18 mac 2012 (Ahad)
10.30 pagi
Aktiviti : Kelab Taekwondo Mersing
Lokasi :
SMK Mersing
Hari ini PHD menghantar anak-anak berlatih taekwondo di SMK Mersing . Ahli-ahli kelab yang hadir terdiri para pelajar sekolah ini dan sekolah-sekolah berdekatan atau yang rumahnya berhampiran ( Kg Tenglu, Sri Lalang, Taman Intan, Sawah Dato' & Tanjung Genting)
Hujan turun amat lebat tapi tak menghalang kehadiran ramai ahli kelab yang terdiri dari semua peringkat tali pinggang iaitu dari putih (asas) sehinggalah merah. Hari ini Master 'Sir' Ng dibantu oleh 4 orang pemegang tali pinggang hitam.
Mereka giat berlatih untuk menghadapi Ujian Tali Pinggang ( Grading) awal bulan depan iaitu :
Tarikh : 8 April (Ahad)
Dewan SJK (C) Pai Chee
Untuk memudahkan rujukan, Sir Ng telah memperkenalkan satu buku panduan yang amat berfaedah untuk dimiliki iaitu :
Tajuk buku :
Taekwondo Poomsei
Isi kandungan utama :
Panduan bergambar semua 'pattern' yang patut dikuasai untuk menghadapi semua peringkat tali pinggang
Harga : rm 10
Ini antara foto buku yang PHD sempat ambil untuk tatapan :
Panduan bergambar untuk pergerakan setiap 'pattern' yg akan diuji
Kepada Ibu bapa yang ingin mendaftar anak-anak dan maklumat tentang aktiviti Kelab Taekwondo Mersing bolehlah rujuk artikel-artikel yang lepas bolehlah rujuk di bawah
No comments:
Post a Comment