1. Ni budak sindiket ni..aku tak nak kerjasama bagi untung tauke dia
2. Inilah akibat malas belajar
3. Inilah akibat perkawinan yang tak dirancang..
4. Takkan lah negara Malaya yg aman makmur ni ada yang tak cukup makan
5. Aku dah banyak wat ibadah (bekerja, belajar,mengajar, solat sunat ..bla2)
6. Aku dah bayar zakat, aku dah buat kenduri (yang makan semua orang berduit)
7.Aku dah buat majlis derma siap bergambar masuk blog, masuk majalah lagi
Tetapi secara reverse psikologinya..
1. Katakanlah tiba-tiba kita dan mak-ayah accident , mati semua kecuali 2 orang adik-adik kita..mungkin ini terjadi ?
2. Atau adik-adik kita dilarikan sindiket..kemudian sindiket tu paksa dapat rm 20 sehari kalu tak, tak boleh makan hari tu..adakah kita akan hulurkan..
3. Ataupun negara kita kekeringan minyak (ini pasti berlaku), Indon akan menanam sawit juta2 hektar dan Bolivia menanam 4 juta hektar getah..pa jd pada ekonomi kita...mgkn penduduk jadi spt Bangla..spt peminta sedekah
4.Ataupun ayah kita mengidap penyakit organ hati sakit yang menyebabkan wang lebih rm250,000 dikeluarkan..
5. Bebudak tu dah betul2 lapar tak makan sejak semalam,mungkin adik dia demam panas..
Yang lebih teruk lagi ..
1. Belanja top-up sampai rm70 sebulan
2. Makan donut sampai rm belas-belas ringgit
3. Lepak siber sampai
4. Beli tudung sampai ratus rm
5. Kasut
6. Bowling
7. Paint ball
8. Choclate bar sampai rm10
9. Tengok wayang kat movie theatre sampai 3-4 kali
Bandingkan..
Bill Gates derma usd 40 billion untuk kajian Aids dan tidak akan meninggalkan wang usd berjuta untuk anak-anak untuk membantu rakyat miskin menderita seluruh dunia bila dia mati kelak
Kita ada Islam (yang sangat memuliakan sedekah) dan kita juga bangsa yang mulia..takkan begitu kedekut
Ada Nabi Muhammad saw kata..kalau kita tak mampu menitiskan air mata melihat penderitaan orang lain maka hati dah keras..
Sayyidina Umar ra mengikat perut dan makan hanya tepung dan cuka kurma bimbang ada lagi rakyat yang menderita lapar dan lebih susah dari itu..
Kita dok sebut kezuhudan dan kemuliaan serta pengorbanan tokoh2 tersebut..kita bila lagi
Saya teringat seorang tokoh ulama Pahang yang sangat terkenal Almarhum Tuan Guru Hj Hassanuddin. Beliau berkata : "Kalau pergi haji kali ke-2 itu kira penyempurnaan..kalau lebih dari itu lebih baik bantu orang miskin ,anak yatim"
Carilah hadith tentang pahala yang jauh berlipat-kali ganda berbanding menunaikan haji (buat yang dah menunaikan sebelum ini) jika bersedekah
Allah swt itu lebih dekat dari urat leher kamu ( Al-Quran)..bukan di depan kaabah dan bukanlah sesenang itu dosa diampunkan jika mencium batu aswad..Orang kita bila rasa banyak wat dosa ajer nak pi makkah nak cium batu aswad dan sentuh kaabah, nak menangis dpn kaabah..( Kristian cuci dosa dengan baptis atau buat pengakuan, Yahudi menangis depan Tembok Menangis)
Orang kita balik Makkah..tahanlah solat malam 2-3 minggu kemudian balik asal semula..balik asal balik perangai lama..rasa dah complete Islam (maaf lah sebab mengata)
Syurga itu suci..Nabi kata tiada kezaliman sebesar zarah buat sorang penghuni syurga
Hulurkanlah rm 2-3 ringgit..beri jer kat kanak2 tu, kat orang cam gila, down syndrome..tak payah rujuk kitab..gunakan sifat keinsanan yang ada...tak payah fikir2..cukup bulan ribu2 rm gaji, ratus2 rm mak bapa bagi belanja..siap tukar hanset lagi
Confirm tak miskin kalau hulur rm3-5 bagi diorang makan. Kalau diorang tipu anggaplah sedekah (Allah Maha Mengetahui !)
Allah tu Maha Kaya (Penguasa Universe) ..kalau asbab kita sedekah tu kita dapat rezeki lebih banyak dari itu atau kita dijauhkan penyakit yang merbahaya..
Jangan kita kenyang dan mewah di dunia tapi miskin dan lapar di akhirat !!
Jangan Marah..hanya muhasabah
Tapi saya pasti..SELEPAS ANDA MEMBACA POSTING NI..Anda akan berubah (sebab kita kan insan)
No comments:
Post a Comment