Cinta itu seperti cahaya
Tak nampak oleh pancaindera
Apabila meresap ke dalam jiwa bagai kuasa
Menjadi kekuatan dan semangat
Menjadi diri hebat dan keramat
...Sakti naluri untuk berjuang
Walau tanpa pedang
Cinta itu bagai roh
Ujud bila diseru
Tiada telinga tetapi mendengar
Tiada lidah tapi berbicara
Tiada mata tetapi beraksi
Apabila bertemu jasad dan jiwa
Tak nampak oleh pancaindera
Apabila meresap ke dalam jiwa bagai kuasa
Menjadi kekuatan dan semangat
Menjadi diri hebat dan keramat
...Sakti naluri untuk berjuang
Walau tanpa pedang
Cinta itu bagai roh
Ujud bila diseru
Tiada telinga tetapi mendengar
Tiada lidah tapi berbicara
Tiada mata tetapi beraksi
Apabila bertemu jasad dan jiwa
Menjadi darah dan nadi
Berdiri sama bangunnya hati
Cinta bukan sesiapa
Bukan apa-apa
Juga tiada apa
Tapi cinta itu tetap cinta
Tidak punya rupa untuk dipandang
Tidak punya tubuh untuk disentuh
Tidak menilai kerana kerabat
Bukan dikira akibat darjat
Tidak membeda tahta
Dalam hati semua setara
Bila cinta menjelma
Saat hadirnya maka akan terasa getarnya
Akan terbit rindu penuh syahdu
Memikirkan tentang seseorang yang menyapa hati
Dari kamar rasa yang diketuk bertalu
Dibuka dan dijemput beradu
Sebagai tetamu untuk bersatu..
Sumber : Makcik Bulan (FB)
No comments:
Post a Comment