Artikel ini ditulis oleh Baloot MX di Komik Niaga
Terlalu ramai Internet marketer Malaysia yang tidak melindungi dengan selamat ebook ciptaan mereka atau ebook PLR yang mereka jual melalui laman web jualan. Saya telah mencuba ‘selongkar’ beberapa index pages laman web jualan ebook buatan Malaysia, ternyata ebook mereka tidaklah selamat walaupun perlu letakkan password untuk membuka folder tersebut. Ini kerana Google Spider masih lagi boleh ‘crawling’ pada page download mereka.
Bagaimanapun, disini bukanlah cara untuk ‘selongkar’ hak cipta dan penat lelah Internet marketer kita, tetapi untuk berkongsi cara-cara menyimpan agar ebook lebih selamat dan tidak di-ceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekarang terlalu ramai yang hasil-kan ebook masing-masing, daripada perniagaan Internet sehingga perniagaan yang melibatkan jutaan ringgit iaitu perniagaan hartanah, pengurusan kewangan dan lain-lain. Semuanya dihasilkan dalam bentuk ebook.
Kebanyakan ‘pembuat’ ebook ini tidak tahu cara-cara yang betul untuk menyimpan ebook mereka (jika cara penhantaran hanyalah melalui email untuk muat-turun ebook). Mereka hanya perlu ikuti 5 LANGKAH MUDAH UNTUK MELINDUNGI PRODUK DIGITAL. Cara ini sesiapa pun boleh buat, anda tidak perlu tahu programming atau menggunakan perisian yang canggih.
Langkah 1
Zip-kan Setiap Ebook Daripada Format PDF kepada ZIP atau RAR
‘Zip’-kan ebook anda kemudian upload ke laman web. Jangan sesekali upload ebook dalam bentuk PDF, ini kerana Search Engine boleh ‘baca’ ebook anda dan pengguna hanya perlu search nama ebook kemudian muat-turun secara ‘percuma’ dari Google sahaja. Untuk pengetahuan anda, enjin carian Google boleh list-kan senarai PDF sahaja dengan menggunakan fungsi ADVANCED SEARCH.Langkah 2
Bina File index.html Dalam Folder Download Ebook
Setiap folder di dalam hosting anda perlu ada index.html file. Dengan ada-nya file index.html ini, para ‘penceroboh’ tidak dapat lihat file-file di dalam folder download anda. Untuk bina file index.html ini, hanya buat-kan satu file menggunakan Notepad dan Save As sebagai index. Upload-kan kedalam folder download ebook anda. Rename file index.txt kepada index.html.Untuk mencuba samada index file anda berfungsi atau tak, cuba buat satu folder baru di dalam FTP anda kemudian upload apa-apa file berbentuk ZIP atau PDF, sebagai contoh saya buat folder tu nama TESTING untuk hosting KomikNiaga, jadi http://komikniaga.com/testing. Cuba akses ke folder baru TESTING anda tersebut dan anda dapat lihat kesemua file yang telah anda upload dan boleh di-download secara terus dari situ tanpa perlu ‘membayar’ ebook-ebook di dalam folder tersebut.
Langkah 3
Redirect Ke Muka Utama Laman Web
Selain meletakkan index.html pada folder ruangan download produk digital, anda juga boleh meletak-kan satu skrip mudah pada index.html pada ruangan HEADER, iaitu di-antara skrip disini untuk redirect ‘penceroboh’ daripada masuk ke dalam folder TESTING, akan redirect-kan mereka ke laman utama web anda. Salin skrip dibawah dan ubah http://komikniaga.com kepada URL laman web anda:Anda boleh meletakkan skrip mudah diatas ini di dalam setiap folder download (sekiranya anda mempunyai banyak folder untuk download) untuk pelanggan download produk digital.
Langkah 4
Menghalang Spider Search Engine Memasuki Ruangan Download
Setiap page yang anda upload ke dalam laman web,ianya secara automatik akan di-cari oleh SPIDER enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN dan lain-lain. Namun bagi ruangan download produk digital, kita tak perlu SPIDER untuk ‘mencari’ kandungan pada laman ruangan download. Sekiranya SPIDER menjumpai dan ‘memberitahu’ enjin carian, laman ruangan download anda akan di-senaraikan pada Search Results. Ini adalah perkara PALING BURUK bagi setiap Internet marketer yang menjual produk digital.Langkah 5
Menukar Link Download Dengan Kerap
Ada juga pembeli produk digital yang akan berkongsi-kan link download produk anda dengan rakan-rakannya. Perbuatan ini adalah tidak bermoral dan boleh menjejaskan jualan dan kualiti produk digital yang dijual itu. Cara yang paling mudah untuk menghadapi masalah ini, anda boleh menukar link download dengan lebih kerap, contohnya seminggu sekali atau dua minggu sekali.Sebagai idea, jangan namakan ruangan download produk digital sebagai DOWNLOAD. Anda boleh menamakan dengan nama yang unik seperti ‘D0WnL04d’ atau ‘mU4TtURun_pR0DuK’.
Diharap dengan mengaplikasi-kan 5 langkah mudah di-atas, jualan produk digital anda semakin meningkat dengan berkurang-nya masalah-masalah ‘pencerobohan’ ini.
No comments:
Post a Comment