Tarikh :24 April 2011
Masa : 12.40 tengahari
Venue : Rumah Tok Khamis, Ketua Kg Sg Muka Dua
PHD rasa inilah majlis kawin warga MRSM Mersing yang paling eksklusif. Setiap khemah dihias indah termasuk khemah meja santapan mempelai dan rombongan
Cuma kali ini datang terlalu awal. Rombongan lelaki belum sampai.
Kemasan mewah & menarik buat setiap ahli keluarga yang telah dicantum ikatan persaudaraan ini. Bestnya !! Pelamin yang sangat cantik dan eksklusif. Kenangan terindah buat kedua-dua pasangan. Minta no hanphone tauke pakej ni..hebat !! Cuma pengantin belum tiba. Rugi betul PHD kali ni
Meja tetamu yang datang bersih, kemas. Penghidang dan pelayan mempunyai pasukan dengan pakaian yang dikhaskan
Huhu..lauk istimewa & banyak pilihan..Rendang daging hitam, ayam cili, kari dal pedas, sayur lemak nangka,ikan goreng, ikan masin, ulam, sambal belacan,acar buah, tembikai,agar-agar..hmm tak ingat..Tapi mmg menyelerakan. Boleh makan pakai sudu garfu.Terima kasih tuan rumah
Tok Khamis yang peramah & popular di kalangan penduduk Mersing.
Takkan tersilap rumah sbb banner dengan foto pengantin di letakkan di muka simpangPok Nik (Medichemie) & famili baru tiba dengan anak-anak. Mereka baru selesai menyertai pertandingan mewarna di KFC Mersing..Pok Nik memang hensem & smart. Aktif dalam jawatankuasa PIBG sekolah SK Sri Mersing dan Sekolah Agama Bkt Timbalan serta aktiviti kebajikan lain.
Walaupun tidak dapat bersama-sama dengan Noraini & suami di pelamin, PHD ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah atas majlis yang meriah dan menarik ini. Moga berbahgia & cemerlang hingga ke anak cucu !!
No comments:
Post a Comment