Tarikh 27 Nov 2010
Felda Siantan
Jengka 19
Masa : 2.00 petang
Masa : 2.00 petang
Bertolak dari Mentakab menuju Temerloh untuk menghantar anak-anak di rumah kakak. Kemudian cuba melalui jalan lama Temerloh-Kuantan tetapi hari ini jalan sesak teruk sehingga kereta nak masuk Jambatan Sultan Abu Bakar pun terpaksa beratur. Berpatah balik ke Tol Temerloh dan melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Masa perjalanan hanya 10 minit dan keluar ke tol Chenor. Dari situ hanya 5 minit ke Felda Siantan. Agak keliru ke lokasi kerana ada 4 majliis kenduri serentak. Mujur ada signboard hijau tertulis 'Perkahwinan Shah & Liya'
Pose istimewa dari Shah & Liya
Ketika tiba di rumah pengantin, kedua-kedua pengantin yang comei2 baru selesai bersantap
Keluarga kedua-dua belah mempelai
Kek perkahwinan yang baru dibuka
Pengantin lelaki, Mr Shah yg hensem
Pengantin perempuan pun lawa, bagai pinang dibelah dua
Orang-orang Mersing..rakan-rakan yang setia..sanggup datang dari jauh..Esok diorang akan ke majlis kenduri Cikgu Ai (Aizat) di Batu Pahat..hebat percutian kali ni
Di depan :Miss Suhaini (ex-teacher), Miss Elly Al-Khared (housemate Cikgu Ai..sanggup tunggu di Mersing sbb nak ke dua-dua majlis), Cikgu Liza ,Guru Cemerlang Sejarah, Sofea (Anak Cikgu Liza), Cikgu Hanifa (ex-MRSM Mersing, sekarang Kuantan)
Belakang : Cikgu Zamzana dengan anak-anak ( bermalam di Sri Malaysia, bandar Temerloh@Bandar Ikan Patin, sebelumnya ke rumah bapa saudara di Triang untuk menikmati hidangan ikan patin..baru tahu beza taste masakan ikan patin ori vs made in Mersing!)
Semua sedang menunggu penganti selesai untuk bergambar bersama-sama
Majlis memotong kek
Cikgu Liya kini bertugas di MRSM Tawau. Semoga berbahagia beranak-cucu hingga ke akhir hayat. Tahniah dari MRSM Mersing Onlines !!
3 comments:
Tahniah cikgu Liya ;) Semoga bahagia dan berkekalan selama-lamanya!
tahniah cikgu liya! =)
tahniah cikgu liya!!semoga berbahagia selalu=)
Post a Comment