Tarikh : 24-27 April 2011
Masa : 4.15 petang
Perjalanan : Mersing ke Kuala Lumpur (pergi-balik)
Platform ketibaan bas
Sunyi kerana rakan-rakan & keluarga tidak dibenarkan berada di platform. Apatah lagi 'ulat-ulat' atau mat atau minah lepak
Eskalator membawa penumpang yang baru tiba ke tingkat 2 iaitu balai menunggu. Sanak-saudara menunggu dengan selesa ketibaan penumpang
3 orang guru perempuan yang berkursus di Lembah Kelang
ex-student yang bkerja di KL
Tempat duduk yang selesa, bersih dan banyak bilangannnya. Ruang yang besar dan berhawa dingin sepenuhnya
Ruang legar yang sangat besar dan mewah; umpama shopping complex
Pasaraya mini yang khas menjual jajan & minuman ringan. Tiada lagi kedai-kedai sempit yang kotor seperti di Puduraya
Tiba masa untuk mendapatkan teksi & LRT
Pandangan dari jejantas yang menguhubungkan dengan terminal utama ke stesen-stesen LRT, KTM & ERL
Terminal bertutup bersaiz mega
Jambatan besar mengubungkan MRR2 Cheras ke TBS
Perjalanan pulang KL-Mersing
Paparan monitor status bas, destinasi, masa sama ada belum tiba, menaiki atau telah bertolak
Eskalator menuju tingkat atas yang menempatkan premis-premis makanan
Meja makan dan kerusi banyak disediakan di setiap ruang untuk penumpang bersantai. Ramai yang menjadikan sebagai tempat hidangan, ber'facebook' dan tidak kurang berbual-bual Kepsi
Kaunter-kaunter tiket
Di mana-mana ruang ada disediakan papan monitor status perjalanan..Anda tak perlu risau lagi. Begitu juga tandas yang selesa serta surau ada di setiap aras
Medan makan yang menempatkan ruang makan selesa. Pembelian makanan menggunakan 'token'. Mungkin untuk mengelak pemilik meletakkan harga sesuka hati
Ruang simpanan beg automatik banyak disediakan. Beg anda betul-betul selamat . Tidak melibatkan sebarang kakitangan di sini. Pada skrin, pilih no. almari,masukkan duit dan almari akan terbuka secara automatik
Kerusi-kerusi ala taman memenuhi Balai Berlepas/Menunggu
Ruang menunggu untuk menaiki bas. Hanya penumpang sahaja dibenarkan turun ke ruang ini melalui eskalator. Terdapat dua orang polis bantuan memeriksa tiket dan barangan sebelum turun umpama 'check in' di airport
Tiada suasana kelam-kabut, asap, kegelapan. Penumpang merasa selesa , tenang & tenteram sehinggalah menjejakkan kaki ke dalam bas
No comments:
Post a Comment