Sesiapa yg pernah sampai ke bandar Mersing mesti terpandang Masjid yg cantik di puncak bukit yg paling tinggi di sini. Masjid yang kelihatan masih 'baru' ini sebenarnya dibina selepas merdeka dengan senibinanya kontemporari berasaskan Masjid Nabawi. Jika kita berada di masjid ni..pantai-pantai berhampiran kelihatan sayup di bawah dan pulau-pulau kelihatan bertaburan di sekitarnya. Memang indahdan merehatkan minda. Solat di Masjid ni memang best..sejuk..nyaman terutama waktu malam..cuma nak ke sana mesti ada kenderaan.berjalan kaki memang penat..
Waktu malam bulan ramadhan


Pintu masuk utama

Ruang solat

Golongan tahfiz dijemput jadi imam..
Imam Farhan Al-Hafiz

Imam Masjid jamek..Imam Ehsan..kawan baik, berfikir terbuka , banyak info semasa dan selalu mengeteh malam-malam. Sedang berehat sebentar selepas selesai bertadarrus.

Haa..ini Pak Busu tukang urut yg baru dikenali. Tinggal kat Kg Seri pantai Mersing

Dah jam 12.30pagi..lepak kat gerai Kg Sri Lalang. Ini member yg diurut Pak Busu tadi..