Date : 14 Disember 2011
Masa : 1.45 tgahari
Lokasi :
Berhampiran Maktab Melayu Durian Daun Melaka
Restoran Lot 85 ini sudah lama terkenal. Mungkin hidangan tengahari antara yg paling popular di bandar Melaka. Parkir kereta di bahagian halaman restoran dan di tepi-tepi jalan akan sentiasa dipenuhi kenderaan terutama ketika lunch hour
Hidangan di sini adalah secara nasi campur. Boleh dikatakan semua lauk yang dihidangkan sangat lazat dengan resipi istimewa
Rempah gulai kari dan lain-lain di sini sangat special..Ala-ala mamak tetapi light. Saiz ayam & ikan besar-besar dan segar-segar
Keluarga PHD yang kali pertama ke sini agak terkejut dengan keenakan hidangan di sini & harga yang sangat berpatutan
Tak sangka asam pedas tenggiri di sini agak 'kick' juga..Kalau dulu2 selalu melepaskan geram di gerai asam pedas Pasar borong Pandan (Melaka)
Nasi briyani di sini memang enak..sangat istimewa..Sukar nak buat pilihan antara nasi briyani atau nasi putih..
Habis licin..disebabkan destinasi seterusnya untuk berubat secara alternatif maka niat untuk 'mengulang' makan terpaksa dibatalkan
Selesai sahaja menjamu selera hujan turun dgn sangat lebat. Para pengunjung masih sibuk menjamu selera . Mata dah rasa layu tetapi kami ada misi yg belum selesai...ke Darul Aitam
Restoran Lot 85 sejak 15 tahun yg lalu merupakan lokasi makan tengahari yang terbaik di bandar Melaka buat kakitangan kerajaan & swasta serta pelancong luar yang baru tiba ke sini
Untuk ke sini mudah sahaja..dari Ayer Keroh terus sahaja (kedudukan jam 12) walau ada simpang-simpang sehinggalah anda lihat bangunan hospital dan seterusnya tembok Masjid Negeri Al-Azim ( Dalam 1/2 jam)..Di depan anda sekarang adalah sebuah jejambat Lebuh AMJ..Jangan ambil susur kiri (ke lebuh AMJ) tetapi ambil jalan terus ( tunggu traffic light)...Teruskan laluan anda ..Kelihatan papan tanda ke Pusat bandar tetapi jangan masuk..Cari mana-mana jalan susur kiri ..Cari laluan ke sebuah jalan utama di sebelah kiri di mana terletaknya Maktab Melayu Durian Daud..Restoran ini terletak di jalan ini.
Selamat mencuba !!
No comments:
Post a Comment