Oleh : Faisal Tehrani
http://tehranifaisal.blogspot.com/
Ada macam-macam dongeng kita baca dan dengar tentang rock star ini. Memang, 'artis terkenal' tidak terlepas dari gosip. Tambah-tambah kalau ia sudah mencapai tahap dunia. Antara gosip yang berlegar di internet tentang beliau ialah, Dr Ahmadinejad adalah seorang ahli Freemason. Yang lucunya, apa 'binatang' Freemason itu pun tidak mereka ketahui dan benar-benar kuasai. Tema entri ini ialah hadiah untuk Dr Ahmadinejad. Dalam satu pertemuan dengan kumpulan Yahudi ANTI ZIONIS pada bulan September, 2009 di New York, rabbi Yahudi telah menghadiahkan beliau sebuah piala (klik sini). Ada orang bertanya adakah Yahudi yang menolak ketuanan Yahudi? Jawapannya ada. Sepertimana ada Melayu yang menolak ketuanan Melayu, dan ada yang berjuang habis-habisan untuk menjulang Melayu maka begitulah juga dalam hal zionisme. Ya, Islam menolak Zionis kerana ia membawa slogan Ketuanan Yahudi, sedangkan yang sebenarnya ada ialah Ketuanan Allah, Rasulullah SAW dan ahlul bait baginda.








Sesungguhnya Dr Ahmadinejad seorang pemimpin yang meyakini ketuanan Allah, Rasulullah saw dan ahlul bait. Itulah faktor kekuatan yang menjadi perhiasan pada dirinya. Mereka yang mencari ketuanan selain dari itu semua tidak akan berjaya dan pasti lingkup jua. Dalil ketuanan tiga serangkai itu adalah:
Ahmad bin Hanbal dan Abu Ya’la telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi (s.a.w) telah bersabda pada Haji Wida’: “Wahai manusia aku seakan dipanggil (oleh Allah) dan saatnya telah semakin hampir untukku menjawab panggilan, aku tinggalkan kepada kalian dua perkara berat (tsaqalain): Kitab Allah dan itrahku, Ahlul Bait. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan berpisah sehinggalah menemuiku di telaga. Maka perhatikan apa yang kalian lakukan kepada mereka selepas peninggalanku.”
Telaga apakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw?
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami Abu Awanah dari Mughirah dari Abi Wail yang berkata Abdullah berkata Nabi SAW bersabda “Aku akan mendahului kalian sampai di Al Haudh dan akan dihadapkan kepadaku beberapa orang dari kalian. kemudian ketika aku memberi minum mereka, mereka terhalau dariku maka Aku bertanya “Wahai Rabbku mereka itu sahabat-sahabatku. Dia menjawab “engkau tidak tahu apa yang mereka perbuat sepeninggalmu”.
Imam Ja’far al-Sadiq (guru Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas) telah menggariskan sumber Syari’ah pada pandangan Imam-Imam Ahlul Bait sebagai berikut: “Sura bin Kulaib berkata: “Aku bertanya kepada Abu Abdullah dengan apakah Imam memberikan fatwa? Dia menjawab: “Dengan Kitab Allah.” Aku berkata, “jika tidak ada dalam Kitab Allah? Dia berkata: “Dengan Sunnah.” Aku mengulangi soalan tersebut dua atau tiga kali dan dia berkata, “tetapi kamu berfikir tidak sedemikian.”
Dan telah diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir (bapa Imam Jaafar Sadiq, cicit saidina Husin) bahawa dia berkata kepada Jabir, salah seorang sahabat Nabi (saw): “Wahai Jabir, jika dikatakan kami memberikan fatwa kepada orang ramai dengan pendapat kami sendiri demi kepentingan diri sendiri, maka kami akan menjadi salah satu daripada golongan yang sesat, tetapi kami memberikan fatwa dengan Sunnah Rasulullah (saw) dan asas ilmu pengetahuan kami adalah kami warisi daripadanya. Kami menyimpannya seperti mana orang menyimpan emas dan perak."
Ketuanan tiga serangkai - Allah, Rasulullah saww, Ahlul bait Nabi - inilah yang akan menyelamatkan kita dari kejahatan dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment