Rasa : sangat enak
Layanan : pantas
Cendol Talib mengambil nama En Talib seorang India Muslim. Seorang yang hensem, kemas dan pembersih. Beliau sentiasa memakai baju kemeja (tug in). Imej ini amat berbeza dari apa yang biasa kita lihat mana-mana peniaga cendol seumpama. Jadi tak hairanlah sejak bertahun perniagaannya mendapat sambutan di kalangan semua bangsa dan peringkat umur
Kini En Talib jarang kelihatan kerana anak-anak lelakinya sudah mengambil-alih tugas beliau. Dari peniaga cendol kecilan sekarang sudah mempunyai kedai sendiri. Selain cendol biasa (rm1.50) terdapat pilihan lain :
1. Cendol pulut
2. ABC aiskrim
3. Rojak mee
Ibu mertua ada memberitahu bahawa rojak mee iyang baru diperkenalkan ini adalah yang paling sedap di Temerloh/Mentakab. Setelah merasainya tadi,PHD bolehlah mengiktirafkannya antara yang terbaik pernah dicuba . Yang paling sedap ialah rojak ayam Bkt Sekilau Kuantan pada tahun 1987
Nak ke sana mudah sahaja. Restoren ini terletak bersebelahan Caltex Mentakab dan betul-betul bersebelahan Restoren Papa Chop Mama Grill.
No comments:
Post a Comment