Tarikh : 11 Ogos 2010 (1 Ramadhan)
Lokasi : Mersing Water Front
Masa : 6.30 pm
Pasar Ramadhan utama di Mersing kali ini berpindah ke kawasan baru yang dinamakan Mersing Water Front. Ianya terletak bersebelahan dengan kawasan bandar baru tepian sungai yang menempatkan pasar & stesen bas. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh jambatan Mersing
Ruang parking di sebelah deretan belakang yang membelakangkan Mersing Water Front
Menu biasa Roti John banyak dijual
Yong Tau Foo..pelanggan dengan sabar menunggu
Gerai kebab bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Deretan gerai-gerai yang begitu jauh memanjang (dari hulu ke hilir waterfront) agak memenatkan apabila pilihan juadah sukar dibuat
Deretan premis perniagaan yang dikatakan mula dibuka selepas raya. Khabarnya restoren makanan segera Marry Brown bakal dibuka cawangannya di sini
"banyak dah habis cikgu!" Mungkin anda biasa dengan akak ni yang menguruskan sebuah restoren yang popular di Mersing.
Selain mencari juadah (bukan jodoh tawww), di sini mungkin tempat pertemuan rakan taulan atau saudara-mara yang lama tak ketemu
Jambatan Mersing dan Hotel Timotel jekas kelihatan dari sini. Air laut yang surut menjadikan waterfront ini tak seindah ketika air pasang
Deretan premis perniagaan yang menganjur hingga ke kuala dan Jeti Jabatan Laut, mengubah kuala Mersing kepada landskap urban
Mungkin tak lama lagi menjadi tempat berlibur baru bagi penduduk Mersing & pelancong yang ke sini
Hari esok, InsyaAllah berkunjung ke Pasar Ramadhan JKR di Mersing Kanan yang telah berpindah ke Taman Lautan Biru di Siapu, satu lagi pasar ramadhan yang popular di Mersing
No comments:
Post a Comment