Ada satu kata-kata sangat hebat:
Small Minds talk about people
Average Minds talk about about events (peristiwa)
Dalam konteks nak menjadikan MRSM Mersing hebat mungkin kita perlu menghasilkan guru, pelajar, staf dan pentadbir dalam kategori Great Minds. Mereka yang berfikiran dalam kategori terakhir itu ,InsyaAllah menghasilkan kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
Sebelum tu mari kita kategorikan cara-cara minda pelajar kita berfikir dan kategorikan. Ini contoh-contoh sahaja.
Contoh cara berfikir Small Minds:
-Aku tak suka roomate sebab tak sporting
-Cikgu mengajar tak faham
-Diorang ni bising la susah nak buat homework
-Susah nak keluar bandar, warden tak sporting
-Jom kita pukul budak tu . Berlagak sangat
-Best la mengusik budak perempuan tu sebab dia comel bila marah
-Dia score exam sebab asyik mengadap buku ajer
-Pemain-pemain bola SMK Tenggaroh power-power
-Jangan mengada-ngada dalam kelas
-Penat la, cikgu ceramah morning call lama sangat
-Kerja doktor ni macam best !
Contoh cara berfikir Average Minds:
-Hari ni mak datang, aku happy
-Kalau ada seminar mesti mudah sore Bio
-Kalau ada mood aku layan kawan-kawan
-Tak dapat telefon tadi, tak semangat belajar
-SMK Tenggaroh dah kalahkan SMK Ungku Hussein, tak tau la nasib kita nanti
-Banyak sangat kelas tambahan
-Cermah lagi, asyik2 ceramah jer !
-Bila la aku nak dapat bungkusan berdaftar ?
-Bila cikgu nak bagi handout Bio,aku nak study ni
-Hari Isnin makan tak best di Dewan Selera !
Contoh cara berfikir Great Minds :
-Roomate aku dibesarkan dengan cara berbeza. Aku perlu cari persamaan antara kami, tak pe la berkorban sikit
-Aku macamana sekalipun akan tetap cuba happy setiap hari
-Aku macamana sekalipun akan tetap cuba happy setiap hari
-Aku suka explore & study sebab banyak perkara yang menarik untuk diketahui
-Semester ni aku nak score gila2, nak bagi semua orang seronok
-Kelas tambahan hari ni aku berjaya mengesan beberapa kelemahan
-Penceramah hari ni tak kedekut share pengalaman2 berharga, aku sendiri mungkin tak mampu
-Dapat bungkusan dari mak best tapi kalau semesta ni aku hadiahkan mak dengan Anugerah Pengetua lagi best
-Aku cadang nak minta cikgu tunjuk video2 teknik sepakan David Beckham ..
-Apa lagi aku nak buat supaya hari ni aku rasa seronok dan berjaya buat macam-macam
-Aku nak buat nota mind map sebelum ke kelas, at least tak lah blurr
-Aku nak bawa memory booster cards kalau rasa mengantuk dalam ceramah nanti
-Mak dan abah tak payahlah kerap datang, membazir wang..baik simpan untuk Along beli PSP !
-Aku kalau ke bandar tak sah kalau tak singgah kedai buku
-Aku nak jumpa cikgu Bio lah..cuba nak faham semula apa topik hari ni, 10 minit tak lama
-Kita dah buat latihan stamina dan kekuatan sepakan, pemain-pemain SMK Tenggaroh mesti terkejut !!
-Aku nak buat teknik menjawab Bio sendiri, seminar tak perlu sangat cuma nak membantu ajer terutama mereka yg malas berfikir
-Daripada aku beli top-up handset aau beli coklat bar baik aku beli buku2 bantu belajar subjek-subjek !
-Keluar bandar memang best tapi tak boleh kerap-kerap sangat.Baik study dan berjimat sikit sebab adik-adik kat rumah pun perlu wang juga
-Keluar bandar memang best tapi tak boleh kerap-kerap sangat.Baik study dan berjimat sikit sebab adik-adik kat rumah pun perlu wang juga
-Buat apa la pukul orang, macam la kita ni baik sangat. Lagipun Nabi Muhd saw tak mengaku umat orang yg menampar muka orang lain. Kalau adik atau ayah balik rumah pecah-pecah muka akibat orang pukul apa pulak perasaan aku?
-Aku tak suka mengacau budak perempuan. Kalau mak atau adik perempuan aku kena kacau camner?
No comments:
Post a Comment