Surat Terbuka kepada YB-YB Mersing yang terpilih pada PRU 13
Assalamualaikum
wbt.
Posting ini dituju khas kpd YB2 Mersing yg baru dilantik. Saya nak
mohon sangat-sangat pertimbangan Dato'/Tuan untuk mendesak Kerajaan
Pusat menyegerakan pembinaan jalan raya berkualiti tinggi menghubungkan
Kluang-Mersing. Berkualiti tinggi bermaksud lebar, lebih lurus dan
permukaan turapan adalah yang terbaik. Jalan raya ini juga hendaklah
selamat dan boleh dilalui 24 jam dan mempunyai sistem lampu di
selekoh-selekoh dan simpang disamping R&R 24 jam. Kenapa sangat
mendesak jalan raya baru ini:-
1. Melonjak ekonomi Mersing
kerana Pantai Barat mempunyai penduduk yang mempunyai kuasa beli
tertinggi untuk melancong dan melakukan aktiviti kerja ( function) ke
sini
2. Sudah ramai orang Mersing yang bekerja dan belajar di Pantai Barat. Ada yang sedang buat PJJ. Mereka lebih
mudah berurusan, berurus-niaga, melawat ibu bapa, saudara mara jika ada
kenduri, kematian dll. Jadi warga Mersing akan sentiasa diperkuatkan
ukhwah dan kekeluargaan
3. Keselamatan dan kesihatan. Laluan
Kluang-Mersing sangat tidak selamat terutama di waktu malam atau di awal
pagi. Ramai yg terpaksa pulang lewat atas urusan penting terpaksa
menanggung risiko yg besar kerosakan kereta, kemalangan, jenayah,
keletihan dll. Ramai yg terpaksa bermalam di Kluang atau menangguh
perjalanan. Ini merugikan dari segi kos, masa dan produktiviti
4. Mersing sudah mempunyai banyak institusi utama seperti Politeknik,
MRSM, SBP, Kem tentera yg terbesar di Asia Tenggara. Sudah tentu para
pegawai yang bertugas .ibu bapa, keluarga dan sahabat handai sering
berulang-alik ke sini
5. Mersing sebuah
daerah yang sangat berpotensi menjadi MUTIARA Pantai Timur Selatan.
Kemajuan Mersing akan memacu pembangunan wilayah ini.
Banyak lagi sebab kenapa jalan raya
ini perlu disegerakan. Moga kesetiaan dan kepercayaan warga Mersing
memberi mandat yang terbesar setiap kali PRU akan dibalas dengan
kemakmuran yang setara dengan pengorbanan tersebut.
Keprihatinan YB-YB dengan saranan ini saya akhiri dengan Jazakallahukhairan khatiran
Mind Installer@Penunggu Hujung Dunia
Blog-blog Percutian untuk warga Mersing
2 comments:
tidak lupe juge pembinaan jambatan kedua mersing-endau...katenye dlm perancangan dibawah projek ECER tapi sampai sekarang tak nampak bayang lagi...
Cadangan yang sangat menarik, kerana saya pun sebenarnya ada terfikir perkara yang sama. Jalan Raya Timur-Barat Johor FT50 MESTI diluruskan, terutamanya jajaran Kluang-Jemaluang. Jajaran tersebut terlalu banyak selekoh berbahaya. Jajaran dari simpang Felda Nitar ke Jemaluang lebih teruk; jalan bukan sahaja berbengkang-bengkok malah garisan jalan pun tak ada, dan keadaan jalan pula berpasir dan berdebu. Sebab itulah orang ramai lebih banyak menggunakan jalan Felda Nitar, menyebabkan pekan Jemaluang kelihatan seperti pekan mati.
Selain itu, kerajaan perlu membina sebatang jalan raya menghubungkan antara Segamat ke Mersing. Agak kelakar jika difikirkan, daerah Segamat dan Mersing adalah berjiran, tetapi jarak antara kedua-dua bandar tersebut ialah 200 km, lebih jauh daripada jarak antara Segamat-JB dan Mersing-JB. Dengan adanya jalan raya baru dari Segamat ke Mersing, ia bukan sahaja melengkapkan koridor pengangkutan utara Johor selepas Jalan Segamat-Muar FT23, malah ia tentunya akan memendekkan perjalanan dari Mersing ke Segamat, Seremban dan KL.
Post a Comment