Pada suatu hari setibanya di tempat kerja , semua mata rakan sekerja memandang anda semacam. Tak lama anda menerima berita bahawa diri anda dibabitkan di dalam satu keadaan dan situasi yang menyebabkan reputasi mungkin tercalar selamanya. Tidak mustahil bukan? Ramai yang telah mengalaminya. Malah tidak mustahil anda juga 'penyampai berita terkini'. Masyarakat kita memang sukakan gossip. Malah PHD sendiri pernah dikaitkan dengan kehilangan wang. Walaupun sudah ditunjukkan bukti akaun dan saksi dari bendahari namun masyarakat lebih gemar mempercayai gossip liar atau lebih dikenali sebagai FITNAH..
Fitnah dosanya di sisi agama seumpama membunuh. Apa tidaknya, maruah dan nama baik tercemar buat selamanya dan orang yang difitnah tidak dapat membela diri. Bukan manusia biasa sahaja difitnah, malah Sayyiditina Aisyah juga difitnah kerana pulang berdua dari medan peperangan. Puncanya barang kemas beliau terjatuh dan rombongan tentera Islam tidak menyedari beliau tertinggal di belakang. Seorang pemuda telah menyedari hal ini lalu sanggup menemani beliau pulang. Tiba di kota Madinah, peluang keemasan diambil oleh kaki-kaki fitnah (kaki gossip) yang terdiri dari umat Islam sendiri.
Rasulullah saw sendiri berdiam tidak dapat menafikan fitnah tersebut kerana baginda tidak menyaksikan peristiwa sebenar. Keadaan ini berlangsung beberapa lama. Ini menjadi tekanan buat Aisyah ra dan keluarga akibat cemuhan masyarakat Madinah. Sehinggalah Allah swt menurunkan ayat Al-Quran yang membersihkan fitnah terhadap Sayyiditina Aisyah.
Untuk menjatuhkan tuduhan , perlu mengikut aturan yang ditetapkan Allah swt. Jangan cepat mempercayai kata-kata, saksi palsu. surat palsu dan sebagainya.
Berikut ialah ayat-ayat Al-Quran yang sesuai untuk kaki gossip atau kaki fitnah. Nota : Kadangkala kita sendiri tidak menyedari bahawa kita sudah menjadi sebahagian golongan ini dek kerana sudah menjadi lumrah.
Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6).
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36).
“Hendaklah kamu menanyakan kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Nahl: ayat 43).
“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 53).
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa.” (Surah al-Hujurat: ayat 49).
Semoga semakin takutlah kita kepada Allah SWT dengan peringatan peringatan yang telah Allah berikan di dalam Al Quran sebagai rujukan kita. Ingatlah..hayat kita bila-bila akan ditamatkan. Belajarlah untuk mempercayai sesuatu dengan bukti yang kukuh. Jadilah seorang saintis Muslim. Suatu hipotesis (sangkaan) mesti dibuktikan melalui proses-proses eksperimen malah diulang berpuluh kali atau beratus kali barulah hipotesis itu ditukarkan kepada hukum .Mukmin mesti bijak untuk mendapat syurga selayaknya !!
NASI DAGING UTARA
2 months ago
No comments:
Post a Comment