Terjumpa satu senarai yang ditulis oleh seorang ahli forum internet yang agak terkenal.
Tugas-tugas guru yang dapat disenaraikan..
1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan
Ulasan :
1. Ini tugas guru kementerian bukan MRSM
2. Dr Shukri (smartlearning) dalam bukunya ada menyebut bahawa ramai anak2 yang menjadi anak yatim sudah lama sebelum ibu bapanya meninggal dunia
3. Masa yang hilang dengan anak-anak tak dapat 'dibayar; oleh apa jua bentuk ganjaran sama ada wang atau anugerah
3. Dulu pernah PHD dipersenda ala2 di tuduh tidak mempedulikan kebajikan anak-anak homeroom .(my God ! Tanya la sendiri ex-anak2 homeroom ttg bapa hroom ni) Kemudian PHD tanya dia pulak : "Aku tengok kau ni asyik kelihatan di tepi pantai atau bawa makan dengan students tapi susah sgt nampak dgn anak2 & famili". Guru yang menuduh td menjawab :" Aku bawa time cuti semester ".. Aku gelak jer dan selamba menamatkan bicara: 'Ye la sbb di sekolah ada orang beri markah tapi di rumah anak2 x dpt beri markah..Aku tak kisah n tak cemburu tapi dia yg sibuk.
Ada kes cikgu-cikgu perempuan (sekolah lain) yang sangat ceria & sangat rajin memasak jika ada aktiviti di sekolah tetapi di rumah tong gas tak bertukar 6 tahun ( siap berbangga tak memasak di rumah).Laki dia dok bising isteri 'terdampar' seperti ikan paus bila tiba di rumah.
Lebih serius kes-kes seperti cikgu-cikgu yg berkeras tak nak bertukar berdekatan dengan suami kerana 'obsessed' dgn kerja2 sekolah malah ada yang sanggup tak kahwin jika terpaksa bertukar.
4. Sayyidina Ali kwjh ada myebut : " Bahagikan harimu dengan tiga bahagian: Satu bahagian utk negaramu, satu bahagian untuk keluargamu. satu bahagian untukmu dengan Allah.
Maknanya kalau dibahagi sama rata : 8 jam setiap satu
Ada kajian menyatakan pecahan kek masa ni jika selalu diganggu akan menyebabkan krisis salah satu bahagian.
Contohnya asyik di tempat kerja..akibatnya anak-anak merayau, isteri gila berfesbuk..Anak cikgu sains failed paper sains, anak ustaz failed paper agama dll. Nak baca Quran setiap hari satu muka pun x larat. Kenkadang tu (PHD sendiri) kalau anak-anak bertanya pasal homework, layan-tak layan tetapi kalau kat sekolah sanggup sejam beri penerangan jika ada pelajar yang datang bertanya..rasa cam hipokrit & tak adil.
Kalau asyik dengan Allah (beribadat khusus)..cthnya asik keluar berdakwah jer..anak bini terabai dan mcm2 krisis lagi umpama bom nuklear yg menunggu utk meletup
Jika asyik dengan keluarga. Kerja terabai, lintang-pukang, rezeki pun kurang, menyusahkan rakan-rakan dll
Tapi jika ke tiga-tiganya seimbang (Jomla calonkan nama guru tu..mari kita buat dia sebagai model) memang hebat dan syabas !!
Tapi memanglah punca sebenar krisis akhlak & budaya yang melanda di negara kita bermula dari unit terkecil masyarakat iaitu keluarga..Fikir-fikirkanlah bersama
Seorang pengkaji masyarakat barat menyatakan : " Punca kemusnahan akhlak masyarakat barat apabila wanita keluar rumah untuk bekerja" iaitu semasa barat mulai memodenkan industri & pembangunan negara sekitar 1920an. Mereka 'lebih awal' mengalaminya dan kini telah banyak mengatasi 'kekangan masa' supaya akses untuk memenuhi tuntutan ketiga-tiga bahagian iaitu kerjaya (negara), keluarga dan kerohanian (hubungan dengan tuhan) dapat dicapai.
NASI DAGING UTARA
2 months ago
2 comments:
suka baca part yang cikgu ulas kat hujung post!!
Abu Dzar: Terima kasih..malam tadi tak sempat editing sbb tiba-tiba internet slow..ni ada tambahan editing sikit.he3
Post a Comment