Thursday, 18 November 2010

Buah Pukul Mersing : Asal-usul..

Sumber asal :  http://karamai-suaraku.blogspot.com


Salasilah Guru-guru

Asal nya Silat Lian hanya dikenali Buah Pukul sahaja. Dikenali juga Silat Gayang Lima,Lian Paduka,Buah Pukul Mersing. Perguruan ini dinamakan Lian Paduka kerana ia pernah diajar kepada Almarhum Sultan Ibrahim serta tentera-tentera nya.'Didalam buah ada pukul. Buah itu tumbuk dan pukul itu penyambut tumbuk atau cara memasukkan tumbuk'.Dinamakan Silat Yunan kerana ia dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Islam dari Yunan, China. Ada dua permainan iaitu Lian Yunan dan Lian Kwantung. Telah dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul ini.

Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka. Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, Sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari Sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.

Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu. Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing. Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).


Awang Ali/Daik dan Sani Abu Samah

Pertamakali permainan ini diijazahkan kepada Syed Abd Rahman. Awang Ali dan Muhamad Yassin Yunos merupakan sahabat kepada Syed Abd Rahman yang menjadi murid sulung beliau.Setelah diijazahkan pada 5 Januari 1897 dirumah Datuk Untut anak Datuk Beremban di no 5 Jalan Maharani, Muar, mereka berdua mewarisi tugas guru iaitu mengajarkan seni silat ini.

Setelah diijazah Awang Daik menetap di Mersing. Semasa di Mersing, beliau akrab dengan Almarhum Sultan Ibrahim,Sultan Johor ke 2 sehingga beliau dilantik menjadi hakim di Mersing. Dengan adanya dua orang guru silat ini di Mersing menjadikan Mersing sebagai pusat silat ini dan menjadi sebab mengapa silat ini dikenali juga sebagai Buah Pukul Mersing.

Silat ini terus berkembang sehingga ke Rompin,Endau terus ke Sungai Ular dan negeri Terengganu. Tempat Muhamad Yassin Yunus diganti oleh Yaakob Tara dan Isa Sulaiman, dua orang yang menetap di Mersing. Bertambah lagi pengikut silat ini dengan perlantikan Muhamad Yasin Kubong yang juga dikenali Pak Teh Muhamad Yasin seorang anak jati Endau. Beliau adalah anak murid kanan kepada Awang Daik yang dilantik menjadi guru menggantikan guru silatnya.

Abdul Rahman Awang Chik,menantu kepada Awang Daik yang kemudian nya mengambil alih tugas Pak Teh Muhamad Yasin telah mengajar silat ini ke seluruh Endau sehingga ke Rompin. Sani Abu Samah seorang anak jati Mersing pula telah mengajar buah pukul Mersing ditempat kelahiran beliau itu. Seni silat ini terus berkembang ke Kluang apabila Abd Rahman Abd Majid mengambil alih tugas Sani Abu Samah sebagai guru.

Guru-guru tua Silat Lian:
Pak Andak Tab dan Pak Cik Pit dari Segamat, Che Wan Chik yang terkenal di Rompin, Pak Anjang Ibrahim,Haji Jambi, Tok Musa,Pak Atan, Mat Wong dan lain-lain.

Permainan Lian agak berbeza dari seorang guru ke seorang guru.Ada yang menyimpan petua permainan ini,berdiri kena elak pun kena.Terlalu halus untuk membaca gerak. Dalam permainan Lian,sebelum musuh bergerak,mesti dibunuh (pukul) gerak musuh terdahulu. Ada 12 gerak Lian semuanya. Dikatakan Lian yang cantik geraknya ialah Lian Anak Dara.

TOK MAT PERPAT 'PANGLIMA HITAM' :
Beliau dipercayai dari Perapat,Sumatra. Seorang pelaut yang telah mengasas sejumlah seni aliran Lian yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Di Pulau Jemeja, beliau mempelajari Silat Belebat daripada penduduk tempatan. Dipulau itu juga beliau mendalami silat Lian dari pedagang-pedagang Yunan.Tidak lama kemudian beliau berhijrah ke Pulau Bukum,Singapura. Tengku Jaafar dan Pak Da Jin,pelaut dari Terengganu yang sempat menuntut dengan Tok Mat Perpat . Sekembali Pak Da jin ke Terengganu, beliau menurunkan pula kepada Muhamad b Yusuf atau Mat Dapu dan Pak Ghani disekitar daerah Kuala Terengganu.

Pepatah guru :
Molek Lian pada Buatan
Molek Belebat pada Buangan
Molek Cekak pada Pukulan
Molek Sendeng pada Larian
Molek Yunan pada Surupan

Kisah lalu:
Aku membesar di Kuantan,nama seperti Kancil siapa yang tak kenal, terkenal sebagai kaki pukul di Kuantan. Pengamal-pengamal Silat Lian memang terkenal sebagai jagoan ketika itu. Zahar Botak juga aruah Sofi tidak asing dari perbualan kawan-kawan.

Ketika aku menjejaki ITM Cawangan Kuantan,ketika itu lah aku bersama Kamal dari Diploma Sains Komputer ke Dewan Jabatan Perikanan, Padang Lalang mula mengenali dan bermain Lian Yunan.Dewan nya kecil tanpa air-cond dan kipas angin.Bertambah panas bila tingkap-tingkap ditutup ketika latihan dijalankan. Sebelum itu memang selalu dicerita kan hebat nya Lian sebagai buah pukul. Guru nya Pok Yee (Nazri Hussin) yang mempelajari dan mewarisi Lian dari guru nya Pok Leh (Allahyarham Salleh Bin Mamat).

Pok Yee dengan 'Tembong' nya

Pok Yee dibantu oleh Mahat ketika itu.Sempat juga aku membawa rakan-rakan ITM mempelajari Lian, walaupun sekerat jalan ,sekurang-kurang mereka tau orang Melayu juga mempunyai buah pukul setanding buah pukul Bruce Lee, Wing Chun.Didewan ini dapatlah aku berkenalan dengan orang-orang lama Lian seperti Che Me,Malek Afro, Man Black, Mi Gondrong. Dari dewan Jabatan Perikanan,gelanggang berpindah ke Kampung Galing.


SUATU SOROTAN RINGKAS MENGIKUT RIWAYAT LISAN GENERASI MENGENAI ASAL USUL SENI SILAT MELAYU BELEBAT LIAN (BELIAN)
Alhamdulillahi rabbil aalamin. Wassolaatu wassalam ala sayyidina Muhammadin Waala aalihi wasohbihi ajmain. Amin.

Assalamuakum wrt. Selamat sejahtera semua pembaca laman. Terutama kapada pencinta seni beladiri Melayu aliran Lian Yunan dan Belebat Jemaja kepulaun Riau-Bentan dan lain-lain pengamal persilatan rumpun Melayu Nusantara yang saya hormati dan kasihi semua. Biar serumpun tak serupa tapi kita tetap bersaudara untuk kebaikan bersama. Insaallah.
Riwayat ini bermula pada tahun-tahun di penghujung abad ke 19 (1890an) bilamana saorang perantau – peniaga dari Perapat Sumatera telah singgah bermastautin di Kepulauan Melayu Riau – Bentan (Penduduk asalnya rumpun Melayu) namanya TOK MAT digelar orang. kemudiannya dikenali sebagai TOK MAT TOK PERPAT PANGLIMA HITAM. Tetapi ada pula yang beriwayat bahawa beliau ini ialah PAK KATUL yang digelar PAK HITAM atau Panglima Hitam atau dipanggil juga PAK HITAM DIRAJA seorang pendekar ahli pertapa di Gunong Daik. Dari alirannyalah konon lahirnya pula nama Silat Kwitang di Betawi dan di lain tempat… Semasa TOK MAT TOK PERPAT menetap di Kepuluan Riau atau Jemaja – Bentan itu beliau telah mempelajari sejenis silat tempatan yang diberi nama SILAT BELEBAT JEMAJA – BENTAN. Mengikut sesetengah pendapat seni silat itu adalah sejenis silat asli Melayu pembawaan Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya semasa kecil tinggal di Bentan yang telah belajar terlebih dahulu sebelum menyambung pelajaran silat dan kebatinannya dengan pertapa Sang Adi Putera di Bukit Pancalusa (Di Gunung Daik atau banjaran Gunung Ledang?) dan kemudiannya semasa di Jawa, mereka belajar pula dengan Pendita Sang Persanta Nala di Gunung Wirana Pura (Ampeldenta / Surabaya). Erti Belebat dari sudut persilatan ini ialah langkahan-langkahan jurus tertentu bersama pergerakan anggota tubuh berserta kaki dan tangan pada permainan seni pencak serangan dan mempertahankan diri (beladiri).
Semasa itu (1890an) juga datang pula saorang pendekar juga pedagang dan pendakwah dari Yunan (Cina Islam) yang dikenali namanya sebagai Syed Abdul Rahman Al Yunani (Ada kata namanya juga Ali Hassan). Adakah Syed Abdul Rahman seorang Cina Islam Yunan sebenarnya seorang pendakwah dan pedagang keturunan Arab asalnya ataupun ia seorang Melayu Nusantara yang pernah menuntut di Yunan? kerana Yunan adalah negara Islam di benua Cina yang paling Awal dalam sejarah – Hal ini perlu suatu kajian cermat bagi kebenaran sejarah. Syed Abdul Rahman Al-Yunani telah terjebak dalam beberapa pergaduhan jalanan ketika di Pulau Jemaja namun dengan mudah saja beliau dapat menewaskan semua lawannya daripada jenis kuntau Cina. Kehebatan beliau diuji pula oleh beberapa pendekar tempatan. Mereka termasuklah TOK MAT TOK PERPAT PANGLIMA HITAM. Tidak semua silat aliran tempatan tewas ditangan Syed Abdul Rahman. Tetapi Tok Mat Tok Perpat telah memohon belajar juga dengan Syed Abdul Rahman kerana ia mendapati silat pembawaan Syed itu amat baik dan jika dipadukan dengan silat Belebat Jemajanya akan bertambah bagus lagi. Lantaran itu setelah tamat belajar TOK PERPAT PANGLIMA HITAM telah mengadunkan SENI SILAT BELEBAT JEMAJA – BENTAN itu dengan SENI LIAN YUNAN daripada Syed Abd Rahman Al Yunani. Kemudian Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitam telah berpindah bermastautin di Pulau Bukum di selatan Singapura setelah beberapa lama di Pulau Jemaja. Generasi yang mempelajari silat Tok Perpat Panglima Hitam menamakan silatnya Silat Belebat Lian. Ertian Lian pada pembelajaran silat ini ialah liang liuk (Gayangan) gerakan halus pendekar yang berteras (bertapak) dan berseni hayyun (gerakan seni tangkas-gayong) berkelok ke kiri ke kanan ke hadapan dan ke belakang dengan pantas dalam maksud serangan dan belaan seni mempertahankan diri (Gerakan Seni Bunga Yunan).
Semasa di Pulau Bukum Tok Perpat Panglima Hitam didatangi dua orang muda yang ingin belajar kepada beliau (maaf penulis tidak menyebut sesiapa lagi yang selain dua orang ini kerana di luar pengetahuan penulis) iaitu saorang yang mempunyai talian darah dengan Kesultanan Singapura (Temasik) iaitu Y.M. TENGKU JAAFAR dan seorang lagi ahli pelaut – seorang perantau dari negeri Terengganu Pantai Timur Malaysia sekarang dipanggil namanya PAK UDA JEN.

Kononnya Tok Perpat mempunyai seorang anak perempuan yang handal bersilat kerana asuhan ayahandanya Tok Perpat Panglima Hitam. Dalam suatu ujian kepantasan, kononnya Tengku Jaafar tewas di tangan puteri ini menyebabkan beliau malu dan berundur diri merantau ke Semenanjung untuk menambah ilmunya. Kemudiannya beliau menetap di Dungun Terengganu kemungkinan atas nasihat sahabatnya Pak Uda Jen. Sebenarnya Tengku Jaafar belum tamat belajar dengan gurunya Tok Perpat semasa suwayambara itu berlaku. Sebab itu ia tewas dengan puteri serikandi gurunya itu.

Silibus Silat Belebat Lian Tok Perpat Panglima Hitam mempuyai 12 jurus utama. Ada juga orang yang menyebutnya Gayang Lian Lima, Buah Pukul Mersing, Lian Yunan, Buah Pukul Dungun, Gayong Belebat, Silat Belebat, Buah Buku Belebat, Silat Lian, Gayong Tumbuk, Buah Ku Jaafar Dungun, Silat Buah Ayah Da Manir dan ada yang dah berubah dengan nama lain sama sekali misalnya nama Seni Silat Warisan (Dungun), Silat Tok perpat Panglima Hitam (Dungun) yang tidak di sebut langsung nama Lian itu. Ada juga Silat Lian Belebat ini telah digabungkan silibusnya dalam satu perguruan silat yang memakai nama yang lain saperti mana perguruan Seni Silat Melayu Asli Sejati (Gerak Sejati) yang banyak mempunyai cabangan Silat Melayu Asli tergabung di dalam pembelajaran silat perguruannya. Maaf penulis tidak sebut semua nama perguruan silat lain yang berketurunan silat Lian Yunan yang ada di Malaysia ini atau silat rumpun Melayu Nusantara sebab perkara tersebut di luar pengetahuan penulis.

BIDANG PELAJARAN SILAT BELEBAT LIAN (RINGKAS).
Peringkat Asas :
Melatihkan kemantapan kedudukan dan berbelebat iaitu di sebut belebat tinggi dan belebat rendah. Bermula dengan bergilir gilir (kiri dan kanan)melakukan pancungan tangan kebawah, tubuh badan pesilat berkedudukan menyendeng kiri dan kanan lalu melakukan tusukan tangan berpepisau kehadapan bertubi tubian, terus mara sepanjang gelanggang dan gerakan undur berkelek (sendeng) kiri dan kanan dengan sisipan tangan kiri dan kanan hingga kembali ke tempat bermula.

Peringkat kedua:
Asas serangan tangan: Pesilat dilatih dengan tumbukan padu seturut dan tumbukan sumbang seturut (songsang), Tumbukan biring, Tumbukan empat pedahat dan permainan siku.

Peringkat ketiga :
1. Asas serangan kaki: Pesilat diajar tendangan. Ada dua tendangan utama iaitu tendangan lurus dan tendangan sisi (jembret) dalam istilah pantai Timur Semenanjung disebut `tendang kuda sisi` dan pergerakan lutut.
11. Asas belaan (tangan, siku, lutut dan kaki).

Peringkat keempat:
1. Menerima buah asas resmi 13 biji (tanpa senjata). Melibatkan semua kemahiran 1,2 dan 3 di atas.
11. Pesilat diajar gerak pukul belebat (beregu) maksud latihan `sparing` pukulan Belebat Lian ini di Pantai Timur Semenanjung disebut dengan istilah `Masuk Pukul` iaitu gerakan saling mendada dalam jarak selengan antara satu sama lain. Bergerak ke hadapan (penyerang) atau kebelakang (yang diserang) dengan pukulan bertubi-tubi dengan dua tangan, dua siku, dua lutut, dua kaki dan begitu juga buangan, tepisan pun cepat bertubi-tubi juga `siapa cepat dia dapat`. Pada peringkat ini juga pesilat juga berlatih membuat tangkisan, tepisan, elakan, kuncian (cekak) dan juga jatuhan. Aplikasi buah pukulan asas yang 13 dan juga menggalakkan kreativiti sendiri ketangkasan diri. Melalui latihan-latihan yang lasak dan berat (Bengkak bengkil tubuh dengan cakap rinkasnya) inilah sebabnya terkadang pelajar Silat Belebat Lian hanya belajar sekerat jalan saja. Jika pelajar mahir `banyak perkara` di peringkat ini dia akan mula menyedari nilai persilatannya akan bidalan kata berikut:


Molek liannya- pada kemas kedudukan
Molek belebatnya- pada kaedah buangan
Molek cekak (kunci)nya- pada buah pukulan
Molek bunga (gayang)nya -pada surupan

PERINGKAT KE LIMA: Diajar gerakan lima jenis Bunga Lian Belebat disebut juga Pecah Tapak Empat Belebat Lian untuk aplikasi pelajaran berikut:
Lian bunga Satu:
1. Untuk pukulan (gelut) tangan kosong aplikasi buah pukulan asas 13.
11. Memberi buah asas kuncian 19 biji.
111. Permainan buah lapisan dua.

Bunga Lian Dua:
Untuk senjata keris dan senjata-senjata pendek.

Bunga Lian Tiga:
Untuk senjata tekpi (Trisula).

Bunga Lian Empat:
Untuk senjata tongkat-tombak-lembing.

Bunga Lian Lima:
Untuk senjata keris panjang dan pedang.

Peringkat Keenam:
Rahsia serangan dan rahsia belaan.

Peringkat ke Tujuh:
Kerohanian dan Pengiktirafan sebagai Guru.

Apabila Pak Uda Jen tamat belajar di Pulau Bukum dengan gurunya Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitam beliau ingin pulang ke Terengganu. Gurunya berpesan jika bertemu dengan Tg. Jaafar hendaklah menyuruhnya datang semula ke Pulau Bukum untuk menamatkan pelajaran Belebat Lian dan untuk menerima mandat sebagai pewaris yang akan menurunkan ilmu persilatan itu kepada generasi berikut sebagaimana mandat yang diterima Pak Uda Jen. Pak Uda Jen telah bertemu semula dengan Tg. Jaafar di Dungun yang ketika itu telah mashor kepakarannya sebagai penangkap buaya ganas (sumber lisan dari arwah Ayah Da Haji Jusoh iaitu Murid Tg. Jaafar).

Mematuhi pesanan gurunya Tok Perpat Panglima Hitam yang disampaikan oleh sahabat seperguruannya yang lalu (Pak Uda Jen) Tg. Jaafar kembali semula ke Pulau Bukum belajar dengan Tok Perpat Panglima Hitam hingga di khatamkan. Selepas tamat belajar di Pulau Bukum Tengku Jaafar pulang semula ke Dungun dan mengajar ilmu persilatan Belebat Lian. Ketika ini penduduk Pantai Timur negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu (dari pantai timur Johor hingga Pahang, Terengganu dan Kelantan) sedang dilanda kegundahan kerana aktiviti perlanunan yang aktif sebab zaman kemelesetan ekonomi selepas perang dunia pertama. Kumpulan perompak laut (lanun) yang paling ganas dan ditakuti ialah kumpulan Pendekar Helang Merah. Pendekar Helang Merah memang hebat ilmu persilatannya. Ia boleh melompat terbang dari kepala jong (kapal)nya yang berlabuh hingga ke gigian pantai. (Sumber lisan dari Pendekar Pak Khalid – Silat Cekak Pongok @ Punggok Dungun). Pendekar Helang Merah sebenarnya orang Kelantan tapi berguru di selatan Johor. Mungkinkah gurunya juga Tok Perpat Panglima Hitam? Sebab mengikut cerita lisan apabila Lanun Helang Merah tamat belajar dengan gurunya dia memberitahu kepada gurunya ia mahu kerja `Melanun` (menjadi perompak laut). Zaman dulu sesetengah tempat di Nusantara dakwah dalam syariat agama islam belum meluas jadi perbuatan melanun atau merompak itu semacam suatu pekerjaan khas atau sambilan oleh orang handal dan berani (yang mana dosa pahala tidak diambil berat) di sesuatu tempat dan juga ia bermusim mengikut banyaknya kegiatan perniagaan melalui pesisir laut. Apabila Helang Merah memberitahu gurunya ia mahu melanun saja kerjanya dan nasihat gurunya yang mengata `jangan` dia (Helang Merah) tidak ikut. Gurunya yang kasihkan murid itu berpesan` Jika engkau mahu melanun juga jangan lah engkau menjejak kakimu (merompak) di tanah Dungun `nanti engkau terkena bahaya`. Takwilan daripada larangan ini semacam ada satu firasat gurunya yang ia akan tewas di Dungun atau kalaulah guru Helang Merah ini memang Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitam juga tentulah beliau tahu ilmu pendekar yang ada di Dungun itu (muridnya juga) lebih tinggi dan lebih banyak diberi rahsia ilmu persilatannya daripada Helang Merah yang berniat jahat bila menguasai ilmu persilatan. Wallahu`alam.

Anggota Perompak Lanun Helang Merah mengikut cerita lisan daripada salah seorang penduduk lama Dungun sekarang (Pak Manan – pakar rawatan urut dan patah di Belakang Hospital Dungun sekarang) terdiri dari sembilan orang pendekar. Mengikut kata Pak Manan dan juga Pendekar Silat Seni Cekak Melayu Asli (Pak Khalid) Dungun kesemua mereka memakai nama samaran belaka iaitu: Helang Merah, Tagar Maut, Kerisik, Demam tak Kebah, Tunggul buloh, Sabut Kering, Urat Dawai, Guruh, Buloh Sumpit (nama samaran terakhir yang tiga itu tidak pasti benar oleh kedua orang sumber kerana mereka sudah `ingat tak ingat` kerana peristiwa berlaku zaman tahun 192oan.

Pada suatu masa tahun 1920an penduduk Dungun (Trg) gempar mengatakan kedatangan sebuah jong lanun Helang Merah di perairan Dungun. Mengikut cerita lisan, pendekar pendekar Dungun di bawah pimpinan Tengku Jaafar murid Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitamlah yang bertindak sukarela untuk memberkas kumpulan lanun ini. Tengku Jaafar melantik lapan orang pendekar pilihannya untuk menentang lapan orang anggota lanun Helang Merah (Sama ada Pak Uda Jen sahabatnya juga berserta tidak dapat di pastikan). Manakala beliau sendiri akan menentang satu sama satu dengan Helang Merah. Pada suatu malam apabila Jong Helang Merah berlabuh di pantai Dungun dengan tujuan merompak, Tengku Jaafar dan orangnya menunggu di pantai dengan membuat unggun api dan berlagak seperti orang kampung memanggang ikan yang ditangkap. Tujuannya ialah untuk menarik perhatian perompak laut tersebut untuk ditangkap. Tengku Jaafar memberi tugas satu lawan satu. Apabila Helang Merah melihat unggun api `orang kampong itu` ia memerintahkan orang-orangnya datang menyerbu terlebih dahulu manakala beliau masih di kapal. Berlaku perkelahian sengit antara lapan orang pendekar pimpinan Tengku Jaafar dengan lapan orang pendekar pengikut Helang Merah. Dengan menggunakan kaedah persilatan Belebat Lian kelapan orang perompak itu dapat ditewaskan dan diberkas oleh orang-orang Tengku Jaafar.

Setelah berjaya Tengku Jaafar telah mencabar Helang Merah turun dari kapalnya untuk berlawan satu lawan satu dengan beliau. Cabar mencabar berlaku. Untuk memancing Helang Merah turun dari kapal lanunnya Tengku Jaafar telah membaling kerisnya ke arah Helang Merah yang sedang berdiri di haluan kapalnya (ertinya Tengku Jaafar tidak bersenjata sekarang) lalu Helang Merah melompat terbang menyambar keris yang dibaling ke arahnya dan beliau mendarat dengan baik di gigi air separas betis di mana Tengku Jaafar berdiri lalu berlakulah pergelutan silat antara kedua mereka dengan begitu sengit sekali. Akhir sekali tewaslah Helang Merah dengan kuncian kemas dari Tengku Jaafar. Helang merah dan gerombolannya dibawa ke balai polis Dungun untuk menghadapi pengadilan kerana jenayah merompak mereka. Dari tarikh peristiwa itu terkenallah silat aliran Tengku Jaafar dengan nama Buah Ku Jaafar atau Buah Pukul Dungun. Tetapi yang asalnya ialah Seni Silat Belebat Lian atau Belian Tok Perpat Panglima Hitam.

Kemashuran nama Tengku Jaafar atas peristiwa menewaskan Perompak Lanun Helang Merah yang ditakuti penduduk sepanjang pesisir pantai timur semenanjung itu cepat merebak maka ramailah para pencari ilmu persilatan yang berkesan dalam pergelutan sebenar menjadi murid Tengku Jaafar. Antara yang tersohor antara mereka ialah Awang Hakim Mersing dan Ayah Da Haji Jusoh Bukit Gemuruh K. Berang Trg. (lain sebutan: Ayah Da Paloh dan Ayah Da Manir). Awang Hakim Mersing itu kemungkinan besar orang yang sama dengan Pendekar Awang Daik kerana Awang Daik ialah seorang hakim, telah membuka aliran Tengku Jaafar di Mersing dan mungkin dengan nama `Buah Pukul Mersing` yang mashur itu atau pun dengan nama silat lian yang lain. Walau bagaimana pun Awang Hakim itu mungkin juga seorang Terengganu dan`Bukannya Awang Daik` sebenar yang mashor dalam persilatan Lian Mersing. Kerana sebahagian besar penduduk Mersing itu zaman dulu ialah para perantau dari gulongan nelayan Terengganu juga. Jika Tuan guru Awang Daik bukan murid kepada Tengku Jaafar bermakna keturunan silat Lian beliau yang bersasilah daripada Syed Abd Rahman al Yunani adalah dari pendekar lain yang juga menjadi murid kepada Syed Abdul Rahman Al-Yunani. Tetapi silat Lian beliau bukanlah Silat Belabat Lian aliran Tok Perpat Panglima Hitam. Hal ini mungkin lebih jelas penghuraiannya oleh para pencinta Silat aliran Lian Yunan dari jalur salasilah persilatan beliau sendiri.

Di Terengganu silat aliran Belebat Lian telah merebak dari dua pendekar utama Murid Tok Perpat iaitu Pak Uda Jen dan Tengku Jaafar. Murid Tengku Jaafar yang tersohor mainan Belebat Lian ialah Pendekar Che Muda bin Haji Jusoh (Ayahda Hj. Jusoh) yang ada talian darahnya dengan Syeikh Abadul Malik bin Abdillah (Tok Pulau Manis pengarang kitab Hikam Melayu) yang susur galur keturunannya sampai kepada Sayyed Hussein jamadil Kubra Moyang muyut kapada para Wali Sembilan Indonesia???? (dikatakan Husain Jamadil Kubra adalah Al-Husaini sementara Tok Pulau Manis dari jalur Al-Hassani). Kuburan beliau sekarang berada berjiran dengan makam keramat Tok Pulau Manis, Terengganu. Silat Belebat Lian aliran beliau sekarang sedang dipelihara dan dikembangkan oleh Guru Seni Silat Melayu Asli sejati Ustaz Haji Wan Ismail W.E. al Fakir Ilallah yang juga ada talian keturunan dengan sayyed Hussein Jamadil Kubra melalui jalur keturunan Syeikh Abdul Malik Abdillah (Tokku Pulau Manis dan menerima mandat secara bersasilah guru (bersanad)mengajar kitab Hikam Melayu Tok pulau Manis – sekarang) dan juga mendapat mandat dari arwah Pendekar Arifinbillah Ayah Da Hj Jusoh yang juga murid kepada pendekar Tok Wali Hassan Cik Hir. Wallahu`alm.

1 comment:

Anonymous said...

awang daik tu adalah org daik riau johor lame ....

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan