. Keluar Tol Temerloh (LPT)
2. Ambil jalan kiri ke Mentakab ( 5 km sahaja, jalan 2 lorong)
3. Sampai di bandar Mentakab, lokasi pasar malam ini di jalan belakang deretan bangunan di sebelah kiri ( belakang KFC)
( Lebih kurang 10 minit sahaja dari tol )
No comments:
Post a Comment