Petikan dari :
Blog Suaraku
Jalan beramal yang terkandung didalam kitab Tokku Paloh ini juga terdapat didalam Kitab Mat Kilau dibawah tajuk yang pertama di muka surat 1 didalam kitab itu iaitu 'Salinan daripada wali Allah'. Diketahui Pahlawan-pahlawan Pahang pernah berguru dengan Tokku Paloh ketika berlindung dari buruan Inggeris.
Salinan dari Kitab Mat Kilau
Jalan beramal :
1- Nazar didalam batin (fuad) huruf khalimah Allah dengan kedudukan huruf Alif disebelah kanan kita dahulu kemudian dituruti dengan huruf Lam, Lam, Ha' dan sabdu dan fatah.
2- Huruf khalimah Allah hendaklah nampak betul-betul dan berwarna kuning berkilat atau merah berkilat atau putih berkilat.
3- Cahaya terang bersinar-sinar daripada huruf khalimah Allah memancar-mancar seperti warna emas baru disempuh atau merah matahari pagi baru keluar atau cahaya bulan atau cahaya embun air.
4- Cerahnya atau terangnya cahaya gilang gemilang itu melimpah dan bersebati dengan badan kita.
5- Cahaya daripada huruf fatah diatas dan sabdu didalam fuad itu memancar keluar antara dua kening.
6- Jika nyata terang benderang segala nazar tersebut dari 1 sampai 5. Maka sempurnalah diri dan jasad kita tiada malang menimpa kita pada hari itu atau malam itu dan bolehlah kita berjalan kemana-mana.
7- Amalan ini hendaklah diamalkan setiap hari dan setiap malam supaya tidak binasa jasad kita.
8- Setelah kita amal dengan lazim (selalu) tiba-tiba kita tidak nampak huruf khalimah Allah itu kurang satu, dua atau tiga. Maka hendaklah kita berhenti jangan pergi berjalan kerana mungkin binasa akan menimpa.
9- Jika kelima-lima huruf khalimah Allah itu tidak nampak sama sekali, janganlah kita berjalan. Kalau berjalan juga, ia akan mati. Kalau duduk pun akan mati pada malam atau hari itu.
10- Jika huruf khalimah Allah itu cahayanya hitam semuanya maka akan mati juga pada siang atau malam itu.
p/s: Kalau tak silap kitab ini sudah diharamkan oleh majlis agama kerana terdapat amalan-amalan yang bertentangan dengan agama. Anggaplah petikan ini sebagai penambahan pengetahuan tentang amalan pahlawan Mat Kilau
No comments:
Post a Comment