PHD telah terbaca posting seorang sahabat 'online' yang popular dengan teori 'future phenomenon'. Beliau mempunyai blog yg 'hit' untuk peminat-peminat pengkajian sejarah kewujudan insan , dunia & sejarah yang tercipta. Artkel ini dipetik hanya untuk kajian bukan untuk menimbulkan suatu kepercayaan baru. Selamat membaca
salam...
Ini adalah copy paste dari sahabat saya. Dia mengalih bahasa suatu
artikel yang sungguh panjang mengenai kronologi sejarah dunia dari sudut
sumerian dan annunaki seumpamanya. Barang siapa yang suka mengkaji
perihal ancient astronaut, forbidden knowledge, sejarah penciptaan dan
seumpamanya. Ini adalah suatu yang
.
Sebenarnya, ia adalah hasil dari rakan saya di sebuah blog yang sudah
pun di tutup sejak tahun 2008/09 dulu. Dan alhamdulilah, banyak file2
lama saya simpan dan secara tak sengaja membuka balik memori lama. Jadi,
sengaja saya upload balik memori ini untuk menunjukkan siapa
semasa tahun 2008/09 dulu. Di mana ketika itu, saya 'gila' mengkaji
tentang sains penciptaan, ancient things, konspirasi teori dan
sebagainya.
Biarpun sepelik mana dan sefantasi mana karya2 dari pelbagai sumber,
bagi saya ia tetap dari ALLAH jua dan andai di baca dengan hati terbuka,
ia secara automatik akan mengiyakan AL-QURAN itu benar dan solid.
Jadi, inilah memori saya yang senjaga mahu upload balik di nusanaga agar ia tidak hilang. Insyallah
Maaf andai artikel kali ini sungguh panjang. :D
Kronologi Masa:
4,600,000,000 tahun SM (sebelum masihi) -
Bumi wujud. Ini ialah waktu atau umur Bumi yang biasa dan dapat
diterima oleh pengkaji di zaman sekarang ini. Sebagai contoh, batu yang
tertua di bumi ini iaitu batu Zircon Crystals mempunyai usia 4,200 juta
tahun (4,200,000,000 tahun). Zecharia Sitchin telah memperkenalkan
teori tentang kewujudan Bumi ini berdasarkan epik Penciptaan oleh
bangsa Sumeria termasuk Enuma Elish. Di dalam epik ini, planet-planet
diandaikan sebagai ‘tuhan’ dan merupakan tuhan kepada Annunnaki.
Pada permulaan ciptaan telah wujudnya matahari (Sun/Apsu) yang
dikelilingi oleh planet Tiamat dan planet Mercury (Mummu). Dan, di
antara planet Tiamat dan Mercury, wujud pula planet Mars (Lahmu) dan
Venus (Lahamu). Selepas itu wujud pula, jauh dari planet Tiamat iaitu
planet Jupiter (Kishar) dan Saturn (Anshar) bersama dengan planet ‘yang
digunakan oleh meraka’ iaitu planet Pluto (Gaga). Yang terakhir, wujud
pula planet Uranus (Anu) dan Neptune (Ea). Kesemua sembilan planet ini
atau digelar “tuhan” oleh mereka, bergerak dalam arah lawan jam
mengelilingi Apsu, iaitu Matahari.
Di kawasan yang luar dari sistem suria, terdapat sebuah planet yang
digelar planet Marduk yang mempunyai saiz seperti planet Jupiter atau
Saturn, menghampiri dan ‘terlekat’ pada sistem suria disebabkan tarikan
graviti Neptune dan Uranus. Bergerak dalam arah ikut jam dan melintasi
planet Neptune dan Uranus, laluan planet Marduk berubah pula mendekati
planet gergasi iaitu Saturn dan Jupiter. Semasa melintasi planet
Uranus (dalam perjalanan ke planet Saturn dan Jupiter disebabkan
tarikan graviti), sebahagian dari binaan planet Marduk ini ditarik atau
terkeluar menjadi empat satelit atau “winds”.
Planet Marduk menghampiri planet Saturn dan Jupiter dan disebabkan
tarikan graviti yang kuat oleh planet Saturn dan Jupiter, menyebabkan
orbit planet Marduk terkeluar dari arah yang sepatutnya dan
membuatkannya bergerak ke arah planet Tiamat pula. Tarikan graviti oleh
planet Saturn dan Jupiter menyebabkan sekali lagi sebahagian binaannya
terpisah menjadi tujuh satelit kecil yang akan menngelilingi planet
Marduk. Dan disebabkan planet Marduk bergerak menghampiri planet
Tiamat, salah satu dari satelit di planet Tiamat iaitu Kingu terpisah
dan menghampiri planet Marduk pula. Pergerakan ini semua telah
menyebabkan “kacau-bilau” di dalam sistem suria. Disebabkan kacau bilau
ini, bekas satelit planet Tiamat iaitu Kingu menjadi sebuah planet
yang baru. Planet Kingu “dianugerahkan” Tablet of Destiny atau dengan
kata lain “boleh memilih laluan sendiri”, maka planet Kingu memulakan
orbit barunya.
Kuasa planet Marduk yang lalu menghampiri planet Tiamat, memecahkan,
memisahkannya tapi tidaklah memecahkannya menjadi dua bahagian atau
menghancurkan satelitnya, dengan pengecualian planet Kingu yang telah
awal-awal lagi menjauhi planet Tiamat ini. Seperti planet Marduk,
laluan orbit planet Tiamat menjadi arah ikut jam dan laluannya (orbit)
menjadi semakin besar mengelilingi matahari. Akhirnya, Tiamat telah
menjadi sebuah komet yang kerap kali melawat sistem suria.
Pertembungan antara planet Marduk dan Tiamat menyebabkan orbit (planet
Marduk) ‘membengkok atau melencong’ lagi, menjadikannya sebagai sebuah
planet atau “tuhan” (mengikut kepercayaan Annunnaki) dan telah
ditakdirkan untuk mengelilingi matahari selama-lamanya. Disebabkan
planet Marduk telah terperangkap di dalam orbit, planet Marduk telah
ditakdirkan untuk mengulangi semula peristiwa pertembungan ini
(peristiwa akan berulang semula). Ia juga akan melalui laluan yang sama
juga semasa berlaku pertembungan pertama kalinya sebelum ini.
Disebabkan ini, planet Marduk atau dengan nama popularnya planet
Nibiru, digelar “planet yang melintas” (planet of the crossing).
Kali kedua pusingan orbitnya, iaitu selepas mengorbit selama satu shar
(atau dipanggil juga sebagai sar), iaitu mengikut pada kiraan satu
tahun Nefilim (sebagai contoh 1 pusingan orbit planet nibiru bersamaan
3,600 tahun waktu bumi), dan mengikuti laluan baru yang telah
ditakdirnya untuknya, planet Marduk/Nibiru menghampiri sistem suria.
Sekali lagi, ianya melalui dan melepasi planet Neptune, Uranus dan
Pluto. Sekali lagi, orbitnya “dilajukan” oleh tarikan graviti planet
gergasi iaitu Saturn dan Jupiter. Dan juga sekali lagi, laluan planet
Nibiru dihalakan terus ke planet Tiamat yang hampir mati.
Nibiru berlanggar dengan Tiamat, dan kali ini perlanggarannya telah
menjadikan planet Tiamat terbelah kepada dua. Setengah dari planet
tersebut telah berkecai dan menjadi seperti apa yang dikenali pada hari
ini sebagai Asteroid Belt yang mengorbit mengelilingi matahari di
antara planet Mars dan Jupiter. Orbit asteroid belt ini juga merupakan
orbit yang sama yang terdapatnya planet Tiamat tersebut. Nefilim
menggelar Asteroid Belt ini sebagai Hammered Bracelet. Di dalam tradisi
kepercayaan dan penulisan Hebrew, perlanggaran kedua ini telah
mewujudkan cerita baru iaitu asas kepada cerita tentang kehidupan dan
penciptaan, dan hammered bracelet digelar “syurga” (mengikut
kepercayaan/penulisan Hebrew).
Setelah planet Nibiru meneruskan lagi laluannya, baki separuh planet
Tiamat yang satu lagi dirempuh pula oleh salah satu dari satelitnya
iaitu North Wind. Kuasa perlanggaran kedua ini (ke atas baki separuh
dari planet Tiamat ini) menyebabkan Tiamat beralih dari orbitnya yang
asal dan berada pula di antara planet Venus dan Mars. Pada detik inilah
baki separuh dari Tiamat tersebut menjadi planet Bumi (Ki) seperti
yang dicatatkan dalam penulisan tradisional Hebrew. Kuasa perlanggaran
ini menjadikan Bumi berpusing pada paksinya dan menjadikannya berpusing
siang dan malam (di mana planet-planet yang lain tidak memiliki
pusingan siang dan malam ini). Hanya planet Kingu yang berterusan
mengelilingi Tiamat/Bumi sebagai satelit yang akhirnya digelar sebagai
Bulan.
Kehancuran planet Tiamat dan juga wujudnya planet baru iaitu Bumi
menyebabkan Bumi mempunyai kawasan benua (Pangea) yang berada di satu
bahagian sahaja (tidak berpecah seperti yang wujud sekarang seperti
benua Afrika, Amerika, Eropah, Asia dan sebagainya) manakala kawasan
lebihannya menjadi lautan.
Hasil dari perlanggaran planet Nibiru dan Tiamat ini, dan juga perubahan
yang berlaku kepada kedudukan 9 planet, satelit Neptune dan Uranus
iaitu Pluto telah terkeluar dari orbit asalnya dan membuat orbit
baru/sendiri pula mengelilingi matahari sebagai sebuah planet. Pluto
juga telah mendapat Tablet of Destiny dan orbitnya juga dilihat agak
berlainan dari planet-planet yang lain.
Epik penciptaan ini bermula dari perlanggaran Marduk dan Tiamat seperti
yang diceritakan oleh kaum Sumeria yang wujud pada zaman dahulu kala,
menghampiri kepada kesamaan yang terdapat di dalam tradisi penulisan
Hebrew yang diceritakan di dalam Genesis iaitu kedua-duanya mempunyai
penerangan atau pembuktian dalam bentuk saintifik. Bermula dengan
letupan dan batu yang terbang bertaburan yang menghantar debu-debu
gunung berapi ke udara, kesemua tiga rantaian ini berhubung kait dengan
penciptaan atmosfera yang mengandungi awan dan hujan yang juga
berfungsi menghalang sebahagian dari pancaran cahaya Matahari mengenai
Bumi. Ini menyebabkan Bumi menjadi sedikit sejuk dan menyejukkan
batu-batuan untuk menjadi benua-benua yang bergerak dan kejadian air
yang mengelilingi benua sebagai lautan. Dari daratan, air dan atmosfera
wujudlah gunung-ganang, sungai dan bencana alam.
Perlanggaran planet Marduk/Nibiru dengan planet Tiamat/Bumi bukan sahaja
menyebabkan perubahan pada geologi Bumi, malah ia juga telah
mewujudkan kehidupan dan menjadi habitat kehidupan. Tidak mustahil
apabila perlanggaran planet tersebut telah menjadikan “perkongsian
elemen” di antara dua planet iaitu elemen yang penting untuk berlakunya
kehidupan. Dan disebabkan itu, tidak mustahil yang kehidupan
berevolusi di kedua-dua planet tersebut, walaupun tidak semestinya
penting untuk adanya hidupan pada kedua-dua planet sekali gus. Ini akan
menerangkan kenapa dan bila makhluk Nefilim yang teknologi tinggi
datang ke Bumi sekitar 450,000 SM, mereka hanya menjumpai manusia
primitif.
3,500,000,000SM hingga 600,000,000SM - Era Precambrian
3,420,000,000SM hingga 3,135,000,000SM - Organisma Sel yang ringkas dan tunggal wujud di dalam lautan Bumi.
600,000,000SM hingga 500,000,000SM - Era Paleozoic; Masa Cambrian.
500,000,000SM hingga 425,000,000SM - Era Paleozoic; Masa Ordovician
425,000,000SM hingga 405,000,000SM -Era Paleozoic; Masa Silurian
405,000,000SM hingga 345,000,000SM - Era Paleozoic; Masa Devonian
345,000,000SM hingga 280,000,000SM - Era Paleozoic; Masa Carboniferous
280,000,000SM hingga 220,000,000SM - Era Paleozoic; Masa Permian
220,000,000SM hingga 181,000,000SM - Era Mesozoic; Masa Triassic. Ini ialah permulaan zaman Dinosaur.
200,000,000SM - Benua yang asal iaitu Pangea mula untuk berpisah menjadi benua utara, benua Laurasia dan benua selatan iaitu Gondwana.
181,000,000SM hingga 135,000,000SM
- Era Mesozoic; Masa Jurassic. Mamalia mula membuat penampilan pertama
di atas bumi pada waktu ini, tapi tidak berkembang dengan pantas
kerana dinosaur mendominasi alam bumi.
135,000,000SM hingga 65,000,000SM - Era Mesozoic; Masa Cretaceous
65,000,000SM
- Benua Laurasia dan Gondwana mula untuk berpisah kepada segmen yang
lebih kecil, yang mana menjadi benua yang terdapat pada zaman sekarang.
65,000,000SM - Dinosaur menjadi pupus di seluruh dunia
65,000,000SM hingga 54,000,000SM - Era Cenozoic; Masa Tertiary; Zaman Paleocene.
54,000,000SM hingga 36,000,000SM - Era Cenozoic; Masa Tertiary; Zaman Eocene.
36,000,000SM hingga 25,000,000SM - Era Cenozoic; Masa Tertiary; Zaman Oligocene.
30,000,000SM hingga 25,000,000SM - Makhluk pertama yang berupa beruk mula muncul di Bumi semasa Era Oligocene.
25,000,000SM hingga 5,000,000SM - Era Cenozoic; Masa Tertiary; Zaman Miocene.
14,000,000SM - Spesis Hominid atau beruk yang menyerupai manusia, mula muncul di Bumi, dipercayai kerana proses evolusi dari beruk.
11,000,000SM - Beruk yang pertama muncul yang boleh dikelaskan sebagai spesis Homo di Bumi ini.
5,000,000SM hingga 1,000,000SM - Era Cenozoic; Masa Tertiary; Zaman Pliocene.
3,750,000SM hingga 3,000,000SM
- Makhluk Australopithecus afarensis mendiami Bumi. Makhluk ini, yang
mempunyai ciri rupa yang sama dengan beruk tapi mempunyai badan yang
seperti manusia. Di Laetoli, Tanzania, fossil tapak kakinya telah
dijumpai iaitu dua makhluk dewasa dan satu makhluk kanak-kanak,
menunjukkan mereka berjalan dengan dua kaki; batu yang terdapat pada
fossil tapak kaki tersebut menunjukkan usia 3,750,000 SM. Kerangka
tulang yang ditemui oleh Don Johanson dan Tom Gray di Hadar, Ethiopia,
Afrika, yang digelar Lucy, merupakan salah satu dari keluarga kumpulan
yang dijumpai ini, dan berusia 3,000,000 SM (3,500,000 berdasarkan
pendapat dari pakar-pakar yang lain). Sesetengah ahli anthropologists
pula memberikan usia Australopithecus ini lebih awal dari usia
3,000,000 dan 3,500,000 yang diperkatakan sebelum ini, serta memberi
cadangan bahawa ianya berusia di antara empat hingga lima juta tahun
yang lalu.
3,000,000SM hingga 2,000,000SM - Australopithecus africanus mendiami Bumi.
2,800,000SM
- Australopithecus afarensis hilang dari rekod/penemuan fossil terbaru
sehingga sekarang (tidak ada lagi penemuan makhluk ini selepas usia
2,800,000 ini).
2,000,000SM hingga 1,750,000SM - Makhluk Homo habilis, Australopithecus boisei dan Australopithecus rebustus mendiami Bumi.
2,000,000SM hingga 40,000SM
-Makhluk yang boleh dikelaskan sebagai Homo Erectus mendiami Bumi.
(Setengah pakar mengatakan yang Homo Erectus ini telah wujud sejak
3,000,000 SM lagi). Mereka dipercayai telah berevolusi dari makhluk
Homo Habilis. Di antara 1,000,000 dan 750,000 tahun yang lalu, makhluk
ini berkembang di Afrika, Eropah dan Asia. Bermula dari 700,000 SM,
hanya makhluk Homo Erectus saja yang mendiami Bumi berdasarkan rekod
arkeologi.
1,000,000SM hingga 11,000SM - Era Cenozoic; MAsa Quaternary; Zaman Pleistocene.
1,000,000SM
- Australopithecus Boisei dan Australopithecus Rebustus hilang (tidak
direkodkan lagi kerana tidak lagi dijumpai sebarang fossil selepas itu)
dari rekod fossil hingga sekarang. Homo Habilis, iaitu contoh pertama
makhluk Homo Genus, meneruskan kehidupan.
800,000SM - Masa yang digelar Old Stone Age bermula.
600,000SM hingga 550,000SM - Zaman Ais yang pertama.
480,000SM hingga 430,000SM - Zaman Ais yang kedua.
450,000SM
- Planet Nibiru mula mengalami masalah lapisan Atmosferanya. Hanya
atmosferanya yang mengalami masalah kelupusan; sistem pemerintahan di
planet Nibiru pula mengalami ketegangan. Ini menyebabkan berlakunya
kolonisasi di Bumi.
Berdasarkan cerita tradisi tentang Annunnaki, pada awalnya terdapat
Permulaan. Kemudian datang pula Masa Perbalahan. Masa Perbalahan ialah
masa yang penuh dengan peperangan, perselisihan dan pertengkaran.
Akhirnya, gencatan senjata diadakan dan memutuskan agar untuk mencapai
keamanan, ketua lelaki dari utara wajib mengahwini wanita dari selatan,
dan anak lelaki pertama harus menjadi ketua di planet Nibiru
Bersekutu.
Raja pertama yang dilantik selepas pengisytiharaan keamanan ialah AN.
Perlantikan AN sebagai Raja planet Nibiru menandakan berakhirnya Masa
Perbalahan dan permulaan kepada Masa Tua. Pemerintah baru Nibiru,
selepas AN, merupakan waris kepada AN juga, (iaitu Celestial One). AN
telah menjadi ikutan raja baru iaitu AN.KI (iaitu AN yang Bertapak
Kukuh), anak lelaki kepada AN dan AN.TU (iaitu Ketua yang Menjadi
Isteri AN). AN.KI mati tanpa mempunyai sebarang waris dan
pemerintahannya diperintah oleh adik lelakinya, AN.IB (iaitu Seorang
Yang Berada Di Tengah, Seseorang Yang Merupakan Anak Lelaki AN).
Isterinya pula, NIN.IB (iaitu Wanita kepada IB), AN.IB mempunyai anak,
AN.SHAR.GAL (iaitu Anak Raja AN Yang Merupakan Anak Raja Terhebat
Dikalangan Semua Anak Raja Yang Lain). Isteri AN.SHAR.GAL ialah
KI.SHAR.GAL, yang melahirkan AN.SHAR. AN.SHAR berkahwin denan KI.SHAR.
Pewaris AN.SHAR ialah anaknya iaitu EN.SHAR (iaitu Tuan Kepada Tuan
Shar Yang Terulung), di mana isterinya menggelarkan sebagai NIN.SHAR.
Mereka melahirkan DU.URU (iaitu Tempat Kediaman yang Termegah) yang
memilih DA.URU (iaitu Seorang Wanita Yang Sentiasa Disisiku) sebagai
isterinya. DA.URU bukanlah seorang bangsawan atau dari darah kerabat,
hanyalah sebagai rakyat biasa dan mempunyai rakan-rakan yang sederhana
sejak dari zaman kecilnya. Pasangan tersebut tidak mempunyai sebarang
anak; sebaliknya DA.URU mengambil anak angkat lelaki yang dijumpai
olehnya di pintu istana. DA.URU yang bukan berdarah kerabat dan juga
memecahkan tradisi ‘pewaris hanya berdarah kerabat’ menyebabkan
mahkamah mereka mengalami kecelaruan undang-undang. Digelar LAHMA
(iaitu Yang Kering), kanak-kanak tersebut akhirnya mencapai juga mahkota
sebagai Raja. LAHMA mempunyai isteri bernama LAHAMA.
Semasa zaman pemerintahan AN.SHAR inilah, berlakunya letupan gunung
berapi yang sebelum ini tidak menyebabkan atmosfera planet Nibiru
tercemar (tidak aktif sebelum itu). Hasilnya, perisai pelindung
atmosfera mula terkoyak. Masalah kebocoran lapisan atmosfera dirasai
semasa pemerintahan EN.SHAR dan DU.URU dan seterusnya LAHMA. Dua
cadangan telah dibuat: Satu cara ialah dengan menembak gunung berapi
menggunakan Senjata Yang Paling Dasyat di waktu itu untuk mengaktifkan
semula; kedua dengan cara “menampal” lapisan atmosfera menggunakan
bahan mineral iaitu emas.
LAHMA menjadi buntu dan tidak mengetahui cara yang patut digunakan untuk
memperbaiki semula lapisan atmosfera di planet Nibiru. Situasi pada
waktu tersebut semakin terdesak. Mengambil senario terdesak sebagai
satu peluang, ALALU, seorang putera raja dari keturunan AN.SHAR.GAL
melalui anaknya ALAM (ibunya seorang perempuan simpanan istana)
mengambil peluang ini dengan membuat pemberontakan bersama rakyat.
ALALU merasakan status Raja amat tepat untuk dirinya dan tidak terikat
dengan tradisi ‘pewaris hanya berdarah kerabat’ sahaja. ALALU memecah
masuk ke dalam istana dan bertarung dengan LAHMA. Hasilnya, LAHMA telah
ditolak keluar dari menara istana yang tinggi dan mati di situ. ALALU
kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Raja yang baru.
ANU datang mengadap Majlis Tujuh Yang Menghakimi, dan mengisytiharkan
yang dia, dan bukannya ALAHU, yang sepatutnya menjadi pemerintah
Nibiru. ANU telah memeriksa susur galur dirinya dengan lebih terperinci
berbanding ALULU, dan seterusnya beliau membuat tuntutan untuk menjadi
Raja. ANU ialah waris dari keturunan AN melalui AN.IB, kemudiannya
melalui anak lelaki AN.IB yang berkahwin dengan anak perempuan EN.URU,
anak lelaki AN dan AN.TU yang paling muda iaitu EN.URU yang berkahwin
dengan adik perempuan tirinya NIN.URU, dan melahirkan EN.AMA. Waris
kepada EN.AMA merupakan putera raja bernama ANU. Tujuh Yang Menghakimi
memaklumkan perkara ini kepada ALALU dan beliau membuat cadangan ini
kepada ANU. Cadangannya ialah, ALALU akan meneruskan kesinambungan
takhta sementara masih hidup dan ANU pula akan mengambil alih takhta
selepas ketiadaan ALALU suatu masa nanti, dan anak beliau akan menjadi
Raja sepanjang ketamadunan mereka.
ANU menerima cadangan tersebut, dan selepas itu berkhidmat sebagai orang
suruhan kepada ALALU. Tapi, ANU tidak berpuas hati dengan keadaannya
iaitu terpaksa melayan kerenah dan kehendak ALALU dan dalam masa yang
sama merasakan sepatutnya beliau yang memegang takhta. Dan selepas 9
shars (pusingan 1 tahun di planet Nibiru, iaitu 1 shar bersamaan dengan
3,600 tahun dan juga bersamaan pusingan lengkap planet Nibiru
mengelilingi matahari), ANU bangkit menentang ALALU. Mereka bertarung
dan ANU memenanginya. ANU seterusnya diisytiharkan sebagai raja dan
semasa beliau diiringi ke istana, ALALU berjaya meloboskan dirinya.
ALALU telah mencuri sebuah kapal angkasa dan terbang meninggalkan
planet Nibiru. Destinasinya ialah Ki iaitu Bumi. Walaupun beliau pada
awalnya tiada niat langsung untuk menjejakkan kaki ke Bumi, beliau
mendapati yang Bumi mempunyai bahan galian iaitu besi dan emas yang
boleh digunakan untuk memperbaiki Atmosfera di planet Nibiru.
 |
Geneologi Tuhan Mesopotamia (Didahului dengan nama yang diberikan oleh puak Sumeria dan kemudiannya
baru nama yang diberikan oleh puak Akkadian) |
445,000SM
- Lebih kurang 5,000 tahun Bumi (iaitu 1 1/3 dari jumlah tahun di
planet Nibiru) selepas ALALU berjaya melarikan diri dan mengembara dari
planet Nibiru ke Bumi, ANU telah mengarahkan anaknya iaitu E.A / EN.KI
(iaitu Dia Yang Mana Rumahnya Ialah Air) untuk mengembara bersama
dengan 50 orang Nefilim ke “planet yang ketujuh” semata-mata untuk
mengesahkan bahawa apa yang diperkatakan oleh ANU adalah tepat dan
benar. Dalam tempoh 6 hari waktu mereka mendarat, penempatan Eridu
(iaitu Rumah Yang Terlalu Jauh, Stesen Bumi 1) di dalam sebuah daerah
yang dipanggil Edin, telah ditubuhkan oleh E.A dan kumpulannya. Makhluk
Nefilim yang telah mengembara dari planet mereka iaitu dari planet
Nibiru ke “planet ke tujuh” tersebut dinamakan sebagai AN.UNNA.KI
(iaitu Mereka Yang Asal Dari Syurga Turun Ke Bumi).
Bumi dikenali sebagai “planet ke tujuh” oleh makhluk Nefilim (semasa
mereka berada di planet Nibiru suatu masa dahulu) adalah kerana ianya
dikira dari kawasan luaran sistem suria (sebagai contoh 1. Gaga/Pluto,
2. Ea/Neptune, 3. Anu/Uranus, 4. Anshar/Saturn, 5. Kishar/Jupiter, 6.
Lahmu/Mars, 7. Ki/Earth, 8. Lahamu/Venus, 9. Mummu/Mercury).
Dalam tradisi penulisan Hebrew, maksud “waktu penciptaan 6 hari”
berkemungkinan diasaskan dari rekod catitan bangsa Sumeria sebagai
hari-hari yang diduduki oleh makhluk Nefilim, penubuhan penempatan di
situ berserta hari pertama pendaratan mereka di Eridu. Penulisan
tersebut merekodkan bahawa beberapa tugasan dan aktiviti telah
dilaksanakan di antara 6 hari tersebut seperti melakukan penyiasatan
dan merekodkan jenis spesis herba dan tumbuh-tumbuhan (pada hari ke
tiga), dan penyiasatan dan merekodkan semua jenis makhluk yang boleh
berjalan atau merangkak (pada hari ke enam). E.A. telah menyatakan
bahawa hari ketujuh ialah hari untuk mereka berehat.
Dalam bahasa Sumeria, maksud E.DIN ialah Rumah Seseorang Yang
Satu/Benar. Di dalam E.DIN lah ditubuhkan sebuah bandar bernama
E.RI.DU. Nama tersebut dialih bahasakan dari semua jenis bahasa di
dunia, termasuk Erde dalam Bahasa German, Erthe dalam bahasa Inggeris
Pertengahan, Ertz dalam bahasa Kurdish dan Eretz dalam bahasa Hebrew.
Maksud tersebut juga sama seperti yang diperkatakan oleh masyarakat
moden iaitu Earth (Bumi). Tempat di mana E.DIN ditubuhkan terletak di
daerah/saliran berhampiran Sungai Tigris dan Euprates, dan selepas itu
dikenali dunia sebagai Mesopotamia. Gunung yang mempunyai dua puncak
iaitu Gunung Arrata/Ararat digunakan sebagai penunjuk arah (dari udara)
untuk pendaratan kapal angkasa Nefilim.
445,000SM hingga 360,000SM
- Kedatangan ramai lagi makhluk Nefilim bermakna penempatan sedia ada
mereka perlu diperkembangkan. Semasa zaman EN.LIL, dan seterusnya
ayahnya, ANU, mengembara dari Nibiru ke Bumi untuk memeriksa samada
bahan galian iaitu emas agar dapat digali dengan cepatnya kerana jumlah
emas yang telah dihantar ke planet Nibiru adalah tidak mencukupi untuk
memperbaiki kesemua kawasan atmosfera yang bocor itu.
Dari penulisan bangsa Sumeria mengaitkan bahawa: Selepas status Raja
diturunkan dari “Syurga”, selepas makhota dinaikkan, takhta raja
diturunkan dari “Syurga”, dia…telah melengkapkan tatacara, peraturan
Tuhan…Telah menjumpai lima bandar yang terdapat di dalam tempat yang
suci, memanggil nama mereka, meletakkan mereka di tengah. Bandar
pertama tersebut, E.RI.DU, dia telah berikan kepada Nufimmud, seorang
ketua. Bandar yang kedua, BAD.TIBIRA, dia telah berikan kepada Nugig.
Bandar ketiga, LA.RA.AK, dia telah berikan kepada Pabilsag. Bandar
keempat, SIP.PAR, dia telah berikan kepada Utu. Bandar kelima,
SHU.RUP.PAK, dia telah berikan kepada Sud.
Emas yang telah digali kebanyakkan dijumpai di lautan. Dan, ianya
dijumpai dalam keadaan yang tulin dan sedia untuk digunakan (telah
dikisar atau sudah terbentuk menjadi emas yang halus). E.A. mengembara
ke segenap penjuru dunia menggunakan “Sky Chamber” (sejenis
pengangkutan) dalam mencari emas serta emas yang tertanam di dalam
batuan. Beliau menjumpai sebahagian besar emas di daerah bernama Abzu
(iaitu daerah selatan/bawah/dalam), yang juga mempunyai ciri kesamaan
dengan kawasan selatan Afrika moden sepanjang Sungai Zambezi.
Sementara di planet Nibiru, makhluk Nefilim berasa tidak sabar untuk
mendapatkan lebih banyak lagi emas. EN.LIL telah diarahkan oleh ayahnya,
ANU untuk mengembara ke “planet ke tujuh” (iaitu Bumi) untuk memeriksa
tentang kenapa penemuan emas yang diteroka oleh E.A belum lagi
dimulakan (operasi penggalian). Dan semasa di Bumi, E.A. menerangkan
kepada adiknya berkenaan betapa susahnya untuk memisahkan emas dari
batu. Mereka juga berbincang situasi tentang siapa yang harus
memerintah penempatan Eridu. Mereka berhasrat untuk memanggil ayah
mereka datang ke Bumi dan memutuskan untuk perkara tersebut.
ANU pun sampai ke Bumi dan telah dimaklumkan oleh E.A. berkenaan dengan
penemuannya, dan mereka mengembaran ke Abzu untuk memeriksa emas yang
terdapat di dalam batuan tersebut. Soal tentang siapa yang harus
mengetuai operasi telah dinyatakan, jadi ANU bercadang agar beliau,
E.A. dan EN.LIL harus berbincang bersama tentang siapa yang harus
mengetuai Rumah Yang Terlalu Jauh, operasi melombong emas dan status
Raja di planet Nibiru.
Hasil dari perbincangan tersebut, ANU memilih untuk kekal sebagai raja
di planet Nibiru, EN.LIL akan menjadi Ketua Pemerintah Eridu termasuk
sebahagian lagi daerah di dalam Edin. Manakala E.A. pula akan menjadi
EN.KI (iaitu Ketua Bumi) dan juga mengetuai operasi melombong emas di
Abzu.
Status ALALU telah diketepikan dari perbincangan tersebut dan
menyebabkan beliau marah. Beliau telah mencabar ANU untuk mengadakan
pertarungan bagi mempertahankan semula air mukanya. ANU bersetuju, dan
kedua-dua bertarung. ANU pula bertarung dengan penuh emosi lebih dari
ALALU. Dan sebaik saja ANU mengangkat kakinya dari badan ALALU yang
telah rebah, ALALU telah menyerang semua ANU dan menggugat kejantanan
ANU. ANU, dalam keadaan hampir lemah berjaya kembali ke Nibiru untuk
dipulihkan. ALALU telah “dibuang daerah” oleh mahkamah yang dihakimi
oleh Tujuh Yang Menghakimi ke sebuah planet bernama Lahma. Beliau
ditinggalkan keseorangan dan mati di situ.
415,000SM
- NIN.HUR.SAG (seorang berjantina perempuan) mengembara dari planet
Nibiru ke “planet ke tujuh” iaitu Bumi. Memegang jawatan sebagai Ketua
Pegawai Perubatan, misinya ialah untuk menyahut aduan Anunnaki yang
berada di Bumi tentang kesihatan mereka.
415,000SM hingga 100,000SM
- Sebuah kompleks yang mengandungi 8 buah bandar telah ditubuhkan dan
dibina di E.DIN. Sehingga tahun 400,000SM, bandar Nippur/Nibru-ki
(iaitu Pengerat Antara Syurga-Bumi) dibina sebagai Pusat Kawalan Misi;
dan sehingga tahun 360,000SM, Sippar telah dibina dan digunakan sebagai
kapal angkasa pengangkut. Bandar tambahan telah dibina di dalam
kompleks tersebut termasuk Shuruppak, bertindak sebagai Pusat
Kesihatan; Bad-Tibira, dibina sebagai Pusat Perindustrian bagi tujuan
peleburan dan penulinan emas yang telah dilombong di Abzu; dan Laarsa
dan Lagash, dibina bertujuan sebagai pengisyarat (beacon) bagi bandar
untuk memudahkan pendaratan kapal angkasa.
400,000SM hingga 200,000SM
- Makhluk bergelar Homo Sapiens Sapiens (terdapat 2 kali nama Sapien)
telah muncul di Bumi. Sesetengah ahli anthropologists percaya bahawa
makhluk Homo Sapiens Sapiens berevolosi dari makhluk Homo erectus, akan
tetapi perkaitan antara keduanya masih belum dapat dibuktikan. Di
Zhoukoudian, berdekatan Peking, China, sebuah penempatan makhluk Homo
Sapiens Sapiens termasuk kawasan yang digunakan untuk membuat unggun api
(tempat mereka memanaskan diri) telah dijumpai. Kawasan unggun api
yang sama juga dijumpai di Terra Amata berdekatan dengan laut
Mediterranean iaitu di pesisiran pantai negara France, dan dikira wujud
sejak 300,000SM. Dari penemuan ini, bukti tentang aktiviti perkongsian
dan kerjasama telah wujud di waktu itu dan pengkaji berpendapat bahawa
dalam masa yang sama juga telah wujudnya satu bentuk bahasa pentuturan
di antara mereka. Menjelang 200,000SM, adalah dipercayai bahawa tiada
lagi kehidupan Homo Erectus yang wujud selepas itu.
300,000SM
- Lebih kurang 40 shar (iaitu 144,000 tahun) selepas Nefilim mendarat
di Bumi, Annunnaki yang telah diwakilkan untuk melombang emas di Abzu
telah mengadakan pemberontakan. EN.KI dan NIN.HUR.SAG telah membuat
perancangan untuk mencipta “makhluk alternatif” untuk mengambil alih
kerja melombong yang telah dibuat oleh Annunnaki sebelum ini.
Selepas berhempas pulas semasa 40 “periods”, makhluk Annunnaki telah
bertindak menentang pihak berkuasa dan menuntut pembelaan. Mereka
berjumpa dengan EN.LIL dan merayu agar dikurangkan bebanan mereka, akan
tetapi EN.LIL tidak melayan permintaan mereka, jadi mereka berjumpa
pula dengan ANU untuk membela mereka. EN.KI, masih lagi merasakan
dirinya berkuasa ke atas Annunnaki, bercadang agar Lullu (iaitu pekerja
primitif, aka Lullu Amelu) dicipta untuk mengambil alih kerja
(melombong emas) tersebut.
Proses di mana manusia - Homo Sapiens Sapiens (iaitu Lullu, seorang yang
“telah bercampur-campur” (genetiknya)) telah dicipta, dan secara
genetiknya telah mengubah makhluk Homo Erectus yang telah mendiami Bumi
semenjak dari kedatangan Anunnaki. Bukan saja menjadi “ciptaan”, dalam
kata yang agak kasar, kaedah yang digunakan oleh EN.KI dan NIN.HUR.SAG
telah menjadikan ADAMA wujud berasaskan darah Nefilum dan Anunnaki
(iaitu Ruh/Jiwa) dan digabungkan dengan makhluk yang telah/sudah sedia
ada di Bumi iaitu makhluk prasejarah bernama Homo Erectus.
Hidupan yang telah mendiami Bumi ini, semenjak dari kedatangan makhluk
Nefilim, berkemungkinan berasal dari planet asal Nefilim iaitu Nibiru,
dan telah “bercampur-aduk” dengan hidupan planet ini apabila berlaku
pertembungan dengan Nibiru suatu masa dulu. Jadinya, bentuk hidupan,
termasuk “manusia gua”, Homo Erectus, telah secara genetiknya sesuai
(compatible) dengan hidupan yang berasal dari planet Nibiru. Dalam
maksud kata yang paling asas, sperma EN.KI telah disenyawakan dengan
telur/ovum Homo Erectus (jantina perempuan) dalam proses yang dikenali
pada zaman sekarang sebagai “cross-fertilization” (penyuburan
bersilang), dan telur/ovum yang telah disenyawa serta disuburkan, iaitu
embrio, kemudiannya dimasukkan ke dalam rahim NIN.KI di mana ianya
dipelihara oleh darahnya dan membesar menjadi ADAMA, di mana EN.KI
menamakannya sebagai Adapa. ADAMA ialah manusia pertama, atau yang
pertama sekali dalam spesis ini yang wujud di alam ini - Homo Sapiens
Sapiens - “Manusia Bertamadun”. Manusia pertama ini juga dirujuk
sebagai, di masa hadapan, dan merupakan keturunan puak Sumeria yang
mempunyai kerohanian (spiritual), di dalam kepercayaan Judeo-Christians
sebagai Adam. EN.KI dan NIN.HUR.SAG telah mencipta KHAWA atau TI.TI,
yang kemudiannya dikenali sebagai Eve. Sesuatu yang unik tentang
ADAPA/ADAM dan KHAWA/EVE ialah mereka, walaupun disenyawakan dari
genetik Nefilim dan gen manusia, juga berupaya untuk beranak dan
mengeluarkan anak (generasi) sesama mereka (manusia).
120,000SM hingga 12,000SM
- Penghujung Zaman Ais. (Sesetengah pengkaji mendakwa bahawa zaman ais
yang terakhir adalah seawal 75,000 tahun dahulu dan berakhir lebih
kurang 10,000SM). Sewaktu masa berlakunya glasier, contoh pertama
peralatan untuk memburu telah wujud. Ini termasuklah lembing, tombak,
anak panah dan busur. Dan pada waktu ini juga munculnya untuk kali
pertama lukisan-lukisan di dalam gua, bukti bukan sahaja tentang
kesenian/artis, bahkan imaginasi, iaitu salah satu keupayaan minda
manusia berkembang/berevolusi. Pada penghujung zaman ais, di antara
12,000SM hingga 10,000SM, manusia telah berhijrah ke seluruh pelusuk
dunia. Manusia telah menyeberangi Tanah Bering (sekarang dikenali
sebagai Selat Bering dan bertindak sebagai jambatan penyambung antara
benua pada waktu itu) ke hemisfera barat seawal 20,000SM; contoh koloni
yang dijumpai adalah di negara Chile dan yang paling selatan di zaman
sekarang ini iaitu di Tierra del Fuego, South America.
110,200SM hingga 56,200SM
- ADAPA, Adam itu, atau “Yang Pertama Sekali dalam Spesisnya” (iaitu
Manusia Bertamadun), telah dianggarkan wujud (di Bumi) di antara 93
hingga 108 shar sejak dari kedatangan makhluk Nefilum ke Bumi pada
445,000SM. Lebih kurang sejak dari tahun 110,200 hingga 56,200SM.
ADAPA telah dibawa ke planet Nibiru oleh saudara Nefilimnya iaitu
DU.MU.ZI dan NINGISHZIDDA, untuk dipersembahkan kepada ANU. Sebelum
meninggalkan Bumi, EN.KI telah menyerahkan NINGISHZIDDA sebuah tablet
yang mengandungi catitan/akaun/formula tentang penciptaan ADAPA yang
diasaskan dari kuasa-hidupannya (life-force), dan juga bercadang agar
ADAPA ditegah dari makan/minum sebarang makanan/minuman yang terdapat
di planet Nibiru, yang secara tidak langsung membenarkan beliau dan
warisnya, kehidupan berasaskan pusingan shar planet Nibiru iaitu satu
tahun di Nibiru bersamaan 3,600 tahun di Bumi.
ANU memberikan kepada ADAPA, sekembalinya beliau ke Bumi, benih tanaman
yang boleh ditanam, dan Ruh biri-biri di mana hidupan domestik boleh
dibiakkan.
ADAPA/ADAM dan KHAWA/EVE telah melahirkan anak lelaki kembar, yang
dinamakan QAYIN/KAIN dan HEVEL/ABAEL. KA.IN (iaitu Dia Yang Dilahirkan
Di Padang Penuh Dengan Makanan), dengan dibantu oleh NIN.UR.TA, telah
diarahkan untuk menyemai, menuai dan memungut hasil biji-bijian iaitu
benih tumbuhan yang diberikan oleh Nefilim kepada Adapa. Adiknya, ABAEL
(iaitu Dia Yang Membasahkan Padang Rumput), dengan dibantu oleh
MAR.DUK, diarahkan untuk menternak dan membela haiwan.
Selepas sekian waktu, dan perkembangan hasil pertanian oleh KA.IN dan
ternakan biri-biri oleh ABAEL, mereka dan produk pertanian dan
penternakan mereka telah dipersembahkan kepada EN.LIL dan EN.KI. Kedua
“anak Bumi” ini telah dipuji oleh EN.LIL, akan tetapi hanya ABAEL yang
telah mendapat pujian dari EN.KI.
ABAEL mula bercakap besar tentang dirinya yang dipuji oleh EN.KI dan ini
menyebabkan KA.IN marah. Dalam masa itu, kemarahan KA.IN meluap-luap,
dan beliau mengambil sebuah batu dan menghentak kepala adiknya, ABAEL.
Darah kehidupan ABAEL mengalir dari badannya. Apabila EN.KI dimaklumkan
tentang peristiwa ini, dan kematian anaknya, iaitu anak didik MAR.DUK,
EN.KI menjadi sangat berang dan menyumpah KA.IN.
KA.IN telah dibawa mengadap Majlis Tujuh Yang Menghakimi, MAR.DUK
bertegas agar KA.IN dihukum bunuh. Tapi, EN.KI membantah, dan
mencadangkan agar KA.IN “dibuang daerah” dari daerah E.DIN. Memberi
hukuman mati kepada KA.IN akan melenyapkan laluan yang lain untuk
proses hidupan Bumi dan peningkatan populasi manusia. Cadangan EN.KI
agar KAIN “dibuang daerah” telah dipersetujui oleh Tujuh Yang
Menghakimi, dan sebaik saja selepas itu, KAIN dibiarkan untuk kekal
hidup, tapi akan selama-lamanya dihalau dari E.DIN. Sebagai satu
isyarat untuk sesiapa saja agar tidak meniru seperti KA.IN atau
keturunannya, Ruh KA.IN diubahsuai agar beliau tidak boleh lagi membela
janggut di dagunya.
ADAPA dan KHAWA telah melahirkan hampir 60 orang anak lagi, 30 anak
lelaki dan 30 orang anak perempuan. Anak lelaki yang ketiga bernama
SAT.NAAL/SATI/SETH (iaitu Dia Yang Hidupannya Kembali Bersatu).
Kelahiran ini datang sewaktu 95 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi,
atau sekitar 103,000SM.
Pada 97 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu 95,700SM), SATI dan
isterinya, AZURA, melahirkan anak lelaki, ENSHI (iaitu Ketua Segala
Kemanusiaan). Dan sebagai memahami tradisi penyembahan Annunnaki bermula
dari ENSHI, dan beliau dikenali di dalam tradisi penulisan Hebrew
sebagai Enosh.
Pada 98 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu 92,200SM), ENSHI
dan isterinya, NOAM, melahirkan anak lelaki iaitu KUNIN (iaitu He Of
The Kilns). KUNIN diajar seni/teknik peleburan dan penulinan emas
mentah.
Pada 99 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu 88,600SM), seorang
anak lelaki dilahirkan oleh KUNIN dan isterinya (dan juga merupakan
iaitu adik saudara perempuannya), MUALIT. Anak tersebut dinamakan
MALALU (iaitu Dia Yang Bermain). MALALU dikenali di dalam tradisi
penulisan Hebrew sebagai Mahalael.
Pada 100 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu 85,000SM), MALALU
dan isterinya, DUNNA, telah melahirkan anak lelaki, IRID (iaitu Dia
Yang Berair Manis). IRID dikenali di dalam tradisi penulisan Hebrew
sebagai Jared.
IRID telah mengambil BARAKA sebagai isterinya, anak perempuan kepada
adik ibunya, dan pada 102 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu
77,800SM), seorang anak lelaki telah dilahirkan oleh mereka. Namanya
ialah ENKI.ME (iaitu Dengan ENKI ME Saja Yang Memahami). Maksud ME
ialah sebuah objek mini yang telah dikodkan segala informasi tentang
segala aspek makhluk Nefilim dari segi sains dan teknologi. EN.KI telah
mewujudkan satu aliran/hubungan khas dengan ENKI.ME, dan mengajarnya
perkara-perkara tentang planet Nibiru dan syurga yang mana telah
diajarkannya kepada ADAPA sebelum ini. Anak lelaki EN.KI, MAR.DUK
mengambil ENKI.ME mengembara ke angkasa lepas, mendarat di bulan dan
berkunjung ke Lahmu/Mars. Dalam penulisan tradisi Hebrew, ENKI.ME
adalah merujuk kepada nama Enoch.
Pada 104 shar sejak kedatangan Nefilim ke Bumi (iaitu 70,600SM), ENKI.ME
dan isterinya (dan juga merupakan adik saudara perempuannya), EDINNI,
telah melahirkan tiga orang anak lelaki, MATUSHAL (iaitu Dia Yang
Bangkit Dari Air Yang Jernih), RAGIN dan GAIDAD. MATUSHAL dikenali di
dalam penulisan tradisi Hebrew sebagai Methuselah.
MATUSHAL dan isterinya, EDNAT, melahirkan anak lelaki bernama LU.MACH
(iaitu Manusia Perkasa), kadangkala dirujuk dengan gelaran Ubartutu.
Dalam penulisan tradisi Hebrew, LU.MACH dikenali sebagai nama Lamech.
100,000SM hingga 30,000SM
- Makhluk yang diklasifikasikan sebagai Homo Sapiens Neanderthalensis
(iaitu Neandertals) telah mendiami Bumi. Perkembangan hidupan manusia
Neandertal telah disebabkan oleh adaptasi dari persekitaran yang sejuk.
Bukti penggunaan tulang haiwan dan batu sebagai peralatan yang
dijumpai di dalam kubur Neandertals telah mewujudkan satu cadangan
bahawa mereka juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Beberapa
kerangka tulang yang dipamerkan menunjukkan kecederaan dan penyembuhan
yang telah berlaku, mencadangkan bahawa seorang Neandertal dijaga oleh
salah seorang dari ahli keluarga atau komunitinya. Manusia Neandertals
secara tiba-tiba hilang sekitar 30,000SM.
100,000SM hingga 30,000SM
- Annunnaki lelaki mula bersenggama dengan manusia perempuan di Bumi.
Menurut Kitab Bible Hebrew (Genesis: Bab 6, Surah 4), “anak lelaki
Tuhan telah datang/bercantum dengan anak perempuan manusia.”
Anak yang terhasil dari kombinasi Annunnaki lelaki dan manusia perempuan
kadangkala dirujuk sebagai Naphidem, atau Yang Melihat, dan dari
makhluk inilah timbulnya idea tentang “Malaikat/Angel” ini muncul.
Dalam bahasa Greek, Angelos, yang mana perkataan “Angel” dalam bahasa
Inggeris diasaskan, sebenarnya juga merujuk kepada “pesuruh/messenger”,
berbanding bunian atau makhluk sakti. Naphidem yang menjadi waris
kepada makhluk Nefilim, mula menunjukkan kuasanya ke atas manusia
lelaki bumi, di mana ianya dirujuk sebagai nama Eljo di dalam penulisan
terawal. Pergeseran yang wujud antara Nephidem dan Eljo akhirnya
menyebabkan berlakunya peperangan, di mana bangsa Eljo secara tidak
langsung telah dipupuskan.
77,000SM
- Bandar Shuruppak telah diperintah oleh Ubartutu, waris dari kesatuan
di antara Annunnaki lelaki dan manusia perempuan. Beliau dikenali juga
sebagai Lamech, bapa kepada Utnapishtim/Ziusudra (aka Noah). Fakta
sebenar ialah, Ubartutu/Lamech bukanlah bapa kandung sebenar
Utnapishtim/Ziusudra/Noah, seperti yang akan ditunjukkan di bawah
nanti.
75,000SM hingga 25,000SM
- Homo Sapiens Sapiens mendiami Bumi. Berbagai gelaran diberikan
seperti Cro Magnon. Di waktu ini, secara tidak langsung mereka telah
menggantikan tempat Neandertals sebagai bangsa dominan lebih kurang
40,000 tahun yang lalu.
49,000SM
- ZIUSUDRA/UTNAPISHTIM/NOAH telah dilahirkan. Beliau ialah anak lelaki
kepada EN.KI (Annunnaki) dan Batanash (manusia perempuan), iaitu anak
perempuan dan isteri kepada Lu-Mach/Lamech. Akan tetapi, bapa sebenar
Noah (EN.KI) telah disembunyikan dari pengetahuan Noah, dan beliau
telah dibesarkan seolah-olah sebagai anak kandung lelaki kepada
Lu-Mach. Anak tersebut diberi nama Ziusudra (iaitu Dia Yang Mencerahkan
Hari), dan Utnapishtim (iaitu Penghilang Kesengsaraan Sementara
(Respite)) adalah disebabkan dan dipercayai bahawa takdirnya akan
menjadi seorang yang akan membawa sinar/harapan baru kepada Bumi dari
kesengsaraan. Beliau dikenali sebagai Noah dalam tradisi penulisan
Hebrew. ZIUSUDRA berkahwin dengan EMZARA, dan kedua mereka melahirkan
tiga orang anak lelaki.
40,000SM - Homo Erectus masih lagi dijumpai di beberapa tempat, termasuk Jawa.
38,000SM
- EN.LIL berasa marah dan tidak senang dengan pertambahan populasi
manusia, dan juga selera manusia yang berubah-ubah. Cuaca juga telah
berubah, menjadi kasar dan kering. EN.LIL mula mempercayai bahawa
kesengsaraan yang dialami manusia dan waris Annunnaki disebabkan hasil
dari kecelaruan/fungsi perbezaan jantina manusia yang pelbagai, maka
beliau mula berfikir untuk membawa mereka kepada kepupusan (atau
penghapusan sebahagian sahaja dari populasi manusia). Rancangannya
ialah menyuruh kesemua Annunnaki meninggalkan Bumi, dan kembali ke
Nibiru, dan meninggalkan sebahagian penduduk Bumi berdasarkan nasib
masing-masing. Keputusan ini hanya dipersetujui separuh sahaja
disebabkan EN.LIL, EN.KI, NIN.HUR,SAG dan lain-lain makhluk Annunnaki
yang tulin (Nefilim) sedar akan usia/ketuaan mereka yang meningkat
cepat semasa di Bumi berbanding di Nibiru.
Panjangnya perjalanan laluan atau orbit planet Nibiru mengelilingi
matahari, untuk menjadikan satu tahun di Nibiru (iaitu 1 shar),
bersamaan dengan 3,600 tahun di Bumi. Jika makhluk Nefilim tinggal juga
di Bumi, mengembara pulang melalui jalan pendek mengelilingi matahari,
akan membuatkan jangka hayat hidup mereka menjadi pendek. Dan juga,
apabila sudah berada di Nibiru, makhluk Nefilim dapat mengambil cecair
yang membolehkan mereka hidup dengan lama, cecair tersebut tidak/belum
lagi berada dan dibawa ke Bumi, dan ini akan menyebabkan jangka hayat
mereka sampai ke penghujung dengan cepat.
EN.LIL, EN.KI dan NIN.HUR.SAG berbincang untuk kembali ke planet Nibiru
agar mereka boleh melepaskan diri dari menemui kematian di Bumi, akan
tetapi, GALZU menyatakan bahawa beliau ialah utusan kepada ANU, tiba
dengan membawa tablet yang telah dimeterai oleh raja di planet Nibiru.
Mesej yang dibawa oleh GALZU untuk anak-anak ANU yang mengatakan bahawa
mereka tidak akan dapat kembali ke Nibiru. Saintis dan paderi di
planet Nibiru telah menentukan bahawa untuk mereka kembali semula ke
Nibiru bermaksud kematian disebabkan kesan akibat tinggal lama di
planet Bumi.
30,000SM hingga 20,000SM
- Bangsa manusia terbahagi kepada empat kumpulan bangsa: 1) Caucasoids
- zaman sekarang merupakan European dan Indian berserta dengan Hamites
dan Semites; 2) Mongoloids - zaman sekarang merupakan Asian dan
American Indian; 3) Australoids - zaman sekarang merupakan Australian
Aborigines; 4) Negroids.
17,000SM hingga 9,500SM
- Beberapa haiwan - anjing dan biri-biri - wujud/diternak secara
domestik, berkemungkinan disebabkan sebagai sumber makanan. Ini diikuti
pula oleh kambing, babi, lembu bertanduk dan tidak bertanduk.
13,000SM
- Annunnaki sedar bahawa apabila pusingan orbit planet Nibiru yang
akan datang, akan menyebabkan berlakunya gelombang/ombak besar.
ANU memberi peringatan kali kedua kepada anak lelaki dan perempuannya -
bahawa perubahan pada cuaca berserta dengan perubahan yang berkaitan
yang dialami oleh mereka di Bumi adalah disebabkan tarikan planet
Nibiru yang menghampiri Bumi. Makhluk Nefilim di planet Nibiru telah
membuat perkiraan yang tepat yang mengatakan bahawa apabila dua planet
ini berada agak rapat (Nibiru lalu bersebelahan dengan planet Bumi),
akan menyebabkan banjir besar di Bumi dan lapisan ais yang berada di
kedua-dua kutub akan mencair dan meningkatkan kedalaman lautan. ANU
menggalakkan anak-anaknya untuk menaiki kenderaan angkasa atas sebab
pertemuan dua buah planet ini akan berlaku dan dengan ini dapat
menyelamatkan mereka dari peristiwa banjir besar ini apabila ditakdirkan
berlaku nanti.
EN.LIL memaksa sebahagian dari Annunnaki yang tinggal untuk tidak
memberitahu penduduk Bumi informasi tentang bencana ini atas sebab
untuk membiarkan sebahagian/semua penduduk Bumi mati. Akan tetapi EN.KI
tidak dapat menahan simpati untuk melihat ciptaannya musnah, dan
beliau berkomplot untuk menyelamatkan sebahagian/beberapa manusia.
Beliau tidak memberitahu secara terus kepada Ziusudra/Noah tentang
kedatangan bencana besar tersebut, akan tetapi beliau menuju ke tempat
tinggal Ziusudra dan bercakap dengan dinding pondok rumput iaitu tempat
tinggal Ziusudra. Dan beliau bernasib baik, Ziusudra terdengar
percakapan EN.KI dengan dinding itu. EN.KI secara rahsianya (secara
tidak langsung) telah memberitahu Ziusudra yang beliau akan berjumpa
dengan sebuah tablet yang didalamnya terdapat pelan untuk membuat
sebuah bahtera dan perlu dibina oleh Ziusudra, dan dengan bahtera
tersebut, Ziusudra perlu membawa haiwan-haiwan dan Ruh yang lain bagi
menghadapi kedatangan banjir besar tersebut. Ruh yang mana akan dibawa
oleh Ziusudra telah dikumpulkan oleh EN.KI dan NIN.HUR.SAG.
EN.LIL marah apabila beliau mendapat tahu perkara yang telah dilakukan
oleh EN.KI, secara teknikalnya, perlu disembunyikan dari pengetahuan
manusia di Bumi. EN.LIL akhirnya terpaksa menerima fakta bahawa tidak
semua penduduk Bumi akan termusnah secara keseluruhan, dan lagipun
beliau gembira yang perkara ini semua akan menjadi bukti yang planet
Nibiru telah melintasi Bumi dan akan menyebabkan lapisan atmosfera
planet Nibiru bocor sekali lagi. Dan, pekerja primitif sudah tentu
diperlukan lagi untuk mendapatkan emas dan dihantar ke planet Nibiru dan
sekali gus menyelamatkan sekali lagi atmosferanya.
12,000SM - Banjir Besar berlaku di Bumi.
Apabila planet Nibiru mendekati Bumi, Bumi mula bergegar dan kilat
sabung menyabung. Kuasa yang terhasil dari graviti kedua-dua planet ini
telah menyebabkan berlakunya kacau bilau yang maha dahsyat kepada
atmosfera kedua-dua planet, akan tetapi atmosfera Bumi lebih teruk
disebabkan saiz planet Nibiru. Annunnaki menaiki kapal angkasa mereka
dan berlepas ke syurga di atas bumi, dari kedudukan ini, mereka boleh
menyaksikan Banjir Besar tersebut. Semasa mereka memerhatikan Banjir
Besar itu, lapisan ais di kutub selatan mula pecah dan cair. Kepingan
ais gergasi mula meluncur masuk ke dalam lautan, secara tidak langsung
telah menaikkan kedalaman lautan. Dan secara tiba-tiba, lapisan ais yang
paling besar di kutub selatan pecah dan tercampak ke dalam lautan,
menyebabkan berlakunya gelombang/ombak besar. Ketinggian ombak sehingga
tidak nampaknya matahari/Apsu telah melanda kawasan selatan, iaitu
pada zaman ini dipanggil Afrika. Gelombang ini berterusan ke sebelah
utara melalui daratan, memasuki ke lembah di antara Sungai Tigris dan
Euphrates di mana bandar termasyhur Annunnaki telah ditubuhkan.
Annunnaki yang berada di dalam kenderaan angkasa melihat segalanya yang
di atas Bumi dilimpahi oleh air dari Banjir Besar ini. Banjir dan
limpahan air bah di lautan juga dirancakkan lagi dengan hujan yang
dahsyat yang turun ke Bumi. Dan, selepas 40 hari, hujan dan ribut telah
berhenti dan air mula surut.
Sewaktu Banjir Besar berlaku, bahtera yang membawa Ziusudra/Noah dan
keluarganya telah melalui peristiwa itu dengan selamatnya. Bahtera
tersebut telah “mendarat” di atas gunung yang dikenali oleh bangsa
Sumeria dan Akkadian sebagai Arrata. Perkara pertama yang dilakukan
oleh penduduk Bumi apabila mereka muncul semula di daratan ialah
membina pelantar mengorbankan beberapa ekor anak kambing biri-biri
betina sebagai ucapan terima kasih dan kesyukuran mereka kepada EN.KI
kerana menyelamatkan nyawa mereka. Annunnaki, berlegar-legar di udara
di dalam kenderaan angkasa mereka dan terjumpa dengan asap tebal yang
keluar dari sebuah pelantar dan terbang ke arahnya untuk mengetahui
puncanya.
EN.LIL geram apabila mendapati yang sebahagian dari penduduk Bumi telah
diselamatkan dari kemusnahan tersebut. Beliau mengamuk dan marah dengan
tindakan EN.KI kerana memberitahu penduduk Bumi tentang kedatangan
Banjir Besar tersebut, akan tetapi EN.KI menjawab yang dia tidak
melanggar angkat sumpah untuk tidak memberitahu penduduk Bumi tentang
bencana yang telah menimpa itu; beliau hanya bercakap dengan dinding
pondok rumput tersebut, dan Ziusudra berkemungkinan terdengar apa yang
diperkatakan pada dinding tersebut. Beliau juga mencadangkan yang
penduduk Bumi yang telah terselamat dari Banjir Besar tersebut perlu
diberikan benih, ilmu pengetahuan dan peralatan untuk menanam agar Bumi
sekali lagi menjadi penuh dengan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan
berupaya untuk meneruskan kehidupan.
Banjir Besar ini adalah petanda berakhirnya zaman/masa yang digelar oleh
Annunnaki sebagai Masa Tua/Lampau (di mana, seperti yang dinyatakan di
atas, bermulanya pemerintahan AN di planet Nibiru).
11,000SM - Zaman Batu baru bermula di pengakhiran zaman ais merujuk kepada beberapa pakar. (Lihat 7,000 hingga 5,000).
11,000SM hingga sekarang - Era Cenozoic; Masa Quaternaryl; Zaman Recent
10,500SM
- Banjir Besar telah berakhir dan Annunnaki, iaitu EN.LIL menyeru agar
Bumi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Lembah yang mengalirkan
Sungai Tigris dan Euphrates, yang mana di waktu sekarang ini merupakan
negara Iraq, akan diberikan kepada EN.LIL dan anaknya. Anak lelaki
Ziusudra. iaitu Shem dan Japheth akan tinggal di sana. Semenanjung Arab
yang pada zaman sekarang ini diperintah oleh negara Saudi Arabia akan
diberikan nama Tilmun (iaitu Tanah Senjata/Missiles) dan diserahkan
kepada NIN.HUR.SAG. Di sebelah barat pula, di kawasan lembah Sungai Nil,
dan memanjang ke selatan melalui benua yang pada zaman sekarang ini
digelar Afrika, EN.KI dan anak lelakinya, MAR.DUK dan keturunannya akan
mengambil alih kawasan tersebut. Anak lelaki Ziusudra, Ham, telah
menetap di sana (Afrika).
10,500SM hingga 7,000SM
- Semasa shar yang pertama iaitu selepas sahaja Banjir Besar tersebut,
Annunnaki telah mencipta “Tempat Untuk Kenderaan Berkuda (Chariots)”
yang baru; tapak asal telah dimusnahkan dalam Banjir Besar tersebut.
Tapak baru tersebut akan wujud di daratan yang mengalirkan Sungai Nil,
dan beberapa abad kemudiannya, akan dikenali sebagai Egypt (Mesir).
Disebabkan daratan tersebut rata dan tidak ada penanda semulajadi yang
boleh digunakan sebagai penanda/penisyarat untuk kapal angkasa mendarat,
Annunnaki telah mencipta dua “puncak” dengan mencipta permukaan 4
penjuru, struktur berbentuk piramid. Ianya telah dicipta oleh
NINGISHZIDDA. Struktur piramid yang paling besar telah diberikan nama
sebagai Ekur (iaitu Rumah Yang Menyerupai Gunung). Di dalam Ekur
terdapat dewan dan galeri dan di dalamnya juga terdapat kristal dari
planet Nibiru. Kristal ini akan digunakan untuk memancarkan cahaya
isyarat/beacon kepada kapal angkasa yang sedang dalam perjalanan untuk
mendarat. Di antara dua piramid wujudnya monumen/patung arkitek piramid
ini iaitu NINGISHZIDDA, telah dibina. Disebabkan struktur-skruktur ini
dibina semasa Zaman Singa (Age Of the Lion) menurut tradisi Nefilim,
monumen ini telah direkacipta berdasarkan rupa/imej binatang ini, akan
tetapi mempunyai kepala berbentuk NINGISHZIDDA.
10,000SM
- Zaman Domestik (Domestic Age) bermula di daerah Mesopotamia. Salah
satu haiwan pertama yang wujud secara domestik (lebih kurang 9,500SM)
ialah anjing - berkemungkinan untuk dijadikan sebagai makanan. Populasi
penduduk Bumi pada waktu itu dianggar seramai 5 juta orang.
9,780SM
- MAR.DUK, anak lelaki pertama Enki, mengambil nama RA, dan
membahagikan kekuasaan di Egypt (Mesir) di antara anak lelakinya ASAR
(dikenali di dalam tradisi penduduk Mesir dengan nama Osiris) dan SATU
(dikenali di dalam tradisi penduduk Mesir dengan nama Seth).
ASAR mengambil ASTA sebagai isterinya dan SATU mengahwini NEBAT,
keduanya merupakan anak perempuan SHAMGAZ, ketua kepada daerah bernama
Igigi (iaitu tempat di mana makhluk Nefilim yang telah membuat
penempatan/stesen di planet Lahmu/Mars sebagai tempat untuk mengangkut
emas dari Bumi ke Nibiru). ASAR dan ASTA telah membina penempatan
berdekatan rumah bapanya (bapa ASAR), iaitu MAR.DUK yang berada di
lembah Sungai Nil, sementara SATU dan NEBAT membina penempatan
berdekatan rumah bapanya (bapa SATU), iaitu SHAMGAZ di lembab Sungai
Tigris dan Euprates.
NEBAT merasa cemburu dengan adik perempuannya yang menetap di daerah
lembab Sungai Nil yang subur, telah diarah oleh ayahnya untuk menyoal
suaminya setiap hari tentang sebab kenapa mereka tidak mewarisi tanah
subur itu. Gangguan yang berterusan oleh NEBAT telah menggalakkan SATU
untuk mewujudkan satu komplot untuk membunuh adiknya sendiri disebabkan
ingin memiliki tanah kepunyaan ASAR.
9,330SM
- SATU/Seth telah menjemput ASAR/Osiris ke suatu majlis makan, dan
mereka memberi abang SATU iaitu ASAR meminum racun, dan apabila ASAR
telah mati, beliau telah diletakkan di dalam keranda. Keranda tersebut
telah ditutup dengan ketatnya dan dicampakkan ke dalam laut.
ASAR mati sebelum MAR.DUK dan ASTA menjumpai keranda tersebut. MAR.DUK,
walaupun sedang berdukacita, telah memilih untuk menerima kenyataan
yang anak lelaki bongsunya, iaitu SATU, perlu menyambung warisan iaitu
warisan yang sepatutnya diberikan kepada anak lelaki sulungnya iaitu
ASAR. MAR.DUK telah memaklumkan kepada ASTA yang ASTA perlu memdapatkan
seorang anak lelaki yang mempunyai darah dari SATU untuk menyambung
warisan tersebut dengan lancar, akan tetapi ASTA tidak berapa
bersetuju. Beliau memperolehi sperma dari mayat suaminya, dan
memberanakkan dirinya dengan sendiri. Seorang anak lelaki, HORON (yang
dikenali dalam penulisan tradisi Mesir dengan nama Horus) dilahirkan
oleh ASTA.
9,000SM hingga 8,500SM
- Bandar Jericho telah dibina, tapak peninggalan bandar ini telah
dikira (radio-carbon dated) berusia sekitar 9,000SM. Jericho telah
dikenalpasti sebagai bandar disebabkan ia mempunyai dinding pertahanan
yang mengelilinginya, menunjukkan yang pekerja yang membinanya juga
menetap di dalam bandar tersebut dan mengambil langkah berjaga-jaga
untuk melindungi rumah dan komuniti mereka. Bandar ini berserta dinding
pertahanan adalah seluas 10 ekar.
9,000SM hingga 7,500SM
- Manusia telah memasuki zaman ketamadunan dikenali sebagai
Pre-Pottery Neolithic, zaman yang menggunakan batu mentah sebagai alat
untuk membentuk batu yang lain untuk kegunaan tertentu. Manusia terus
menerus memelihara pelbagai haiwan domestik dan tumbuh-tumbuhan di
waktu ini. Gandum yang dikenali sebagai einkorn telah disemai di luar
dari habitatnya iaitu di daerah yang pada zaman ini dikenali sebagai
negara Syria. Tumbuh-tumbuhan ini, selalunya tertanam secara
semulajadinya di pergunungan Taurus dan Zagros telah dijumpai di Tell
Abu Hureyra dan Mureybat di muara Sungai Euphrates, menunjukkan bukti
bahawa penduduk di kawasan ini dengan sengaja menanam tumbuh-tumbuhan.
9,000SM
- Bukti menunjukkan kewujudan manusia di benua-benua yang terdapat di
hemisfera barat. Berkemungkinan mereka telah berhijrah dari Asia
menyeberangi Selat Bering (atau Tanah Bering yang belum lagi dilitupi
dengan air laut seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pengkaji).
8,970SM
- “Perang Piramid Yang Pertama” telah berlaku. HORON/Horus, yang telah
meningkat dewasa, menuju ke Tilmun, iaitu Tanah Senjata/Missiles,
berserta dengan askar manusia yang setia. Mereka membawa senjata yang
diperbuat dari besi, iaitu sejenis besi yang baru, dibina secara rahsia
yang mana HORON telah belajar dari pakcik saudaranya (moyang/
great-uncle), iaitu GIBIL, anak lelaki EN.KI. HORON telah mencabar
SATU/Seth untuk berperang demi membalas dendam akan kematian ayahnya
iaitu ASAR/Osiris. SATU telah menyahut cabaran tersebut dan mensyaratkan
agar pertarungan hanya melibatkan mereka berdua sahaja, dan secara
langsung mencabar HORON untuk berlawan secara sendirian. Kedua-duanya
bertarung sesama sendiri di awan, dan akibat dari pertarungan ini, SATU
telah menyerang HORON menggunakan anak panah kecil (dart) yang
beracun, menyebabkan HORON jatuh ke bumi dan mati. ASTA, apabila
melihat anak lelakinya terbunuh, menangis dan merayu bantuan dari
NINGISHZIDDA. NINGISHZIDDA tiba di tempat kejadian dan menukarkan racun
di badan HORON menjadi bahan yang tidak berbahaya, dan anak lelaki ASTA
pulih semula. HORON kemudiannya telah menyerang semula SATU, dan
kedua-duanya sekali lagi bertempur di udara. HORON menang apabila
menembak jatuh SATU. SATU menjadi buta, dan HORON membawanya mengadap
Majlis Annunnaki, yang kemudiannya menjatuhkan hukuman kepada SATU
iaitu dibiarkan hidup, tambahan pula SATU telah menjadi buta dan tidak
mewarisi apa-apa lagi.
8,670SM
- “Perang Piramid Yang Kedua” telah berlaku. DU.MUZI, anak lelaki
bongsu EN.KI, telah jatuh cinta dengan INANNA, iaitu anak perempuan
kepada NAN.NAR, yang juga merupakan cucu kepada EN.LIL. Akan tetapi
percintaan mereka tidak direstui, dan peristiwa ini telah menyebabkan
berlakunya peperangan di antara waris EN.LIL dan EN.KI.
EN.KI telah memberi DU.MUZI dan INANNA sebuah daerah yang besar di utara
Abzu berlandaskan perjanjian yang telah dibuat untuk daerah yang akan
mereka perintah dan duduki. MAR.DUK, iaitu abang DU.MUZI, berasa
cemburu dengan DU.MUZI. Selepas INANNA memberitahu GESHTINANNA, iaitu
adik perempuan kepada DU.MUZI dan MAR.DUK tentang cita-cita mereka
untuk membina sebuah negara Beraja yang terulung, GESHTINANNA berjumpa
dengan MAR.DUK dan memberitahu beliau tentang cita-cita INANNA
tersebut. MAR.DUK telah membentangkan sebuah rancangan untuk menipu
DU.MUZI dan INANNA tentang soal pewarisan yang sah di sisi
undang-undang. MAR.DUK telah meyakinkan GESHTINANNA untuk berjumpa
dengan DU.MUZI agar DU.MUZI dapat mengandungkan GESHTINANNA; dalam
tradisi Annunnaki, anak yang dilahirkan dari ibu dan bapa yang
mempunyai perkaitan sebagai adik-beradik tiri lebih
cenderung/diutamakan untuk mendapatkan takhta warisan berbanding ibu dan
bapa yang tidak mempunyai perkaitan darah. Setelah menyebabkan
GESHTINANNA mengandung, DU.MUZI bermimpi yang beliau telah dihukum dan
negaranya telah dirampas darinya. Beliau terbangun dan memberitahu
GESHTINANNA tentang mimpi tersebut. Sementara DU.MUZI masih lagi
terganggu dengan mimpi tersebut, GESHTINANNA telah menasihatkan DU.MUZI
bahawa berkemungkinan mimpi tersebut bermaksud apabila MAR.DUK telah
mengetahui yang mereka telah melakukan maksiat bersama, MAR.DUK akan
mengandaikan yang DU.MUZI telah mencabul kehormatan adik perempuannya.
DU.MUZI telah percaya dah yakin yang cadangan GESHTINANNA adalah tepat,
dan semasa hatinya sedang derita, DU.MUZI telah meninggalkan
GESHTINANNA. Dalam perjalanan meninggalkan daerah penempatannya,
DU.MUZI telah melalui sebatang sungai, dan beliau tergelincir di atas
batu dan jatuh lemas di dalam aliran sungai yang deras.
INANNA, iaitu kekasih kepada DU.MUZI, telah berdukacita akan kematian
tersebut. INANNA telah mengetahui lokasi mayat DU.MUZI yang
terapung-apung di dalam air di sungai yang terdapat di Abzu, sementara
kakaknya, ERESH.KIGAL, berkuasa di tempat itu. Jadi, INANNA telah pergi
ke Abzu untuk menuntut mayat kekasihnya. ERESH.KIGAL mengesyaki yang
rancangan INANNA tidak menjadi iaitu beliau mengesyaki pasangan
tersebut ingin membuat cubaan untuk merampas takhta warisan dari
suaminya, NER.GAL, dan ERESH.KIGAL telah mengurung dan mengikat INANNA.
Mengetahui tentang perkara yang telah berlaku di antara ERESH.KIGAL dan
INANNA, EN.KI telah menghantar dua orang utusan yang hebat, dan
menghantar mereka ke Abzu untuk mendapatkan kebenaran untuk membebaskan
dan membawa pulang INANNA. Mereka menjumpai INANNA, akan tetapi Ruhnya
telah pun terpisah dari badannya, jadi kedua utusan tersebut telah
memercikkan Air Kehidupan pada INANNA dan berjaya memulihkannya. Mereka
kembali ke “dunia atas” dengan INANNA dan mayat DU.MUZI.
INANNA menuntut agar EN.KI menghukum MAR.DUK yang bertanggungjawab di
atas kematian DU.MUZI. EN.KI menyahut bahawa walaupun MAR.DUK
berkemungkinan memulakan peristiwa ini yang membawa kepada matinya
DU.MUZI, MAR.DUK seorang sahaja tidak boleh dipertanggungjawabkan
sepenuhnya di atas kematian DU.MUZI. INANNA kemudiannya telah pergi
berjumpa dengan keluarganya dan merayu kepada mereka agar memulakan
tindakan balas dendam ke atas MAR.DUK.
EN.LIL telah menghantar mesej kepada EN.KI menuntut agar MAR.DUK
menyerah diri di hadapan keluarga INANNA, akan tetapi EN.KI membangkang
mesej tersebut. Dan selepas itu, “Perang Piramid Yang Kedua” telah
berlaku di antara keluarga EN.LIL dan EN.KI.
Dengan menggunakan kapal angkasa yang sarat dengan muatan bom nuklear,
kedua-dua keluarga tersebut bertarung sesama sendiri. Sepanjang tanah
yang diduduki oleh Anunnaki terdapatnya pelbagai kemusnahan, dan banyak
Annunnaki yang tidak berdosa dan manusia yang terkorban. Dikejar oleh
INANNA, MAR.DUK menyembunyikan dirinya di Ekur, iaitu sebuah piramid
yang terpaling besar di dalam semua piramid yang terdapat di situ yang
dibina oleh adik lelakinya iaitu NINGISHZIDDA. Anak lelaki EN.LIL,
iaitu NIN.URTA telah menjumpai laluan/pintu rahsia untuk masuk ke dalam
Ekur, dan dia, bersama dengan INANNA dan ISH.KUR, telah mengejar
MAR.DUK melalui koridor-koridor di dalam Ekur. Di kawasan Dewan Atas
Ekur ini, MAR.DUK merendahkan sedikit batu yang meluncur dengan harapan
agar mereka yang mengejarnya tidak lagi akan mengejarnya. Akan tetapi,
bersama denga MAR.DUK di dalam dewan yang sama, anak-anak EN.LIL telah
memotong tali yang memegang batu penghalang tersebut. Batu tersebut
meluncur dan menutup serta mengurung MAR.DUK keseorangan di dalam dewan
tersebut.
SARPANIT, isteri kepada MAR.DUK, telah berjumpa dengan EN.KI dan merayu
agar suaminya dibebaskan. EN.KI telah mengarahkan SARPANIT untuk
berjumpa dengan NAN.NAR dan anaknya, iaitu UTU dan INANNA untuk merayu
agar dibebaskan MAR.DUK. Akan tetapi, INANNA tiba-tiba bersikap baik
hati.
EN.KI dan EN.LIL memanggil NIN.HUR.SAG untuk bertindak sebagai orang
tengah. Ia merupakan cadangannya iaitu walaupun MAR.DUK dihukum,
MAR.DUK tidak berhak untuk mati. Dan selepas itu, keputusan dibuat agar
MAR.DUK dibebaskan dari “penjara” (Dewan Atas di dalam Ekur), tapi
dengan syarat beliau menetap di tanah yang tidak wujud langsung
penduduk Bumi. NINGISHZIDDA, yang telah membina piramid Ekur, telah
dipanggil untuk mencari jalan membebaskan MAR.DUK dari Dewan Atas
tersebut.
Apabila dimaklumkan tentang syarat pembebasan, MAR.DUK menjadi amat
marah. Akan tetapi, beliau akur dan menerima takdirnya, dan beliau,
SARPANIT dan anak mereka bernama NABU, terpaksa berhijrah ke
kawasan/daerah yang tidak diduduki oleh sebarang makhluk Bumi bahkan
Annunnaki sekalipun.
Kerajaan Beraja yang diperintah oleh EN.LIL yang merangkumi tanah di
lembah NIl telah diserahkan kepada NIN.URTA. Dan semasa tempoh inilah,
sebuah bandar bernama Heliopolis telah diwujudkan sebagai Bandar
Pengisyarat/Beacon.
7,500SM - Perkuburan telah mula diwujudkan di utara benua yang terletak di hemisfera barat.
7,000SM hingga 5,000SM
- Masa/Waktu yang dikenali sebagai zaman yang mendahului zaman
Paleolithic, iaitu zaman Neolithic. Zaman Neolithic, yang juga dikenali
sebagai “Zaman Batu” (kadangkala dinyatakan sebagai
termasuk/tercampur/berkaitan sedikit dengan zaman Pre-Pottery Neolithic
di antara tahun 9,000 hingga 7,500SM), ialah masa/tempoh di mana batu
mentah telah digantikan dengan batu yang telah diukir dengan cantik
serta untuk kegunaan tertentu. Perkembangan pembuatan tembikar muncul
secara meluas sekitar tahun 7,000SM, yang juga menunjukkan bahawa
biji-bijian yang ditanam secara domestik seperti barli dan gandum,
digunakan sebagai makanan utama. Beberapa jenis besi, seperti kuprum
dan emas, mula dijumpai dan dibentuk dengan bentuk-bentuk tertentu dan
dijumpai di beberapa bahagian di Europe dan Near East.
7,000SM hingga 6,000SM
- Biri-biri telah diternak secara domestik seawal 9,500SM di kawasan
berdekatan Gunung Zagros di dalam wilayah Mesopotamia, dan di sebelah
barat daya (southwest) di kawasan bernama Levantine, merupakan negara
yang wujud di zaman sekarang iaitu Syria, Jordan dan Lebanon, haiwan
yang diternak secara domestik pada awalnya ialah Gazelle, dan kemudian
diikuti dengan kambing pada tahun 7,000SM. Babi pula dijadikan ternakan
domestik di kawasan yang pada zaman sekarang dikenali sebagai Turkey.
Lembu pula dijadikan ternakan domestik di bahagian Aegena pada tahun
6,000SM.
6,500SM - Zaman Gangsa bermula di kawasan Mesopotamia.
6,500SM hingga 5,500SM
- Pertanian diperkenalkan di beberapa kawasan yang pada waktu sekarang
ini dikenali sebagai Greece dan Bulgaria. Beberapa komuniti masyarakat
telah wujud sepanjang Sungai Danube pada 5,500SM.
6,250SM hingga 5,400SM
- Catal Huyuk merupakan bandar terbesar di kawasan yang dikenali
sebagai Anatolia, yang mana pada zaman sekarang ini dikenali sebagai
Asia Minor dan Turkey. Ia merangkumi kawasan seluas 32 ekar.
6,000SM - Padi mula ditanam Asia, iaitu di kawasan yang pada zaman sekarang ini dikenali sebagai Thailand.
5,500SM
- Kapas telah ditanam di Lembah Indus. Dalam beberapa ribu tahun akan
datang, spesis tumbuhan kapas yang sama akan ditanam di kawasan
hemisfera barat.
5,300SM hingga 4,750SM - Komuniti masyarakat tani muncul di kawasan yang pada zaman sekarang ini digelar France.
5,300SM hingga 5,000SM
- Bandar-bandar muncul di sepanjang tanah besar yang mengalirkan
Sungai Tigris dan Euphrates. Dalam masa yang sama, Lembah Nil telah
wujud penempatan koloni.
5,000SM hingga 2,500SM
- Komuniti masyarakat tani muncul di kawasan yang pada zaman sekarang
ini digelar China. Sehingga 2,500SM, bandar dan negeri yang mempunyai
dinding pertahanan telah wujud. Perlombongan batu permata yang bernilai
tinggi seperti batu Jed bermula.
4,500SM
- Pertanian berkembang ke kawasan yang pada zaman sekarang ini
dikenali sebagai Germany dan Barat Laut Europe (Northwest Europe).
4,004SM - Penulisan tradisi Hebrew telah mencatit tarikh bermulanya Penciptaan, kekal selama 7 hari.
4,000SM - Aktiviti pembajakan tanah dimajukan pada waktu ini di Sumer.
4,000SM -
Aktiviti penanaman padi berkembang di kawasan delta Yangtze, iaitu
daerah/kawasan yang terdapat di China pada zaman sekarang.
4,000SM - Aktiviti pertanian berkembang di kawasan yang pada zaman sekarang ini dikenali sebagai British Isles and Ireland.
4,000SM hingga 3,000SM
- Pengeringan tanah telah berlaku di kawasan utara benua Afrika,
membentuk padang pasir yang kemudiannya dikenali sebagai Gurun Sahara.
Semasa tempoh ini berlaku, masyarakat yang hidup di sana terpaksa
berhijrah be arah timur iaitu kawasan yang mempunyai saliran dan
kelembapan, Sungai Nil, atau menuju ke kawasan selatan yang berdekatan
dengan kawasan aliran Sungai Congo.
3,800SM
- Bukti terawal kewujudan tamadun Sumer, yang wujud pada 3,800SM,
telah dijumpai berdekatan dengan kawasan Eridu pada awal 1920an.
3,800SM
- Annunnaki telah mewujudkan semula Bandar Tua (Olden Cities) Eridu
dan Nibru-Ki (aka Nippur). Pada waktu ini, ANU datang semula ke Bumi.
Beliau mendapati bahawa kedudukan/pusingan orbit Bumi yang agak hampir
dengan matahari, dan juga tempoh siang dan malam yang agak pendek di
Bumi telah menyebabkan anak-anaknya mengalami penuaan (Tua) dengan
cepat berbanding yang tinggi di Nibiru.
Bandar Unug-Ki (iaitu Uruk di Akkadian, aka Erech dalam bahasa Bible Hebrew) telah dibina sebagai simbol kedaulatan kepada ANU.
EN.KI, EN.LIL dan NIN.HUR.SAG yang berdarah dengan bapa mereka, iaitu
ANU, lawatan yang telah GALZU lakukan sebanyak beberapa shar sebelum
ini, menyampai berita-berita kepada Annunnaki, pihak Nefilim “Mereka
Yang Asal Dari Syurga Turun Ke Bumi”, mesej ANU yang mengatakan mereka
tidak harus kembali ke Bumi, khuatir yang mereka akan mati disebabkan
pusingan orbit Bumi yang berbeza. Ini semua adalah berita yang
disampaikan kepada ANU sebelum ini; beliau tidak menghantar sebarang
utusan, ataupun telah mendengar sebarang berita dari GALZU. Malah,
beliau memberi jaminan kepada anak-anaknya, akan terdapat ramuan
“hidupan” yang boleh menyembuhkan kerosakan yang dialami oleh badan
mereka disebabkan perubahan pada pusingan orbit yang berbeza-beza bagi
setiap dua planet tersebut.
ANU telah meyakinkan anak-anaknya yang dan menyatakan yang ini semua
adalah takdir Pencipta Segalanya, dan bahawanya penduduk Bumi, dan
bukannya Annunnaki, yang ditakdirkan untuk mendiami Bumi. Seterusnya,
ANU mengisytiharkan, yang ia merupakan tugasan Annunnaki untuk membina
dan menubuhkan sistem Raja di Bumi kepada penduduk Bumi yang terpilih,
dan juga mengajar penduduk Bumi beberapa ilmu pengetahuan dalam bidang
sains dan keagamaan.
Untuk memulakannya, Bumi akan dibahagi kepada 4 kawasan/daerah di mana
penduduk Bumi dengan ciri-ciri keunikan masing-masing akan memulakan
ketamadunan, berpandukan kepada pendidikan yang diberikan oleh
Annunnaki, agar berkembang dengan mekarnya.
Daerah Pertama iaitu daerah Edin yang telah wujud sebelum berlakunya
Banjir Besar itu (iaitu Lembah di Sungai Tigris dan Euphrates - yang
kemudiannya dikenali sebagai Shumer dan Mesopotamia). EN.LIL dan anak
lelakinya telah dilantik sebagai “pengembala” (ketua kepada) manusia di
situ. Daerah Pertama tersebut juga dikenali sebagai Ki-Engi (iaitu
Tanah Pemerhati Yang Sangat Tinggi).
Daerah Kedua yang merangkumi Dua Tanah Yang Sempit (iaitu Lembah Nil -
yang sekarang ini dikenali sebagai Egypt dan Nubia). EN.KI dan anak
lelakinya akan “mengembala” (mengetuai) manusia di situ.
Daerah Ketiga yang terletak di timur Daerah Pertama (iaitu Lembah Indus). INANNA akan mengetuai manusia di situ.
Daerah Keempat merangkumi kawasan semenanjung yang dikenali sebagai
“Tempat Untuk Kenderaan Berkuda (Chariots)” (iaitu daerah yang
kemudiannya dinamakan sebagai Semenanjung Sinai). Daerah Keempat ini
akan disimpan dan dipelihari oleh Annunnaki. ANU dan isterinya ANTU,
sebagai sebahagian dari lawatan mereka ke Bumi, telah mengembara ke
tanah di mana MAR.DUK telah duduki setelah “dibuang daerah”. Mereka
telah menjumpai anak lelaki EN.KI itu tinggal bersendirian dengan anak
lelakinya iaitu NABU, isterinya pula iaitu SARPANIT telah mati sebelum
itu. ANU merasa kasihan terhadap MAR.DUK, dan beliau berjanji agar
MAR.DUK dibebaskan. Walaupun telah diampunkan oleh ANU, MAR.DUK masih
lagi menyimpan kedengkian terhadap INANNA dan beliau berfikiran bahawa
daerah yang dimiliki oleh INANNA harus miliknya.
Dalam masa lawatan ANU ke Bumi, Anunnaki berpendapat bahawa semenjak
dari detik lawatan ini, faktor pengiraan masa tidak perlu lagi dalam
kiraan shar seperti yang digunakan di Nibiru, akan tetapi dalam
masa/orbit Bumi. Konsep kalendar diwujudkan dan muncul kali pertamanya
di Bandar Nippur.
3,760SM - Menurut tradisi penulisan Hebrew, ini ialah waktu kemunculan Adam dan Eve.
3,760SM
- Sistem Beraja telah dipindahkan kepada penduduk Bumi di Bandar
Kishi. Pengiraan waktu/masa berasaskan waktu Bumi telah bermula.
Anunnaki mula mengajar penduduk Bumi tentang ilmu kesenian dalam sains,
matematik dan keagamaan seperti mana yang ANU telah perintahkan.
Penduduk Bumi juga telah mengagungkan Anunnaki sebagai Tuan Yang
Tertinggi, dan penempatan Tuan-Tuan Yang Tertinggi tersebut telah
dinamakan bagi setiap kuil mereka.
Bandar Kishi yang pertama telah ditubuhkan khasnya untuk penduduk Bumi.
Maksud Kishi ialah Bandar Cokmar (Yang Melambangkan
Kebesaran/Kewibawaan). Di situ jugalah, NIN.URTA bersama dengan
takhta/pingat/kelebihan ME telah menerima takhta Raja dari EN.KI, iaitu
dilantik menjadi Agung kepada penduduk Bumi dan juga sebaga Raja yang
pertama dikalangan penduduk Bumi.
INANNA berasa dengki terhadap NIN.URTA akan pengikhtirafan ini yang juga
telah menjadikan NIN.URTA sebagai Raja di kawasan Daerah Pertama,
INANNA merancang untuk mencuri ME dan taraf Raja bagi tamadunan
tersebut dari tangan EN.KI, dengan ini beliau berupaya untuk merampas
takhta dan meluaskan kawasan pemerintahannya bersama denga daerah yang
telah dipegang olehnya iaitu Daerah Ketiga yang juga didiami oleh
penduduk Bumi. Beliau telah pergi ke tempat tinggal EN.KI dan
membuatkan EN.KI mabuk, dan INANNA secara senyap telah mencuri 94 buah
ME, dan kesemua ME sepatutnya akan digunakan untuk membina ketamadunan
dan sistem kerajaan/Beraja. Apabila EN.KI mendapat tahu tentang perkara
ini, EN.KI telah menuntut agar EN.LIL memulangkan ME yang telah dicuri
oleh cucu perempuannya iaitu INANNA. INANNA kononnya telah menyatakan
bahawa EN.KI dengan senang hatinya telah memberikan ME kepadanya, dan
semua penipuan ini dirancang oleh EN.LIL. EN.KI mengarahkan agar
apabila tempoh penguasaan Raja di Bandar Kishi tamat, taraf Raja
tersebut perlu diserahkan pula kepada Unug-Ki. Semasa perkara ini
mengembirakan INANNA, dan dalam masa yang sama telah menaikkan
kemarahan MAR.DUK. Ini adalah kerana status Raja itu diserahkan dari
Daerah Pertama ke Daerah Kedua, di mana EN.KI dan anak lelakinya pula
ditugaskan untuk menjaga penduduk Bumi dan MAR.DUK tidak mendapat
sebarang peluang langsung dalam sistem pemerintahan bergilir-gilir ini.
MAR.DUK dan anak lelakinya, NABU, telah memanggil Igigi dan
penduduk-penduduk Bumi dari segenap pelusuk daerah di atas Bumi ini
untuk datang ke Edin dan menubuhkan sebuah bandar yang suci dan
diperintah oleh MAR.DUK sendiri. Beliau memanggil bandar tersebut
dengan nama Bab-Ili (iaitu Babylon, “Pintu Masuk Para Tuhan”). Beliau
bersama dengan pengikutnya telah membina menara yang cukup tinggi yang
akan “mencapai Syurga” (dikenali juga sebaga Tower of Babel), atau
dengan kata lain, untuk memudahkan komunikasi secara terus dengan planet
Nibiru.
 |
| Menara Babil (Tower of Babel) |
EN.LIL berusaha untuk menghentikan kegiatan MAR.DUK, dan EN.LIL telah
menjadikan bahasa komunikasi di antara penduduk Bumi menjadi rumit dan
berkecamuk dan susah untuk memahami antara satu sama lain. Perkara ini
terjadi pada tahun ke 310 sejak dari kalendar Bumi diperkenalkan (iaitu
pada 3,450SM).
3,500SM hingga 2,500SM
- Bandar dan negeri kaum Sumeria telah berkembang. Terdapat lebih
kurang 12 bandar di kawasan landai Mesopotamian yang terdiri daripada
Sumer. Kebudayaan juga telah berkembang di Sumer (dikenali juga sebagai
Shinar atau Shumer). Penggunaan sistem pembajakan yang meluas juga
menunjukkan wujudnya bukti tentang masyarakat pertanian. Kemajuan dalam
penciptaan roda oleh kaum Sumeria juga menunjukkan bukti ilmu
pengetahuan dan kemahiran menggunakan matematik. Bandar tersebut telah
terpelihara dengan wujudnya sistem terusan dan empangan yang juga
menunjukkan bukti bahawa masyarakat ini pandai merancang dan menyusun
koordinasi perhubungan antara bandar.
Bandar Sippar telah dibina semula oleh UTU; dari sini beliau akan
mengembangkan dan mendidik ilmu undang-undang kepada penduduk Bumi.
Bandar Adab telah dibina untuk digunakan oleh NIN.HUR.SAG sebagai pusat
pemulihan (healing) dan rawatan iaitu ilmu pengetahuan dalam bidang
perubatan. Kuil yang didiami oleh NIN.HUR.SAG telah menjadi tempat
simpanan ME yang mengandungi cara-cara mencipta/mengubahsuai genetik
penduduk Bumi.
3,372SM - Permulaan kalendar kaum Mayan.
3,350SM - Status Raja diserahkan dari Bandar Kishi di daerah Sumer ke Unug-Ki yang terletak di Daerah Ketiga, iaitu Lembah Indus.
3,200SM
- Tulisan dalam bentuk ukiran yang pertama telah wujud. Ia merupakan
rekod pedagang yang dijumpai di Tell Brak di utara Mesopotamia.
3,200SM hingga 2,000SM - Ketamadunan Cycladic berkembang di daerah Aegean.
3,110SM
- MAR.DUK dan adiknya, NINGISHZIDDA yang kedua-duanya merupakan anak
lelaki EN.KI, bertekak mulut tentang siapa yang sepatutnya memerintah
sebagai Tuan di Daerah Kedua. Untuk mewujudkan usaha damai di antara
mereka berdua, EN.KI meminta agar NINGISHZIDDA mengalah sahaja dan
menyerahkan takhta baru tersebut kepada abangnya dan NINGISHZIDDA
sendiri perlu mencari kawasan yang baru yang akan diperintahnya.
NINGISHZIDDA menerima saja cadangan bapanya, dan meninggalkan Sungai
Nil, dan dengan membawa pengikut-pengikutnya yang setia, mereka
mengembara jauh ke bahagian yang lain di Bumi dan mendirikan penempatan
dan perumahan di sebuah benua yang agar jauh dari lautan. Dalam kawasan
baru ini, NINGISHZIDDA dikenali sebagai Ular Bersayap (Winged
Serpent). Beliau telah mewujudkan satu sejarah baru di kawasan ini.
3,100SM to 3,000SM
- Penulisan dalam bentuk lukisan (pictograph) telah wujud di Sumer.
Penggunaan pictograph ialah untuk meluaskan penyampaian dalam
komunikasi dan berkembang di daerah yang dikenali oleh penduduk zaman
dahulu sebagai Elam (iaitu kawasan yang pada zaman sekarang ini digelar
Iraq dan Iran), dan juga di bahagian baratdaya (southwest) Egypt.
Sebelum 2000SM, penulisan dalam bentuk pictograph oleh kaum Sumeria akan
berevolusi dalam bentuk Cuneiform iaitu dalam bentuk simbol; penulisan
Cuneiform oleh masyarakat Elam (Elamite) akan berevolusi pula dalam
bentuk Linear Elamite; dan di Egypt, pictograph akan berevolusi dalam
bentuk hieroglyphs. Dari Elam, penggunaan penulisan dalam bentuk
pictograph akan berkembang jauh sehingga ke timur termasuk tamadun yang
berada di Lembah Indus, dan seterusnya berkembang ke dalam kebudayaan
masyarakat Asian yang juga digunakan dalam pembangunan negara China di
masakini. Penulisan hieroglyph oleh masyarakat Egypt juga akan
berkembang ke Peloponnesian island of Crete, di mana ianya akan
berevolusi bermula dari 1,500SM menjadi penulisan dalam bentuk skrip
hieroglyph, iaitu berubah dalam dua bentuk penulisan yang dikenali
sebagai skrip Linear A dan Linear B. Penulisan hieroglyph oleh
masyarakat Egypt juga akan berkembang ke sebelah timur sehingga ke
Palestine, di mana ia berevolusi menjadi abjad Canaanite. Sementara
itu, penulisan cuneiform oleh masyarakat Sumeria juga akan berkembang
hingga ke Palestine dan daerah Levantine (iaitu daerah yang pada zaman
sekarang dikenali sebagai Syria, Lebanon dan Jordan), dan akan bergabung
dengan abjad Canaanite untuk menjadi abjad Ugaritic di antara 1,500
dan 1,000SM.
 |
| Peta Sumer, Akkad dan Elam |
 |
Lokasi pemerintahan empayar-empayar yang berkembang semasa zaman Amarna.
|
3,100SM
- Raja Menes telah menyatukan negara atas dan bawah Egypt dan
menubuhkan konsep/sistem yang dikenali sebagai “pharaoh” yang berfungsi
sebagai Raja dan Tuhan (god-king). Pemerintahan beliau menandakan
berakhirnya huru-hara dan kacau-bilau yang berlaku selama 350 tahun di
Lembah Nil. Pemerintahan beliau juga merupakan yang pertama sejak 31
dinasti kerabat telah memerintah Egypt selama 2 1/2 millennia (iaitu
bersamaan 2500 tahun).
Menurut sumber yang terdapat dalam penulisan tradisi Egypt dan Sumer,
apabila MAR.DUK mengambil alih mengambilalih pemerintahan di Daerah
Kedua, di mana “Dua Tanah Yang Sempit” yang dikenali sebagai Sungai Nil
pada masakini, beliau menukar namanya kepada RA (iaitu Yang Terang).
Bapanya, EN.KI, telah diagungkan dengan nama PTAH (iaitu Pemaju).
Masyarakat Annunnaki di Daerah Kedua pula dikenali dengan nama Neteru,
iaitu Penjaga Yang Melihat.
RA/MAR.DUK telah menggabungkan dua “negara”, iaitu yang wujud sepanjang
Sungai Nil pada waktu itu, menjadi satu “negara” dan melantik MENA,
yang berketurunan Neteru dan penduduk Bumi, sebagai Raja negara
tersebut yang pertama. Raja Mena, atau dikenali juga sebagai Menes, dan
merupakan sebahagian dari keturunan sama darah dengan
Annunnaki/Neteru, kemudiannya dikenali sebagai Pharaoh, yang bermaksud
Raja dan Tuhan (god-king).
RA telah membinakan sebuah bandar sebagai lambang kebesaran untuk Menes,
dan melebihi dari kecantikan bandar Kishi. Bandar tersebut dikenali
sebagai Mena-Nefer (iaitu Mena Yang Cantik).
Untuk memanfaatkan kawasan pemerintahan anak lelakinya, EN.KI/PTAH telah
memberikan MAR.DUK/RA sebuah ME yang akan digunakan untuk mengajar
ketamadunan penduduk Bumi yang berada di Daerah Kedua. Kesemua ME
tersebut (kecuali ME yang mengekalkan kehidupan abadi (eternal life)),
diberikan kepada RA, atas sebab bahawa pada masa hadapan, ketamadunan
yang berkembang di sepanjang Lembah Nil akan menjadi kaya dengan ilmu
pengetahuan seni sains dan keagamaan.
3,100SM hingga 2,685SM
- Semasa permulaan Tempoh Dinasti di Egypt, kemajuan yang mendadak
telah berlaku seperti pengukiran batu, peleburan kuprum/tembaga dan
pelbagai jenis seni pertukangan.
3,000SM
- Ketamadunan di Lembah Indus berkembang menjadi dua buah bandar besar
iaitu Harappa dan Mohenjo-Daro dan juga termasuk 70 buah lagi pekan
kecil.
Sebahagian dari Daerah Ketiga akan dikenali sebagai Zamash, iaitu Tanah
Yang Mempunyai 60 Permata/Batu Berharga. Sebahagian lagi pula di daerah
tersebut akan dikenali sebagai Aratta, iaitu Lapangan Berkayu-kayu.
Bagi INANNA, EN.KI tidak akan memberi/menambah lagi ME yang sudah sedia
ada pada INANNA (yang juga merupakan ME yang telah dicuri dari EN.KI).
 |
Bandar-bandar yang terdapat di Lembah Indus (berdekatan dengan
negara Pakistan dan India) |
3,000SM hingga 2,750SM - Zaman Gangsa berkembang di daerah di Palestine.
2,760SM
- Malangnya, ketamadunan di Daerah Ketiga tidak berkembang seperti
mana yang sepatutnya. Penjaganya, iaitu INANNA, tertarik pula dengan
Daerah Kedua, iaitu yang berada di Lembah Nil dan mengabaikan Daerah
Ketiga kepunyaannya sendiri. Seribu tahun selepas kalendar Bumi
diperkenalkan oleh ANU, status Raja telah diambil semula dari Unug-Ki.
Pada masa yang sama, seorang hero, iaitu Gilgamesh, telah muncul.
INANNA menjadi terlalu taksud dengan tanggapan bahawa suatu hari nanti
kekasihnya DU.MUZI pasti akan pulang semula dan bangkit dari kematian
dan bersana dengan INANNA selamanya. INANNA telah mencipta Gigunu,
iaitu “Rumah untuk Keselesaan Waktu Malam”, di mana beliau akan
menggoda mana-mana lelaki pada malam ulangtahun hari perkahwinannya. Di
sana beliau akan berbaring bersama lelaki-lelaki tersebut, dan pada
esoknya Ruh mereka akan diambil olehnya.
Seorang lelaki tidak mati selepas bermalam di Gigunu. Beliau ialah
BANDA, yang sedarah dengan UTU. Beliau meneruskan warisan ENMERKAR
sebagai Raja bagi Unug-Ki, dan mengambil NINSUN, iaitu waris EN.LIL,
menjadi isterinya. Dari BANDA dan NINSUN, lahirnya seorang anak lelaki
iaitu GILGAMESH. NINSUN telah memberitahu GILGAMESH bahawa tidak kira
siapa pun, samada penduduk Bumi atau Annunnaki mendiami Bumi, mereka
akan tetap mati, akan tetapi bagi yang mendiami di planet Nibiru,
mereka dijanjikan dengan kehidupan yang panjang. Dan dengan itu,
GILGAMESH berhajat untuk mengembara ke planet Nibiru.
NINSUN menyeru UTU agar membantu anak lelakinya untuk mengembara ke
planet Nibiru. UTU bagaimanapun bersetuju dan GILGAMESH perlu memulakan
perjalanannya ke planet Nibiru melalui “Tempat Pendarat Untuk
Kenderaan Berkuda (Chariots)” yang terletak di Daerah Keempat
kepunyaannya. UTU tah bahawa EN.LIL telah mencipta binatang raksasa
yang mengeluarkan api dari mulutnya, dan sekiranya GILGAMESH kuat untuk
menghadapi rintangan ini, beliau akan dapat mengembara ke planet
Nibiru selepas itu.
GILGAMESH telah menewaskan binatang raksasa tersebut sewaktu berada di
Tempat Pendaratan itu, dan berjaya meloboskan dirinya ke terowong bawah
tanah yang terdapat di Daerah Keempat tersebut. Dalam perjalanannya,
GILGAMESH bertemu dengan ZIUSUDRA dan isterinya EMZARA, yang
kemudiannya telah menceritakan peristiwa Banjir Besar, serta
memberitahu GILGAMESH cerita tentang sejenis tumbuhan yang tumbuh di
dalam sebuah perigi yang dikatakan dapat menjadikan seseorang panjang
umur. Perjalanannya ke planet Nibiru menjadi tidak penting pula bagi
GILGAMESH kerana beliau beranggapan lebih baik beliau mencari tumbuhan
tersebut untuk hidup lama di Bumi, dan GILGAMESH pun secara sembunyi
telah mengambil tumbuhan tersebut dari perigi, dan bergegas pulang ke
Unug-Ki.
Dalam perjalanan pulang ke Unug-Ki, GILGAMESH menjadi penat dan
mengantuk. Beliau berbaring seketika untuk tidur, dan semasa tidur,
seekor ular tertarik kepada wangian tumbuhan tersebut yang telah
disimpan secara rahsia di dalam sebuah beg kecil oleh GILGAMESH. Ular
tersebut telah merayap secara sembunyi dan masuk ke beg kecil kepunyaan
GILGAMESH lalu memakan tumbuhan tersebut dan beralih pergi. GILGAMESH
terjaga dan mendapati sesuatu telah berlaku, akan tetapi beliau tidak
dapat melakukan apa-apa dan kembali dengan tangan kosong ke Unug-Ki.
Selepas GILGAMESH, terdapat tujuh lagi Raja yang telah memerintah Daerah
Ketiga, akan tetapi, 1000 tahun kemudiannya, status Raja telah diambil
balik.
 |
Epik of Gilgamesh ditulis di atas tablet
(termasuk cerita yang yang didengari oleh
Gilgamesh tentang Banjir Besar tersebut) |
2,760SM
- Status Raja kemudiannya di pindahkan dari Unug-Ki ke Urim, dibawah
penjaga/ketua baru iaitu NAN.NAR dan NIN.GAL. Bandar di Daerah Pertama
iaitu Sumer, berkembang dibawah pengawasan dan tunjukajar mereka, dan
tamadun ini telah berkembang sehingga menjangkau ke daerah yang
berdekatan. Sistem Raja tidak lagi diberikan kepada satu-satu bandar
sahaja, akan tetapi dilaksanakan menggunakan sistem giliran mengikut
daerah.
2,686SM hingga 2,160SM
- Empayar yang dikenali sebagai “Negara Lama” (iaitu zaman pembinaan
piramid) bermula di Egypt. Imhotep telah membina piramid yang pertama
dan strukturnya bertingkat untuk diberikan kepada Rajanya iaitu Zoser
di Saqqara.
MAR.DUK/RA berasa cemburu dengan perkembangan mendadak kebudayaan dan
ketamadunan di Sumer, beliau amat berhati-hati dalam memilih samada
Annunnaki atau penduduk Bumi untuk berkongsi kuasa dengannya, jadi
beliau telah mengisyitiharkan bahawa hanya beliau saja seorang yang
akan menjadi Tuan untuk Daerah Kedua tersebut.
MAR.DUK/RA juga telah mencatatkan sejarah beliau sendiri. MAR.DUK/RA
telah memerintahkan agar paderi-paderi yang berada semasa
pemerintahannya dengan penduduk Bumi yang mendiami Sungai Nil harus
menggelarkan beliau sebagai “yang paling tertua di Syurga, yang
dilahirkan yang pertama di Bumi”. Beliau mengarahkan agar paderi
tersebut menyanyikan lagu yang mengagungkannya sebagai “salah satu dari
cara pengagungan terawal sekali” dalam sejarah Bumi sebagai “Tuan Yang
Abadi, iaitu “dia yang kekal lama, berbanding semua tuhan yang
mengetuai” sebagai “seorang yang tiada tolok bandingnya atau boleh
dibandingkan dengan sesiapa, yang hidup dan berdiri seorang diri dan
hanya satu!” MAR.DUK/RA kemudiannya telah mengambil/menyedut beberapa
sifat dan kuasa tuhan-tuhan yang lain (iaitu Annunnaki, yang mana
penduduk Bumi menggelarkan sebagai “tuhan”).
MAR.DUK/RA menyatakan hajatnya pada bapanya iaitu EN.KI untuk memerintah seluruh Bumi.
2,680SM
- Menurut pendapat dan teori para pengkaji arkeologi, piramid yang
pertama (piramid jenis yang bertingkat-tingkat) yang telah dibina di
Sungai Nil ialah hasil pembinaan semasa pemerintahan King Zoser dari
Saqqara. Piramid Khufu/Cheops, dipercayai oleh pengkaji arkeologi telah
dibina 100 tahun kemudiannya iaitu pada 2,500SM.
2,500SM - Sphinx telah dibina di Giza bagi menjaga piramid Khufu/Cheops.
2,500SM
- Dalam usaha untuk mengambil alih aktiviti perlombongan emas dan
perdagangan bangsa Kush di Gurun Nubian, bangsa Egypt telah menakluk
jirannya tersebut yang mana kawasan mereka terletak di selatan Egypt
dan menawan daerah tersebut dan kawasan tawanan itu menjangkaui hingga
ke kawasan yang menghampiri air terjun kedua Sungai Nil.
2,500SM - Kuda telah dibela secara domestik di Asia.
2,380SM - Puak Amorites dari Arab telah mula menyerang dan menakluk daerah-daerah di Syria, Palestine dan Mesopotamia.
2,371SM hingga 2,316SM
- Bandar/Negeri Sumeria telah disatukan sebagai Akkadia di bawah
pemerintahan Semitic Amorite iaitu Sharru-Kin (iaitu Sargon Yang
Terulung). Ibu negara telah diwujudkan berdekatan Kishi dan dinamakan
Agade (iaitu Akkad). Empayar Akkadia, yang merupakan empayar pertama di
dunia, telah menjangkau dari Gunung Zagros yang terletak di timur
sehingga ke Laut Mediterranean yang terletak di barat.
Dalam menangani cita-cita MAR.DUK untuk memerintah seluruh Bumi, EN.LI
dan anak-anaknya telah berazam untuk melantik seorang penduduk Bumi
untuk menjadi Raja yang mewakili penduduk Bumi bagi menjaga kepentingan
mereka. Mereka telah memilih Sharru-Kin (iaitu Pemangku Terbaik), yang
merupakan anak lelaki kepada Arbakad.
 |
| Dinasti Akkadian |
2,350SM
- Pedagang pertama yang disebut-sebut telah muncul di kuil di Lagash.
Sejak dari itu, sektor/aktiviti perdagangan telah muncul di kebanyakkan
bandar di seluruh Mesopotamia.
2,316SM
- Sharru-Kin telah mengeluarkan sebahagian dari tanah suci di Babylon
yang mana MAR.DUK telah gunakan dalam percubaan untuk membina menara
yang boleh menjangkau ke syurga . Tanah tersebut telah diambil dan
diletakkan di Agade, dan ditanam dengan tumbuh-tumbuhan dan digelar
“Objek Terang Dari Syurga”.
MAR.DUK, yang mengetahui tentang tanah suci yang dipindahkan oleh
Sharru-Kin, telah menjadi marah dan dengki; MAR.DUK percaya yang hanya
beliau seorang saja yang layak sebagai empunya tanah suci itu yang mana
akan digunakan untuk membina “pintu laluan tuhan-tuhan”. Jadi, dari
Daerah Pertama, MAR.DUK telah mengembara dan dengan pertolongan dari
anak lelakinya iaitu NABU serta beberapa pengikut, beliau memulakan
pembinaan Babili yang baru, iaitu “pintu laluan tuhan-tuhan” yang baru,
di tempat yang sama yang telah dimulakannya 1,000 tahun sebelumnya
(waktu Bumi).
Tindakan MAR.DUK sekali lagi menimbulkan kekacauan. INANNA telah
menyerang tapak pembinaan baru kawasan penempatan yang didirikan oleh
MAR.DUK dan telah membunuh beberapa pengikutnya dalam kejadian
tersebut. Kemusnahan dan kehilangan beberapa nyawa telah dikatakan
sebagai peristiwa pembunuhan yang paling dahsyat dalam sejarah penduduk
Bumi. NER.GAL merayu kepada abangnya iaitu MAR.DUK agar meninggalkan
Daerah Pertama, iaitu daerah yang tidak diwarisi oleh MAR.DUK, agar
pertumpahan darah dapat dihentikan. MAR.DUK akhirnya terpaksa akur
dengan permintaan tersebut dan meninggalkan daerah Mesopotamia itu.
2,305SM
- Terah, iaitu anak lelaki kepada Nahor, telah dilahirkan di Ur of the
Chaldees. Terah ditakdirkan menjadi bapa kepada Abram (juga digelar
Abraham atau Abu-Ramu), Nahor dan Haran, yang mana merupakan keturunan
Yahudi (Israelites), Ishmaelites, Midianites, Moabites dan Ammonites.
Terah akan mati lebih kurang pada 2,100SM pada usia 205 tahun.
Terah, yang juga dikenali sebagai Tirhu berdasarkan penulisan lama
Sumeria, telah dipilih oleh EN.LIL untuk membekalkan benih kemanusian
kepada penduduk Bumi. EN.LIL telah dilawat oleh prophet iaitu GALZU di
dalam mimpinya, dan telah diberi amaran bahawa suatu hari nanti akan
berlaku zaman yang paling dahsyat yang melibatkan pertumpahan darah dan
perbuatan jahat, yang dilakukan oleh MAR.DUK. EN.LIL juga telah
dimaklumkan bahawa tiga dari bintang tuah yang menyinari Ram kepunyaan
MAR.DUK, akan digantikan oleh bintang tuah kepunyaan EN.LIL. GALZU juga
telah memberi amaran kepada EN.LIL agar berhati-hati dengan MAR.DUK,
kerana MAR.DUK sebelum ini telah mengisytiharkan dirinya sebagai
Raja/Tuhan Teragung bagi Annunnaki dan tuhan yang lain dan perkara ini
bakal menyemarakkan lagi peperangan dan kemusnahan menjadi lebih teruk
lagi. EN.LIL telah diarahkan untuk memilih seorang penduduk Bumi,
seperti mana Ziusudra/Noah yang telah dipilih sebelum ini, sebagai
seorang yang akan menjaga benih penduduk Bumi.
Tirhu/Terah merupakan seorang paderi yang pandai meramal, dan datang
dari keturunan Arbakad dan juga merupakan generasi paderi yang ke enam
dalam Nibru-Ki.
EN.LIL telah mengarahkan anak lelakinya iaitu NAN.NAR untuk membina
sebuah bandar di tanah yang terletak di antara Sungai Tigris dan
Euphrates, dan dinamakan sebagai Haran, dan di situ juga Tirhu/Terah
akan dilantik sebagai Putera-Paderi (Priest-Prince).
2,291SM - Naram-Sin, cucu lelaki kepada Sharru-Kin, yang mewarisi takhta Akkad.
Semasa pemerintahan Naram-Sin, INANNA telah menjumpai satu peluang yang
dapat mencapaikan cita-citanya. Mengetahui bahawa EN.LIL dan NIN.URTA
telah meninggalkan Daerah Pertama untuk mengembara ke tanah yang
terletak di seberang laut, dan juga mengetahui tentang MAR.DUK yang
telah mengembara ke Daerah Kedua, INANNA merasakan waktu tersebut
merupakan waktu yang terbaik untuk merampas daerah-daerah tersebut.
INANNA telah memberikan kuasa kepada Naram-Sin, dan mengarahkan beliau
untuk membawa seberapa banyak askar dan menakluk negara Magan dan
Meluhha di Lembah Nil atas nama INANNA. Sudah tentu, untuk melaksanakan
hasrat INANNA, Naram-Sin perlu menyeberangi Semenanjung Sinai, iaitu
tempat suci bagi Daerah Keempat.
 |
Raja Akkad, Naram-Sin, sedang menyambut kemenangan
kerana telah mengalahkan Puak Lullubi dari Zargos |
2,260SM
- Kempen Naram-Sin telah berjaya, akan tetapi aktivitinya telah sampai
ke pengetahuan EN.LIL. EN.LIL menjadi amat marah sekali dan kembali
pulang ke daerah-daerah tersebut. EN.LIL telah menyumpah Naram-Sin dan
Empayar Akkadian yang diperintah olehnya. Dengan sumpahan ini,
Naram-Sin akhirnya menemui kematian disebabkan bisa kala jengking, dan
kacau-bilau di empayar Akkad telah menjadi lebih hebat lagi.
Taraf Raja (termasuk taraf raja yang diberikan samada kepada penduduk
Bumi atau Annunnaki) telah berpindah dari bandar ke bandar. Akhirnya,
EN.LIL telah menasihatkan ayahnya iaitu ANU, dan memutuskan agar
NAN.NAR akan menjadi ketua di Daerah Pertama yang terletak di
Mesopotamia.
2,200SM - Zaman Gangsa di Ireland bermula.
2,180SM - Semasa penghujung Dinasti ke 4, “Negara Lama” Egypt telah runtuh.
2,180SM hingga 2,040SM
- Zaman Pertengahan yang pertama di Egypt telah bermula sebaik saja
runtuhnya “Negara Lama” (Old Kingdom) tersebut. Walaupun terdapatnya
Raja yang berada di Memphis dan kemudiannya di Heracleopolis,
pemerintah Raja yang sebenarnya datang dari gabenor daerah dan
“nomarchs” (gabenor daerah) yang telah merekrut tenteranya sendiri dan
mengutip cukai untuk digunakan dalam “nomes” (daerah-daerah yang
terdapat di Pharaonic, Hellenistic dan Roman Egypt.) yang berasingan.
2,180SM
- MAR.DUK/RA kekal semula berkuasa di “Negara Atas” (iaitu terletak di
selatan Egypt), sementara Pharaoh berkuasa di “Negara Bawah” (iaitu
terletak di utara Egypt).
2,170SM - The Dragon Court of Ankhfn-khonsu telah didirikan di Egypt.
2,161SM
- Abram (digelar juga sebagai Abraham, Ibru-Um, Abu-Ramu) dilahirkan
di Ur of the Chaldees. Menurut penulisan tradisi Hebrew, Abram
merupakan keturunan Shem, iaitu anak lelaki kepada Noah, dan juga
merupakan generasi Shem yang ke 9.
2,113SM hinga 2,006SM
- Empayar Akkadian telah berpecah kerana bangsa Sumeria telah
mengambil alihnya. Sekitar 2006SM, bangsa Elam (Elamites) dari Persia
dan bangsa Amor (Amorites) dari Arab telah menakluk dan menawan Sumer.
2,113SM
- Sistem/Taraf raja di Daerah Pertama telah ditauliahkan kepada Bandar
Urim (digelar juga sebagai Ur), dan Ur-Nammu telah dilantik menjadi
Raja.
2,100SM - Bangsa Amor (Amorites) telah menjumpai bandar Babylon.
2,096SM
- Ur-Nammu telah terbunun dalam peperangan. Penduduk Bumi melihat
kematiannya disebabkan kerana mengkhianati EN.LIL dan bangsa Annunnaki,
kemunculan mereka yang semakin lama semakin menghilang dari kehidupan
manusia.
2,095SM
- Shulgi mewarisi takhta Raja bagi bandar Ur selepas kematian
Ur-Nammu, dan di bawah kekuasaannya, Negara Sumeria berkembang. Shulgi
dikenali sebagai seorang yang suka akan peperangan; dan menyebabkan
beliau dianggap sebagai pahlawan dari tanah gunung (iaitu dari kawasan
Elam/Elamites) yang tidak berada di bawah mana-mana kekuasaan NAN.NAR.
Semasa pemerintahannya, Shulgi menjadi kekasih INANNA.
2,090SM
- Menurut tradisi penulisan Hebrew, pada usia 70 tahun, Abram
dipanggil oleh Tuhan, yang mereka gelar sebagai Jehovah, untuk
meninggalkan daerah Ur dan mengembara ke “tanah yang akan Aku tunjukkan
di sana”. Beliau mengembara ke Haron terlebih dahulu yang terletak di
utara Ur dengan adiknya, iaitu dari keluarga Nahor.
Menurut tradisi penulisan Hebrew, selepas kematian bapanya iaitu Terah,
Abram telah sekali lagi didatangi oleh Tuhan, yang memberitahu beliau
supaya melintasi Sungai Euprates dan mengembara ke bahagian selatan
memasuki Canaan (iaitu pada zaman sekarang dikenali sebagai Syria, dan
bersebelahan dengan Lautan Mediterranean). Pada waktu ini, Abram
diarahkan oleh tuhan untuk meninggalkan keluarga bapanya, hanya membawa
isterinya sahaja iaitu Sarah, serta anak saudara lelakinya iaitu Lot,
mengembara ke bahagian selatan tersebut. Mereka membina perkhemahan di
lembah Moreh, dan tuhan sekali lagi mendekati Abram dan berjanji bahawa
keturunan Abram suatu hari nanti akan memiliki tanah-tanah tersebut.
Penulisan tradisi Hebrew tidak menyatakan secara terperinci kenapa tuhan
telah membuat janji yang sedemikian kepada Abram; apa yang Abram perlu
lakukan, atau telah lakukan, untuk menjadi penerima kepada “hadiah”
tersebut tidak dinyatakan secara terperinci di dalam Bible Hebrew.
Penulisan Sumeria pula, dalam penerangan yang lain, menyatakan bahawa
EN.LIL telah memanggil Ibru-Um, anak lelaki sulung Tirhu, dan
mengarahkan beliau untuk mengembara ke Canaan bagi melindungi
tanah/kawasan suci yang terletak di Place of the Celestial Chariots di
Semenanjung Sinai, agar kenderaan berkuda angkasa (chariot) akan
berterusan membuat lawatan iaitu mendarat dan berlepas di kawasan
tersebut.
Abram, Sarah dan Lot mengembara jauh ke bahagian selatan Egypt, di mana,
Abram risau akan Pharaoh yang mungkin akan merampas Sarah menjadi
isterinyanya, jadi Abram mengarah Sarah untuk berlakon sebagai adik
perempuan kepada Abram, agar mereka tidak dikenakan sebarang tindakan
dari Pharaoh.
Menurut kamus Bible Unger (penulisnya iaitu Merrill F. Unger, 1957),
maksud adik perempuan juga boleh disama ertikan sebagai anak saudara
perempuan, iaitu perhubungan di antara Sarah dan Abram. Akan tetapi,
menurut buku Zecharia Sitchin iaitu Genesis Revisited, Sarah ialah
“adik perempuan” kepada Abram; walaupun mereka mempunyai ayah yang
sama, akan tetapi mempunyai ibu yang berbeza. Penulisan Bangsa Sumeria
dan Akkadian telah menunjukkan bahawa telah menjadi lumrah bagi
Nefilim/Annunnaki untuk para lelakinya berkahwin dengan sesama adik
tiri yang mempunyai ayah yang sama. Nyata bahawa,
pengetahuan/tradisi/lumrah ini telah dipraktikkan oleh bangsa Sumeria.
Seperti yang telah diduga oleh Abram, Sarah telah diambil oleh Pharaoh
dan dibawa ke rumahnya untuk dijadikan sebagai hamba seks; sebagai
pertukaran, Pharaoh memberi Abram beberapa harta/tanah yang bernilai.
Apabila Pharaoh telah mengetahui tentang rancangan tersembunyi itu,
beliau telah memulangkan Sarah kepada Abram, dan mengarahkan mereka
beredar dari tempat itu; dan Pharoah juga tidak menuntut semula
sebarang harta/tanah yang diberikan kepada Abram. Dan dengan itu,
Abram, Sarah dan Lot kembali ke tanah Canaan.
Harta yang diperolehi oleh Abram itu telah menyebabkan pertengkaran di
antara beliau dan anak saudara lelakinya iaitu Lot. Tanah tersebut
didapati tidak berupaya untuk menampung kedua-dua kumpulan iaitu
kumpulan Abram dan kumpulan Lot, jadi Abram telah memberi peluang
kepada Lot untuk memilih tanah tersebut. Lot telah memilih tanah rata
di Jordan, dan meninggalkan tanah yang terdapat di Hebron untuk Abram.
Disebabkan sikap pemurah dan tidak tamak Abram itu, tuhan telah muncul
dan menganugerahkan beliau dengan satu lagi janji, iaitu mempunyai
bilangan keturunan yang amat ramai.
2,076SM -
Pada suatu tahun selepas mereka kembali ke Canaan, Abram dan Sarah
(yang pada waktu ini berusia 75 tahun), masih tidak mempunyai sebarang
anak. Sarah memujuk Abram agar menjadikan pembantu rumah mereka iaitu
Hagar, sebagai teman, dan Hagar telah melahirkan anak lelaki kepada
Abram yang bernama Ishmael.
2,062SM -
Apabila Abram telah menjangkau usia 99 tahun, tuhan sekali lagi muncul
kepadanya, dan menukar nama Abram menjadi Abraham. Tuhan telah
memperbaharui permuafakatan (covenant) yang telah diberikan kepada
Abram sebelum ini, untuk memastikan dan menjamin agar keturunan Abram
akan berkembang dengan ramai sekali.
2,061SM
- Seorang anak lelaki Abraham yang bernama Isaac telah dilahirkan
semasa Abraham berusia 100 tahun dan isterinya Sarah berusia 90 tahun.
2,036SM
- Tuhan telah memberikan ujian kepada Abraham dengan mengarahkannya
untuk mengorbankan anak lelakinya iaitu Isaac, yang pada waktu itu
berusia 25 tahun. Abraham akur dan menjalankan tugas tersebut di Gunung
Moriah. Abraham kemudiannya nanti bakal menusukkan pisau kecil ke
jantung anak lelakinya itu yang akan diletakkannya di atas sebuah batu
untuk dikorbankan, akan tetapi tangannya telah ditarik dan ditahan oleh
malaikat Tuhan/Tuan. Dan disebabkan beliau nampak begitu bersedia
untuk menerima sebarang arahan dari tuhan, walaupun disaat terpaksa
mengorbankan anaknya sendiri, Tuhan/Tuan telah memberikan semula
permuafakatan (covenant) yang telah diperbaharui kepada Abram.
Permuafakatan Abraham (Abrahamic Covenant), yang mana tuhan telah
berjanji kepada Abram/Abraham mempunyai 6 elemen (”Aku” merujuk kepada
tuhan):
“Aku akan menjadikan anda sebuah bangsa terulung”
“Aku akan memberkati anda”
“Dan menjadikan nama anda hebat”
“Dan yang Aku akan sentiasa memberkati”
“Aku akan memberkati mereka yang memberkati anda dan menyumpah mereka yang berpaling tadah dari anda”
“Disebabkan andalah, seluruh keluarga di Bumi ini akan diberkati”
2,060SM hingga 1,785SM
- Negara Tengah di Egypt telah ditakluk oleh “nomarchs” dari Thebes
dengan dikawal oleh “nomes” dari selatan Thebes, dan meliputi sehingga
utara Heracleopolis. Kemenangan ini telah dicapai oleh Mentuhotep II,
yang juga telah dipecat dari penempatan/kawasan luar (iaitu Asiatic dan
Libyan) yang beada di daerah delta Sungai Nil. Negara Tengah
dicatitkan sebagai negara yang mempunyai kemajuan dalam bidang kesenian
dan kebudayaan. (Nota: sesetengah pengkaji telah menganggarkan tahun
berlakunya kecemerlangan di Negara Tengah iaitu di antara tahun 2,040
hingga 1,750SM)
2,055SM
- Shulgi, dengan perintah NAN.NAR, telah dihantar ke Canaan untuk
menindas rakyat-rakyat yang masih tinggal di sana dengan bantuan
pahlawan Elam (Elamites). Akan tetapi, beliau tidak berhenti di
sempadan antara Canaan dan Sinai. Tanpa menghormati kesucian tanah yang
terdapat di Daerah Keempat di Semenanjung Sinai, Shulgi telah
menyerang dan menawannya dan mengisytiharkan dirinya sebagai Raja kepada
Daerah Keempat.
2,048SM
- Menurut penulisan bangsa Sumeria, pada waktu inilah EN.LIL telah
memanggil Ibru-Um, yang kemudiannya telah tinggal bersama keluarganya
di Haran, untuk bergerak ke selatan dan mengawal keselamatan tanah suci
Place of the Celestial Chariots.
2,047SM - Selepas kematian Shulgi, Amar-Sin (atau dikenali sebagai Amraphel) menjadi Raja di Ur.
2,041SM
- Amar-Sin, dengan bantuan Raja yang lain dari Daerah Pertama, dan
dengan berpandukan INANNA, mula mengadakan kempen untuk menakluk Daerah
Keempat. Amar-Sin tidak berjaya, dan kesudahannya, kempen penaklukan
tersebut telah menyebabkan MAR.DUK meraih lebih sokongan, dan
kemudiannya mula mempertingkatkan jumlah askarnya di daerah Haran
selepas Ibru-Um/Abram meninggalkan daerah tersebut.
MAR.DUK mengumumkan perkara ini kepada Annunnaki-annunnaki yang
lain bahawa perkara ini sememangnya merupakan hasratnya selepas
mengharungi kesengseraan yang teruk hasil dari dosa yang dilakukan
olehnya dan beliau patut mendapat pengiktirafan tinggi. Dan beliau akan
memasuki semula Daerah Pertama dan menubuhkan kuil di situ, dan akan
memerintah dari tempat tersebut. Ram yang pertama telah berada
ditangannya.
Bersama dengan pengikutnya, MAR.DUK bergerak ke selatan ke arah Sumer
dan membina kuil di Babylon. Askar yang menjadi pengikutnya telah
menimbulkan kacau-bilau di seluruh Mesopotamia dan mencemarkan Suci
Yang Tersuci (Holy of Holies) di Nippur. Diketahui bahawa, memang
niatnya untuk menawan dan mengambil alih kawalan ke atas pengkalan
angkasa yang dikenali sebagai Place of the Celestial Chariots yang
terdapat di Daerah Keempat di Semenanjung Sinai.
Annunnaki yang lain telah bertemu di sebuah majlis, termasuk adik
MAR.DUK sendiri, dan bersetuju tentang cita-cita MAR.DUK untuk menjadi
“tuhan” teragung dikalangan mereka harus dihalang serta-merta. Hanya
EN.KI sahaja yang tidak bersetuju dengan cadangan mereka. Hanya
disebabkan pendapat EN.KI yang menyebabkan Annunnaki-annunnaki yang
masih ada harus menerima takdir bahawa MAR.DUK akan terus mengekalkan
keagungannya. Yang lain tidak akan dipujuk supaya menghentikan
rancangan untuk menghalang MAR.DUK.
Anunnaki-anunnaki bersetuju bahawa perkara terakhir yang perlu dilakukan
ialah memusnahkan Place of the Celestial Chariots menggunakan bom
nuklear yang digelar oleh mereka Senjata Yang Paling Dahsyat. Dengan
kemusnahan yang berlaku di Place of the Celestial Chariots, segala
perjalanan dari/ke planet Nibiru akan ditutup dari semua, dan ini akan
menguntungkan kerana MAR.DUK tidak dapat lagi mengawal laluan dari/ke
planet Nibiru; iaitu isyarat bahawa taraf MAR.DUK sebagai “yang agung”
akan tergugat dan tidak berguna lagi.
Adalah dipersetujui oleh Annunnaki yang menguasai Majlis yang menentang
MAR.DUK, bahawa NIN.URTA dan NER.GAL, anak kepada EN.LIL dan EN.KI,
harus memegang tanggungjawab untuk memusnahkan Place of the Celestial
Chariots.
2,024SM
- Senjata Yang Paling Dahsyat digunakan pertama kalinya di atas planet
Bumi. Place of the Celestial Chariots telah dimusnahkan oleh senjata
nuklear, dan Angin Kejahatan (Evil Wind) telah memusnahkan ketamadunan
Sumeria.
Dengan bantuan ABGAL, EN.KI telah menyembunyikan Senjata Yang Paling
Dahsyat beberapa shar sebelum itu, itu sewaktu kedatangan EN.LIL ke
Bumi, untuk menghalang ALALU dari menjumpai dan menggunakannya. EN.KI
percaya bukan sesiapa akan tetapi hanya beliau seorang saja yang tahu
di mana senjata tersebut berada. Akan tetapi, tanpa pengetahuan EN.KI,
EN.LIL telah menjumpai tempat rahsia yang menyembunyikan Senjata Yang
Paling Dahsyat ini.
EN.LIL telah memaklumkan kepada NIN.URTA dan NER.GAL berkenaan gunung
rahsia yang menyembunyikan Senjata Yang Paling Dahsyat ini, beliau
mengarah mereka untuk mencari cara-cara menggunapakai senjata ini.
EN.LIL menyeru NIN.URTA dan NER.GAL untuk hanya mengambil berat sahaja
dan bukannya mencederakan Anunnaki yang berada di Place of the
Celestial Chariots, dan memberi mereka amaran agar meninggalkan tempat
tersebut sebelum ianya dimusnahkan. NER.GAL telah menaiki Kereta Kuda
Angkasanya (space chariot), akan tetapi NIN.URTA tinggal dahulu
sementara bersama bapanya iaitu EN.LIL. EN.LIL juga mengarahkan anak
lelakinya untuk menyampaikan juga amaran kepada penduduk Bumi melalui
Ibru-Um/Abram tentang serangan tersebut.
Apabila beliau sampai ke tempat di mana Senjata Yang Paling Dahsyat itu
disembunyikan, NIN.URTA telah memaklumkan kepada NER.GAL yang ME telah
mula membuatkan senjata tersebut bangun dari tidur (aktif). Semasa
senjata tersebut baru aktif, NER.GAL telah memberikan tugasan nama
kepada senjata tersebut: Satu Yang Tiada Saingan (One Without Rival),
Api Yang Marak (Blazing Flame), Penyebab Kepada Kemusnahan (One Who
With Terror Crumbles), Pelebur Gunung (Mountain Melter), Angin Yang
Mana Pinggir Dunia Akan Tercari-cari (Wind That The Rim Of The World
Seeks), Yang Berada Di Atas dan Bawah Yang Tidak Memberi Sebarang
Peluang Langsung (One Who Above And Below No One Spares) dan
Pengewap/Pencair/Pelenyap Segala Kehidupan (Vaporizer Of Living Things).
Apabila masa telah tiba, EN.LIL akan memberi isyarat kepada NIN.URTA dan
NER.GAL untuk memulakan serangan ini. Mereka berdua bergerak menghala
ke Gunung Masha yang berada di tengah-tengah kawasan Daerah Keempat.
Senjata nuklear yang pertama telah dilancarkan oleh NIN.URTA. Ianya
mengenai puncak Gunung Masha dan membelahnya, manakala bahagian dalaman
Gunung tersebut mencair serta-merta. NIN.URTA kemudiannya meletupkan
senjata nuklear yang kedua di atas Place of the Celestial Chariots, dan
impak dari letupan tersebut telah menggegarkan Bumi. Place of the
Celestial Chariots telah terbenam dengan sepantas kilat. Hutan yang
mengelilingi telah menjadi rata disebabkan letupan tersebut.
NER.GAL, yang tidak mahu meninggalkan sebarang saki-baki, dan setelah
itu diberi gelaran ERRA the Annihilator, terbang menerusi lembah yang
terdapatnya 5 buah bandar, dan memusnahkan bandar-bandar tersebut
satu-persatu menggunakan senjata nuklear yang terdapat padanya.
Masyarakat di situ, yang mana NABU sedang bertugas mengumpul
askar-askar ayahnya, lebur dan terbunuh serta-merta. Gunung yang
mengelilingi lembah tersebut telah hancur dan menjadi abu serta lautan
pula bercampur dengan abu-abu dari bandar tersebut.
NIN.URTA dan NER.GAL, yang telah keletihan, dan selepas selesai
menggunakan Senjata Yang Paling Dahsyat itu, berehat seketika dan
membuat lawatan ke tempat-tempat di Daerah Keempat yang dimusnahkan
oleh mereka itu. Akan tetapi mereka menjadi buntu dan keliru tentang
suatu benda yang muncul dari tapak kemusnahan tersebut. Awan
gelap/hitam muncul dan di dalamnya terdapat Angin Kejahatan (Evil Wind)
yang sedang bergolak. Ianya berkembang menjadi besar hari demi hari
dan telah menyebabkan sinaran matahari terhalang, dan apabila malam
tiba, awan tersebut bersinar dengan terang seolah-olah memberi isyarat
sebagai penyebab malapetaka akan datang.
Kedua sepupu itu dengan keadaan terdesak telah memanggil bapanya untuk
memberi amaran tentang Angin Kejahatan yang sedang menghala ke Daerah
Pertama, dan ianya tidak boleh dihalang. EN.LIL dan EN.KI, seterusnya
telah menyebarkan amaran tersebut kepada Annunnaki-annunnaki yang lain.
Angin Kejahatan tersebut (juga dikenali dalam saintifik sebagai awan
yang membawa radioaktif) telah diterbangkan ke arah utara dan ke timur
memasuki kawasan lembah di Sungai Tigris dan Euphrates, bergerak dari
Eridu ke Sippar, dan membunuh kesemua hidupan disepanjang laluannya dan
kawasan laluannya menjadi padang jarak padang tekukur. Air menjadi
racun dan tanah menjadi tandus. Manusia dan haiwan mati. Tamadun
Sumeria yang mashyur, yang pertama di dunia, telah musnah.
Dalam semua bandar yang terdapat di Daerah Pertama, hanya
Babili/Babylon, yang mana MAR.DUK telah membinanya sebagai tempat
tinggalnya terselamat - ini telah memberi tanggapan (dan juga bala)
kepada EN.KI dan EN.LIL bahawa benarnya seperti yang diperkatakan oleh
bangsa Annunnaki bahawa MAR.DUK sememangnya telah ditakdirkan untuk
menjadi Raja/Tuhan yang paling agung dari semua Raja dan Tuhan yang
ada.
Dalam semua penduduk Bumi yang telah diberikan taraf Raja di Sumer,
hanya Ibru-Um/Abram dan keturunannya sahaja yang terselamat dan
meneruskan kesinambungan benih keturunan Adama.
2,000SM
- Bandar Akkadian di Ur telah jatuh ke tangan bangsa Amor (Amorites),
dan juga telah menubuhkan bandar-bandar baru iaitu Assur, Mari dan
Babylon.
2,000SM
- Bangsa Hittites (digelar juga sebagai Indo-Europeans) telah menakluk
Anatolia (yang pada zaman sekarang ini digelar Turkey) dan mula
menubuhkan empayar mereka sendiri di sana. Menjelang 1,600SM, bangsa
Hittites telah mempunyai kawalan penuh ke atas daerah yang pada zaman
sekarang ini dikenali sebagai Syria.
2,000SM - Zaman Gangsa di Scotland bermula. Zaman ini akan kekal sehingga tahun 400SM.
2,000SM
- Senarai kesemua Raja Sumeria telah disusunkan. Ia terdiri daripada
15 jenis tables dan bermula dengan rangkaikata: “Apabila taraf/sistem
Raja diturunkan dari Syurga” (When the kingship was lowered from
heaven.) Ada juga penulisan lama Sumeria yang menyatakan terdapat juga
rangkaikata: “Taraf/Sistem Raja diturunkan dari Syurga… Tiara (mahkota
yang mempunyai permata) dinaikkan dan takhta Raja telah diturunkan dari
Syurga” (Kingship had been lowered from heaven… The exalted tiara and
the throne of kingship had been lowered from Heaven.).
Setiap dari pengkaji yang menterjemahkan penulisan Senarai Raja Sumeria
telah menterjemahkannya menurut pemahaman, kepercayaan dan keupayaan
mereka masing-masing. Walaupun terdapat banyak perkara yang akan/dapat
dibuktikan, ramai pengkaji masih tidak dapat menerima teori bahawa Bumi
telah tercipta disebabkan perlanggaran di antara planet Nibiru dan
Tiamat, dan juga hidupan yang terhasil akibat dari perlanggaran
tersebut. Dan hasilnya, mereka tidak dapat menerima konsep shar iaitu 1
tahun di planet Nibiru bersamaan dengan 3,600 tahun di planet Bumi.
Dan seterusnya, masing-masing tidak dapat menerima (iaitu Senarai Raja
Sumeria) jumlah tahun yang diperintah oleh setiap raja. Akhirnya,
mereka menganggap bahawa sebahagian dari penulisan tersebut berasas dari
cerita rekaan (fiction). Terjemahan ini telah dibukukan dalam buku
karangan Laurence Gardner iaitu Genesis Of The Grail Kings dan juga
diterjemahkan oleh projek Electronic Text Corpus Of Sumerian
Literature.
Diambil secara bulat-bulat dari penulisan Sumeria, yang diberikan label
dan nombor W-B/144, pemerintah pada zaman antediluvian (iaitu zaman
sebelum banjir besar) dan pemerintah pada zaman postdiluvian (iaitu
zaman selepas banjir besar) disenaraikan seperti ini:
Apabila taraf raja telah diturunkan dari syurga, yang pertama telah
diberikan kepada bandar Eridu(g). Di Eridu(g), AL.LU.LIM menjadi raja;
beliau memerintah selama 28,800 tahun. A.LAL.GAR memerintah selama
36,000 tahun. Jumlah pemerintahan bagi dua orang raja ini ialah 64,800
tahun.
Kemudiannya Eridu(g) hilang taraf raja dan taraf raja jatuh pula ke
bandar Bad-tibira. Di Bad-tibira, EN.MEN.LU.ANNA telah memerintah
selama 43,200 tahun. Seterusnya, EN.MEN.GAL.ANNA telah memerintah
selama 28,800 tahun. Kemudiannya DUMU.ZI, seorang “pengembala manusia”
memerintah selama 36,000 tahun. Jumlah pemerintahan bagi tiga orang
raja ini ialah 180,000 tahun.
Bandar Bad-tibira kemudiannya telah hilang taraf raja dan taraf raja
telah diberikan pula kepada bandar Larak (atau dikenali juga sebagai
Larag). Di Larak, EN.SIPA.ZI.ANNA/EN.SIPAD.ZID.ANA telah memerintah
selama 28,800 tahun. Jumlah pemerintahan bagi seorang raja ini ialah
28,800 tahun.
Bandar Larak telah hilang taraf raja dan taraf raja telah diberikan pula
kepada bandar Sippar (atau dikenali juga sebagai Zimbir). Di Sippar,
EN.MEN.DUR.ANNA telah memerintah selama 21,000 tahun. Jumlah
pemerintahan bagi seorang raja ini ialah 21,000 tahun.
Kemudiannya bandar Sippar telah hilang taraf raja dan taraf raja telah
diberikan pula kepada bandar Shuruppak (atau dikenali juga sebagai
Curuppag). Di Shuruppak, UBAR.TUTU/UBARA.TUTU telah memerintah selama
18,600 tahun. Jumlah pemerintahan bagi seorang raja ini ialah 18,600
tahun.
Dalam semua 5 bandar yang mempunyai 8 raja; mereka semua telah
memerintah selama 241,200 tahun. Dan selepas itu barulah Banjir Besar
melenyapkan segalanya.
Nota: Fakta yang diambil dari Senarai Raja Sumeria menyatakan bahawa
semasa pemerintahan UBAR.TATU, peristiwa banjir besar berlaku, dan
pemerintahan beliau diambil alih oleh GA.UR, manakala dalam penulisan
Sumeria yang lain pula (berasaskan penulisan tradisi Hebrew),
menyatakan bahawa semasa pemerintahan anak lelaki UBAR.TUTU iaitu
ZIUSUDRA/UTNAPISHTIM/NOAH, telah berlaku banjir besar tersebut.
Selepas banjir besar telah melenyapkan segalanya, dan apabila taraf raja
diturunkan dari syurga, taraf tersebut diberikan dahulu pada bandar
Kish (juga dikenali sebagai Kic). Di Kish, GA.UR/JUCUR menjadi raja dan
telah memerintah selama 1,200 tahun (dalam tempoh tersebut iaitu
selama 960 tahun, permaisuri Nefilim iaitu NIDABA (dikenali juga
sebagai GULLA.NIDABA.ANNAPAD) juga telah memerintah Kish). Kemudiannya
KULLASSINA-BEL (juga dikenali sebagai PALAKINATIM) telah memerintah
selama 900 tahun. Selepas itu, NANGISH.LISHMA/NANJICLICMA/NANGISHKUSHMA
telah memerintah selama 670 tahun, 3 bulan dan 3 1/2 hari. Kemudian,
EN.TARAH.ANA telah memerintah selama 420 tahun diikuti oleh
BAHINA,BABUM telah memerintah selama 300 tahun, BU.AN.UM/PUANNUM telah
memerintah selama 840 tahun, KALIBUM yang telah memerintah selama 960
tahun, QALUMU/KALUMUN/GALUMUN yang telah memerintah selama 840 tahun,
ZUQAQIP/ZUKAPIP yang telah memerintah selama 900 tahun dan
ATABBA/ATAB/ABA yang telah memerintah selama 600 tahun.
2,000SM - Bangsa Hurrians telah muncul di sekitar Syria dan Mesopotamia.
2,000SM
- Proto-Greeks telah menakluk Peloponnesus (iaitu pada zaman sekarang
ini dikenali sebagai Greece) dan telah menubuhkan ketamadunan Minoan.
Sebuah pulau utama tamadun Minoan ini, iaitu Thera, telah musnah
disebabkan letupan gunung berapi Santorini pada 1,450SM. Tamadun Minoan
hanya mampu bertahun dalam tempoh 50 tahun selepas letupan itu, iaitu
sehingga 1,400SM, di mana kawasan pemerintahan utamanya, iaitu pulau
Crete, telah ditakluk oleh Mycenaean yang datang dari tanah besar.
1,900SM
- Semasa perkembangan Zaman Gangsa, tapak megalithic iaitu Stonehenge
telah dibina, dan tarikh pembinaan ini adalah berdasarkan teori dan
perkiraan beberapa pakar.
1,894SM - Dinasti Amorite bermula di Babylon.
1,800SM - Empayar Assyrian ditubuhkan oleh Shamshi-adad.
1,800SM - Pusat untuk diadakan upacara dibina di Peru di kawasan Hemisfera barat.
1,792SM hingga 1,595SM
- Di bawah pemerintahan Raja Hammurabi, negara lama Babylon telah
berkembang lagi menjadi negara Babylon baru dan bandar Babylon menjadi
pusatnya. Ia menjangkau sehingga daerah yang sebelumnya diperintah oleh
bangsa Sumer dan Akkad.
1,785SM hingga 1,570SM
- Bangsa Hyksos telah menerima kedatangan masyarakat Asiatic
beramai-ramai yang datang ke daerah delta sungai Nil, telah mengakhiri
era Dinasti ke XII bagi Negara Tengah di Egypt, dan dikhabarkan telah
menjadikan zaman tersebut sebagai Masa Pertengahan Kedua. Pendatang
Asiatic yang telah menakluk telah menjadi penyebab masyarakat Egypt
memerintah sehingga menjangkau kawasan bandar Cusae. Raja Theban akan
menjadi hamba abdi kepada Raja Kyksos sehingga lebih kurang pada tahun
1,567SM, apabila Kamose telah menakluk semula tanah di Lembah Nil serta
abangnya, Amosis I, telah menawan semula ibu negara bagi bangsa Hyksos
iaitu Avaris.
1,760SM hingga 1,750SM
- Raja Hammurabi telah menubuhkan undang-undangnya sendiri, yang
digelar Kod Hammurabi. Kod ini mengandungi 232 senarai undang-undang.
Bahasa Akkadian telah dijadikan bahasa rasmi bagi empayarnya.
Kod Undang-undang Hammurabi
Puak yang dikenali sebagai Chaldean mula bercampur dengan empayar
Babylon, dan juga telah wujud perkahwinan dengan masyarakat Babylon,
kebudayaan Chaldena telah menjadi sinonim dengan kebudayaan Babylon.
1,760SM - Jacob/Israel telah membawa keluarga dan warisnya ke Egypt.
1,700SM hingga 1,600SM - Bandar/Negeri di Asia telah diperintah oleh Dinasti Shang.
1,600SM hingga 1,200SM - Tamadun Mycenaean berkembang di daerah yang pada zaman sekarang dikenali sebagai Greece.
1,595SM
- Bangsa Hittites bergerak ke selatan melalui sepanjang Sungai
Euphrates dari Anatolia dan telah menawan bandar Babylon. Bangsa
Hittites tidak mempunyai kuasa penuh ke atas bandar tersebut, adalah
kerana niat asal mereka ialah untuk terus bergerak ke bahagian selatan
dan menawan Mesopotamia. Pergerakan mereka diperhatikan oleh puak
Hurrians.
1,595SM hingga 1,155SM
- Selepas menawan Babylon, bangsa Cassites, iaitu masyarakat yang
menetap di Gunung Zagros, telah merampas semula Babylon. Mereka telah
memerintah bandar tersebut selama 4 abad, suatu tempoh yang dikenali
sebagai Zaman Pertengahan Babylon.
1,567SM
- Bangsa Hyksos yang menawan Babylon telah diusir oleh Kamose dan
Amosis I, dan “Negara Baru” telah diwujudkan di Egypt. Ia wujud
sehingga 1,090SM. Ia merupakan tempoh yang digelar “Raja Pahlawan”
(warrior-kings) termasuklah raja seperti Amenophis IV/Akhenaten dan
Tutankhaten/Tutankhamun, yang pertama diisytiharkan sebagai penyembah
tuhan Aten dan kemudiannya tuhan Amun.
1,550SM hingga 1,500SM
- Puak Aryan, yang berasal dari Lembah Swat yang pada masa kini
dikenali sebagai Pakistan, telah bergerak ke timur dan memusnahkan
tamadun di Lembah Indus. Mereka kemudiannya bergerak lagi ke timur
sehingga Ganges dan dari situ bergerak ke selatan dan mendominasi
kawasan tengah yang pada zaman sekarang dikenali sebagai India. Puak
Aryan membawa bersama mereka agama terawal iaitu yang masih lagi wujud
pada masa kini iaitu Hinduism. Agama Hindu ini diasaskan dari ideologi
tuhan yang pelbagai/ramai yang setiap dari tuhan tersebut mempunyai
tugasan masing-masing iaitu bertanggungjawab ke atas alam semulajadi,
bertanggungjawab memastikan matahari memanaskan Bumi, yang lain pula
seperti tanggungjawab memastikan aliran udara, dan sebagainya. Mengikut
kepada hierarki pemerintahan tuhan Hindu, wujud tuhan yang terutama
iaitu Brahma (Yang Satu dan Wujud), dibantu oleh Vishnu (Yang
Pemelihara) dan Shina (Yang Memusnah).
1,550SM
- Bandar Jericho yang dikeliling oleh dinding pertahanan telah
dimusnahkan. Dalam penulisan tradisi Hebrew menyatakan bahawa dinding
bandar Jericho telah dimusnahkan oleh askar yang diketuai oleh Joshua
(seorang Israel), iaitu peneraju kesinambungan Moses, dan tarikh
terawal penglibatan Joshua ialah pada 1,400SM. Bandar tersebut
kemudiannya (lebih kurang pada 900SM) dibina semula dan diperintah oleh
bangsa Israel walaupun telah diusir lebih kurang pada tahun 538SM.
1,500SM
- Sebuah epik Penciptaan dari Babylon iaitu Enuma Elish, telah siap
disusun. Cerita yang terdapat di dalamnya, dikarang oleh pengarang
Hebrew, akan digunakan sebagai asas bagi cerita yang terdapat di dalam
Book of Genesis di dalam Bible Hebrew.
1,500SM
- Bangsa Egypt berkembang hingga ke selatan merangkumi Gurun Nubian
dan mengambil alih pemerintahan di daerah itu yang sebelumnya didiami
oleh puak Kush dan menjangkau sehingga Air Terjun Keempat di Nil.
1,500SM hingga 1,200SM - Bandar/Negeri yang terdapat dalam negara Sumeria telah menyebabkan Empayar Pertengahan Assyrian berkembang.
1,500SM hingga 1,250SM - Bangsa Hebrew hidup sebagai hamba abdi di Egypt.
1,450SM - Kombinasi Vedas dalam bahasa lama Sanskrit bermula di Lembah Indus. Vedas merupakan nyanyian/mentera bagi agama Hindu.
1,400SM hingga 1,150SM - Empayar Baru Bangsa Hittite berkembang di daerah Mesopotamia.
1,400SM - Abjad pertama dalam bentuk skrip telah dimajukan oleh bangsa Phoenicians.
1,400SM - Tamadun Minoan telah dimusnahkan oleh penceroboh yang datang dari tanah besar di Peloponnese, iaitu dari tamadun Mycenaean.
1,400SM hingga 1,100SM - Tamadun Mycenaean berkembang di daerah tersebut yang pada zaman sekarang merupakan bahagian selatan negara Greece.
1,370SM hingga 1,362SM - Amenophis IV/Akhenaten di Egypt telah memaksa rakyatnya yang percaya kepada satu tuhan sahaja agar menyembah matahari.
1,361SM hingga 1,352SM
- Tutankhaten/Tutankhamun telah mengembalikan Egypt kepada kepercayaan
menyembah pelbagai tuhan, dan menyembah ketua kepada segala tuhan yang
dikenali sebagai Amun.
1,240SM
- Agama Yahudi, dan penyembah satu jenis tuhan, iaitu Jahweh (atau
dikenali sebagai Jehovah), bermula dari permuafakatan Musa dengan
Yahweh (Covenant of Moses) semasa kedatangan beramai-ramai bangsa
Yahudi dari Egypt.
1,200SM - Empayar Hittite runtuh.
1,200SM - Bangsa Greek telah memusnahkan bandar Troy di Anatolia.
1,200SM hingga 400SM
- Ketamadunan baru, yang diharapkan untuk mewujudkan hierarki sosial,
perdagangan dan agama, telah wujud di hemisfera barat iaitu Olmec di
Mexican Gulf Coast, Zapotec di Monte Alban dan Chavin di Peru. Mereka
telah membina piramid yang sama seperti yang dibina di Sungai Nil.
1,166SM
- Ramesses III, pharaoh Egypt yang terakhir, telah mati. Dengan
kematiannya, Egypt telah diperintah oleh Raja Libya yang telah secara
amannya membangunkan Egypt untuk sekian waktunya.
1,100SM hingga 900SM - Kamus Bahasa Cina yang pertama telah siap disusun.
1,050SM hingga 1,010SM - Pemerintahan Saul di Israel.
1,027SM - Dinasti Shang di China telah digantikan dengan Dinasti Chou.
1,010SM hingga 970SM - David telah memerintah di Israel.
1,010SM hingga 970SM - Abjad Hebrew telah dimajukan berasaskan dari skrip Semitic.
1,000SM
- Puak-puak yang asalnya dari keturunan Jacob (Israel) iaitu sebanyak
12 keturunan telah disatukan di bawah Raja David di Judah.
1,000SM - Zaman Besi yang terawal bermula di Italy.
1,000SM hingga 700SM
- Kedatangan masyarakat yang dikenali sebagai Arameans yang datang
dari daerah Assyria telah mengembangkan empayar Bandar/Negeri Aramean.
Dialek mereka, iaitu Aramaic, akan menjadi bahasa yang digunakan dan
ditulis dalam gospel Hebrew yang terawal.
1,000SM hingga 300SM
- Bangsa Phoenicians, iaitu masyarakat yang mengembara melalui lautan
dan tinggal di sepanjang kawasan timur Laut Mediterranean, telah
mendirikan lebih banyak lagi penempatan, dan penempatan tersebut
bersatu di bawah empayar Bandar/Negeri Phoenician.
994SM - Puak Teutonic di kawasan tengah Eropah bergerak be barat ke Sungai Rhine.
970SM hingga 930SM - Solomon telah memerintah Israel.
930SM
- Apabila Raja Solomon telah mati, bangsa Israel telah terpisah,
sebahagian menetap di selatan Judah dengan menjadikan Jerusalem sebagai
ibu negeri mereka dan sebahagian lagi menetap di utara Israel dengan
menjadikan Samaria sebagai ibu negeri mereka.
Semenjak kemtian Raja Solomon, anak lelakinya iaitu Rehoboam telah
meneruskan takhta bagi negara Israel. Puak Israel yang berada di utara
amat setia pada David yang telah menjadikan mereka semua bersatu
menjadi satu bangsa, akan tetapi, usaha yang telah dilakukan oleh David
sewaktu pemerintahan Raja Solomon didapati telah menyebabkan bangsa
Yahudi berpecah semula. Jadi, apabila Solomon mati, kebanyakkan dari
masyarakat Israel telah hilang minat terhadap konsep penyatuan yang
telah dibuat oleh David, dan sejak dari itu mereka semua telah
mengabaikan konsep tersebut. Menurut Bible Hebrew, di dalam buku “I
Kings”, bab 12, surah 16: Apabila semua Israel mendapati yang raja
mereka tidak mahu mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka, rakyat
akan berkata “Apakah keuntungan yang kita dapat dari David? Kami
bukanlah warisan Jesse. Lihatlah khemah kamu, O Israel! Sekarang
lihatlah rumah kamu, O david”.
900SM
- Daerah Kush di Egypt telah berpecah dan menjadi negara yang merdeka.
Masyarakat Kush (Kushites) merupakan masyarakat Nubian yang berkulit
gelap, yang hidup bersama masyarakat Egypt dengan amannya, masyarakat
Egypt merupakan jiran mereka di utara satu masa dahulu yang juga
merupakan penakluk mereka, beradab lamanya, yang akhirnya menginginkan
kemerdekaan.
810SM
- Masyarakat Phoenician yang berdagang melalui laut telah membina
bandar Carthage di pesisiran pantai di utara Afrika, yang mana pada
zaman sekarang ini dikenali sebagai Tunisia.
800SM - Seorang penulis, bernama Homer, telah mengarang dua jenis epik, yang dikenali sebagai Iliad dan Odyssey.
776SM - Sukan Olimpik yang pertama diperkenalkan di Greece.
753SM - Bandar Rom telah muncul di Sungai Tiber di Italy.
750SM - Puak Kush telah menyerang dan menawan Egypt.
747SM hingga 539SM - Negara Babylon memasuki Zaman Neo-Babylonian.
721SM - Negara Israel telah ditawan oleh puak Assyrians. Puak Yahudi telah lari dan membawa diri ke seluruh kawasan Mediterranean.
661SM hingga 332SM - Dinasti pemerintahan yang terakhir telah wujud di Egypt.
650SM - Zaman Besi di China bermula.
609SM - Empayar Assyrian telah runtuh.
605SM hingga 520SM - Pengasas Taoism iaitu Lao-Tse, hidup pada zaman ini.
604SM - Raja Nebuchadnezzar II telah menuntut takhta Babylon.
601SM - Negara Judah menjadi negara “hamba abdi” bagi Babylon.
587SM - Negara Judah telah jatuh ke tangan Babylon.
586SM - Buku pertama Bible Hebrew telah ditulis.
581SM -Raja Nebuchadnezzar II telah menakluk Palestine dan membakar Jerusalem.
563SM hingga 483SM - Guru agama iaitu Siddhartha Gautama, pengasas Buddhism, hidup pada zaman ini.
559SM hingga 331SM
- Cyrus the Great (559-530SM) telah memerintah Empayar Parsi yang
mewarisi takhta Raja Nabonidus. Beliau telah meneruskan pemerintahan
dahulu yang di perintah oleh raja-raja yang hebat seperti Darius I
(522-486SM), Xerxes (485-465SM) dan Artaxerxes (465-424SM). Raja Cyrus
the Great dikatakan mendapat perintah dari Tuhan iaitu pada 538SM,
beliau membina semula kuil Yahudi di Jerusalem.
551SM - Confucius telah dilahirkan.
550SM - Puak Arab mula menyeberangi Laut Merah untuk memulakan penempatan di Ethiopia.
539SM - Bangsa Greek telah menewaskan Carthage.
539SM - Empayar Parsi menawan Babylon.
537SM hingga 445SM - Puak Israel telah kembali ke Judah untuk sekali lagi mewujudkan masyarakat Israel yang bersatu.
509SM
- Republik Rom telah dijumpai. Masyarakat Etruscan yang asalnya telah
mengadakan penempatan di Sungai Tiber, iaitu di semenanjung yang
akhirnya dikenali sebagai Italy, telah ditekan dan diusir oleh
kebudayaan baru Roman.
500SM - Kebudayaan Adena telah berkembang di utara Benua Amerika yang pada masa sekarang ini dikenali sebagai Lembah Sungai Ohio.
490SM
- Peperangan Marathon telah menyebabkan kekalahan bangsa Parsi di
tangan Athenian, dan telah menamatkan Perang Parsi yang Pertama.
431SM hingga 404SM - Perang Hebat Peloponnesian telah berlaku di antara bandar Greek iaitu Athen dan Sparta.
305SM hingga 51SM - Dinasti Ptolemaic bermula dengan diperintah oleh Ptolemy I di antara tahun 305 dan 282.
280SM
- Empayar Rom, yang telah bermula sebagai wilayah yang terpisah, telah
berjaya menakluk dan menyerap masukkan puak yang berada disekitar
empayar mereka, sehingga seluruh semenanjung Italy disatukan.
241SM - Puak Carthaginians di kepulauan Sicily telah ditakluk oleh puak Rom.
202SM - Puak Carthage telah diusir oleh Puak Rom.
160SM
- Bandar Macedonia di Greece telah dijajah oleh Empayar Rom, dan ini
telah melengkapkan kawasan jajahan Empayar Rom iaitu kesemua kawasan di
sekeliling Laut Mediterranean.
100SM - Penulisan buku Old Testament dalam Bible Hebrew telah siap.
61SM hingga 49SM - Askar Rom, di bawah Maharaja Julius Caesar, telah menakluk Spain dan Gaul.
4SM - Jesus, telah dilahirkan di Judaea.