Tragedi 1 : Jeritan sayu ibu sebelum rentung
Kelemahan :Kunci jeriji tidak diletakkan di tempat khas
KUALA KRAI - Sambutan Hari Ibu pada Ahad ini tidak bermakna buat tiga beradik apabila ibu yang disayangi rentung selepas rumah teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai di sini terbakar semalam.
Kejadian menyayat hati pukul 1.30 petang itu menyebabkan seorang jururawat, Rafidah Ismail, 36, menemui ajal dalam keadaan tragis apabila ditemui rentung dekat pintu utama rumahnya selepas gagal menyelamatkan diri sebaik dapat mengeluarkan tiga anaknya melalui tingkap.
Tiga anaknya yang terselamat ialah Rashidah Illyana Zamri, 7; Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal, 2. Mereka dapat dikeluarkan selepas Rafidah bertindak nekad memecahkan cermin sebelum membengkokkan besi tingkap lalu menyerahkan kanak-kanak itu kepada jiran yang datang membantu.
Difahamkan, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu. Mereka panik apabila api besar tiba-tiba menyambar dari arah dapur menyebabkan Rafidah gagal mencari kunci pintu jeriji.
Rafidah kemudian menjerit meminta tolong dalam keadaan api marak dan asap tebal sebelum jeritannya didengari oleh jiran.
Suami Rafidah, Zamri Ahmad, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah semasa kejadian kerana bertugas menghantar bekalan makanan di Perak. Rafidah pula bekerja di Hospital Kuala Krai di sini.
Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa memberitahu, dia terkilan kerana hanya sempat mendengar teriakan sayu anaknya meminta tolong tanpa dapat membantu.
Katanya, dia cuba berjalan laju tetapi gagal ekoran masalah kesihatan yang dialaminya dan dalam keadaan termengah-mengah dan semput, dia gagahkan juga ke rumah anaknya.
"Ketika saya sampai, saya lihat api sudah marak dan jeritan anak saya sudah tiada lagi. Namun, tiga cucu saya dapat diselamatkan.
"Memang sedih apabila mengenangkan keadaan itu apatah lagi teriakan sayu Rafidah masih terngiang-ngiang di telinga saya," ceritanya sambil menangis semalam.
Bapa saudara mangsa, Abdullah Mohamed, 58, pula berkata, daripada cerita jiran yang didengarinya, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu manakala pintu jeriji berkenaan berkunci.
"Api itu datang dari arah dapur dan terus menyambar ruang tamu. Rafidah yang panik gagal mencari kunci menyebabkan dia memecahkan cermin dan membengkok besi tingkap untuk mengeluarkan anak-anaknya," ceritanya yang tidak mengetahui bagaimana mangsa membengkokkan besi tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azhar Abdul Rahman memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira 20 minit kemudian namun gagal menyelamatkan mangsa kerana api marak.
Selepas memadamkan api dan memotong besi jeriji, pasukannya menemui mayat Rafidah dalam keadaan rentung lebih 50 peratus dekat pintu tersebut.
"ada tingkap itu terdapat kesan dipecah manakala besinya pula telah dibengkokkan dipercayai dilakukan oleh mangsa untuk mengeluarkan anak-anaknya," katanya yang memberitahu pihaknya masih menyiasat jumlah kerugian dan punca kejadian.
Tragedi 2 :Doktor Muda & Jururawat mati lemas
Kelemahan :
-Tidak menguasai teknik menyelamat mangsa lemas
-Mandi manda di tempat berisiko tanpa seorang yang mahir berenang
Kuching: Seorang doktor muda sempat mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada ibunya kelmarin, sebelum lemas ketika cuba menyelamatkan seorang rakan yang turut lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika mandi bersama dua rakan lain di air terjun Kampung Giam, Padawan, dekat sini, semalam.
Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Dr Mohd Azri Dollah, 27, dari Semariang, seorang pakar kardiologi Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak (HUS) Samarahan dan jururawat di Hospital Memorial Rajah Brooke, Norfazillah Abdul Kadir, 23, berasal dari Kampung Baru, Samarahan.
Mereka bersama dua lagi rakan yang juga jururawat, pergi berkelah di air terjun yang terletak kira-kira 35 km dari sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 11.30 pagi, apabila Norfazillah yang mandi di tepi air terjun dilihat terkapai-kapai meminta bantuan dan apabila menyedari mangsa tidak pandai berenang, Dr Mohd Azri terus terjun dan cuba menyelamatkannya.
Namun, beliau dipercayai menghadapi kesukaran berikutan arus kuat serta badannya yang ditarik Norfazillah yang panik sehingga kedua-dua mangsa lemas dan hilang di tempat kejadian.
Dua rakan mangsa yang menyaksikan kejadian kemudian meminta pertolongan penduduk kampung yang mengambil masa kira-kira 20 minit mencari mayat mangsa yang tenggelam ke lubuk sungai.
Ibu Dr Mohd Azri, Sharifah Mordiah Wan Abu Bakar, 53, berkata anaknya itu menyatakan hasrat membawanya keluar makan malam sempena Hari Ibu semalam selepas tidak dapat berbuat demikian malam kelmarin.
“Dia sempat memeluk dan mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada saya dan berjanji membawa kami sekeluarga menikmati makan malam hari ini (semalam) selepas mahu menanti semua adik beradik berkumpul bersama meraikan Hari Ibu,” katanya.
Sementara itu, ibu Norfazillah, Latifah Led, 47, berkata anaknya itu mula berubah apabila dia memakai baju kurung dan tudung putih ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara mereka di Samarahan, kelmarin.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa ketika Norfazillah memakai pakaian serba putih ketika menghadiri majlis perkahwinan saudara kami, malah dia kelihatan cukup ceria sepanjang kenduri, termasuk sempat bergurau bersama ahli keluarga yang lain,” katanya. -BH
p/s : Walau apapun takziah buat keluarga mangsa. Semoga semua mangsa ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman di sana..Al-Faatihah..
NASI DAGING UTARA
2 months ago
No comments:
Post a Comment