Renungan
untuk bangsa Melayu: Bangsa Jepun membina empayar moden yang terhebat
pada abad ke -20 hasil dari usaha Maharaja Meiji menghapuskan semua
mitos dan kepercayaan lama bahawa Jepun bangsa terpilih oleh Tuhan dan
bakal menakluk dunia. Ini dibuat melalui
penghapuskan kuasa Samurai yg kononnya menjadi penguasa dan penjaga
bumi ini. Walaupun masih muda Meiji dengan berani menongkah arus
kepercayaan beratus tahun itu yg dinamakan Meiji Ishiin. Selepas itu
barulah struktur pemikiran dan sosial bangsa Jepun dapat diubah dan
hasilnya mereka jadi gigih mengejar ilmu, mencipta teknologi dan sistem
ekonomi yg membawa kepada lonjakan kekuatan negara. Mitos kepercayaan
bangsa pilihan tuhan dan bakal menakluk dunia ini sebenarnya melemahkan
sesuatu bangsa utk berusaha. Mereka menunggu dan menunggu Penyelamat
atau Pemimpin Akhir Zaman. Kaum Red India, kaum Inca di Peru mempunyai
mitos yg sama. Bangsa mereka musnah kerana menjadi malas berfikir, malas
berubah dan malas untuk bersatu atas kebenaran. Kehebatan sesebuah
negara pada masa depan apabila pemimpin dan rakyat berubah fikiran pada
hari ini kepada suatu yg lebih hebat dan membina. Semua penaklukan
termasuk penaklukan terhadap Troy ( kuda kayu gergasi) , penaklukan Al
Fatih (menggunakan teknologi kapal mendaki gunung), penaklukan Eropah
oleh Hitler dllnya apabila ilmu dan teknologi mengatasi apa2 pencapaian
negara lain pada zaman tersebut. 100 tahun lalu, saintis-saintis di US
dan Eropah sudah mengkaji dan membincangkan tentang kuasa nuklear, sudah
memajukan teknologi elektrik, sudah membina kapal terbang dan membina
roket. Pada masa tersebut orang-orang Melayu masih dibuai mimpi dengan
mitos kepahlawanan dan berperang dgn kafir. Pengecualian hanya kpd
bangsa Johor. Pemerintah Johor iaitu Sultan Sir Abu Bakar dan Sultan Sir
Ibrahim membina sistem pemerintahan moden yg membawa negeri tersebut
antara terkaya di dunia. Masa untuk orang Melayu khayal dgn mimpi akhir
zaman sudah berakhir. Semua kepercayaan bahawa kita orang Melayu dan
pemimpin Melayu mempunyai kuasa sakti sudah berubah. Kita perlu berubah
pertamanya dengan meninggalkan semua yg mungkar iaitu kezaliman,
pembaziran, rasuah, kronisme, berpuak-puak, suka bergaduh, suka
tuduh-menuduh, suka melihat orang lain susah, hasad dengki dll seperti
mana syarat kemenangan iaitu Taat kpd Allah dan Rasul. Menentang
kemungkaran dan menganjur yg makruf. Solat , puasa, haji, zakat itu
hanya rukun Islam sahaja dan perlu dilengkapkan dengan Rukun Iman iaitu
melaksanakan semua perintah dan hukum yg terkandung di dalam Al Quran
untuk selamat di dunia dan akhirat. Pandangan ini adalah untuk semua tak
mengira apa kedudukan, status, parti atau organisasi. Wassalam
NASI DAGING UTARA
2 months ago
No comments:
Post a Comment