Tarikh : 24 Mei 2011
Masa : 8.30 malam
Lokasi :
Pusat Bandar Mersing,
Berhadapan Pasaraya Guardian
Cafe mini ala kiosk yg menarik
Pelbagai jenis frankfurter menjadi pilihan..burger-burger pelbagai bentuk..ayam,daging, kambing
Banyak lg menu pilihan..oblong burger,kebab,lamb chop, chicken chop,kentang goreng
Kelihatan agak canggih design gerai ni
Penyedia makanan bekerja secara syif agaknya kerana biz ni bermula dari siang hingga ke tengah malam
Setiap menu yg ditempah digubah dengan menarik yang amat membuka selera
Pasaraya Guardian & Anakku di seberang jalan
Jika ingin menjamu selera sam bil menikmati suasana malam, meja-meja & kerusi yang selesa disediakan di sekeliling kiosk..pelbagai pilihan minuman juga ditawarkan
Malam ni try burger oblong ayam..besar kepingan ayamnya..harga rm4.50..berbaloi kerana sedap & banyak
Seandainya keluar meronda-ronda di bandar Mersing yang 'happening' pada malamnya, singgahlah Cafe O'Sore..Banyak pilihan tempat untuk bersantai di Mersing walaupun jam melepasi tengah malam..Jika ke pulau-pulau sekitar Mersing tak rugi bermalam di sini..Rasai keunikan Mersing Nite !!
No comments:
Post a Comment