Tarikh : 20 April 2011
Masa : 10.20 am
Venue : ILP Mersing ( 10 minit dr maktab)
Tujuan ; Bench marking
Ahli rombongan : 12 orang
Ahli rombongan : Pengetua, TP HEK dan wakil hampir semua jabatan & unit
Carta organisasi yang berkilat, keemasan & biru bergemerlapan
Kaunter hadapan yang mesra pelanggan
Deretan trofi & cendermata di susun cantik di dalam almari kaca yang besar menuju bilik mesyuarat
Kombinasi warna yang lembut, ceria & santai
Taklimat 5S' oleh Pengarah ILP Mersing, En. Sarman..padat, ringkas, bertenaga & penuh tindakan. Di sampaikan dalam nada bersahaja, penuh merendah diri tapi mantap
Amalan 5 S' sudah bermula di sini pada mulai tahun lepas. Kesannya amat baik & tahun ini mereka memohon untuk mendapatkan pengiktirafan 5 S'Antara yang fakta yang dapat dimuatkan :
1. Mengadakan benchmarking di 8 institusi
2. Mengadakan zon-zon 5S' pada unit berbeza
3. Peruntukan dan pemarkahan 3 peringkat untu setiap zon
4. Menawarkan kepada pelajar sijil-sijil perlaksanaan 5S' berdasarkan jumlah minimum jam (60 jam) perkhidmatan yang diberikan
5. Auditan 5 S' dijalankan 3 kali dengan bayaran tertentu
Cenderhati dari MRSM Mersing
Lampu-lampu dan suis semuanya di 'tag' untuk melengkapkan amalan 5S'
Semua kedudukan peralatan & kemudahan akan di buat 'parking' untuk mengekalkan kedudukan yang betul
Sudut 5S' di ofis
Semua kedudukan peralatan di buat 'parking' supaya kedudukan peralatan semua saiz berada pada lokasi yang betul..huyyoo
Almari yang di 'tag' secara 5S'
Pandangan dekat
Fail-fail juga di tag dengan kemas & terorganisasi
Huhu..soket pun di tag & bersih serta kemas..x da habukk
Puluhan CCTV bersama sistem monitor lebar (bernilai rm80,000) untuk pemantauan di letakkan di bilik Pengarah dan setiap Unit untuk memudahkan penilaian keadaan, aliran kerja, pergerakan pelajar dan staf ,keselamatan dll. Suatu yg PHD pernah cadangan pada skala yang lebih kecil. Pernah sebuah sekolah harian di Kuching berjaya mengurangkan masalah disiplin sehingga 90%. Kedudukan bilik pengawal yang jauh serta terlindung; begitu jua kedudukan di dalam asrama yang tersorok memberi peluang untuk pelkbagai aktiviti negatif samada penghuni dalam atau di luar dari maktab. Kehadiran cctv mampu membantutkan niat jahat sesiapapun. Pengetua, guru asrama, pentadbir, penyelia mahupun guru kelas tidak perlu kerap 'meronda' dan merasa 'lebih tenang'.
Konsep CCTV ni sama la dengan konsep malaikat mencatat perbuatan baik & buruk..Untuk mngelak niat 7 amalan buruk sebaliknya menggalakkan amalan terpuji..Haha..Panjang khutbah
Lengkap pantry ofis ILP ni
Unit menawar & menyediakan peluang kerja
Cafe bersaiz mega
jamuan separa berat..bilik makan staf yang luas & berhawa dingin
En Abdul yg ceria, kreatif & bertenaga..bukan bodek taw..ikhlas
Mr Shafie bersedia untuk menjamu..
Ini Zon 5S' kawasan Pusat Sumber
carta gantt
Ni logo 5S' ILP Mersing
PSP yang penuh dgn 'tag' dan tersusun rapi
Cantikkkk..
Tong Sampah di Tag & di Parking..so tada tonggang-langgang lagi
Satu lagi monitor CCTV yang mengawal semua ruang pusat sumber..pelajar x leh menconteng, bua bising, buat 'projek' atau apa-apa yg mencurigakan lagi
Huhu..remote pun semua ber'tag' ..susah la di pindah senyap2 ke tempat lain
Zone Kimpalan..Kreatif la diorang ni..mcm2 design dicipta
Ex-student Sir Ali di MRSM Muar
Laihat betapa kemas & kuat kimpalan pada besi yang teba-tebal & bulat ni
Zon Teknologi Elektrik..Hebat amalan 5 S' di sini
Zon Telekomunikasi..Pemenang 5S'
Banyaknya aktiviti !!
Confirm tak sesat..hebat-hebat..Kita bila lagi??
Canggihkan logo ni..
Setiap guru kelas mempunyai 'tag' yang menarik !!
Huhu..kelasnya..memang 'class'..bentuk kerusi meja yang ergonomik..sikit pun tak ada contengan..siap ada 2 unit aircon 2 hp..
Meja staf
Kami semua balik jam 12.15 tghari dengan puas hati kerana ILP Mersing memang benar-benar melaksanakan 5S'..Pengarah & timbalannya suka 'turun padang' ..meronda sekitar kawasan ILP yang sangat luas, berbukit bukau lagi tangga yg amat tinggi. Masa van kami datang tadi pengarahnya berpeluh-peluh sedang meronda kawasan ILP. Beliau kata yang beliau akan 'buat kerja' yang staf mengatakan tak mampu. Contohnya beliau sendiri turun mencangkul lobang-lobang berbatu untuk membuktikan yang pokok boleh di tanam di kawasan berbukit batu potong ini. Mereka sudah ada kebun sawit dengan 400 batang pokok, dusun durian & kolam ikan yang baru dibina.
Bravo !! kepada Warga ILP..kami berbangga menjadi jiran anda !!
Sampai di meja ..ada cenderahati pesanan dari ex-student yang menerima Anugerah Cemerlang..Walaupun tak dapat anugerah tahun ini tetapi yang comel ini tetap penyejuk hati.. Tq & moga sukses di mana jua anda berada!!
3 comments:
thank you.. info yang berguna untuk kami dari Sekolah Tunas Bakti Kota kinabalu yang baru memulakan amalan kerja 5S ini... semoga kita dapat berkongsi idea dan maklumat dari masa ke semasa....
sudi-sudi lah melawat blog kami http://jayrod5475.blogspot.com/ untuk memberi komen dan berkongsi ilmu..tq
Post a Comment