Ilmuan agama yang lazim kita panggil sebagai ustaz & ustazah ini mempunyai latar belakang pendidikan agama yang sederhana ( peringkat sijil agama & madrasah rakyat) hingga mencapai tahap Masters,PhD dari universiti terkemuka seperti Al-Azhar, Makkah,Jordan mahupun Yemen.
Malah PHD sendiri ditipu oleh sepasang ustaz & ustazah dari Universiti Al-Azhar atas hasil karya 2 buah ebook (buku elektronik) yang pada mulanya berpura-pura membantu menerbit lalu merampas hak cipta karya PHD sendiri. Kedua-dua ustaz ustazah tersebut juga cuba menipu beberapa orang lagi dengan pelbagai cara yang islamik (kononnya) tetapi 'terperangkap' setelah mangsa yang membuat laporan dan menghebahnya di forum-forum internet serta akhbar Harakah.
Kisah ustaz yang mempunyai Masters dari Universiti Al-Azhar dan isteri beliau tersebut ada dimuatkan di sini..
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2735:awas-ustaz-dan-ustazah-umno-kaki-tipu-&catid=34:primary&Itemid=56
http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=535747
http://www.majalah.com/?classified:penipuan-ustaz-nik-soh-bin-nik-ahmad-ustazah-siti-sobiyyah-binti-ahmad-pegasah-www-alkiram:6YCB9NCZMW
Kepada para ustaz-ustazah yang sedang melakukan & berniat melakukan penipuan demi penipuan:
1. Ingatlah amaran Allah swt di dalam Al-Quran tentang ahlul kitab agar tidak menghalal cara untuk kepentingan duniawi, tidak melaksanaka apa yang disampaikan
2. Tidak takutkah mereka dengan Hukum Syariah atas kesalahan mencuri & hukum Allah di Yaumul Mahsyar nanti.
3. Lebih malang lagi apa akan terjadi kepada anak-anak murid & para pendengar kuliah beliau.
4. Lebih teruk lagi tidak malukah mereka menyuap anak-anak mereka dengan benda-benda haram dan menjadi darah-daging mereka
5. Perbuatan buruk anda sukar dibersihkan dan diingati oleh masyarakat sampai bila-bila jika 'kantoi'
Begitu juga seorang nasib ustaz pengamal perubatan alternatif (baru meninggal) dari Perak ;hasil karyanya juga di tipu oleh seorang ustaz dan menerbitnya atas nama 'perompak agama' itu sendiri.
Pernah berlaku di negeri kelahiran PHD para ustaz, lebai ditipu oleh seorang ustaz kononnya pelaburan untuk perniagaan Islam. Ramai yang terlibat dan kerugian hingga berjuta-juta dan dilaporkan.
Sesungguhnya banyak lagi penipuan & ketirisan yang dilakukan oleh golongan ini.
Bukan semua yang terlibat cuma segelintir cuma tetapi sejak akhir-akhir ini kes yang dilakukan oleh golongan ini semakin meningkat.
Di mana silapnya?
1. Adakah tarikan harta dunia, jawatan atau peluang?
2. Adakah kerana desakan hidup?
3. Adakah krisis budaya masyarakat telah mula menular?
4. Adakah mereka sekarang 'kurang spiritual'; lebih mengejar dunia dari akhirat?
5. Adakah 'Nawaitu' semasa mereka menyambung belajar bukan kerana Allah lebih kepada jawatan?
Sesungguhnya hancur atau kuatnya suatu umat mahupun negara bergantung kepada umara' (pemimpin) dan ulama'nya.
Ulama yang terbaik disebut di dalam hadith sebagai Warsatul Anbia (Pewaris Nabi)
Untuk mengembalikan kekuatan umat kedua-dua institusi ini perlu diselamatkan, diberi nafas baru dan diperkuatkan
Walaubagaimanapun di Malaysia ini ramai lagi ustaz dan ustazah yang ikhlas & sanggup berkorban tenaga serta masa melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi malah ramai yang langsung tidak memikirkan sebarang imbuhan dalam bentuk fizikal
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment