Showing posts with label makan di Temerloh. Show all posts
Showing posts with label makan di Temerloh. Show all posts

Sunday, 2 September 2012

Temerloh Mall bakal mempercepatkan pembangunan bandar di sepanjang Bypass Temerloh-Mentakab

Nota :
Jalan ByPass Temerloh-Mentakab merupakan kawasan yang paling berpotensi untuk menjadi kawasan bandar baru pinggiran bandar Temerloh. Jika sepanjang jalan Temerloh-Mentakab sehingga ke Karak sudah dipenuhi dengan projek taman penginapan dan kompleks kedai kini tibalah masanya kawasan ini dimajukan.

Sehingga kini antara projek yang dijalankan sepanjang bypass yang dapat dimuatkan di sini ialah:

1. Kawasan Perindustrian Mentakab
2. Projek perumahan yang berhampiran kwsn industri ini
3. Sekolah menegah dan rendah Sri Tualang
4. Kompleks IPD Temerloh ( dalam pembinaan)
5. Temerloh Boulevard ( dalam pembinaan)
6. Kawasan Rekreasi Kubang Gajah
7. Temerloh Mall ( sudah beroperasi)
8. Taman-taman perumahan dan kompleks kedai Damai Court

 Di bahagian luar Mall terdapat kompleks kedai. Di sini kedai-kedai berjenama agak popular menjadi tumpuan
 Pintu utama Temerloh Mall. Pasaraya TF Value Mart menjadi premis utama di sini. Di Mentakab, TF menjadi tumpuan ramai utk barangan segar
 Parkir luar yang luas. Pasaraya ini dibina di jalan masuk taman perumahan yg terkenal di pinggir bandar ini iaitu Damai Court, Taman Cahaya dan Taman Jaya. Sekarang penduduk di kawasan ini yg suatu masa dulu hutan belantara (masa PHD bersekolah rendah)

 Bahagian tingkat bawah TM ni banyak kedai dan kiosk yang tersusun kemas dan cantik. Kedai-kedai menjual baju kontemporari pun banyak. Begitu juga baju reject shop utk eksport juga banyak pilihan.


Tingakt atas sebahagian besarnya dipenuhi ruang untk TF value Mart. Ruang kedai yang sangat besar spt Tesco. Pelbagai pilihan makanan segar (paling popular), alat tulis, barangan rumah juga pakaian. Hari raya yang lepas PHD membeli sebahagian pakaian raya di sini.

Oh ya..Di bahagian atas terdapat kedai kek milik bumiputera yang mempunyai pelbagai pilihan kek dan kulinari. Juga kedai barangan tradisional.

Kedai kasut Princess yg sangat popular di bandar-bandar besar juga terdapat di sini.Warga Temerloh-Mentakab sudah tak perlu ke KL atau Kuantan lagi untuk mendapat produk harian terbaik !

Kekurangan kompleks membeli-belah Temerloh Mall ini ialah tiadanya restoran makanan segera yang popular seperti KFC, Mc D dan Pizza Hut. Tetapi di sekeliling TM terdapat restoran tempatan popular seperti Old Town (mamak) , restoran-restoran masakan Thai yg pastinya menjadikan kawasan berhampiran ByPass ini akan bertambah meriah !

Saturday, 10 March 2012

Gerai Gulai Patin Pok Usop..beratur untuk tapau


10 mac 2012 (Sabtu)
12.32 tengahari
Lokasi :
Gerai Pok Usop 
Medan makan Lurah Semantan

Boleh pilih bahagian kepala, badan atau ekor
harga terkini ialah rm 10 sepotong besar

 2 periuk besar gulai patin tempoyak menanti pelanggan yg datang dari seluruh tanah air.
 Selain dari gulai patin bermacam-macam hidangan tradisional Pahang boleh didapati di sini. tadi PHD tapau juga sayur lemak kuning rebung + perut lembu
Gerai dibuka seawal jam 12 tengahari  dari Isnin-Sabtu

Untuk mendapatkan info lanjut tentang lokasi Gerai Pok Usop & gulai patin tempoyak di Temerloh yg tersohor seantaro Malaya ini bolehlah merujuk kepada artikel-artikel yg lepas..( klik di sini )

Ini video Gerai Pok Usop yang sempat dirakam tadi..


Monday, 23 January 2012

Cuti Orang Mersing : Menikmati Nasi Lemak Super Restoran Azhar sejak 1970an

23 Januari 2012
Lokasi
Restoran Azhar
Temerloh, Pahang

Peluang kembali ke Bandar Ikan Patin ini kami mengambil kesempatan menikmati hidangan Nasi Lemak Azhar yg kerap menghiasi dada akhbar sejak tahun 1970an lagi. Rasa sambal sotong, sambal & gulai daging yg unik lain dari lain menyebabkan 'tak sah' ke Temerloh jika tak pernah bersarapan di sini


Kuah sambal sotong memang 'best in the world'..cari la seluruh pelusuk negara tak tertanding maaa




Thursday, 12 January 2012

Banjir Januari 2012 : Hidangan Patin Tempoyak Pak Usop + harga sembelih?

13 January 2012
Jumaat
Lokasi
Medan Makan Lurah Semantan/Pekan Sari
( Tepi Sg Pahang)


Setelah mengambil risiko meredah air banjir di  laluan Nenasi-Pekan, Alhamdulillah hari ini  PHD telah menyelesaikan urusan medical check-up di Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSAS)

Kembali dari HoSAS jam hampir menunjukkan jam 11.30 pg dan perut pun dah berkeroncong. Sekali lagi PHD tergerak hati untuk menjenguk Kedai Makan Pak Usop yg terkenal dengan gulai patin tempoyak
Baca di sini artikel-artikel lepas tentang hidangan patin tempoyak [ klik...]


Apabila tiba salah seorang pekerja wanita di situ memberitahu bahawa ikan patin ( dalam 2 periuk besar) akan siap di masak dalam 20 minit lagi. Jadi PHD pergi ke gerai bersebelahan  yg menjual pelbagai jenis juadah yg juga agak terkenal dengan lauk-pauknya.

PHD telah meminta dibungkuskan :
2 keping ikan tenggiri kari
2 ketul ayam korma
2 biji telur itik masak gulai lemak
seketul ikan patin masak tempoyak bhgn kepala ( biasa dlm harga rm8)
sayur * perut lembu ( rm3)

Total harga : RM 40 !!

Patut la tokei masa mengira dok pandang-pandang muka dan bertanya tak pernah datanag ke sini. Sejak PHD bertukar kereta plate Johor ni asyik kena 'pau' aje dgn peniaga2 kat sini. Jadi tak heran la orang luar selalu menyebut kena 'sembelih' bila makan di area Temerloh

Berbeza  pula dengan
Kedai Makan Pak Usop

 Macam-macam jenis hidangan tradisi yg dijual di sini..Gulai patin, sayur umbut, gulai rebung, ikan bakar, jeruk maman...etc
..Tak tahu nak pilih sbb semuanya membuka selera
Menu pilihan PHD di Kedai Makan Pak Usop :

Nasi putih
Gulai patin bahagian kepala (rm 8)
Sayur umbut kelapa
Sedikit ulam-ulaman
Air suam

Total harga : RM 13
Walaupun harga tidaklah murah tetapi masih boleh diterima..

Begitupun begitu PHD masih bersyukur kerana masih diberi kesihatan yg baik untuk menikmati semua hidangan tersebut

Sekian laporan dari Temerloh, Pahang Darul Makmur

Sunday, 18 December 2011

Pasaraya TF Temerloh sudah hampir siap..

Nama : 
Pasaraya TF
Lokasi sekarang : 
Bangunan Pasar Lama Mentakab

Pasaraya TF Temerloh :
Akan dibuka ( dalam tempoh 3 bulan lagi)
Lokasi : 
Jalan Taman Jaya
Berhampiran jirat Cina, Pejabat Kesihatan Temerloh, Boulevard Temerloh ( sedang dibina)

Ini adalah pemandangan di bahagian pasar basah di TF Mentakab pagi tadi
 Boleh dikatakan pengunjung ke pasar basah TF Mentakab sudah menandingi Pasar Besar Mentakab
 Penduduk Mentakab & Temerloh kini sudah menjadi pengguna moden. Kebanyakannya gemar  membeli-belah barangan dapur (basah & kering) mengikut waktu yang mereka ingini, selesa, layanan yang baik & bersih
Lihatlah ikan-ikan tenggiri yang bersaiz besar, segar dengan harga yang sangat berpatutan
Ulas-ulas nagka dibalut dengan cantik
*Setakat pengalaman PHD ada sebuah pasaraya di JB iaitu Maslee Express di Larkin memiliki pasar basah paling bersih & tersusun

Ini foto-foto Temerloh Avenue yang mengandungi pasaraya TF Temerloh yang sedang dalam pembinaan 6 bulan lalu
Hampir setiap hari PHD melalui jalan ini untuk ke rumah kakak di Taman Jaya, Temerloh
Kini seluruh pasaraya ini sudah siap dindingnya dan tidak spt dalam foto di atas
Penduduk Temerloh tidak lama lagi sangat bertuah kerana memiliki pasaraya TF yang terbesar dan serba lengkap

Boulevard  Temerloh yg terletak di hadapan Temerloh Avenue juga sudah hampir siap. Walaupun terletak dipinggir bandar tetapi kedudukan berhampiran jambatan dan ruang parkir yg luas bakal menarik ramai pengunjung

Saturday, 17 December 2011

Star Mall City : Kompleks Membeli-belah terbesar di Mentakab ( GSC Cineplex) dibuka esok !!


Terkini (15 Mac 2012)!! Panggung GSC Lite Star Mall Mentakab
SUDAH BEROPERASI !!
Klik di sini untuk Masa Tayangan ..(Info lanjut..)

Tarikh dibuka :
19 Disember 2011
Kemudahan utama:
 kedai-kedai
Pasaraya Pacific
Pusat Bowling
Panggung wayang GSC (pertama di pahang Tengah)

Lokasi :
Berhampiran Taman Saga, Taman Bkt Bendera
Kordinat :
3°28'16"N   102°19'53"E

Senarai kedai : maklumat dari Peri Chinta (Facebook). Kedai-kedai yg menyewa ialah :

Lower Ground Floor (LG)
Food Court, myNews.com, Some Mentakab local retailers

Ground Floor (GF)
Pacific Superstore, McDonald's, Sushi King, Kenng Rogers, Big Apple, Bread Story, Hong Kong Char Chan Tank, Pizza Hut, KFC, Tutti Frutti, Little Taiwan, Caring Pharmacy, The Orginal Shop, Tomei Jewelry, Bolton Optical, Fotokem, Time Galarie, OK Optical, Eu Yan Sang, KEMC Jewelry, Habib Jewelry, Noodle Station, Chicken Rice Delight, Shabu Shabu, Watsons, RHB, Hot & Roll, Shilin, Takashima, Ogawa, Aussino, Chatime, 1901

First Floor (FF)
Pacific Departmental Store, Popular, Anakku, Sox World, TF Hair Beauty, Vincci, Le Boutique, PDI, Hush Puppies, First Lady, Pets' More, 101 Haircare, Brands Outlet, Slimming Saloon, Li Ning, Al-Ikhsan, Adidas, RSH, Bata, Renes, Azze Fashion, Tropicana Life, The Face Shop, SASA, Etude House, Converse, Everlast, Vern's, Pink Lady, Bras & Things, Giordano, Scholl, XES, Mom's Care, RA Fashion

Second Floor (SF)
Golden Screen Cinema (GSC), IT Hyperstore, Capcom Station, IT City, Mega Electrical, Song Box (Karaoke), Bowling Court (30 lanes), CSL, Sony Ericsson, PM Communication, APEX, AOE, Uncle Ali Café, Each A Cup, Ayam Ria, Living Cabin, Speed Marketing, Fresh Geaf, The One Group, Daily News, Tokutokuya..



 Ketika dalam pembinaan tahun lepas


Impian sebuah kompleks membeli-belah serba lengkap untuk penduduk Temerloh & Mentakab akhirnya tercapai

Jom beramai-ramai ke sana !!

Saturday, 10 December 2011

Cuti-cuti bajet 2011: Melawat Sangkar Ikan Sungai Semantan

10 Disember 2011 (Sabtu)
12.30 tghari
Lokasi : Kg Sg. Dingin, Mentakab

Tiba-tiba dalam suasana pagi yg masih dingin PHD telah dikejutkan dan 'diarahkan' utk melaksanakan dua aturcara kekeluargaan..Aturcara pertama berjaya dibereskan dan aturcara ke-2 yang ditunggu-tunggu iaitu kenduri akikah anak saudara pupu sebelah mertua..Sudah pasti hidangan utama kari kambing !!




Kenduri ini diadakan di sebuah perkampungan tradisi di tepi Sg Semantan ( sungai yg penuh dengan nostalgia pejuang bangsa) . Sg Semantan ini mempunyai muka kuala yg bersambung dgn Sg Pahang . Pertemuan dua sungai ini di Kuala Semantan iaitu terletaknya Esplanade Temerloh & Pekan Sari Temerloh

Selain pemandangan indah, Sg Semantan kaya dengan ikan-ikan eksotik yang bernilai tinggi spt jelawat, lampam, patin, temelian, kerai dll

Perjalanan paling dekat dan pantas ke Kg Sg Dingin ini ialah melalui titi gantung yang merintangi Sg Semantan

Lokasi titi gantung ini berdekatan shj dengan rumah mertua ..jadi tidaklah bermasalah sangat kecuali anak-anak yg ketakutan apabila titi ini bergoyang.
Kelihatan sebuah sangkar yang terapung-apung di atas permukaan sungai

Ketika kami sampai jamuan makan sudahpun bermula

Hidangan rumah Pak Teh Din memang membuka selera..Gulai patin resepi ke-2 (berlainanan dengan resepi mertua) yang enak, rendang kambing akikah, ikan tilapia goreng, kerabu taugeh dan pucuk paku membuatkan PHD terpaku menghabiskan semua juadah

Sesi ke-2 ialah melawat sangkar sungai Pak Teh Din yg betul-betul di hadapan rumahnya

Terdapat 6 buah sangkar yang telah memberi pulangan yang lumayan kepada beliau

Semua ikan-ikan dipelihara sejak kecil dalam sangkar. Makanan akan diberi setiap hari. Air sungai Semantan yg mengalir deras akan sentiasa membersihkan sangkar ini dan memberi bekalan tambahan makanan  plankton sungai

Sangkar ini diikat sekelilingnnya dgn tong-tong minyak kosong sebagai pelampung. Tali kabel yang kuat diikat ke tebing dan sentiasa dikawal panjangnya  bergantung aras air sungai
Seekor ikan kalui (?) seberat lbhkurang 1 kilogram  tersangkut di jaring yg dipasang di luar sangkar

Pemandangan  titi gantung tadi  dari sangkar sungai ini
Pondok rehat & menunggu berhadapan sangkar.

Pembeli-pembeli boleh sahaja membeli ikan-ikan pelbagai saiz dan jenis terus dari sangkar sungai Pak Teh Din..

Sekian laporan dari PHD dari Mentakab , Pahang DM

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan