Pada hujung minggu ini, unit guru asrama telah menjalankan 'spot check' secara besar-besaran di asrama untuk mengesan pemilikan telefon bimbit dan barang-barang lain yang dilarang penggunaannya di maktab. Setelah beberapa lama peringatan, surat edaran serta penerangan diberikan tentang pelaksanaan dan rasional larangan penggunaan telefon bimbit di MRSM Mersing, tibalah masanya peguatkuasaan paling tegas dilaksanakan.
Hasilnya 24 buah telefon bimbit telah dirampas beserta 5 kotak baju T tanpa kolar. Terdapat beberapa lagi barangan terlarang diperolehi. Telefon bimbit terbabit hanya akan diserahkan kembali pada hujung tahun (mujur tak dilupuskan). Beberapa orang pelajar akan didakwa di JDRM kerana kesalahan-kesalahan berat & sederhana melalui operasi tersebut.
Sehubungan dengan itu kerjasama dari ibu bapa dan penjaga untuk memastikan anak-anak tidak dibekalkan dengan telefon bimbit atas apa jua alasan. Peraturan maktab dibuat atas kepentingan dan keselamatan semua warga maktab terutamanya pelajar. Marilah sama-sama kita mendidik anak-anak pelajar menghormati peraturan untuk membina jati diri yang berdisiplin, sabar dan cemerlang di mana jua mereka berada nanti.
Penghargaan kepada Ketua Guru Asrama, guru-guru asrama, pihak LDP dan BWP yang sama-sama bekerjasama meluangkan waktu untuk melaksanakan peraturan maktab. Tak lupa syabas kepada pelajar-pelajar lain yang telah mengikuti semua peraturan yang telah ditetapkan.
"Kegemilangan Milik Bersama"
Laporan oleh:
Abdul Rahman b Ahmad
Penasihat LDP 2011
MRSM Mersing
NASI DAGING UTARA
2 months ago
No comments:
Post a Comment