4 Mac 2011
4.00 ptg
Jalan Endau ( 7km dari bandar Mersing)
(Berhampiran simpang Pantai Air Papan)
Perusahaan keropok Noorlita adalah salah satu syarikat 'kedai keropok' yang paling popular dan berjaya di Mersing. Syarikat ini mempunyai beberapa premis lain di sepanjang jalan-jalan utama di sini.
Keropok Noorlita ni ada tekstur ada ala-ala keropok Losong yg lembut. Begitupun PHD lebih menggemari keropok 'citarasa Mersing' yg banyak dijual di premis-premis produk laut di sepanjang Pantai Tanjung ( berhampiran bandar Mersing)
Premis yang besar & lengkap
Kebanyakan produk laut seperti ikan masin , keropok, sotong kering dibuat sendiri
Jangan lupa membeli sos apabila membeli keropok di Mersing. Sebungkus keropok lekor kecil dalam foto berharga hanya rm5. Kelihatan pekerja2 sedang membuat keropok lekor di belakang kedai
Orang kata tak sah kalau ke Mersing tak singgah kedai keropok
No comments:
Post a Comment