Daerah :
Mersing
Institusi :
MRSM Mersing, SMS Sultan Iskandar, Kem Komando Sekakap (kem tentera terbesar Asia Tenggara), Politeknik Mersing, Kem PLKN, Pusat Pelancongan & jeti ke pulau-pulau perairan Johor/Pahang,
MRSM Mersing, SMS Sultan Iskandar, Kem Komando Sekakap (kem tentera terbesar Asia Tenggara), Politeknik Mersing, Kem PLKN, Pusat Pelancongan & jeti ke pulau-pulau perairan Johor/Pahang,
Destinasi utama kursus & seminar jabatan-jabatan kerajaan Johor, universiti-universiti selatan semenanjung, badan-badan korporat
Jarak ke Hospital Sultanah Aminah : 150 km (jalan berliku-liku)
Sudah tiba masanya Hospital Mersing mempunyai :
1. Unit Rawatan Rapi
2. Bilik Pembedahan (OT)
3. Pakar bedah awam (general surgeon)
4. Pakar bius
dan lain-lain yang berkaitan
Kemudahan di atas adalah keperluan asas untuk rawatan pantas pesakit-pesakit trauma seperti kemalangan, serangan jantung, appendiks, masalah bersalin, lemas, serangan penyakit berjangkit, serangan alahan ,masalah kanak-kanak,bayi dan lain-lain
PHD pernah mengalami kemalangan ahli keluarga mendapati Hospital Mersing tanpa kemudahan di atas sukar untuk memberi rawatan pantas apabila berhadapan kes kritikal . Banyak kematian dapat dielakkan seandainya rawatan pakar berkenaan dapat dilakukan di Mersing tanpa bertarung nyawa di dalam ambulan yang 'terbang' membelah jalan raya berliku-liku, berlobang-lobang sejauh 150km. Untuk kes-kes kecemasan di atas setiap 5 minit menentukan hidup mati anda , ahli keluarga ahli masyarakat atau organisasi anda .
Kita yang tinggal di Mersing sudah biasa mendengar dan mengalami peristiwa-peristiwa kecemasan yang sekiranya cepat dirawat dengan kemudahan di atas sudah pasti menyelamatkan nyawa insan-insan yang tersayang yang telah pergi. Antara banyak-banyak kemudahan di Mersing adakah yang lebih penting dari ini?
Dan..jika berlaku kepada anda bagaimana?
Bilik Pembedahan (OT)
ICU
No comments:
Post a Comment